Emo Hero Bab 16
“You still love her, don’t you?”
Kata-kata tersebut terus melontarkan ingatanku kepada Shaleen. Tapi entah mengapa imejnya yang muncul di fikiranku tengah memakai bikini pulak! Aku mengambil masa seketika untuk menjawab pertanyaan Adrina. Lagipun bukan senang nak hilangkan imej Shaleen yang seksi berbikini dari otak primalku, tau? Mmm… seksinya kau ni amoi!
“Hm. I still love her.” jawabku sambil mengangguk. Adrina tersenyum.
“How unfortunate. Rina masih dia anggap musuh Rina…” komen gadis tersebut. Aku terdiam. Tak tau bagaimana untuk membalas komen tersebut. Lagipun tok guru Siu Lan Popochei pernah berpesan agar tak masuk campur bila dua
“Tapi demi persahabatan kita, Rina sanggup lupakannya dan berbaik dengan Shaleen.” ujarnya lagi. Kali ini aku tersentak. Tak kusangka langsung Adrina akan membuat keputusan sematang begini.
“Rina…” Itu sahaja yang mampu kuucapkan.
“Arip, Rina tak berhak mintak apa-apa daripada Arip demi kepentingan diri Rina. Arip dah memaafkan Rina dan berbaik dengan Rina pun dah dikira sangat bertuah.” ujarnya lagi. Matanya tertancap tepat kepadaku bersama senyuman.
“
“Betul?
************************************************
Pukul 5.43 pagi… Di hostel.
Haaaiii… lesunya badanku. Rasa-rasanya otak aku dah lama tidur sebab aku rasa fikiranku macam kosong aje. Sebaik saja aku membuka pintu, aku melihat Wadi dahpun terbungkang lena di katilnya. Manakala Nizam pulak sedang sedap berdengkur di atas katilku. Siap ada koleh besi di atas katil. Ni mesti dia melantak mee segera atas katil aku ni! Badigol punya budak! Aku segera menutup daun pintu dan duduk bersandar padanya. Fikiranku spontan mengenangkan saat-saatku bersama Adrina tadi.
Adrina… Saidatul Adrina…
Betul-betul ke dia dah berubah?
Tapi dalam masa yang sama aku benar-benar berharap agar kali ni Adrina ikhlas. Aku tak sanggup melalui pengalaman seperti dulu. Aku rasa aku patut meminta bantuan Wadi dan Nizam untuk memerhatikan tingkah-laku Adrina dan segera memberi amaran kalau ada yang tak kena. Kalau boleh nak panggil Agent Fox Mulder menolong sekali. Scully aku tak nak. Dia dah tua dan gemuk!
Tapi memang tak kunafikan bahawa aku cukup seronok menghabiskan masa dengan Adrina kali ini. Malah lebih seronok dari masa aku tergila-gilakannya dulu.
*********************************************
Isnin. Pukul 8.32 pagi. Di foyer Fakulti Undang-Undang.
“Oi Zam! Udah le tu! Dari tadi asyik melekap dengan fon engkau tu aje!” Nizam tidak mempedulikan kata-kataku. Itu sahih tengah marketing kat awek baharu tu. Nizam berhenti berbual di telefon selularnya seketika.
“Eh, korang pergi dulu.
“
“Kau join kami sekalilah. Bukan ada hal pun…” ujarnya untuk memujuk. Pegedah…
“Tak pelah. Aku tak mau kacau daun. Biar aku pergi cari Adrina.” ujarku.
“Eh? Kau dah janji dengan Adrina ke?” tanya Wadi dengan nada kehairanan. Tapi ada terselit perasaan lega dan gembira. AKU DAH AGAK DAH!
“Memang ajak-ajak tapir…” rungutku dengan suara perlahan.
“Ha? Apa dia? Monggo mampir?” tanya Wadi. Monggo mampir apa pulak kejadahnya?
“Aku baru aje fikir nak cari dia. ADRINAAAA!!!” Teriakanku mengejutkan Wadi dan Nizam. Memang aku tengah berbulu sekarang. Malahan biarlah diorang berdua tau akan perasaanku. Pergi sama-sama tapi bila sampai kat fakulti semua buat hal masing-masing. Macam mana nak jadi pahlawan Viking yang disegani oleh penjawat awam kalau begini? Jawab! JAWAAAB!!!
“ARIIIP!!! RINA KAT SINI!!!” Oro? Kali ni kami bertiga pulak terkejut. Aku spontan memandang sekeliling. Akhirnya mataku terfokus kepada seorang gadis yang sedang giat melambai-lambai ke arahku di tempat parkir kereta. Adrina! Tak sangka sungguh! Tipah terpaku bang!
“I astonishingly consider that as an uncanny coincidence!” komen Wadi dengan slanga Hugh Grant-nya. Aku pun tak sangka dengan kebetulan yang sedemikian.
“Haha!” ujarku dan terus berpaling lantas menuju ke arah Adrina.
“Morning moody guy!” tegur Adrina dengan senyuman ceria sebaik sahaja aku berada kira-kira dua kaki daripadanya.
“Aku
“Nizam dengan Wadi asyik sibuk dengan aweeek aje. Aku asyik terpinggir aje sekarang!” rungutku. Adrina membalas rungutanku itu dengan senyuman.
“Asyik tersenyum aje ni, apahal? Kena frist prize sindiket gores dan menang ke?” tanyaku. Adrina tergelak.
“Arip kalau tengah marah pun boleh buat lawak.” komennya. Aku merengus.
“Senyuman tu
“Arip! Janganlah buat muka macam tu! Rina gurau aje laa… Rina tengah
“Pasal apa paut tangan?” tanyaku dengan nada yang mulai mengendur. Adrina segera meleraikan pautannya.
“Rina tengok Arip macam nak pukul Rina aje… Rina takut la…” ujarnya dengan nada manja-manja keseraman. Aku tergelak kecil.
“Takkanlah saya nak pukul Rina pulak!” ujarku.
“Bukan apa… Rina perasan setiap kali Arip bahasakan diri sebagai ‘aku’, masa tu mesti Arip tengah bengang. Tak pun perasaan tertekan.” ujar Adrina. Aku bungkam. Betul ke begitu? Aku mulai terfikir… mengapa
“Adrina, saya-” Kata-kataku mati begitu sahaja tatkala dihampiri oleh Nizam, Wadi dan Norazwa.
“Rip, are you cool with us? We’re sorry, man…” ucap Nizam dengan segera sebelum keadaan menjadi kekok.
“Arip, sorry ya?” pohon Wadi pula. Aku menganggukkan kepala dengan
“Aku sekarang dah jarang sangat
“Okey… Kalau macam tu jom kita semua makan sama-sama. Aku belanja!” saran Nizam seraya memaut bahuku dan menarikku ke arah kaferteria. Aku akur. Wadi dan Wawa telahpun bersaing langkah mengikut kami berdua. Setelah beberapa langkah, aku tiba-tiba berhenti dan berpaling ke belakang. Adrina masih terpacak di tempatnya berdiri tadi.
“Rina… jomlah!” ajakku.
“Rina akan buatkan korang jadi kekok nanti. It’s okay, Arip. Bon apetit!” ujarnya dengan senyuman manis.
“Arip!” seru Nizam. Aku berpaling dan memandang ke arah kedua
“Zam, Wadi! Lain kali aje la kita makan sama-sama, okey?” maklumku. Aku kemudiannya memandang ke arah Adrina yang termangu-mangu
Haha! Silap
- bersambung -
7 comments:
wah dah ader blog..tahniah...
cayok lah bro....best2...
whatt? completing this blog in within few hours? goshh, u sure are a determined one, fren.. :-)
i like the story so far neway :-)
p.s. yang metropolice tu awak yang tulis juga kan?
hoye..hoye..suker..suker
kasihnuryz
hoye..hoye..suker..suker
kasihnuryz
To mir : Terima kasih...
To reza : Pun terima kasih jugak!
To heart : Pun terima kasih jugak! Metropolice tu memang saya yang buat. Entah bila nak sambung Episod Kedua... Satu lagi... terima kasih sebab pandai tegur utk betulkan grammar saya. That was a penny for my thought...
To kasihnuryz : Hoyeee!!! Snuker! Snuker!
july 26, 2008?
sekarang dah 2010.
masih kat episod 16?
waseh.
sampai bila?
Post a Comment