Bab 18
Dalam hidup aku setakat ni ada tiga perkara yang benar-benar membuatkan aku sangat gembira hingga menjilat gusi…
Yang pertama ialah ketikamana aku dapat membeli basikal kesayanganku. Masa tu, sebelum wujudnya dinosaur semua member aku mempunyai basikal jenis ala-ala mountain bike. Bukan main bergaya depa melahu ke
Jadi aku capai mesin rumput milik bapakku dan pergi dari rumah ke rumah menawarkan servis memotong rumput mereka. Malah untuk tidak menyusahkan bapakku, aku beli sendiri minyak dan wayar pemangkas mesin tersebut. Setelah hampir enam bulan melusi rumput sampai aku naik meluat menengok sayur hijau, bajet aku nak membelinya masih tak cukup. Masa tu memang dambaan pilu rasanya diiringi dengan lagu Sonata Musim Salju. Bila laaa aku boleh menayang kat anak dara Pak Mustafa yang merenyam tuh…
Tup-tup bapakku setuju untuk cover baki yang masih tak cukup tersebut.
Yang kedua ialah bilamana aku dapat 9A dalam SPM-ku hingga melayakkan diriku masuk ke IPTA. Punya la gembiranya mak dan bapakku. Malah bapakku yang macho tak terkalah tu pun menjelejeh air matanya dek terlampau gembira. Melihatkan kegembiraan mereka benar-benar membuatkan aku gembira. Mak aku nangis. Bapak aku pun nangis. Lastnya aku pun meraung dengan beberapa tomakninah.
Perkara ketiga yang sangat menggembirakan aku sekarang ialah dalam situasi terkini bersama Adrina. Buat pembaca budiman yang gatal pungkok membaca dari bab tengah ni, Adrina merupakan seorang gadis yang sangat cantik dan sangat popular di universiti tempatku menuntut ini. Beliau menjadi idaman dan igauan setiap pria dan jantan penangguh di sini, termasuklah aku sekali. Semenjak dua menjak ni gadis idamanku menjadi semakin rapat dan akrab denganku. Malah begitu berani bermanja-manja dan bercomel-comelan mesra alam denganku sekarang.
Terkini dan mutakkhir, Adrina memberikan kiasan bahawa dia sukakan aku. Aku tak tau bagaimana nak memberikan reaksi yang sepatutnya. Yalah, selalunya dalam filem tak kira la cerita Melayu ke, wah la toi ke, bollywood ke… malah cerita omputeh pun selalunya heronya mesti hensem tegap sasa dan macho manakala heroinnya macam Adrina. Malangnya realiti menyatakan bahawa aku tak sepadan langsung dengan gambaran hero sepertimana dalam filem atau komik. Kalaulah ada cerita tentangku yang dibuat oleh mana-mana penulis yang hensem lagi terkenal (hehhehee…), maka aku ni pastinya seorang hero yang sangat biasa lagi mediocre (pinjam ayat Wadi lagi…). Kira aku ni adalah Zero Hero.
“Kelas kita dah habis. Arif nak ke mana lepas ni?” tanya Ardrina. Aku memandang sekeliling. Punya la lama kami berborak sampaikan tiada lagi orang di kafeteria. Mak cik brutal bersama konco-konconya pun dah lama blah.
“Aaa… saya nak balik tido!” ucapku dengan nada melawak. Adrina ketawa kecil.
“Ingat nak ajak Arif shopping dengan Rina.” ujar Rina dengan nada perlahan. Mungkin untuk menyembunyikan rasa kecewanya. Aku pulak yang baharu sahaja menyedari akan kebodohanku kini tak sudah-sudah memaki diri sendiri.
“Kalau Rina nak saya teman, boleh no problem punya…” ujarku untuk memperbaiki keadaan.
“Tak apalah. Arif memang nampak letih pun. Tak pe Rina pergi sendiri.’ tingkah Adrina dengan lunak sebagai tanda beralah. Hatiku rasa sungguh hampa. Aku marah dengan diriku sendiri. Asyik tersilap cakap. Rasa nak meledak dari dalam. Jangan pikir banyak sangat Arip! Buat apa yang patut dibuat. Go Arif go! A-go-go!
“Adrina, saya nak ikut awak sebab saya lebih suka berasmara dengan awak dari tidur.” There. Aku dah katakan apa yang patut. Adrina tergamam. Dan aku perlahan-lahan menyedari apa yang aku telah katakan.
“TAK! TAK! Saya salah cakap lagi! Apa yang saya nak cakapkan ialah…” Mulutku dipekup oleh tangan Adrina. Beliau tersenyum sambil memandang tepat ke mataku. Terasa kehangatan dan kelembutan telapak tangannya yang memekup mulut lancangku itu. Rasanya gosok gigi pun belum lagi…
“Arif lebih suka ‘bersama’ saya dari tidur, kan?” tanya Adrina dengan lembut. Tapi jelas penekanan ‘bersama’ tu. Aku menganggukkan kepala. Adrina melepaskan pekupannya dan ketawa besar. Aku pun terpaksa la ketawa. Tapi ketawa malu la… Namun begitu rasa syok betui dipekup dengan telapak tangan yang lebut lagi hangat tu. Bak kata orang, tangan ibu mampu menggoncang dunia, selain dari goncang buaian. Tapi tangan Adrina mampu menggoncang naluri lelakiku!!! Kalau pikir-pikir balik, sure air liur aku di gigi terkena tangannya. Eii… malulah ayo lio aku sure bau busuk. Ntah-ntah ada taik gigi semalam terlepek pada tapak tangannya. Harap-harapnya jangan la Adrina cium tapak tangannya lepas ni…
“Okay! It’s a date then!” ujar Adrina dengan nada ceria astro. Date? Takkan buah kurma Yussof Taiyyoob kot? Ni mesti date dating temujanji mesra la-la-la-la love song nih! Adrina nak dating dengan aku! Dia cakap date. Adakah ini bermakna dia pun sukakan aku sebagaimana aku sukakan dia? Ahh… itu tak penting. yang pentingnya tiba-tiba aku dapat idea lawak baharu.
“Adrina, boleh tak saya kata ‘yahoo’ sekarang?” tanyaku. Adrina terkaku seketika. Kemudian dia tersenyum dengan riak yang nakal.
“Tak boleh!” teriaknya. Tapi tak la kuat sangat sampai mencecah 180 decibel. Kemudian Adrina ketawa. Serius lawak dia tak best. Tapi oleh kerana dia sangat cantik, maka mulutku terpanggil-panggil untuk turut ketawa.
“Tak pedulilah! Nak kata ‘yahoo’ jugak. YAAAHOOO!!!” jeritku dengan sekuat hati. Memang sebijik la macam filem Melayu yang hanya bertahan seminggu dalam panggung Kapitol di Parit Buntar. Tiket Kelas Satu cuma RM3.00 aje. Tapi lebih baik beli Kelas Khas punya. Cuma tambah
Adrina tertawa dengan
“WOII!!! Apahal suka sangat ni? Tak tau ke ada kelas tengah berjalan sekarang?” Tiba-tiba suatu suara yang garau mengherdik perlakuanku tadi. Terperanjat aku hinggakan hampir tertanggal spender. Baharulah aku teringat bahawa walaupun kelas kami dah abih tapi bebudak junior punya belum lagi.
“Err… Sorry… Sorry encik! Siman-siman!” ujarku dengan nada yang agak gementar. Pensyarah yang bernama Nik Marhalim tadi mula start membebel. Apa nak buat, memang salahku. Tapi bila la dia ni nak habih membebel nih…
“LARIII!!!” teriak Adrina lantas beliau menarik lengan
Namun kami terus berlari. Dan terus ketawa…
- Bersambung –
No comments:
Post a Comment