Bab 8
Aku rasa lecturer kat depan aku tu tengah cakap benda yang sangat penting. Tapi dah setengah jam berlalu... aku langsung tak dapat cernakan apa yang dia cakap walaupun aku dengar apa yang dia cakap. Bak kata Karam Walia... bagai pucuk yang dilancarkan. Eh, itu cerita komik kung-fu alih bahasa. Aii.. apa-apalah! Aku memang tarak mood sekarang.
"Aku nak pi beraklah!" Sebaik aje aku berkata begitu, aku terus bangun dan berjalan ke arah pintu. Tup-tup aku terdengar bunyi gelak tawa. Apahal pulak nih? Aaah.. gasaklah. Belah ajelah.
Lebih kurang 2 minit kemudian baru la aku sedar kenapa diorang gelak. Rupa-rupanya aku tercakap punya la kuat tadi. Otak tengah behron masa tu menyebabkan aku tak sedar sangat apa yang cakapkan. Alamak, aib berganda nih! Tadi udah la diaibkan oleh Adrina. Sekarang aku sendiri yang mengaibkan diriku.
Jadi aku pun tulis la nota dan tempekkan kat bangku yang ada dekat bilik kuliah. Nota yang bertulis "Surau" tu ditujukan khas untuk Wadi bila dia carik aku nanti. Dia pasti kenal tulisan tangan aku. Dah aib dan tak de mood, baik aku membuta kat surau. Eh, nanti sat... aku rasa nak kencing pulak dah! Kena la jugak ke toilet. Cit!
Kat surau aku terbungkang sambil merenung siling. Cantik jugak silingnya. Berapa la kos membuatnya? Eh! Aku patut tengah layan blues sekarang. Bukannya pi analisa siling surau pulak! Ah, Adrina... kejamnya kau buat gitu padaku. Semalam bukan main ramah manja dengan aku. Siap sembur
Aku
Ya Rabbi! Kan aku tengah melayan blues sekarang ni. Apa kejadahnya aku ingat CD Paris Hilton pulak ni? Memang kepala otak aku tengah berkecamuk la sekarang. Aku agak tanpa disedari otak aku telah mencipta defense mechanism untuk mengurangkan kesakitan yang aku tengah alami sekarang ni. Sebab bila aku terkenangkan Adrina, makin sakit aku rasa. Tu la sebab aku ingat Paris Hilton la... dinding surau la... Eh, dinding ke siling?
Aku pejamkan mata. Sama ada tidur atau tidak atau tertidur, aku tetap pejamkan mata. Aku masih teringat kali pertama aku ternampak Adrina bersama bapanya semasa hari pendaftaran. Aku berani bersumpah kerat jari kelingking ala Yakuza bahawa tak pernah aku bertemu dengan perempuan yang secantiknya. Senyumannya... lirik matanya... lenggok tubuhnya yang lembut... Emosi aku bagaikan terbuai dengan gerak-gerinya. Kalaulah ada bidadari di dunia ini, maka Adrinalah bidadarinya. Hmm.. bagus jugak ya kalau nak tulis kat kad untuk cairkan hati pompuan. So kaum Adam... jangan lupa ayat tadi bila tulis kad, tau?
Hati aku memang meronta-ronta untuk pergi menyapanya. Tapi Adrina terlalu cantik. Terlalu cantik sampaikan aku tak berani nak menegurnya. Jadi aku pendam saja perasaan ini di dalam hati. Aku takut... Aku takut Adrina tak akan menerima kelibatku dalam hidupnya. Jadi imej sempurnanya di mataku akan tercalar. Dan aku akan merana kehampaan macam apa yang aku sedang alami sekarang ni.
Tapi macam mana ek... kalau hari tu aku kamikaze je pi tegur dia? Agak-agak nak tak dia balas sapaanku. Hmm..
"Hai Adrina," Dalam keadaan separa sedar aku bersuara. Orang putih kata ‘thinking out loud'. Sedangkan mata aku masih terpejam lagi.
"Hai Arif," Wah... hebatnya angan-anganku ni! Clear gila suara Adrina. Pakai teknologi plasma ke? Macam dia ada kat sebelah.
Eh, nanti jap... dia ada kat sebelah ke?
Perlahan-lahan aku bukak mata. Adrina! Memang betul dia kat sebelahku! Tengah bersimpuh macam anak dara nan jelita pulak tu. Tapi dia memang jelita... Tak de ‘macam' dah...
"Adrina..." Itu je yang aku ucapkan. Mataku terkunci pada pandangannya yang redup. Adrina tersenyum padaku. Kali ni bukan lagi senyuman tawar biskut askar. Ni senyuman biskut jagung cap Ping Pong yang lemak manis.
"Saya cari Arif tadi," ujarnya. Dia cari aku? Ini sudah kira misteri nusantara nih...
"Macam mana Adrina tau saya kat sini?" tanyaku dengan nada curiga. Yalah, Fakulti kami ni luas. Pak guard pun maleh nak ronda setiap ceruk. Takkanlah Adrina cari aku di setiap penjuru.
"Kan Arif lekat memo kat bangku. Arif tulis perkataan ‘SURAU', kan?" jawab Adrina. Hah? Biar betul... Macam mana dia tau aku yang tulis?
"Macam mana Adrina tau saya yang tulis?" tanyaku lagi. Macam detektif Conan pulak.
"Saya kenal tulisan awak, Arif..." Kata-kata Adrina tersebut bagaikan petir yang memanah diriku. Tiba-tiba aku rasa badan aku ada super power la pulak. Dia tau tulisan aku? Si Nizam buaya tu pun sampai sudah tak cam tulisan aku. Adakah Adrina pun sukakan aku juga? Jeng.. jeng... Saja la cakap begitu. Tak tau nak cakap apa lagi.
Untuk beberapa ketika kami hanya mendiamkan diri. Tapi aku risau gak. Selamba badak aje dia masuk ke surau lelaki. Kami berdua saja kat dalam pulak tu. Kalau kena tangkap khalwat.. huu.. Bala! Kena cekup dalam surau pulak tu! Tapi kalau kena paksa kawin, best la jugak!
"Arif, saya mintak maaf sebab buat awak macam tu tadi," Adrina kembali bersuara. Aku dapat menangkap nada kesalnya.
"Tak pe... no problem!" ujarku dengan macho. Eleh, tadi syahdu nak mampus. Skang kunun tak de apa-apa? Biasalah lelaki. Lagipun Adrina ni cun sangat. Nak marah lama-lama pun susah. Korang tak dengar suara lembut dia lagi. Gerenti cair punyalah!
"Arif, saya tahu lelaki jenis awak ni. Jenis yang berprasangka baik pada benda yang dia suka. Tapi saya bukanlah baik dan sempurna seperti Arif sangkakan. Kalaulah Arif tahu siapa saya.... Itu sebabnya saya jadi kekok tadi. Saya..."
"Adrina," aku segera memotong kata-katanya.
"Mana ada manusia yang sempurna dalam dunia ni? Siapapun pernah dan akan membuat kesilapan yang teruk dalam hidupnya. Tapi itu tak penting. Yang penting ialah dia masih boleh menerima siapa dirinya selepas itu. Sama juga kalau seseorang yang mencintai kekasihnya. Cintanya bukan setakat pada kebaikan kekasihnya itu, malah keburukannya juga." Aku tak sangka dapat mengeluarkan kata-kata yang sangat hebat tadi. Fadhilah Kamsah pun boleh menitik air mata kalau mendengarnya!
Adrina terpegun. Sebenarnya aku pun terpegun. Masih tak percaya mulutku yang berbau nasik lemak ni dapat mengeluarkan falsafah yang setanding dengan Aristotle. Aku yang masih terlentang hanya memandang ke arah Adrina yang masih terpegun.
"Cinta?" Tiba-tiba Adrina bertanya. Seraya itu bibir mungilnya mengorak senyuman.
"Eh, eheh! Itu contoh saja," kataku dengan spontan. Aiseh! Apa yang aku cakap ni? Patutnya aku kata la : Ya, cinta. Cinta yang sedemikian rupa yang saya rasakan terhadap awak. Apa la nasib aku dapat personaliti bengap ni...
Adrina tersenyum lebih lebar. Semakin manis rupanya. Jantungku seakan-akan terhenti melihat senyuman tersebut.
"Thanks," ucapnya dengan lembut seolah-olah berbisik padaku. Adrina terus membongkokkan tubuhnya dan tanpa disangka-sangka mengucup pipi kananku dengan lembut. Kemudian dia bangun, menghadiahkan senyuman yang penuh makna kepadaku dan terus melangkah keluar dari surau.
Aku pulak masih terbungkang di atas karpet surau. Rasa-rasanya jantungku dah betul-betul berhenti kali ni!
- Sambung! Lalalala... Love Song! -
No comments:
Post a Comment