Friday, July 25, 2008

Zero Hero Bab 9

Bab 9

Seronoknya aku hari ini. Tidak sia-sialah aku ponteng kuliah. Tapi bila pikir dengan gaya Professor Madya, aku rasa bersalah pulak pada mak bapak aku. Yalah, diorang hantar duit ke universiti untuk aku belajar betui-betui. Bukan pi beromen dalam surau! Tapi cinta yang melamun hatiku ini membuatkan aku lebih seronok dari rasa bersalah. Cewah! Dah pandai buat madah pujangga pulak!

Hm... patut ke aku cerita kat dua ekor balau tu? Silap haribulan diorang gelakkan aku dan tuduh aku mengigau. Lagi teruk kalau Adrina bengang sebab aku ni bacar mulut. Langsung lepas ni dia tak mau cium aku... eh! bercakap dengan aku!

Setelah berfikir dengan teliti sambil mengorek lubang hidung, akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak bercerita kepada sesiapa. Biarlah jadi rahsia kami berdua aje.

************************************************************

"Aik? Senyum anggun nampak? Apa dah jadi?" Tanya Wadi dengan nada kehairanan. Sahabat aku ni memang faham akan penderitaan aku tadi. Tapi dia tak tau berita terkini hiburan sensasi lagi.

"Ha! Tadi aku nampak Adrina pun keluar. Sama ada dia pun berak macam kau atau korang beromen." Alamak! Serkap jarang Nizam hampir mengena la! Aku pun buat-buat la gelak macho macam Faizal Hussein. Kira gelak macho tak jadi la tu!

"Romen kepala hotak kau. Adrina terserempak dengan aku kat hall tadi. So kami pun duduk la bersembang. Dia mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Hari ni angin dia kureng sikit." Agak tergagap juga aku explain. Yelah, aku ni manalah biasa menipu. Entah aku layak jadi lawyer atau tak...

"Haa... beromen la tu! Romen tu romance la dalam bahasa omputeh!" ujar Nizam.

"Eh, engkau ni dumbfounded la Nizam! Romen dalam istilah kita ialah buat maksiat, tau?" ujar Wadi dengan suara lantang. Aku dan Nizam bantai tergelak. Yalah, dia nak guna perkataan ‘dumb' untuk makna ‘bodoh'. Tapi silap guna ‘dumbfounded' pulak yang membawa maksud terkejut sampai tak terkata-kata. Aii... teruk betui la English mamat ni!

*******************************************************

Esoknya...

"Siol kau, Arip! Kau tipu kami, ya? Rupa-rupanya kau bercium dengan Adrina kat bilik tutorial, ya?"

Hampir nak bersembur nasik lemak yang aku tengah kunyah. Aik? Mana pulak Nizam dan Wadi tau nih? Ada orang nampak ke? Aku sempat mengerling sekelilingku. Jelas beberapa pasang mata sedang memerhatikanku. Ada yang nampak macam suka. Tak kurang juga sinis. Dua pasang mata tengah pandang aku dengan gaya menyampah. Alamak! Ada tiga pasang tengah memandang macam nak menelan aku. Sohih al-Bukhary ramai yang tau! Eh, mak cik kafeteria pun tengah memandang aku dengan gaya marah? Ntah-ntah dia sebenarnya menyimpan perasaan terhadapku. Oh... tak rela tubuh mungilku disentuh oleh orang tua itu!

"Tak suka ke nasik lemak tu?" tanya mak cik kafeteria dengan nada dingin dan seram; yang secara automatik menghapuskan prasangkaku. Laju je aku menggelengkan kepala. Macam anak murid ajaran salah pulak!

"Kawan saya buat lawak, mak cik!" ujarku dengan nada gementar. Kalau korang tengok muka mak cik yang brutal tu dengan hembusan aura membunuhnya, mesti korang pun jadi cuak macam aku. Kini aku kena menghadap muka brutal sahabat-sahabatku pula.

"Sampai hati kau sorokkan cerita sebenar dari kami. Kami ni kan ‘peng yau' (sahabat baik) kamu?" Aduiii... pening kepala aku. Siapa pulak la yang nampak aku dan Adrina di surau ni? Dah la tu... salah fakta pulak tu. Ada ke kat bilik tutorial? Punya la jauh bilik tutorial dari surau-

Eh? Nanti kejap! Takkanlah...

************************************************************************Ada la dalam 10 minit kemudian, di perkarangan dewan kuliah.

"Sorry, Arif. Saya yang mulut tempayan. Tak sangka pulak jadi begini..."

Memincing mata aku. Nak marah tak boleh. Yalah, Adrina sendiri yang Jom Heboh-kan cerita tu. Patutlah ada penukaran fakta tentang surau tu. Yapparii... (dalam bahasa Jepun. Dalam BM maksudnya "Aku dah agak dah...")

Orang pompuan ni memang susah nak simpan rahsia...

No comments: