Bab 21
“Hei! Napa termenung?”
Pertanyaan gemersik tersebut segera mematikan lamunanku. Apabila aku memandang ke sebelah kiri, Adrina telahpun melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan denganku. Hmm… Wanginya bau perfume dia. Sohih bukan cap ayam yang biasa dijual kat pasar malam tu. Kalau cerita omputeh tu, dah tentu dia memelukku dengan mesra dan kemudian bagi ciuman ringkas. Tapi tu dalam angan-angan bahagian otak kuningku la… Lagipun aku betui-betui rasa monyok sekarang.
“
Aku hanya mampu tersenyum tawar biskut askar je. Ekspresi muka risau Adrina bertukar jadi tak puas hati.
“Arif… Kenapa ni? Cakaplah…” desaknya sambil memegang bahu kiriku dan menggoyang-goyangkannya. Ewah! Macam menari dangdut poco-poco pulak! Senggol-senggolan… cubit-cubitan… aduuuh! Kepak-kepaaaak!
“Nizam kutuk Rina. Jadi kami berdua bergaduh. Sekarang dah putus sahabat.” ceritaku dengan ringkas. Entah kenapa cukup pedih hatiku nak meluahkan kata-kata tersebut. Adrina bungkam. Buat seketika perasaan kurang selesa kami berdua terzahir dalam suasana hening tersebut. Terdengar di kokleaku keluhan lembut dari bibir mungil Adrina. Eh, nanti sat… koklea ke gegendang?
“Kenapa Nizam kutuk Rina pulak?” tanya gadis rupawan di sebelahku itu. Aku dengan berat hati mula membuka mulut untuk bercerita. Kepedihan dalam hatiku semakin bertambah. Air mataku mulai
“Oh, begitu. I’m so sorry…” ujar Adrina. Lama kami mendiamkan diri. Aku hanya termenung memandang jauh ke depan. Sesekali budak-budak TESL berpakaian seksi yang lalu beberapa kali mematikan lamunanku. Setelah itu aku mengelamun balik. Tiba-tiba aku terdengar esakan perlahan di sebelahku.
“Eh? Kenapa ni Adrina?” tanyaku dengan perasaan terkejut. Apa aku ni ada kuasa mutant boleh pindahkan kesedihanku kepada
“I’m so sorry… I’m so sorry…” ujar Adrina dalam esak tangisnya. Aku jadi serba-salah pulak. Ingatkan Adrina mesti naik darah dengar ceritaku. Lepas tu dia pergi sembur Nizam sampai pengsan buaya Sarawakian tu.
“Janganlah nangis. Bukan salah Rina. It’s not your fault.” pujukku sambil memegang bahu kanannya. Entah kenapa spontan aje tanganku berbuat gitu. Aku tahu pujukanku itu takkan dapat meredakan tangisan Adrina. Serius aku tak tau macam mana nak pujuk ompompuan nangis. Kalau baby tu aku sumbat je la botoi susu bagi dia diam. Kalau pompuan… Cih! Cih! Mulalah nak fikir benda-benda tak senonoh tu! Hehehee… kalau korang paham, maka korang pun otak kuning jugak macam aku!
*******************************************************
Sepanjang hari ni Adrina asyik berkepit dengan aku aje. Mungkin sebab dia tak mau aku rasa lonely Akon kot? Tapi perbuatannya itu memang berjaya mengubati kesedihan yang aku rasakan sekarang. Sesekali aku ternampak kelibat Nizam dan Wadi. Tapi they make donno aje. Aku pun ada ego aku gak. So I also make donno jelah!
Akhirnya tiba juga masa untuk kami berpisah. Berat betui hati aku rasanya. Tambah dalam keadaan sekarang. Dan buat pertama kalinya Adrina mintak aku hantar dia balik dengan kapcai aku. Yelah, sebelum ni Wadi aje calon terunggul yang menumpang kapcai aku. Sekarang dia pun berbulu dengan aku. Semenjak kejadian semalam, Wadi terus pergi melepak di bilik Nizam. Pagi tadi pun dia balik time aku masih tidur dan kemudian pergi ke kuliah dengan Peugeot Nizam. Hmh! Boleh pulak jibraok tu bangun awal?
“Thanks, Arif. Sorry sebab menyusahkan awak.” ucap Adrina. Aku menggelengkan kepala tanda aku tak kisah. Aku segera mengambil begku di dalam raga motor dan kemudian kusandangkan ke belakang. Tiba-tiba aku ternampak sebuah Mitsubishi Evo-6 yang dengan biadapnya diparkirkan di hadapan foyer bangunan pentadbiran kampus.
“Eh? Itu kereta Shaleen, kan?” tanyaku. Adrina menganggukkan kepala. Ooo… ada program dengan kawan-kawan tersayang dia le nih.
“Oi fucker!” Tiba-tiba suatu suara yang tidak asing lagi nadanya berserta dengan idghram carutnya menegurku dari belakang. Aku segera berpaling. Hmh! Dah agak dah. Memang juara mencarut sedunia tu yang menegurku.
“Oi sucker!” (maknanya ‘bodoh’) balasku balik dengan nada bengang. Shaleen tertawa. Masih tak terperasankan mood aku hari ni. Dengan selamba beliau memegang bahu
“Lick only. I don’t suck, baby!” (Jilat sahaja. Aku tak hisap) ujarnya dengan suara seksi. Lepas itu Shaleen melepaskan pautannya dan ketawa. Walaupun
“Leen… don’t!” tegur Adrina dengan agak tegas. Shaleen memandangnya dengan kehairanan. Kemudian memandang ke arahku pula.
“Oh shit! Bad timing. I’m so sorry, Arif.” (Alamak. Masa yang kurang sesuai. Minta maaf, Arif) ujar Shaleen dengan lembut bila menyedari mood tak baik yang bersarang dalam diriku. Spontan aku teringatkan masa aku bersembang dengannya haritu. Ginilah kelembutan Shaleen bila dia tidak berlagak ganas tak tentu pasal.
“Tak pe… tak pe. Sekurang-kurangnya hati saya ceria sikit.” ujarku. Memang aku tak tipu pun. Tindak-tanduk Shaleen memang menghiburkan. Aku rasa elok bebeno kalau dia tunggang basikal bersama beruang dalam pertunjukan sarkas.
“I really meant it. Here, as my token of apology. Pingjang aje tau?” (Aku benar-benar maksudkannya. Nah, sebagai tanda minta maaf. Pinjam aje tau) ujar Shaleen seraya menghulurkan IPod MP3 player miliknya kepadaku. Aku tergelak mendengarkan perkataan ‘pinjam’ jadi ‘pingjang’ di mulut amoi itu. Entah macam mana la dia boleh lulus Bahasa Melayu dulu.
“Tak pelah, amoi. I’m okay. I’m cool.” ujarku. Aku sebenarnya takut Adrina berasa cemburu kalau aku ‘pingjang’ IPod Shaleen. Lagipun IPod tu warna pink. Mana macho pakai warna gay macam tu! Ceh!
“Okaylah, Arif. Rina nak pergi shopping dengan Shaleen. Hanany tengah tunggu kami di sana.” ujar Adrina memotong kemesraan aku dan Shaleen. Tu hah! Kan aku dah kata dia cemburu?
“Okay. Have fun.” ucapku. Adrina tersenyum.
“I will, master.” jawabnya dengan nada gurauan. Master? Macam dia ni hamba akulah, ya? Hmm… geram pulak rasanya. Otak aku dah start fikir lain dah…
“Take care, bro. Enjoy, okay?” ujar Shaleen pula seraya menepuk-nepuk bahuku. Aku anggukkan kepala tanpa membalas dengan kata-kata. Takut menambahkan cemburu Adrina. Beberapa minit kemudian aku pun blah dari situ setelah kelibat Mitsubishi Evo-6 lesap dari pandangan mata. Hmm… Apa maksud Shaleen dengan kata-kata ‘enjoy, okay?’ tadi?
***************************************************
“Home sweet home” ujarku dengan nada sugul. Yalah… tak de lagi Wadi dan Nizam yang menceriakan suasana di dalamnya. Ku campakkan beg sandangku ke atas katil. Tiba-tiba perhatianku tertarik pada seurat wayar halus berwarna ungu yang sedikit terjulur keluar dari begku.
“Apa pulak dalam beg aku nih?” ujarku dalam hati. Aku segera mendapatkan begku dan membukanya. Aku kemudian tertawa.
“Haii… baik hati betui kau ni, Shaleen.” ujarku sambil menimang-nimang Ipod berwarna pink yang aku pasti dimasukkan secara senyap-senyap oleh ratu mencarut seantero dunia itu tadi. Aku terus menyumbat earphone ke telinga dan mula terkial-kial mencari cara nak mengaktifkan IPod tersebut…
No comments:
Post a Comment