Friday, July 25, 2008

Zero Hero Bab 12

Bab 12

"Oit! Bawak bertenang la amoi!" ujarku dengan nada hampir berbisik. Malu betul jadi perhatian secara tiba-tiba. Budak Shaleen ni buat drama Wah Lah Toi pulak kat kafeteria ni. Beberapa pasang mata masih lagi melekat ke arah kami. Ish, pandang le tempat lain. Kang aku bagi autograf kang! Shaleen senyap tak berbunyi. Tapi bibirnya mencebik macam itik Peking hilang laki.

Lama kami berdiam diri. Aku dah rasa serba-salah pulak. Kalau ikut hati mau aku angkat punggung dan blah aje. Tapi di depan aku ni kawan baik Adrina. Nanti dia repot bahawa aku ni tak ‘gentleman'. Mau jatuh tertiarap ke jalan bertar reputasi aku di mata gadis pujaanku itu. Aku pun menyanyi-nyanyi kecil untuk meredakan suasana yang tak selesa itu. Tapi cuma ‘humming' je la. Maknanya nyanyi tak bukak mulut. Mula-mula tu lagu Wings berjudul Bernafas Dalam Lumpur. Lepas tu lagu Sesame Street pulak. Masa tu aku tengok Shaleen mengulum senyumnya. Memang pandir rupanya orang tua nyanyi lagu bebudak. Aib punya pasal, aku nyanyi pulak lagu Camille Jones yang bertajuk The Creeps. Tapi ingat kat chorus je la.

"C'mon... Ah-ah-ah-ah-ah... De-eh-eh-eh-ens... Tu-uh-uh-uh-uu... Kri-ih-ih-ih-ips..." itulah rupanya chorus lagu tersebut. Macam mat gagap dari Lata Kinjang aje. Kalau tak silap aku, perkataan sebenar bagi chorus tadi ialah "I dance to the creeps". Berulang kali aku nyanyi benda yang sama. Masuk kali keempat tiba-tiba Shaleen ikut nyanyi bersama. Aku tersenyum rasa nak gelak. Tapi aku tetap teruskan nyanyian. Shaleen pun gitu juga. Semakin kuat pulak kami menyanyi lagu mengarut tu. Berlawan suara pulak tu. Dah macam merpati dua sejoli gagap pulak kat kafeteria tu. Akhirnya kami berhenti menyanyi dan sama-sama ketawa.

"Amacam? Dah lega?" tanyaku. Shaleen yang masih tersenyum pura-pura mencebik masam. Lepas tu ketawa. Entah kenapa, aku pun tak tau. Gamaknya digeletek setan, kot?

"You benci lelaki? Kalau begitu, I pulak macam mana?" tanyaku.

"Especially you!" balas Shaleen seraya menyambung tawanya kembali. Eleh, benci kat aku kunun... Tadi sibuk melambai kat aku macam langsuir pokok kekabu Kampung Sungai Rokam tu hapa? Entah macam mana tiba-tiba ada awkward silence (keadaan senyap yang menyebabkan perasaan kurang selesa) wujud di antara kami.

"Betul ke you tak penunggu Adrina?" tanya Shaleen. Jenuh aku mengulum tawa.

"Tak. Serius. I bukannya tengah tunggu Adrina. I memang datang seorang diri nak makan malam." jawabku. Shaleen memberikan respons dengan sebuah senyuman tawar.

"I called her before you came. Adrina tak mao turun. Dia got period." maklum Shaleen akhirnya. Ooo... patutlah jenuh aku melepak dengan amoi ni Adrina tak turun-turun. Dia dilawati oleh PMS rupanya.

**************************************************

Punya la lama kami melepak sambil berborak. Seronok pulak dapat berborak dengan minah ni. Walaupun cun-melecun tapi sikitpun dia tak kisah mempandirkan dirinya. Tambah-tambah lagi Bahasa Melayu pelatnya tu. Kira macam Wadi cakap English la! Tapi English aku pun kadang-kadang tekantoi jugak. Aku terperasan juga yang amoi ni dah kurang pulak carutnya.. Agaknya betui la maki-carutnya tu jadi defence mechanism seperti yang Adrina cakap. Tapi sikitpun aku tak sentuh bab dia kena rogol tu. Aku rasa dia pun tak nak bercerita.

Akhirnya kami berhenti berlabun apabila jam Citizen tua yang terlekap pada dinding kafeteria menunjukkan pukul 11.34 malam. Aku sebagai seorang lelaki budiman tentu la akan menemani dia ke keretanya. Masa berjalan ke tempat parkir, kami masih rancak berborak.

"Okay, dah sampai. Poh! Podah! Podah! Pi balik!" ujarku dengan nada melawak tatkala sampai ke keretanya. Amboi... cantik betul Proton Wira Shaleen ni. Modified macam Mitsubishi Evo. Eh! Nanti jap...

"Ini betui-betui Mitsubishi Evo ke?" ujarku hampir memekik. Ni kira kagum tahap 15 kuasa kuda ni! Kaya sangat-sangat la bapak budak ni!

"I'm having a great time tonight. Thanks, Arif." Tiba-tiba saja Shaleen bersuara dan terus mencium pipiku. Kemudian dengan selamba hippotamus dia masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin kereta.

"Good night!" ujarnya sebelum memecut pergi.

Aku pulak masih macam orang bodoh berdiri di situ sebab tak tau macam mana nak memberikan reaksi yang sepatutnya...

- bersambung - (dah makin saspenda nih!)

No comments: