Bab 15
“WADI! Cepat la bangun!”
Hii… Jawa Mildura ni… Aku karate chop suey kat dahi berbayar zakat fitrah tu kang baru dia tau! Manjang bangun nak aku kejutkan. Ingat aku ni keturunan tali barut Portugis ke? Tapi bila masuk waktu subuh elok pulak macam zombie kampung
Seperti biasa, bila kami sampai je ke kafeteria, umat manusia dah ramai menyepahkan diri di tempat tu. Senior, junior semuanya berkumpul, bergabung minda, bulat bermuafakat serta bersatu hati untuk tujuan yang satu: Mentedarah.
Masa inilah juga para pompuan yang dikasihi masing-masing menjadikan tempat tu sebagai platform memperagakan fesyen.
“Ni kau punya pasal la. Dah kita tak ada tempat.” rungutku kepada Wadi. Mata roommate aku yang masih kuyu macam nak tak nak je dengar omelanku tadi. Mataku meliar memandang mencari geng starz untuk menumpang kasih di tempat mereka. Tup-tup ternampak kelibat Nisah, Nora dan Atikah. Mereka yang juga sedang memandang ke arah kami tersenyum sambil giat menggamit kami untuk join makan di meja mereka. Nisah ni aku segan sikit. Dia ni penulis sambilan untuk majalah-majalah Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuat menulis budak tu! Aku pulak manalah rajin nak baca karya-karya ilmiah dan berat macam tu. Yang aku rajin baca ialah komik Hong Kong dan manga. Kalau angin senggugut tak betui kekadang tu baca Mangga la pulak!
Nora ni mek kelate. Comel-comel bulat-bulat gitu. Dia ni suka cakap laju tapi volume-nya slow. Jadi jarang la aku paham apa mesej kemanusiaan yang nak disampaikan olehnya. Selalunya aku angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk ikut telunjuk je la. Atikah pulak memang jenis cool dan open-minded punya. Tapi kalau angin monsoon tapioca dia tak betui, mulalah jadi garang. Aku ingat syarikat pencuci serbuk Harimau Kuat patut ambik dia jadi model iklan. Tak pun syarikat biskut Tiger Biskuat tu. Jangan iklan Tiger Beer sudah…
Aku terpaku. Tak percaya dengan apa yang lihat kat depan mata sekarang. Patut la aku tak terperasankan Adrina. Rupa-rupanya dia pakai tudung hari ni. Adui mak! Punya la comel manis macam kuih kat Kelantan. Aku terasa macam terjatuh cinta buat kali kedua pulak!
“Adrina ke tu?”
“Kau pergilah duduk kat dia. Biar aku je join geng tiga dara pingitan tu.” saran Wadi. Ni yang aku sayang kat member Jawa aku nih. Macam paham-paham je apa yang tengah bermain kat benak aku ni. Setelah kata putus tercapai, kami pun mula mengorak langkah menghala ke destinasi masing-masing.
“Hai Arif.” tegur Adrina dengan nada yang agak manja dan mesra alam.
“H..Ha.. Hai!” balasku dengan gaya gugup seperti hip hop tak jadi. Adrina menepuk-nepuk bangku di sebelahnya. Aku sempat mengerling ke arah seorang mamat yang tergenyu-genyu meratah wajah comel gadis impianku. Ish, mamat ni… langsung tak pandang ke arah aku. Memang cukup beradab ala menggali hamput la ni. Aku dengan gaya yang agak angkuh melabuhkan bontotku ke kerusi yang disarankan oleh Adrina. Kali ni baharulah si mangkuk ayun tu mengerling ke arahku.
“So, macam mana? Jadi tak?” tiba-tiba mamat tu bersuara. Nadanya ditambah sikit perisa macho. Tapi bunyi anak lembu Serbegeth Singh je yang aku dengar. Senyuman Adrina kepadaku tadi mati serta-merta. Pandangannya terarah pula pada mamat tu. Aku pun turut meng-usha mamat tersebut. Hmh! Idak le hensem. Ni kalau letak sebelah longgokan ikan
“Macam mana hapa?” balas Adrina dengan agak keras. Uih! Ni la pertama kali aku tengok gadis idamanku ni menjadi bengis. Mamat tu tersengih. Nampak sangat nak cover aib yang terlakar di wajahnya.
“Jangan la gitu. You dah sombong sekarang, eh?” ujar mamat tu dengan nada macho bercampur romantik kembang tekak. Aku tak tahu apa kejadahnya episod telenovela di antara mereka berdua. Tapi yang aku pasti mesti mamat ni pun
“Excuse me? Apa pulak maksud you ni?” tanya Adrina dengan nada tersinggung. Nampaknya tak jadi la aku nak meng-order nasik lemak mak cik brutal. Adegan di depan mataku ni tampak lebih menarik.
“Hai? Punya la lama kita dah berkenalan. Don’t tell me that you forgot all that?” tanya mamat tu kembali dengan nada yang agak tersinggung. Uih! Sedap bunyi dia bercakap omputeh. Macam western food la!
“Us? There’s nothing happened between us back then, there’s nothing happened between us right now and I’m damn sure there will be nothing happen between us in the future. Comprende?” Lagi hebat
“Aib siuul…” Spontan ayat tu terlepas dari mulut tak berinsurans-ku. Tu dia aih… mamat tu punya jegilan mata memang betui-betui mirip lakaran orang jahat dalam komik Wat Yat Leung. Aku pulak dah jadi takut campur tak keruan. Yelah, mamat tu lagi bagak (besar) dari aku.
Mamat tu tiba-tiba bangun. Kemudian merenung Adrina dengan pandangan kesal lantas kemudian terus berlalu pergi bagaikan ufuk angin yang berlalu. Chewah! Sastera la pulak aku nih! Baharu je lepas dari cengkaman malaikatul maut terus bermadah seloka pulak! Namun ia tidak mematahkan juga perasaan ingin tahuku. Aku lantas menoleh ke arah Adrina.
“Siapa mamat tu?”Pertanyaanku tidak segera dijawab oleh Adrina. Sebaliknya beliau merenungku dengan mata yang berkaca.
No comments:
Post a Comment