Saturday, July 26, 2008

Zero Hero Bab 37

Bab 37

“Shaleen!” Isk! Nampaknya amoi tu masih tak mendengar panggilanku walaupun jarak kami ada la dalam 5 kaki 3 inci 16 pol aje. Ni natijah live band yang bukan main bingit lagi mengalunkan lagulah ni. Aku perlahan-lahan menyusuri lautan manusia yang sedang sibuk berdansa. Hehe… kalau aku lepaskan kentut kuat lagi busuk sekalipun tentu tak ada yang tahu siapakah dalangnya.

“Excuse me! Excuse me! Ass-squeeze me!” ujarku. Tiba-tiba ada seorang awek yang seksinya mengalahkan pelakon Baywatch berpaling kepadaku lantas melemparkan senyuman.

“Ass-squeeze me?” tanyanya kembali dalam nada berteriak. Aku tertawa.

“Joking only. Jangan repot polis, ya?” ujarku dalam melawak. Giliran gadis tu pulak tertawa. Cilakak! Tak sangka ada juga jenis manusia yang memasang telinga masa tengah berjoget. Aku segera meneruskan odisiku merapati Shaleen. Akhirnya aku sampai betul-betul di sisinya. Mak oi! Betul-betul dia ikut cakap aku untuk pakai seksi. Aku terpegun seketika. Inilah pertama kali aku melihat Shaleen mendedahkan sebahagian besar tubuhnya. Ada dalam 64 peratus kot?

“Shaleen!” seruku. Shaleen yang sedang ralik menari berhenti tiba-tiba dan terus memandang ke arahku.

“Arif!” teriaknya dengan nada gembira dan dengan tidak semena-mena memelukku. Aku tergamam. Ini adalah kali kedua amoi semborono ni memelukku. Sebelum ini senang aje aku menguisnya. Namun kali ini aku seolah-olah tak bertenaga untuk menolak. Aku membiarkan saja diriku diperlakukan dengan sewenangnya oleh Shaleen. Macam kena rogol pulak! Yiahah! Tak lama kemudian Shaleen segera melepaskan rangkulannya.

“Sorry… sorry…” ujarnya dengan nada serba-salah. Aku tergelak. Tentu dia ingat aku tengah monyok sebab cintaku dihancurkan oleh Adrina.

“It’s okay. Aku rasa hangat dan syok tadi! Boleh tak buat lagi?” tanyaku. Mintak-mintak dia peluk la lagi! Pe-luk! Pe-luk! Shaleen tak memelukku. Sebaliknya dia tertawa seraya menembi bahuku.

“Datang tak bawak girlfriend ke?” tanyaku. Aku rasa dah macam drama sitkom Melayu pulak. Cakap asyik nak meneriak aje. Tapi lagu yang band tu tengah mainkan memang bingit betul.

“Dia malu, ma!” maklum Shaleen.

“Kalau gitu biar aku temankan kau menari.” tawarku.

“You dance like a monkey!” kutuk Shaleen seraya tertawa.

“Eleh! Kau pun menari macam kucing jilat ketiak nak eksyen pulaaak!” kutukku kembali. Shaleen tertawa lebih lantang. Namun beliau segera mencebikkan bibir dan memukulku. Aku tak peduli dia setuju atau tidak. Aku segera mengatur langkah ‘monyetku’ dan menari bersama Shaleen. Amoi tu spontan meliuk-liukkan tubuhnya sebagai isyarat beliau menerima pelawaanku. Buat seketika kami hanyut dalam langkah tarian sumbang kami mengikut alunan muzik yang berkumandang. Tatkala muzik berakhir, muda-mudi yang turut sama menari tadi terus bersorak dan bertepuk tangan. Aku dan Shaleen hanya berpandangan sambil membalas senyuman. Tiba-tiba amoi tersebut membuat tindakan yang tidak kusangkai. Beliau menundukkan kepala untuk mengelakkan pandanganku. Eh? Dia sebenarnya dah dapat agak ke?

“Hei guys!” O pulup malap! Terkejut aku apabila bahu kananku tiba-tiba ditepuk dengan kuat. Aku berpaling ke belakang. Oh… Adrina rupanya. Kalau si Wadi tadi yang dia tepuk, mau tangannya dikilas dek Wadi dan dijamu pulak dengan pukulan Sendeng Tiga Alam. Aku hanya mampu memberikan senyuman teruja plastik kepadanya. Pandanganku sempat dikerlingkan ke arah Shaleen. Nampaknya beliau juga memberikan reaksi yang serupa.

“Happy birthday, Adrina.” ucapku. Sebenarnya nak aje aku kata “Happy birthday, bitch.”. Tapi cuma berani dalam hati aje la.

“Thank you, sweetheart! Ada bawak birthday present untuk Rina tak?” tanyanya dengan gaya manja. Aku yang masih memakai senyuman plastik menganggukkan kepala.

“Saya bagi pada mamat Melayu yang jaga kat depan pintu nun.” maklumku. Mata Adrina terbelalak dengan gaya teruja.

“Oh! Itu cousin Rina. Dia tu kuat menyakat orangnya. Sorry ya, kalau dia sakat Arif tadi.” maklumnya. Sakat kunun… Itu agaknya standard orang kaya macam dia ni. Menghina dan memalukan aku depan orang ramai tu kira menyakat la gamaknya. Kat kampung aku kalau kita kentut kat muka member time dia tengah sedap hisap rokok baru la kira menyakat.

“Sakat? Tak de pun. Muka dia masam aje tadi.” maklumku dengan gaya buat tak tau. Adrina mengerutkan kening. Hehehe… memang sah kamu yang suruh malaun firaun tu agar ‘menyakat’ aku.

“I see… Okay! Both of you have fun, okay? I got some errands to do.” ujarnya dan terus meninggalkan kami dalam keadaan tergesa-gesa. Aku memandang Shaleen. Gadis tersebut juga sedang memandangku dengan rasa kehairanan.

“Is there something both of you knew that I do not?” tanyanya. Aku tertawa. Aku tau pasti Adrina sedang bergegas untuk berjumpa dengan si gemuk tersebut bagi mendapatkan kepastian.

“Tak ada apa-apa.” ujarku. Aku tak mahu memberitahu apa yang telah terjadi. Shaleen mempamerkan perasaan tidak puas hatinya melalui raut muka beliau. Aku tersenyum.

“Jom ke mini bar. Aku belanja kau minum.” ajakku. Shaleen tertawa kecil. Mini bar tu pastilah percuma. Mintak tuak XO tujuh lapan botol pun tak apa. Baik sungguh hati Adrina menyediakan arak percuma untuk para hadirin. Aku terus menarik tangan Shaleen ke mini bar tersebut. Pembelajaranku selama tujuh malam bersama Nizam dan Wadi membuatkan aku tidak kekok untuk berbuat begitu. Nampaknya Shaleen hanya merelakannya. Walaupun beliau berada di belakangku, aku pasti Shaleen sedang terpinga-pinga dengan ‘kesantaianku’ ini.

*******************************************

Beberapa minit kemudian.

“I expect you to order beer just now.” ujar Shaleen seraya menyedut teh lemon aisnya. Kami kini sedang duduk melepak di barisan bangku bulat di mini bar tersebut.

“Apasal pulak?” tanyaku. Aku sempat menjeling ke arah teh lemon aisku. Buat masa ini hanya muzik dari pemain CD yang dialunkan sementelah bebudak band tu tengah berehat.

“You… are… so… different!” jawab Shaleen. Beliau tersenyum. Namun senyumannya itu bergaul dengan rasa kehairanan. Aku turut tersenyum. Tersenyum kelat.

Nampaknya begitu la.” balasku.

“What happened since the last time we met?” tanya Shaleen.

“Banyak. Salah satunya-“ Baru saja aku nak bagitau yang aku sebenarnya dah jatuh hati pada orang lain, tiba-tiba suatu suara yang amat kukenali bergema di segenap ruang rumah tersebut. Aku spontan menoleh ke arah pentas. Nampaknya Adrina bersama mikrofonnya ingin membuat suatu pengumuman.

“Thank you for coming. Thank you very much for the presents. But thanks A LOT for not bringing anything! ” ucapnya. Hadirin kesemuanya tertawa. Hmm… Lawak jugak minah ni, ya? Boleh masuk Raja Lawak nih…

“Rina sangat gembira anda semua dapat datang. Dan Rina rasa Rinalah orang yang paling gembira dalam dunia buat masa ini sebab dapat menyambut birthday Rina dengan orang yang sangat istimewa di hati Rina dan paling Rina sayangi. And the best part iiisss… he’s hereeee!” maklum Adrina. Serta-merta air mukaku berubah. Celaka! Nampaknya inilah dia pukulan maut Adrina terhadapku. Sungguhpun aku rasakan yang aku telah seratus-peratus bersedia, namun nampaknya keyakinanku itu telah jauh tersasar. Aku memejamkan mata, menarik nafas sedalam-dalamnya ke perut dan melepaskannya perlahan-lahan.

………. uh….

Celaka! Aku masih tak dapat menenangkan diri. Perasaan marah dan kecewa menggasak dengan ganas ke cepu emosiku. Ya Allah! Kenapa ni! Kenapa aku masih berasa begini? Tolong aku, ya Allah! Tolonglah aku!

“Arif.” Tersentak diriku tatkala mendengarkan sapaan lembut di sisi kananku. Aku berpaling ke arah si empunya suara. Ke arah Shaleen. Beliau sedang menghulurkan tangan kirinya ke arahku. Aku memandang ke arah tangan Shaleen. Kemudian ke arahnya. Dan tanpa berfikir panjang lagi aku terus menghulurkan tangan kananku untuk menyambut tangan Shaleen tadi. Aku kembali memejamkan mata. Tangan Shaleen kugenggam dengan erat. Beliau juga nampaknya melakukan perkara yang serupa. Kehangatan tangannya bagaikan arus yang menjalari di segenap tubuhku. Dan emosiku perlahan-lahan menjadi tenang.

“Rina mempersilakan Norhisyam untuk naik ke pentas dan menyanyi bersama Rina. Come sweetheart, be sporting.” pelawa Adrina sambil memandang ke arah sekumpulan manusia yang sedang mengerumuni pentas tersebut. Seketika kemudian Norhisyam yang baru saja kukenali tadi segera naik ke pentas. Hadirin bersorak dan bertepuk tangan tanpa menyedari bahawa suatu rancangan jahat sedang dilaksanakan dengan sempurna terhadap seorang yang tidak bersalah. Cuma rakan-rakan yang satu batch denganku menunjukkan ekspresi terkejut mereka. Beberapa orang yang mengetahui lokasiku sekarang spontan memandang ke arahku. Aku enggan membalas kembali renungan-renungan yang dirundung dengan seribu pertanyaan tersebut.

Tak lama kemudian Adrina dan Norhisyam mula menyanyikan lagu ‘Sehidup Semati’ daripada kumpulan Indigo dan Juliana Banos. Seperti biasa, suara Adrina cukup sumbang bunyinya. Tapi kali ini kesumbangan suaranya cukup menyakitkan hatiku. Pada masa yang sama aku berasa agak kagum pula dengan Syam. Suaranya memang sedap, siuut!

Hmh! Mata Adrina masih meliar ke sana-sini. Pasti dia sedang mencariku untuk melihatkan ekspresi wajahku sekarang. Cih! Jangan haraplah aku nak buat muka negatif! Aku dah cukup bersedia dengan muka ahli politikku. Seketika kemudian akhirnya pandangan kami bertembung. Inilah masa yang kutunggu-tunggu. Aku tersenyum dan segera mengangkat tangan kananku untuk menunjukkan tanda ‘best’ kepadanya.

Namun barulah aku menyedari bahawa tanganku masih melekat pada tangan Shaleen. Perbuatanku sekaligus mengangkat tangan amoi tersebut untuk ditayangkan kepada Adrina. Seolah-olah aku ingin memberitahu kepada gadis tersebut : “Adrina! Aku tak kecewa puuun… Sebab aku kini dah couple dengan Shaleen! Kuahkahkah!”

Aku tak sangka jadi begini. Jadi SEBAIK begini! Dan seperti yang kujangka, Adrina tidak lagi mampu menghiasi wajahnya dengan senyuman. Malah nampaknya beliau sangat terkejut dengan apa yang dilihat olehnya tadi. Sekali lagi entah mengapa aku berasa sangat bersyukur terhadap Allah.

“Oh my God!” Itulah yang terpacul daripada mulut Shaleen. Nampaknya beliau juga turut menyedari apa yang dah berlaku. Shaleen segera merungkaikan genggamannya dariku. Kemudian beliau memandang ke arahku dengan pandangan yang agak marah.

“Aku cuba berlakon dengan tersenyum dan angkat tangan nak buat tanda ‘best’. Tapi aku lupa yang aku tengah pegang tangan kau, Shaleen.” perjelasku dengan cara berteriak. Dari air muka Shaleen nampaknya beliau percaya kepadaku. Yalah, takkanlah aku sehandal itu untuk memikirkan taktik yang sangat hebat berdasarkan situasi yang ada.

Shaleen kini tidak lagi memegang tanganku. Namun hati dan emosiku cukup tenang serta gembira sekarang. Malah kini aku berasakan bahawa suara Adrina cuma setakat sumbang sahaja. Tidak lagi ianya menyakitkan hatiku.

Pusingan Kedua. Pemenangnya ialah aku : Arif Akmal.

******************************************************

Sudah hampir dua puluh minit semenjak insiden tersebut berlaku. Adrina telahpun menghilangkan diri. Begitu juga dengan Shaleen. Aku rasa bahawa dia pasti sedang mencari Adrina untuk menerangkan apa yang terjadi tadi. Dan aku cukup pasti bahawa Shaleen akan membuat cerita bohongnya sekali lagi. Ceh! Dia bukannya pandai kelentong. Mencarut tu boleh la…

Kini tumpuanku lebih terhadap bebudak band yang sedang berehat di sudut pentas. Aku sebenarnya berasa cukup kagum dengan gaya dan persembahan mereka. Skil main muzik tu jangan cakaplah. Suara penyanyinya pun amat bagus. Aku terus merapati mereka. Kehadiranku disambut dengan senyuman mesra. Mungkin tak ada siapa setakat ni yang nak bersembang dengan diorang kot?. Kesian… nak cekelat?

“Korang best la. Main macam pro. Tentu tuan rumah ni bayar mahal.” pujiku. Salah seorang ahli band tersebut tertawa. Beliau adalah seorang pemuda dalam usia 25 tahun. Skilnya bermain gitar bass memang hebat di samping menjadi penyanyi utama.

“Thanks, man! Kami memang dah lama main tapi masih tak famous. Jadi bayarannya pun ciput je la. Tapi cukuplah nak bayar sewa rumah, duit makan minum, duit kereta dan bil-bil rencam.” ujarnya merendah diri.

“Tapi setakat main dalam band aje manalah cukup. Jadi kami semua ada day job. Nak hidup beb…” ujar si pemain dram pula. Kami kemudiannya bersembang dengan mesra bagaikan dah lama kenal.

“Eh, gua nak tanya la dari tadi.” ujarku.

“Nak tanya apa?” tanya si penyanyi. Namanya Jiko. Jangan tanya nama penuhnya. Aku pun tak tau. Entah Mas Joko agaknya.

“Korang rasa suara birthday girl tadi macam mana?” Sebaik saja aku mengutarakan soalan tersebut kami semua ketawa terbahak-bahak.

“Tak baik ngutuk orang, bro! Suara lu tu pun sedap sangat ke?” sindir Jiko.

“Heh! Ni juara karaoke Zon Kinta, tau tak?” ujarku. Kami tertawa lagi.

“Serius? Kau boleh nyanyi?” tanya Jiko lagi. Dan dengan tak semena-mena, satu idea jahat datang menerjah ke otakku.

*********************************************

Beberapa minit kemudian…

“Shaleen!” Akhirnya aku bertemu dengan juga dengan amoi tersebut. Shaleen nampaknya begitu susah hati.

“Kenapa ni?” tanyaku.

“Adrina… she… she refused to hear me out…” maklum Shaleen. Aku terkaku seketika. Nampaknya Adrina benar-benar tak dapat menerima hakikat yang aku tidak terluka dengan tindakannya tadi.

“Dia salah faham aje tu. Jom ke pentas. I got a surprise for you.” ajakku. Aku sekali lagi menarik tangan Shaleen. Beliau mengikut saja. Sampai di pentas aku mengisyaratkan beliau untuk berdiri di situ. Aku pula segera naik ke atas pentas. Jiko yang sedang memegang mikrofon segera tampil untuk membuat pengumuman.

“Attention! Guys and gringgas! Kawan kami, Akmal akan menyanyikan sebuah lagu untuk birthday girl. Jadi dipersilakan Cik Saidatul Adrina tampil ke hadapan untuk menikmati hadiah yang istimewa ini.” maklum Jiko. Hadirin riuh rendah mencari dan memanggil Adrina untuk datang mendekati pentas. Setelah beberapa ketika akhirnya beliau bersama Norhisyam muncul di barisan hadapan sekali berdekatan dengan pentas. Shaleen yang juga berdiri tidak jauh dari Adrina hanya memandangku dengan pandangan penuh dengan tanda tanya. Nizam dan Wadi yang kini menghampiri pentas juga turut memandangku dengan wajah kerisauan bercampur hairan.

“Akmal! Bro! You rule, man!” jerit Norhisyam disambut dengan sorakan hadirin. Adrina hanya tersenyum. Namun air mukanya jelas menunjukkan perasaan seribu kehairanan. Jiko mengangguk ke arahku dan kembali mendekatkan mikrofon di bibirnya.

“Guys and gringgas! Akmal akan menyanyikan lagu khas buat birthday girl, Saidatul Adrina. Tajuknya ialah ‘Itu Kamu’daripada kumpulaaaan….”

“ESTRANGED!!!” jerit hadirin yang berada di situ. Mereka kemudiannya bersorak dan bertepuk tangan. Jiko dan band beliau terus memainkan lagu pilihanku itu. Aku langsung tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyanyikan lagu tersebut. Memang lagu favourite aku pun. Sambil pejam mata pun boleh nynayi (heheee… memang la!). Hadirin bersorak semakin kuat. Malah lebih kuat dari masa Adrina dan Norhisyam menyanyi tadi. Namun misiku bukanlah untuk menonjolkan diri, apatah lagi untuk mendapatkan undi SMS dari penonton. Tujuanku cuma satu… untuk membalas apa yang Adrina lakukan terhadapku sebentar tadi.

“Kau terindah…

Masih ada…

Yang tercantik…”

Ketika aku menyanyikan rangkap-rangkap korus tersebut, pandanganku dihalakan tepat ke arah Adrina. Namun sebaik sahaja selesai mengungkapkan rangkap korus “yang tercantik…”, aku segera memandang ke arah Shaleen pula.

“Itu kamu…”

Shaleen yang sedang memandangku jelas menunjukkan ekspresi tergamamnya. Aku kembali memandang ke arah Adrina seraya mengulangi rangkap-rangkap tadi. Dan apabila mengungkapkan rangkap korus yang ketiga, aku kembali memandang ke arah Shaleen.

“Itu kamu…”

Akhirnya Adrina mulai terperasan apa yang sedang kulakukan. Beliau segera memandang ke arah orang yang sebenarnya kutujukan laguku tersebut. Serta-merta air muka kelirunya berubah menjadi bengang yang teramat sangat. Nyatalah akhirnya Adrina menyedari bahawa apa yang dirancang olehnya selama ini telahpun kuketahui. Dan lebih buruk lagi, aku berjaya membalasnya dengan cara yang serupa.

Pusingan ketiga. Pemenangnya… aku lagi la!

- Bersambung-

No comments: