Saturday, July 26, 2008

Emo Hero Bab 16

Emo Hero Bab 16

“You still love her, don’t you?”

Kata-kata tersebut terus melontarkan ingatanku kepada Shaleen. Tapi entah mengapa imejnya yang muncul di fikiranku tengah memakai bikini pulak! Aku mengambil masa seketika untuk menjawab pertanyaan Adrina. Lagipun bukan senang nak hilangkan imej Shaleen yang seksi berbikini dari otak primalku, tau? Mmm… seksinya kau ni amoi!

“Hm. I still love her.” jawabku sambil mengangguk. Adrina tersenyum. Namun ianya bukanlah riak senyuman kegembiraan.

“How unfortunate. Rina masih dia anggap musuh Rina…” komen gadis tersebut. Aku terdiam. Tak tau bagaimana untuk membalas komen tersebut. Lagipun tok guru Siu Lan Popochei pernah berpesan agar tak masuk campur bila dua orang pompuan tengah bergaduh. Malah kalau bernasib baik kita akan dapat melihat mereka bergusti lumpur natijah dari keputusan tersebut!

“Tapi demi persahabatan kita, Rina sanggup lupakannya dan berbaik dengan Shaleen.” ujarnya lagi. Kali ini aku tersentak. Tak kusangka langsung Adrina akan membuat keputusan sematang begini.

“Rina…” Itu sahaja yang mampu kuucapkan.

“Arip, Rina tak berhak mintak apa-apa daripada Arip demi kepentingan diri Rina. Arip dah memaafkan Rina dan berbaik dengan Rina pun dah dikira sangat bertuah.” ujarnya lagi. Matanya tertancap tepat kepadaku bersama senyuman.

Malah Rina akan tolong Arip untuk dapatkan Shaleen. Dia kan kawan baik Rina? I’ll help you in any way I can. Rina rasa inilah cara terbaik untuk tebus kesalahan Rina pada Arip.” Aku terpaku mendengarkan kata-kata Adrina. Wajahnya yang lembut benar-benar menunjukkan beliau serius dan bersungguhan. Namun peringatan daripada Wadi dan Nizam tetap bertalun di mindaku.

“Betul? Betul Rina nak tolong?” tanyaku. Gadis yang pernah kubenci itu mengangguk sambil tersenyum ceria.

************************************************

Pukul 5.43 pagi… Di hostel.

Haaaiii… lesunya badanku. Rasa-rasanya otak aku dah lama tidur sebab aku rasa fikiranku macam kosong aje. Sebaik saja aku membuka pintu, aku melihat Wadi dahpun terbungkang lena di katilnya. Manakala Nizam pulak sedang sedap berdengkur di atas katilku. Siap ada koleh besi di atas katil. Ni mesti dia melantak mee segera atas katil aku ni! Badigol punya budak! Aku segera menutup daun pintu dan duduk bersandar padanya. Fikiranku spontan mengenangkan saat-saatku bersama Adrina tadi.

Adrina… Saidatul Adrina…

Betul-betul ke dia dah berubah? Nampaknya begitulah. Tapi dulu masa dia mempunyai rancangan jahat terhadapku pun lakonannya cukup meyakinkan. Betul-betul aku tipah tertipu bang masa tu. Mujurlah Allah menggerakkan hati Shaleen untuk memberitahuku tentang konspirasi di peringkat tertinggi tersebut.

Tapi dalam masa yang sama aku benar-benar berharap agar kali ni Adrina ikhlas. Aku tak sanggup melalui pengalaman seperti dulu. Aku rasa aku patut meminta bantuan Wadi dan Nizam untuk memerhatikan tingkah-laku Adrina dan segera memberi amaran kalau ada yang tak kena. Kalau boleh nak panggil Agent Fox Mulder menolong sekali. Scully aku tak nak. Dia dah tua dan gemuk!

Tapi memang tak kunafikan bahawa aku cukup seronok menghabiskan masa dengan Adrina kali ini. Malah lebih seronok dari masa aku tergila-gilakannya dulu.

*********************************************

Isnin. Pukul 8.32 pagi. Di foyer Fakulti Undang-Undang.

“Oi Zam! Udah le tu! Dari tadi asyik melekap dengan fon engkau tu aje!” Nizam tidak mempedulikan kata-kataku. Itu sahih tengah marketing kat awek baharu tu. Nizam berhenti berbual di telefon selularnya seketika.

“Eh, korang pergi dulu. Nanti aku menyusul, ya?” maklumnya. Hmh! Nampaknya aku dengan Wadi aje la yang makan pagi hari ni. Mamat buaya ni kalau buat ‘marketing’, filem M. Nasir pun lagi cepat siap daripada dia! Namun mood aku yang sedia suram ni semakin menjunam tatkala ternampakkan si Wawa yang sedang menuju ke arah kami bertiga.

Nampaknya aku jadi yatim piatu sekali lagi la ni!” ujarku dengan nada Megatron kalah bergusti lengan. Wadi tersengih dengan perasaan serba-salah.

“Kau join kami sekalilah. Bukan ada hal pun…” ujarnya untuk memujuk. Pegedah… nampak sangat ajak-ajak tapir berdasarkan frekuensi nada one O four point nine kau tu!

“Tak pelah. Aku tak mau kacau daun. Biar aku pergi cari Adrina.” ujarku.

“Eh? Kau dah janji dengan Adrina ke?” tanya Wadi dengan nada kehairanan. Tapi ada terselit perasaan lega dan gembira. AKU DAH AGAK DAH!

“Memang ajak-ajak tapir…” rungutku dengan suara perlahan.

“Ha? Apa dia? Monggo mampir?” tanya Wadi. Monggo mampir apa pulak kejadahnya?

“Aku baru aje fikir nak cari dia. ADRINAAAA!!!” Teriakanku mengejutkan Wadi dan Nizam. Memang aku tengah berbulu sekarang. Malahan biarlah diorang berdua tau akan perasaanku. Pergi sama-sama tapi bila sampai kat fakulti semua buat hal masing-masing. Macam mana nak jadi pahlawan Viking yang disegani oleh penjawat awam kalau begini? Jawab! JAWAAAB!!!

“ARIIIP!!! RINA KAT SINI!!!” Oro? Kali ni kami bertiga pulak terkejut. Aku spontan memandang sekeliling. Akhirnya mataku terfokus kepada seorang gadis yang sedang giat melambai-lambai ke arahku di tempat parkir kereta. Adrina! Tak sangka sungguh! Tipah terpaku bang!

“I astonishingly consider that as an uncanny coincidence!” komen Wadi dengan slanga Hugh Grant-nya. Aku pun tak sangka dengan kebetulan yang sedemikian. Namun aku terus berpaling ke arah Wadi dan Nizam seraya menunjukkan isyarat lucah kepada mereka.

“Haha!” ujarku dan terus berpaling lantas menuju ke arah Adrina.

“Morning moody guy!” tegur Adrina dengan senyuman ceria sebaik sahaja aku berada kira-kira dua kaki daripadanya.

“Aku nampak moody ke?” tanyaku. Gadis tersebut menganggukkan kepala.

“Nizam dengan Wadi asyik sibuk dengan aweeek aje. Aku asyik terpinggir aje sekarang!” rungutku. Adrina membalas rungutanku itu dengan senyuman.

“Asyik tersenyum aje ni, apahal? Kena frist prize sindiket gores dan menang ke?” tanyaku. Adrina tergelak.

“Arip kalau tengah marah pun boleh buat lawak.” komennya. Aku merengus.

“Senyuman tu kan satu sedekah? Lagipun senyuman boleh menyejukkan hati yang tengah marah macam orang kat depan Rina ni la!” sindirnya. Amboi! Baharu belanja aku minum ice-blended coffee dah berani sindir-sindir maut macam tu. Teringin nak dengar orang baca talkin ke?

“Arip! Janganlah buat muka macam tu! Rina gurau aje laa… Rina tengah cuba sedaya upaya nak buat Arip tersenyum, tau?” ujar Adrina lagi seraya memaut lengan kananku dengan lengan kirinya. Sahih lenganku tersentuh bahagian dadanya!

“Pasal apa paut tangan?” tanyaku dengan nada yang mulai mengendur. Adrina segera meleraikan pautannya.

“Rina tengok Arip macam nak pukul Rina aje… Rina takut la…” ujarnya dengan nada manja-manja keseraman. Aku tergelak kecil.

“Takkanlah saya nak pukul Rina pulak!” ujarku.

“Bukan apa… Rina perasan setiap kali Arip bahasakan diri sebagai ‘aku’, masa tu mesti Arip tengah bengang. Tak pun perasaan tertekan.” ujar Adrina. Aku bungkam. Betul ke begitu? Aku mulai terfikir… mengapa nampaknya Adrina begitu banyak mengetahui tentang diriku yang kadang-kala aku sendiri tak perasan?

“Adrina, saya-” Kata-kataku mati begitu sahaja tatkala dihampiri oleh Nizam, Wadi dan Norazwa.

“Rip, are you cool with us? We’re sorry, man…” ucap Nizam dengan segera sebelum keadaan menjadi kekok.

“Arip, sorry ya?” pohon Wadi pula. Aku menganggukkan kepala dengan gaya yang masih tidak berpuas hati.

“Aku sekarang dah jarang sangat nampak korang berdua. Ni nak makan pagi pun jadi susah sekarang.” ujarku seraya melepaskan keluhan kecewa.

“Okey… Kalau macam tu jom kita semua makan sama-sama. Aku belanja!” saran Nizam seraya memaut bahuku dan menarikku ke arah kaferteria. Aku akur. Wadi dan Wawa telahpun bersaing langkah mengikut kami berdua. Setelah beberapa langkah, aku tiba-tiba berhenti dan berpaling ke belakang. Adrina masih terpacak di tempatnya berdiri tadi.

“Rina… jomlah!” ajakku. Namun Rina kali ini hanya tersenyum dan menggelengkan kepala.

“Rina akan buatkan korang jadi kekok nanti. It’s okay, Arip. Bon apetit!” ujarnya dengan senyuman manis. Namun aku kini berasa seolah-olah aku memperlakukan Adrina sama seperti apa yang Nizam dan Wadi buat terhadapku tadi.

“Arip!” seru Nizam. Aku berpaling dan memandang ke arah kedua orang sahabatku.

“Zam, Wadi! Lain kali aje la kita makan sama-sama, okey?” maklumku. Aku kemudiannya memandang ke arah Adrina yang termangu-mangu mendengarkan kata-kataku sama seperti Nizam dan Wadi juga.

Haha! Silap gaya boleh jadi bergaduh macam dulu ni!

- bersambung -

7 comments:

mir said...

wah dah ader blog..tahniah...

Anonymous said...

cayok lah bro....best2...

Anonymous said...

whatt? completing this blog in within few hours? goshh, u sure are a determined one, fren.. :-)

i like the story so far neway :-)

p.s. yang metropolice tu awak yang tulis juga kan?

QasehNuryz said...

hoye..hoye..suker..suker

kasihnuryz

QasehNuryz said...

hoye..hoye..suker..suker

kasihnuryz

Si Nami said...

To mir : Terima kasih...

To reza : Pun terima kasih jugak!

To heart : Pun terima kasih jugak! Metropolice tu memang saya yang buat. Entah bila nak sambung Episod Kedua... Satu lagi... terima kasih sebab pandai tegur utk betulkan grammar saya. That was a penny for my thought...

To kasihnuryz : Hoyeee!!! Snuker! Snuker!

Azri Aliah said...

july 26, 2008?
sekarang dah 2010.
masih kat episod 16?
waseh.
sampai bila?