Friday, July 25, 2008

Zero Hero Bab 10

Bab 10

Beberapa hari kemudian, isu aku bercium dengan Adrina masih menjadi topik terhangat di pasaran macam KRU. Perasaan aku bercampur-gaul dengan takut dan bangga. Tapi takut tu lebih lagi la! Buatnya pihak universiti tau, mampus aku kena gantung semester. Takkan la aku nak balik ke kampung dan dengan selambanya berkata "Hai mak, abah! Saya balik ke rumah ni sebab kena gantung semester kuliah!" Mau tercabut roh dari badan dihentam dengan Tinju Maut Pendekar Laut milik bapak aku. Jadi dah 3-4 hari aku di atas sejadah berdoa supaya tak kena tindakan oleh pihak universiti. Eleh, tau pulak dah buat salah baru nak mintak tolong kat Allah, ya?

Tapi bila pikirkan balik, si Adrina yang miang ketuat pi cium aku. Sedangkan aku pasrah terbungkang atas karpet surau tu dalam proses membuat taik mata. Jadi kira bukan salah aku la dalam hal ketelanjuran ni, ya dak? Jadi Allah musti kesian dan bagi muka kat aku, ya dak?

Nizam dan Wadi sejak akhir-akhir ni macam boikot aku aje. Makan pun tak nak bersama aku lagi Macam toyol jadian aje senyap-senyap keluar pi makan. Malam ni aje time aku tengah potty (cakap comel bagi maksud berak), sekali lagi diorang berdua senyap-senyap keluar. Bengang betul rasanya. Kalau aku ni pompuan, dah lama aku menangis teresak-esak atas katil sambil peluk bantal busuk.

Tak pelah. Aku keluar sendiri ajelah.Biar masa tengah berjalan nanti kena langgar dek lori askar Jerman. Tak pun kena culik dek babi hutan kampus ni dan dijadikan sebagai anak angkat bertahun-tahun lamanya. Biar diorang menyesal sebab bolayan aku masa tu. Sedih betui berjalan seorang diri sambil melayan blues ni. Aku rasa- Uih! Awek yang bertenggek atas motorsikal boifren dia tu body punya la power! Entah makan makjun apa dapat lekuk-lekuk tubuh yang hebat macam tu! Ewah, menjeling kat aku pulak tu! Eh! Mana boleh terangsang begini! Aku kan tengah bersedih sekarang. Okey, satu dua tiga... SEDIH!

****************************************************************

Aku tiba di kafeteria dalam 5 minit kemudian. Mataku meliar memandang sekeliling untuk melihat kot-kot Nizam dan Wadi tengah sedap melantak tanpa aku. Agak kecewa jugak sebab diorang tak kelihatan. Tapi kalau diorang ada pun takkan aku nak termonyeh-monyeh nak join sekaki. Aku pun ada harga diri jugak. Aku pun segera memesan nasi goreng belacan dan air suam (bajet beb!). Lepas tu melilau mencari tempat duduk.

"Adrina! Adrina!" Cukup pantas telingaku menangkap gema sonik tersebut walaupun di dalam keadaan hingar-bingar. Dengan gaya terminator Arnold, aku meng-skan sekeliling untuk mencari punca suara tadi. Sayup-sayup aku ternampak seorang awek sedang melambai-lambai ke arahku. Hmm... Rasanya macam kenal. Pernah jumpa kat mana, ek?

"Adrina's boyfriend!" teriak gadis tersebut. Aku berpaling ke belakang. Adrina ada boifren? Alamak! Nak bertambah pulak ke kekecewaan aku hari ni? Setelah melihat tiada siapa yang memberikan respons ke atas teriakan tadi, aku kembali mengalih pandangan ke arah gadis tersebut.

"Adrina's boyfriend! It's me, Shaleen!" teriaknya lagi. Laa... si minah kaki mencarut tu ke? Patut la macam pernah jumpa. Betui la dia panggil aku tadi. Sohih dia terlupa nama aku. Yelah, aku ni bukan le hensem sangat. Tambahan pulak aku ni bukannya awek nan jelita. Kan Adrina pernah bagitau si Shaleen ni lesbian? Korang dah lupa? Aku terus menuju ke arah meja Shaleen dengan muka yang masih agak blues. Tapi perasaan teruja pun ada jugak. Yelah, ada je si kaki carut ni pasti akan ada Adrina nanti.

"Hai!" tegurku dengan nada kelabu-kelabu. Shaleen membuat isyarat mengucup dengan bibirnya tanda membalas sapaanku. Hii... kenapa la budak pompuan zaman sekarang ni daring sangat? Kalau orang lain tak de, gamaknya mau dia cium aku betui-betui macam Adrina hari tu. Kalau jadi gitu entah teknik maut apa yang bapak aku akan kenakan padaku nanti.

"Sorry, I forgot your name." ujar Shaleen dengan gaya-gaya ayu gitu. Kalau Adrina tak bagitau, mampus aku nak percaya dia ni suka kaum sejenis!

"Arif la..." balasku sambil membuat muka kununnya marah.

"Hello, the name's Shaleen. Pleasure to meet you." ujar Shaleen dengan nada melawak seraya ketawa. Comelnya cara dia ketawa. Sayangnya lawak taraf golongan marhaen aje.

"You tunggu Adrina ke?" tanyaku. Shaleen mengangguk.

"You pon?" tanyanya pula. Aku menggelengkan kepala.

"I cari kengkawan nak makan. My badigol friends abandoned me," aduku dengan nada bengang.

"I see. Well, fuck them. You're in the company of a beautiful lesbian right now. Even much better, right?" Nak bersembur nasi di dalam mulutku tatkala mendengarkan perkataan ‘lesbian' tadi. Aku menepuk-nepuk dada untuk meredakan sedakku.

"What? Takkan Adrina tak beritahu? Dia tu kan mulut tapaian?" ujar Shaleen dalam pelat Melayunya. Aku langsung ketawa berdekah-dekah.

"Mulut tempayan la." ujarku. Shaleen juga turut ketawa.

"But I'm serious. Dia sudah bagitahu you yang I ni cinta perempuan, kan?" tanyanya pula. Aku menganggukkan kepala. Shaleen tersenyum agak kelat. Nampaknya dia agak bengang dengan pengakuanku tadi. Samalah nasibnya macam aku. Hai... nampaknya aku dah mula ternampak personaliti negatif gadis idamanku ni.

- bersambung! - Tun-tun-tun-tu-tutu-tu-tu-tun... (lagu March of the Empire)

No comments: