Emo Hero Bab 12
“Rip, petang ni aku kena cari barang untuk persatuan la. Tak dapat la aku lepak dan makan malam dengan kau.” Kata-kata Wadi itu membuatkanku tersentak. Aiii… seh! Sudahlah Nizam pergi berdating sehari suntuk hari ni, Wadi pulak dah ada program lain. Aku tinggal sorang diri lagilah ni.
“Aisey… boring la aku sorang-sorang macam ni. Tak boleh ke kau cari hari lain?” saranku. Wadi menggelengkan kepala. Uik? Cepatnya reaksi dia! Berpendirian tegas
“Projek amal persatuan aku dah dekat dah ni. Kena la bersiap-sedia awal-awal.” jawabnya. Awal bawal! Eh, mak apak hang bukan hantar ke sini untuk berpersatuan, tau?
“Kalau begitu aku ikut kamu la, boleh?” tanyaku.
“Tak.. tak boleh.” jawab Wadi. Sedikit tergagap. Oro? Ini membangkitkan rasa hairan ni…
“Apa pasal pulak tak boleh? Kamu ni masuk persatuan apa yang berahsia sangat ni? Kempetai ke komunis?” tanyaku dengan nada sedikit bengang.
“Aku… Ermhhh… Aku nak pergi dengan Norazwa aje.”
“Ooo… Betul la kamu ada skandal dengan si Wawa, ya? Waah… Kamu bagi dia makan
“Kamu pergi la ajak Adrina makan malam.
“Ei… marah ke?” tanya Wadi. Sedikit kebimbangan terserlah pada tonasi pertanyaan tadi. Aku menggelengkan kepala.
“Aku tengah berfikir sama ada cadangan kau tu baik atau pun akan memaksaku menjadi Ultraman Nexus.” jawabku secara bergurau. Wadi tertawa. Memang sebenarnya aku terasa sedikit tak puas hati.
“Nak aku belikan apa-apa tak?” tanya Wadi tiba-tiba. Waah… sejak bila si Jawa ni kehilangan title Haji Bakhil ni? Memang bagus betul dia berkawan dengan si Wawa!
“Korang ni nak pergi ke mana ni sampai tanya aku nak souvenir apa? Pergi Phuket ke?” usikku seraya tertawa ala badak galak ter
“Serius ni. Kau nak aku belikan makanan tak?” tanyanya lagi. Aku menggelengkan kepala.
“Kalau setakat
********************************************
Petang. Jam 5.47 pm. Di bilik hostel.
Bosan siuut… Ni la bahananya
Patut tak aku menelefon Adrina? Serba-salah kurasakan sekarang. Sebenarnya rasa gementar yang lebihnya. Dah tiga hari semenjak insiden di library tu berlaku. Adrina sekarang tidak lagi menegurku ala-ala manja dia macam selalu. Malah asyik tersenyum malu aje. Aku juga setakat ni belum lagi bersembang dengannya macam selalu. Maksudku memakinya macam selalu. Aiii… Aku ni… Aku ni sebenarnya rindukan apa yang Adrina buat kepadaku ke agaknya? Seketika kemudian tanganku segera mencapai telefon bimbit dan mendail nombornya. Harapnya dia masih pakai nombor ni. Cantik apa nombornya. Berakhir dengan 8888. Memang sohih anak
“Hello? Arif ke?” Suara yang bergema di
“Ah… ya! He.. Hello Adrina.” balasku dalam keadaan tergagap.
“Hai Arif…” Adrina kembali menyapaku. Lembut dan mesra sekali suaranya. Kalau ada anak kucing parsi pun mau aje aku tendang ke tepi.
“
“Arif kat mana sekarang?” tanya Adrina setelah agak lama aku mendiamkan diri. Mungkin beliau mahu mengekalkan momentum perbualan agar tak terjadi awkward silence di antara kami.
“Di bilik.” jawabku. Tanya sepatah jawab sepatah. Betul-betul aku naik darah dengan diriku sendiri!
“Seorang? Senyap aje bunyinya…” tanya Adrina lagi berserta taakulannya. Aku mengangguk. Eh, mana dia
“Ah! Ya… Ya… Saya seorang. Nizam pergi dating. Wadi pun pergi dating… rasanya…”
“
“Ma… mana Rina tau?” tanyaku. Hairan… Macam mana dia tahu sedangkan satu fakulti memboikotnya?
“
“Rina kat mana?” tanyaku. Aku dah mulai selesa bersembang dengannya.
“Rina kat rumah. Habis kelas aje terus balik.
“Ha-ah. Lepak sorang-sorang memang begitu. Saya pun ni tengah… boringlah” maklumku dan mengajuk rengekannya bila berkata ‘boring’ tadi. Adrina tertawa.
“Dusyum! Rina bagi satu penumbuk kat Arif!” teriaknya. Aku pula tertawa.
“Nasib baik Arif telefon. Rina tak tau nak buat apa kat rumah sorang-sorang. Tadi pun dah tidur berapa lama. Naik sembab muka.” adunya. Hii… buat apa nak mengadu kat aku. Pergi la mengadu kat boyfriend kau si Sham tu!
“Telefon la Sham.” saranku. Dan keadaan tiba-tiba menjadi hening.
“Did I said the wrong thing just now? Sorry…” ujarku lagi. Sahih memang tersilap cakap.
“Rina dah
“Dahlah. Itu kes lama. Tak payah sebut.” ujarku. Aku dah agak dah yang Sham juga menjadi alat Adrina untuk mengenakanku tempohari.
“Sorry…” ujar Adrina dengan perlahan.
“Rina…
“Rina tau.
“Okey. Kalau begitu bagi saya dua ratus ribu ringgit.
“Aaa?” ujar Adrina dengan agak terkejut. Aku tertawa terbahak-bahak. Entah berapa ekor setan masuk ke mulut blue hyppoku. Adrina juga tertawa.
“Rina ingatkan Arif serius tadi. Rina manalah ada duit sebanyak itu.” ujarnya.
“Tentulah saya bergurau. Kalau mintak seribu dua ribu tu barulah serius.” ujarku.
“Arif nak pinjam duit ke?” tanyanya. Kejadah hapa pulak ni?
“Oii… Saya gurau aje la tadi.” maklumku.
“Sorry… sorry…” pohon Rina. Sorry lagi…
“Rina… tak perlulah Rina nak tebus kesalahan Rina. Kemaafan saya ni memang betul-betul ikhlas. Unconditional. Tak akan saya letakkan nilainya dengan harta-benda. Sejuta ringgit pun akan setara nilainya. Itulah harga keikhlasan saya. Dan saya bagi kepada Rina sebab saya percaya Rina betul-betul menyesal atas apa yang Rina dah buat.” ujarku. Keadaan sunyi seketika.
“Rina tau Arif ikhlas. Thanks. Thank you very-very-very much.” ujar Adrina. Aku seolah-olah dapat melihat senyumannya tatkala mengungkapkan kata-kata tersebut. Entah-entah mukanya mencuka sebab menahan kentut sedaya-upaya, tak?
“So… what’s your plan for the whole evening?” tanya Adrina pula.
“Kejap lagi nak pergi berak. Lepas tu tido sampai ke senja. Bila bangun berak sekali lagi.” ujarku. Adrina mengekek ketawa. Aku pun turut ketawa.
“Arif…”
“Hah. Apa dia?” tanyaku.
“Jom kita lepak kat mana-mana?” Kata-kata Adrina bagaikan ‘Serbuan Naga Gila Dari Langit Kelima’. Aku benar-benar tergamam. Agak lama juga aku kehilangan kata-kata.
“It’s okay if you don’t want to. Rina hormati kehendak Arif.” ujar Adrina lagi.
“Ke… Kehendak saya?” tanyaku.
“Hm. Rina hormati kehendak Arif.” jawab Adrina dengan tonasi yang merundum.
“Kehendak saya ialah untuk pergi berak, lepas tu pergi tido dan kemudian pergi berak lagi. Rina nak hormati kehendak macam itu ke?” tanyaku. Adrina tertawa.
“Rina… Tentulah saya nak keluar lepak dengan-.” Eh?
- Bersambung -
No comments:
Post a Comment