Saturday, July 26, 2008

Zero Hero Bab 31

Bab 31

Adoooi…”

“Apahal pulak mengeluh sebegitu teruk sekali? Kau berak keluar batu ke tadi?” tanya Wadi dengan nada bergurau. Kemudian tertawa dengan lawaknya sendiri.

“Lancau lu! Aku terserempak dengan Adrina tadi.” ujarku. Nizam terkekeh ketawa kali ni. Aik? Macam nak mengampu aku nampak!

“Kau ada masalah dengan Adrina ke?” tanya Nizam setelah menghabiskan baki tawanya. Aku terdiam sebentar. Kemudian sekali lagi mengeluh.

Aku mula membuka cerita kepada kedua orang sahabatku ini. Dan aku pasti mereka akan terlopong mulut mendengarnya…

***************************************

Malam ini aku kembali kepada hidup normalku. Menunggu giliranku sementara Wadi selesai bermain Counterstrike di komputer riba Nizam. Si buaya tembaga tu pulak sedang sibuk bergayut di handphone sambil melantak Mamee Kari Berapi milikku. Lagu di radio Pensonic kepunyaanku sedang mengalunkan lagu Aspalela nyanyian Saiful Apek.

Ahh… inilah kehidupanku yang nampak membosankan tetapi sangat selesa. Pun begitu aku masih berasa tidak selesa seperti selalu. Hatiku sedang mengalami kesakitan. Tapi rasanya tak perlu pergi ke hospital sebab yang menikamnya ialah perasaan bersalahku.

Terhadap Adrina dan Shaleen…

“Didididiiit!” Eh? Siapa pulak yang menghantar SMS pada pukul 12 tengah malam ni? Aku segera mendapatkan telefon bimbitku di atas meja belajar dan menelitinya.

“Jengah ke tingkap.” Itulah pesanan yang kuterima… dari Adrina! Aku segera meluru ke arah tingkap bilikku. Kelihatan gadis yang kugilai selama ini sedang menungguku di tempat parkir kereta. Jelas kelibatnya itu di bawah sinaran lampu neon hostelku. Di sisinya… Evo!!!

“Shaleen pun ada? Mampus…” ujarku dengan perlahan.

“Itu Adrina, kan?” Baharulah aku tersedar yang Wadi dan Nizam telahpun bersekongkol sama menjengah pandangan keluar tingkap bersamaku. Aku tak menjawab soalan yang sangat ketara akan jawapannya.

“Can both of us meet you?” teriak Adrina. Both? Dah kuagak. Shaleen ada bersamanya. Pasti dia berada di dalam keretanya.

“Both of us? Ooo… Shaleen pun ada sama? Man… you are in deep shit.” komen Nizam. Memang pun aku dalam tahi yang dalam. Hmm… Tahi lembu ke atau tahi ayam? Aku rasa lebih baik tahi lembu sebab tahi ayam mungkin ada virus selsema burung!

“Aku patut pergi tak?” tanyaku kepada Nizam.

“Walaupun nampaknya macam berisiko tinggi, tapi kau memang patut pergi.” jawab Nizam.

“Gunakan cota ni kalau nyawa kamu terancam.” saran Wadi seraya menghulurkan sebatang cota besi kepadaku. Kami bertiga tertawa terbahak-bahak dengan lawaknya. Cilakak punya Wadi! Masa inilah kau nak buat lawak. Tapi lagi suwey sebab aku ketawa.

“Okey, aku pergi dulu. Tapi kalau apa-apa terjadi kepada aku, aku nak kamu tahu bahawa kamu berdua ni memang bedebah sebab suka melantak mee segera aku tanpa kebenaran.” ujarku dengan nada bergurau seolah-olah meninggalkan wasiat. Kami ketawa.

“Be a man. Bite the bullet.” ujar Wadi. Uih! Biar betul Wadi yang berkata begitu…

“Waah… Dahsyatnya English kau, Wadi.” puji Nizam.

“Mesti la. Ingat aku makan chicken chop selama hari ni untuk tujuan yang sia-sia ke?” Gurauan Wadi sekali lagi membuatkan kami bertiga tertawa. Ahh… lega sikit perasaan kurasakan sekarang.

“Eh, Arip? What the hell are you waiting for? Go! Go now! To boldly go where no man has gone before. May the force be with you.” Hmh… dah mulalah mengarut si Wadi tu. Baik aku pergi sebelum dia mula merojakkan bahasa Inggeris dengan slanga Jawanya itu.

“You go, girl!” Sayup-sayup kata-kata galakan daripada Wadi masih dapat kudengari ketika aku semakin jauh melangkah meninggalkan bilik.

***********************************************

Berat langkahku menuju ke arah tempat parkir kereta. Namun akhirnya aku tiba ke jua ke destinasi tersebut. Kelakar sungguh. Kalaulah perkara seumpama ini berlaku pada bulan lepas, dah tentu aku sedang termengah-mengah tak cukup nyawa berlari untuk berjumpa dengan Adrina.

“Hai.” tegur Adrina. Senyuman manis melirik di bibir.

“Hai.” balasku.

“Hei bro!” Tiba-tiba suatu suara lain menegurku dari dalam kereta Mitsubishi Evo. Suara tersebut seolah-olah rejatan arus elektrik yang mengalir ke segenap pembuluh darahku. Aku segera memfokuskan pandangan ke arah kereta. Kelihatan wajah Shaleen menjengah dari tingkap penumpang hadapan. Wajahnya dihiasi dengan senyuman. Sangat manis senyuman tersebut.

“Hai Shaleen.” sapaku kembali. Ops… sekali lagi aku memanggilnya sebagai ‘Shaleen’ dan bukannya ‘amoi’. Malah aku langsung tak menyebut nama Adrina ketika membalas sapaannya tadi. Harapnya minah tu tak perasanlah hendaknya.

“Jom yamcha kat Nasmeer, nak?” pelawa Adrina. Alamaaak… nak slow talk lagilah tu. Memang patut tadi aku bawak cota si Wadi.

“Okey.” jawabku dalam nada keberatan.

*******************************************

Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri. Sesekali terdengar gelak-tawa Adrina dan Shaleen yang duduk di bahagian hadapan. Entah apa yang mereka sembangkan, aku sikit pun tak ambil pot. Pandanganku sepanjang masa hanya dilontarkan ke arah luar, seolah-olah tak sabar nak keluar dari kereta ini. Eh! Uiii… cun betul awek tu! Ah… Dia pandang kat aku la! Chewaah…. pasti dia kagum tengok aku dalam Evo ni. Nanti sat… aku ni penumpang aje. Lagi teruk, pemandunya orang perempuan… Aduii… dayus kurasakan diri ini di kala ini.

“Ahah! We’re hereee!” makluman Shaleen mematikan lamunanku. Tapi tak apalah. Bukannya best pun lamunanku tadi. Tak ada adegan tembak-menembak, bom-mengebom dan ranjang-merangsang. Tak akan pecah panggung punya…

Setibanya di Nasmeer aku lagi berasa kekok. Salah seorang pelayan yang berpakaian seragam segera mendapatkan kami untuk mengambil pesanan. Mungkin pembaca yang budiman berasakan bahawa meja kami cepat diambil pesanan sebab ada dua orang gadis cantik bersamaku. Tapi kalau korang perasan, majoriti restoran mamak memang begitu. Cukup cepat mengambil pesanan. Itu yang aku aku rasa kesal dengan restoran bangsa sendiri. Nak mengambil pesanan adalah dekat 20 minit menunggu. Lagi sial bila setelah 10 minit berlalu, pelayan datang balik untuk mengambil pesanan sebab dia terlupa apa yang kita pesan tadi. Bukan tahu nak mintak mahap pulak tu. Muka pun masam mencuka seolah-olah kita pulak yang buat salah. Kemudian menunggu makanan adalah dekat 30 minit lagi. Bila pesanan akhirnya sampai ke meja, makanannya kadang-kala kucing kurap yang melepak di situ pun tak sudi nak jamah. Bagi aku, inilah perangai terburuk kebanyakan pengusaha restoran atau kedai makan milik bangsa kita. Bermula dengan merendah diri. Bila dah maju mulalah berlagak. Akhirnya bisnes mereka mampus. Orang macam ni sikit pun aku tak kesian. Lagi gelak sambil menepuk-nepuk punggung ala Rikishi tu adalah!

“Arif.” Lamunanku sekali lagi mati apabila tanganku digenggam dengan erat dan namaku diseru dengan lembut.

“Aa… apa dia?” tanyaku. Pandanganku tertumpu kepada tanganku yang masih digenggam erat oleh sepasang tangan yang lembut dan hangat. Kemudian aku berkalih pandang ke arah si empunya tangan yang bertanggungjawab membatalkan air wudukku, Adrina. Sebenarnya aku dah lama terkentut tadi. Tapi saja la nak menyedapkan ayat cerita ni. Biar pembaca yang budiman terus memuji-muji gaya penyampaian ceritaku agar aku mampu menjadi seorang yang sombong kelak, InsyaAllah…

“Arif belum order lagi.” perjelas Adrina dengan lembut. Senyuman manis masih bertanggak di bibir mungilnya.

“Oh… Aaa… Teh O panas satu. Kurang manis, ya?” pintaku sambil memandang ke arah budak pelayan tersebut. Setelah mencoret-coret di buku kecilnya, si pelayan tadi terus meninggalkan kami.

“Kurang manis? Macam senyuman awak, ya?” usik Adrina. Aku terkelu. Agaknya cukup terserlah emosi suramku di kala ini di mata mereka.

“Are you still angry with me?” tanya Shaleen. Pandanganku ditumpukan ke arah Shaleen pula. Mata kami bertemu. Degupan jantungku tiba-tiba berirama deras.

“Jadi memang betullah korang berdua bergaduh, ya? You lied to me, Shaleen.” ujar Adrina dengan nada tidak berpuas hati.

“Oh… shit… Aaa… Aaa… Yeah… I’m sorry…” pohon Shaleen. Kalau ikut nahu English si Wadi perkataan yang sesuai untuk keadaan Shaleen tadi adalah ‘stammered’.

“Korang berdua bergaduh tentang apa? Tell me, Leen. And this time no more lies, okay?” desak Adrina dengan agak keras untuk mendapatkan penjelasan. Shaleen dan aku saling berpandangan.

“Aaa… Aaa… Oh man…” Sekali lagi gadis kacukan di hadapanku ini menjadi kelam kabut atas kesilapannya dalam berkata-kata tadi.

Hehe… selalunya aku yang begitu…

No comments: