Bab 17
Jumaat, pukul 9.53 malam. Di Restoran
“Girls, let me introduce you to both my best buddies. Arif and Wadi.” Aku hanya memandang tak berkejip ke arah ketiga-tiga gadis yang sangat dahsyat penampilan mereka. Aku ingat ini la kali pertama aku bertemu dengan kaum peribumi Amazon dalam hidupku.
“Hello! I’m Yanni.” ujar gadis yang memang tak dapat kunafikan kecantikannya. Cuma masalahnya lebih banyak kulit yang aku
“Hai! I Fay.” sapa seorang lagi gadis yang tak kurang hebat penampilan seksinya. Fay? Hidung penyek steamroll apahal nak guna nama omputeh pulak? Wong Fei Hong kot? Seeifuuu!!!
“Cheers! The name’s Marianna. You can call me Rina.” ujar seorang lagi gadis yang menyentakkan hatiku. Panggilannya sama macam Adrina. Dan sekarang aku dah teringatkan minah tu pulak!
“Arif marah kat I dan Wadi sebab kami berdua jarang spend time dengan dia. Itu sebab I angkut diorang berdua to tag along with
“Haa… tengok! Tengok! He’s fuming already!” ujarnya lagi seraya tertawa. Yang lain-lain turut tertawa. Aku pulak tertawa bagai dipaksa.
“Both of you dah ada awek … kesian la abang Arif kita tinggal sorang-sorang.” ujar Marianna dengan senyuman meliriknya. Tapi aku rasa dia tersenyum sebab dari tadi mata aku dok terlekat kat dadanya yang terdedah luas kot?
“Not really. He got Adrina. She’s really gorgeous.” sampuk Wadi. Waah… dah berani tunjal bahasa Inggeris depan aweks sekarang ni, ya?
“Adrina? Gorgeous? You mean… Saidatul Adrina?” tanya Marianna tiba-tiba. Aku tergamam. Dan aku mengagak begitu juga dengan Nizam dan Wadi.
“Awak kenal dia?” tanyaku. Kali ni mataku tertancap ke anak mata Marianna. Gadis tersebut berasa agak segan lalu melarikan pandangannya ke arah lain. Eik? Tadi aku pandang kat dada membuak dia buat derrk aje. Ni mayu-mayu dugong pulak?
“Kenal. Dia satu sekolah dengan I. Nama panggilan kami sama. Jadi
“But she’s way too beautiful. Mustahil la kami kembar!” ujarnya lagi seraya tertawa. Haa… baguslah kau telah sedar akan asal-usulmu, nak!
“I envy her. Adrina is not only gorgeous… Dia sangat bijak. IQnya sangat tinggi from average people.” ujar Marianna lagi. Kali ni kami semua terdiam.
“Ye ke? Tapi Nizam dapat markah paling tinggi dalam batch kami. Adrina cuma dalam top ten aje.” maklumku. Marianna mengangguk sambil tersengih.
“Memang dia macam tu. Dulu pun macam tu. I guess she has lots of issues till today.” komen Marianna.
“Issues?” tanya Nizam. Gadis tersebut mengangguk.
“Dia tak bagitau you all ke? Adrina came from a broken home!”
************************************************************
Lebih kurang 3 jam kemudian…
“Sekarang barulah aku tau mengapa kau sanggup maafkan dia. Nasib dia lebih kurang macam aku jugak.” Aku menoleh ke arah Nizam yang sedang menikmati sedutan Dunhillnya. Kami kini sedang menikmati kopi O panas di
“Sebenarnya aku pun tak berapa percayakan cerita si Adrina tu sebelum ni. Tapi sekarang dah ada pihak ketiga yang verify kebenaran cerita dia tu. Takkanlah aku nak pertikaikan lagi, ya tak?” ujarku pula.
“Pun begitu apa hak dia nak menganiaya
“Mak bapak kau tak bercerai, Di. Tapi aku dan Adrina sama-sama datang dari keluarga bercerai-berai. Yalah, mungkin diorang berdua masih sayangkan kami. Tapi dalam masa yang sama diorang berdua juga dah lukakan hati kami. Jiwa anak daripada keluarga yang bercerai memang kacau-bilau. Jadi kadang-kala orang macam kami ada yang boleh menahan diri dari buat benda bodoh. Tapi ada juga yang tidak.” Nizam kali ini mempertahankan Adrina pula.
“Aku sebenarnya rasa bersalah pada Adrina; walaupun dia tak tau sebenarnya aku tak percaya cerita tentang familinya dulu.” ujarku.
“Jadi kau nak bagitau dia ke?” tanya Wadi. Aku menggelengkan kepala.
“Ignorance is bliss, right?” komen Nizam. Aku mengangguk sambil tersenyum.
“Eh! Esok apa program kau?” tanya Nizam lagi.
“Eleh, buat apa korang berdua nak sibuk? Bukannya aku pergi kemana-mana dengan korang pun!” sindirku. Nizam dan Wadi sebenarnya sama-sama ada janji temu esok.
“
“Pucat kulit babi korang berdua! Adrina ajak aku keluar entah ke mana pagi-pagi buta lagi. Katanya ada surprise.” maklumku.
“Pukul berapa korang nak dating?” tanya Wadi.
“Kepala hotak dating!” bentakku. Wadi tertawa. Sukanya dapat mengenakan aku, ya? Nantilah bila aku sorok semua spenda kau atas
“Aku kena tunggu dia jam 6.30 pagi besok. Gila betul pompuan tu.” rungutku.
“Eleh… tapi kau ikut saja permintaannya tu,
*****************************************************
Pukul 6.47 pagi. Hari Sabtu. Huaaa… (menguap)
“Sorry terlambat!” Itulah kata-kata yang pertama kudengari pada hari Sabtu ini sebaik sahaja aku membuka pintu
“’
“Aduss… terkena aku…” ujar Adrina. Aku tertawa. Sebaik sahaja menutup pintu, aku menoleh ke belakang.
“Nak cari panties Rina lagi ke?” usik Adrina seraya tertawa.
“Hotak! Apa yang ada dalam
“Rahsia.
“Rina ni daripada mana sebenarnya ni?” tanyaku.
“Dari rumah.” jawabnya. Oro! Pukul berapa dia bangun?
“
“Hm! Hm! You have no idea!” balasnya dengan bangga.
“Abis? Solat subuh tak?” tanyaku. Adrina memejamkan mata sambil memendekkan leher dengan mengangkat kedua bahunya. Nak buat comel-comel bersalah la tu.
“
“Arip ni alim sangat la…” rungutnya. Jelas nada manjanya kedengaran di telingaku. Nak bagi hatiku cair le tu. Jangan harap, Ezora! Hatiku dah teguh dek dipasakkan dengan lagu-lagu nasyid al-Jawaher. Bulan Ramadhan yang mulia… umat Islam berpuasa… menunai rukun ketiga… patuhi lampu isyarat… kita di bumi Allah… ingat hari Akhirat… Eh! Macam salah lirik aje!
“Bukan alim tak alim… Solat tu wajib. Kita
“Rina sebenarnya tak pernah sembahyang.” Tiba-tiba suara Adrina dengan agak perlahan tapi cukup untuk menyentakkan suasana tegang tadi.
“Oro?” Rina memandang ke arahku yang tergamam.
“Rina tak tau cara sembahyang.” ujarnya lagi.
“Oro?”
- Bersambung! Korang yang membaca ni dah solat ke belum? -
4 comments:
nandakore....sambung lagik...adriana ajak p piknik ke...iskh2.....
cis, terkene plak aku...
mmg lom solat magrib lagi pun...baru jek masuk waktu
Tapi biasalah kena tunjuk alim kucing parsi sikit! (bunyi alim kucing parsi : Miau! Miau! Issh-issh-iiiisssshhh…)
- tergelak saya dibuatnya :-)
It's very obvious that Adrina is trying her best to win Arif back, i think that's what she's doing rite now :-)
p.s. Solat perkara pertama yang akan dikira semasa kita di akhirat nanti :-)
nxt...nxt plis he he
-kasihnuryz-
Post a Comment