Bab Dua
"Apahal kawan kita tu?"
"Tengah angau. Al-maklumlah, dara pujaan hari ni tersenyum padanya,"
"Aik? Baru senyum pun dah heavy macam ni? Kalau awek tu gelak, mau mati kemalangan kot?"
"Tengok tu, kita mengutuk dia pun mampus tak sedar,"
Eleh, aku dengar setiap biji butir kutukan depa tu. Cuma aku malas nak layan. Nanti terputus pulak angau aku ni. Eh? Kat mana aku tadi? Aiseh, dah terputus dah. Ni kau orang punya pasal la ni!
"Rip! Sudah la tu. Nanti sejuk nasik kau, makcik kafeteria tu ingatkan masakannya tak sedap. Walaupun memang tak sedap!" tegur Wadi bersulam sindiran. Aku menoleh kepada mak cik pemilik kafetria tersebut. Mak oi! Bukan main matanya menyorot ganas ke arah Wadi.
"Satu hari aku jamin kau akan mati diracun mak cik tu!" komen aku. Kami bertiga ketawa. Oh ya! Ada seorang lagi penyibuk join kami makan tengahari. Namanya Nazirun Nizam. Macam sebutan rap pulak. Budak baka kacukan Sarawakian dan British ni memang selalu lepak dengan kami berdua.
"Siapa yang kau angankan tu, Rip?" tanya Nizam sambil mengunyah burger daging special. Perut budak ni memang jarang menghadam nasik. Asyik western food aje. Lagi satu; aku hairan betul kenapa bila kita mintak burger lembu kita panggil burger daging? Tak ke burger ayam tu pun daging juga? Begitu jugak Nescafe dan kopi. Tak ke menatang yang sama? Tapi orang differentiate jadi Nescafe O dan Kopi O. Kalau kopi cap Cangkul Berdarah macam mana? Pak cik, bagi saya Cangkul Berdarah satu! Baru pitam seminit dua puluh tiga saat orang tua tu...
"Siapa lagi kalau tak si Adrina tu. Oh, Saidatul Adrina pemaisuri hati beta. Walaupun dirimu tidak ku kenal tetapi kedua lubang hidungmu TATAP menjadi pojaan hatiku!" jawab Wadi. Sempat pulak buat lawak badut Ronald MacDonald dia tu...
"Adrina yang cantik nak mampus tu? Ooo... Itu ke awek idaman kau, Arip?" tanya Nizam dengan suara yang agak kuat. Siul punya budak! Nak bagi satu fakulti dengar ke? Malunya aku...
"Tengok pipinya dah merah kelabu tanda malu. Betul la tu!" Wadi dengan tanpa sebarang watikah lantikan jadi tukang jawab untuk aku. Depa berdua tergelak terbahak-bahak. Aku pun tunjuk la lambang Stone Cold Steve Austin (isyarat mencarut) kat sahabat aku berdua tu.
"Aku baru aje cadang nak mengorat awek pujaan hati kau tu," ujar Nizam tiba-tiba. Nak tersedak aku mendengarnya. Memang kali ni air muka aku berubah betul. Buat pengetahuan para pembaca yang budiman, Nizam ni memang serba-serbi perfect. Tubuh tinggi lampai dan berotot sebab rajin ke gym. Kulit putih kemerah-merahan. Raut wajahnya macam Marcus Schenkenberg. Memang tergeliat lidah menyebutnya tapi kalau kau orang search kat Yahoo! engine, memang aku jamin tergamam punya la. Mukanya ada iras model tu. Handsome tahap 7 petala langit! Dah la tu, Nizam ni memang model part-time. Jadi ada aje la mukanya tertempek kat mana-mana majalah, akhbar dan tv. Anak orang kaya pulak tu. Aku dengar bapaknya tokeh balak kat Sarawak tu. Itulah sebab dia mampu pakai Peugeot 206 Cabriolet. Girlfriend dia jangan kira la... Aku ingat nak hitung dengan jari-jemari kaki pun tak cukup. Punya la player budak ni. Jadi kami kadang-kadang mengusik Nizam ni dengan panggilan Bujang Senang. Got it? Buaya darat made in
"Kau nak ngorat Adrina?" tanyaku dengan suara yang agak bergetar. Aiseh, kalau Nazirun Nizam pun nak masuk line, memang tak de harapan la aku ni. Boleh dikatakan dia macam kelab
"Ahahahaha!!! Janganlah kau risau Rip. Kalau member aku dah suka, aku tak akan masuk line. Don't worry, okay? Adrina hak kau. I won't butt in," ujarnya sambil menepuk-nepuk bahuku. Huu... lega aku rasa. Kalau tak tadi nak terputus urat kentut aku dibuatnya. Ni la sebabnya aku suka bersahabat dengan si Bujang Senang ni. Dia memang mendahului kawan daripada girlfriends. Aku tabik spring lantun 7 kali kat kau, Nizam!
"Aku tak kisah kalau kau nak masuk line. Tapi terpaksa la aku suruh mak cik kafeteria tu racun kau sekali dengan si Wadi ni," ujarku. Kami bertiga ketawa terbahak-bahak. Aku fikir silap haribulan dengan aku sekali kena santau dek mak cik bermata ganas tu.
***********************************************************************
Jam tanganku menunjukkan pukul 1.56 petang tatkala aku melangkah keluar dari surau fakulti. Pukul dua ni kejap lagi ada kelas Undang-Undang Tort. Sahih aku tidur sepanjang kuliah nanti. Aku pun tak faham apa pasal perkataan Tort tak diubah. Kalau orang biasa dengar mesti tak faham apa kejadahnya Tort itu. Macam Wan Kamaruddin pulak! Tort tu secara mudahnya ialah tindakan pencerobohan ke atas seseorang individu atau harta-bendanya. Jadi apa salahnya dipanggil Undang-Undang Pencerobohan, ye tak? Kalau panjang sangat, ganti dengan makna lain. Contohnya noda. Jadi la Undang-Undang Noda. Ish, ghairah pulak mendengarnya! Biarlah jadi Tort saja!
Masa aku berjalan dengan santainya, aku ternampak Adrina dan kawan-kawannya di depan juga tengah melangkah ke arah bilik kuliah. Jarak mereka dengan aku ada la dalam 20 kaki. Sedang aku begitu ralik memandang liuk tubuh mereka daripada belakang (biasa la, orang lelaki! Heh-heh!), aku terperasankan pen Adrina melorot keluar dari failnya dan jatuh ke lantai. Tapi Adrina tak sedar sebab seronok sangat bersembang dan bergelak-tawa. Jadi aku kutip pen tersebut tatkala sampai ke tempat ia jatuh dan segera masuk ke bilik kuliah untuk mencari Adrina.
Mana pulak budak tu? Hah! Itu pun dia Adrinaku yang comel. Dengan degupan jantung yang agak kencang, aku pun melangkah ke arah gadis pojaan hatiku (mengajuk Wadi tadi). Bila aku merapatinya, Adrina yang dah sedia duduk mendongakkan kepala tatkaladia sedar aku berdiri di sisinya.
"Hai!" sapanya lembut bersulam senyuman. Alahai... Cair tulang-temulangku mendengar kelunakan suaranya. Oop! Oop! Jangan pengsan. Kawal perasaan. Control macho... Nanti kejap... Apa yang aku buat kat sini sebenarnya, hah? Oh ya! Pen! Pen!
"Pen lu jatuh," ujarku seraya mengunjukkan pennya. Serta-merta aku tersedar akan kesilapanku. Mak oi! Habis la impianku nak memikat hatimu, Adrinaku! Punya la kasar dan gasang sekali bait-bait kata yang terpacul dari mulutku tadi. Habis la aku... I'm DOOMED!!! Damnation! Bernard Dompok!
"Terima kasih, Arif," ujar Adrina seraya mengambil pennya dari tanganku. Senyumannya masih melirik di bibir. Aku hanya mampu mengangguk. Takut kalau-kalau bersuara lagi kang jadi mencarut pulak! Makin teruk jadinya indeks komposit sahamku nanti. Seketika kemudian aku kembali ke tempat duduk. Wadi dan Nizam yang sedang menunggu kelihatan tersenyum simpul. Sebaik aje aku duduk, mengekek mereka ketawa.
"Ada ke cakap : Pen LU jatuh! Punya la romantik abang Arip kita ni!" sindir Nizam. Wadi
Pun begitu ada satu benda yang aku tak sangka. Terkejut sebenarnya. Ketika Adrina mengambil pennya, jari-jemari lembutnya semacam sengaja memegang erat tanganku buat seketika. Entah aku perasan gamaknya. Tapi aku dapat rasakan kehangatan tangannya dan kekemasan pegangannya dengan jelas. Takkan itupun fantasi juga kot?
Aku menoleh ke arah Adrina yang duduk sebaris dengan barisan tempat duduk kami. Tapi dijarakkan oleh satu ruang kosong selebar lebih kurang 5 kaki. Aku tak tahu mengapa aku berbuat begitu. Mungkin untuk mendapatkan kepastian. Adrina kelihatan asyik memandang ke arah whiteboard. Hampir dua puluh saat berlalu. Dia masih belum menoleh ke arahku.
Aku kembali memandang ke arah Wadi dan Nizam. Mungkin memang betul cuma perasaan aku sahaja agaknya...
No comments:
Post a Comment