Saturday, July 26, 2008

Zero Hero Bab 28

Bab 28

“Arif! You okey ke?” Buat kesekian kalinya pertanyaan yang seumpama itu terpacul dari mulut Shaleen. Aku kali ini hanya menganggukkan kepala seraya menunjukkan isyarat ‘best’ dengan ibu jariku. Dah boring aku nak menjawabnya. Serius, kalau dia tanya soalan yang sama sekali lagi aku akan cabut ekzos Evonya tu dan baling ke dalam Parit Buntar. Tak kira la gunakan spanar ke atau kapak ke… gunakan jari pun boleh! Hehehe… paham tak lawak aku? Tak paham? Tak paham lantak koranglah! Aku sekarang ada masalah yang lebih besar untuk diberikan perhatian; iaitu perasaanku yang mulai menyusut terhadap Adrina sekarang dan mulai menebal terhadap Shaleen.

Gadis kacukan di hadapanku ini kembali menyedut minuman kegemarannya, iaitu ice lemon tea. Aku merenung ke arah keempat-empat anak dara yang dah kuyu akibat pening tuak. Padan muka! Tadi gelak bukan main lagi. Sekarang dah pening-pening babi. Adrina terlentok di sisi Raihana. Amilia dan Hanany pula dah terpekap muka di atas meja.

“Shaleen, jom balik.” ajakku. Tak kuasa aku nak melepak di sini lagi. Tempat ni teruk dan membuatkan aku rasa teruk sekarang. Tiba-tiba kulihat Shaleen tersengih.

“You call me Shaleen. You never call me by my name before. Normally you just call me amoi.” komen Shaleen. Eh? Ye ke aku memanggilnya dengan nama Shaleen. Aku… tersasul ke? Aku cuma tertawa kecil.

“You dah mula cingta kat I ke?” tanya Shaleen dengan senyuman nakal. Jantungku seakan tersentap. Namun dengan pantas aku tertawa bak jin cerita Ahmad Albab. Nak cover line le ni. Aku memandang ke arah Adrina. Kot-kot dia bereaksi terhadap pertanyaan rakannya itu tadi. Adrina sedikitpun tak menguit. Begitu juga Raihana, Amilia dan Hanany. Memang sah mereka bertiga dah mabuk optimum!

“What so funny?” tanya Shaleen dengan nada agak tersinggung.

“Bukan cingta la amoi. CINTA.” jawabku seraya tertawa lagi. Harapnya jangan le dia perasan aku berlakon aje.

“You CINTA tak kat I?” tanya Shaleen. Soalannya itu benar-benar sekali lagi menyentap perasaanku. Aku benar-benar berharap agar keadaan suram di dalam bistro ini dapat menyembunyikan ekspresiku yang sebenar. Pun begitu kali ni aku lebih bersedia untuk menjawabnya.

“Buat apa nak jatuh cinta kat you? You sukakan pompuan, bukannya lelaki. Buang karan aje.” jawabku dengan gaya semacho mungkin. Teringat lak judul filem Indonesia bertajuk “Macho” (Masalah Cowok).

“Buang karan?” tanya Shaleen. Dia pasti tak paham.

“Buang karan tu maksudnya ‘wasting my time and effort’… eh! Maksud aku ‘wasting a guy’s time and effort’ aje.” perjelasku dengan bersungguhan. Shaleen tersenyum.

“Do you find me disgusting?” tanyanya tiba-tiba. Ni apahal pulak tanya sama ada dia menjijikkan pulak ni?

“Disgusting? Taklah. Annoying tu ada la sekali-sekala.” jawabku seraya tertawa. Tapi amoi di hadapanku ini tidak menyertai sekali perarakan ketawaku.

“You know what I meant. I’m a lesbian. Surely you’ll find me disgusting.” ujar Shaleen. Memang aku tau pun apa sebenarnya yang dia nak tanya. Tapi kalau boleh aku malas nak menjawabnya. Aku melepaskan keluhan berat. Nampaknya aku tak dapat mengelak lagi.

“Memanglah aku tak sukakan perbuatan lesbian. Tapi kau le pompuan lesbian pertama yang menjadi kawanku. And unfortunately you are a very nice and kind-hearted person. Mula-mula aku memang rasa tak selesa bila dengan kau. Tapi sekarang kau adalah salah seorang kawan baik yang aku tak akan buang dari hidupku.” jawabku dengan panjang lebar. Shaleen nampak tak berapa paham.

“I used to feel uncomfortable when you’re around. Now you are the kind of person who I’ll never get rid off for the rest of my life.” ujarku dalam English pula. Agak tergagap juga la nak bercakap omputeh panjang-panjang ni. Taklah macam diorang yang bersembur-sembur salji keluar dari mulut. Shaleen tersenyum. Cukup manis sekali senyumannya. Namun tiba-tiba beliau terdiam dan nampak sugul.

“Apasal pulak ni?” tanyaku. Shaleen menggelengkan kepala.

“Nothing. It’s nothing. Nada. Zero….” jawabnya dengan perlahan dengan kepalanya yang ditundukkan. Seolah-olah tidak sanggup memandang wajahku. Hatiku masih meruntun-runtun lagi. Tapi yang baiknya aku masih boleh mengawal perasaanku lagi. Kenapa la aku boleh berperasaan begini? Rasa tak syok betui! Tiba-tiba Shaleen menggamit seorang pelayan berbangsa Cina untuk datang ke meja kami.

Lydia! I’ll have another ice lemon tea, yah? And… Arif?” tanya Shaleen selepas mengemukakan pesanannya. Aku menggelengkan kepala.

“Huyoo… sampai dah kenal mesra dengan waitress di sini.” usikku setelah waitress tersebut pergi. Shaleen tertawa.

“I just know her name, okay? Don’t think anything funny, okay?” ujarnya. Aku pula tersengih.

“Mana ada aku fikir yang bukan-bukan!” ujarku dengan gaya pura-pura marah.

“Besides, she’s not my type.” ujar Shaleen lagi. Eleh, bukan jenis yang kau suka kunun… Tengoklah kalau dia bogel nanti… eh! Aku anggap amoi ni macam lelaki pulak!

“Habih tu what is your type?” tanyaku pula. Shaleen memandang sekeliling. kemudian beliau menunding ke arah kumpulan modal insan yang tengah la-la-la-la joget lammmbak Adam AF kat pentas menari.

“There.” jawabnya ringkas. Aku jenuh meneliti arah tundingannya.

“Mana? Yang gemuk dan kaki berbulu tu?” tanyaku dalam nada bergurau. Shaleen tertawa. Beliau segera bangun dari kerusinya dan merapatiku.

“Tu… tu…” ujarnya. Aku kembali tak tentu arah. Mana taknya, tubuh Shaleen dah menyentuh belakangku. Manakala tangan kirinya memaut bahu kananku. Namun aku masih mampu menenangkan diri dan melihat sahaja ke arah tundingannya.

“Yang pakai baju warna biru tu ke?” tanyaku.

“Yep, she’s the one. My type.” jawabnya. Empunya diri yang bertuah tersebut memang cantik orangnya.

“Eleh, cantik lagi opah aku.” komenku untuk mengusiknya. Shaleen mencengkam bahu kananku dengan kuat untuk melepaskan geram. Aku mengaduh.

“Abih tu untuk lelaki pulak what’s your type?” tanyaku. Shaleen tak menjawab mahupun menunding. Aku memalingkan wajahku ke arahnya. Tatkala itulah pandangan kami bertemu. Renunganku terpaku ke arahnya yang juga sedang memandang tepat ke mataku. Beberapa saat kemudian beliau terus melepaskan pautannya. Namun Shaleen enggan kembali ke tempat duduknya.

“Arif, jom keluar buang angin for awhile.” ajaknya. Aku tergelak besar.

“Ambil angin laaa… bukan buang angin!” sindirku. Namun aku bersetuju untuk mengikutnya. Aku dah tahan dengan bau rokok dan arak yang semakin menyesakkan saluran esofagusku. Chewah! Macam betul…

*******************************************************

“Finally! Fresh orange… eh! Fresh air!” komenku dengan lawak tersilap yang sengaja dibuat. Pun begitu Shaleen tetap mahu ketawa. Paaandai anak mak buat lawak! Keadaan luar memang sangat nyaman dan segar sekali.

“Arif, I wanna say something. I mean, I wanna tell you something. But please promise me that you will not get angry.” Tiba-tiba Shaleen memulakan bicara. Alamak! Rupa-rupanya dia nak slow-talk dengan aku! Kenapalah aku ni bengong sangat tak terperasankan hal ini? Aku hanya mendiamkan diri.

“Promise me!” desaknya. Aku menggelengkan kepala.

“Tak mau. Ni mesti hal yang tak menyeronokkan. But I promise not to run amok.” janjiku. Shaleen tersenyum.

“Fair enough.” ujarnya. Keadaan seolah-olah menjadi hening seketika.

“Hah? Apa dia?” ujarku dengan nada tidak sabar apabila melihatkan Shaleen pegun membeku macam batu.

“Arif, you’re good person. Unfortunately Adrina is not.” Terkesima aku mendengarkan kata-kata Shaleen tersebut. Chewah! Pakai perkataan terkesima pulak! Sorry, ye Siti? Gua pinjam ayat lu.

“Hah?” Itu sahaja yang mampu kuluahkan dari mulutku.

“Arif…. Stay away from Adrina!”

- Sambung! Makin saspen! Iringi dengan muzik Dendang Perantau untuk menambah suasana kecemasan ini… -

No comments: