Bab 25
‘Still Young Today’ dari kumpulan Tokio memang antara lagu yang sangat aku sukai. Kalau tak silap aku lagu tu sebenarnya lagu lama tapi dinyanyikan semula oleh Tokio. Kalau aku tak tersilap sekali lagi lagu tu adalah tentang seorang pemuda yang berasa hampa kerana tak dapat berjuang untuk negaranya kerana masih budak lagi. Kira lagu patriotik la nih. Tak sangka pulak nyonya sekor ni pun suka juga. Tatkala rangkap pertama mula berkumandang dari bibir mungil Shaleen, aku terus mencapai mikrofon yang masih dihulurkannya kepadaku dan mula menyanyi bersama.
Tiga lagi anak dara tadi bersorak memberikan sokongan kepada MyTeam… eh, silap! MyTeam dah kalah aritu… Diorang bersorak untuk menaikkan semangat kami. Aku dan Shaleen menyanyi dengan bersungguh-sungguh macam nak masuk olimpik pulak. Baharulah aku menyedari bahawa suara Shaleen sangat sedap dan merdu bila menyanyi. Tak boleh jadi ni… aku yang merangkap juara karaoke Daerah Lambor Kanan mulalah rasa tercabar. Justirizer… bertukar! Aku mula la tarik suara dengan aksi-aksi sekali sebab dah dapat tangkap mood lagu tu. Sorakan yang semakin lantang langsung tak kupedulikan. Punyalah penuh perasaan aku menyanyikan lagu tu sampai bergenang air mataku sebab terlalu menghayati cerita di sebaliknya.
Bila selesai menyanyi baharulah aku ‘balik semula’ ke bilik VIP itu. Kalau tak gamaknya aku dah sampai ke Tokyo la tuh! Tepukan gemuruh dan sorakan pujian baharulah terdengar menyapa ke cupingku. Aku merenung ke arah Shaleen. Beliau juga sedang bersorak ke arahku.
“Wooohooo… wooooo!!!” jeritku juga. Nampaknya aku rasa sangat teruja gaya lembu Bovril sekarang. Beberapa tika kemudian anak-anak dara berempat tadi sibuk membongkok untuk berebut memilih lagu di mesin karaoke tadi. Aku pulak sibuk melihat mereka dari belakang. Huuu… memang terliur melihat bahagian pinggul depa. Ih! Raihana tak pakai panty langsung ke? Aku tengok kulitnya menerobos sampai ke dalam tanpa sebarang benang pun. Meh aku datang rapat lagi. Bukan apa, aku perlu pastikan sama ada Raihana benar-benar tak pakai apa-apa selain seluar ketatnya itu agar boleh kunasihati beliau untuk tidak berbuat demikian lagi. (Yalah tu!)
Yes! Memang tak pakai! Ops… ish-ishhh… insaflah wahai nak dara muda… Tiba-tiba Amilia berpaling ke belakang memandangku. Alamak! Cepat cover line! Aaa… Cover Girl ke Maybeline? Tak dapat pikir alasan! Mampus aku!
“You nak lagu apa, Arip?” tanya Amilia tiba-tiba. Eh… rupa-rupanya dia tak perasan apa yang sedang buat tadi? Fuh… lega tonsil aku. Aku pun pura-pura berpikir bak cendekiawan.
“Aku nak lagu rock!” ujarku untuk cover line. Amilia mencebik dan kemudian meneruskan perlakuannya berebut dengan tiga ekor lagi kawannya itu. Aku pun pelan-pelan berundur ke belakang sambil menikmati permandangan di hadapanku dengan gaya cendekiawan sekali lagi.
***************************************************
Hm… Adrina ni memang yang tercantik di antara mereka semua tapi suaranya macam
Kemudian Amilia pulak menyanyikan lagu pilihannya nyanyian Kris Dayanti berjudul ‘Cobalah Untuk Setia’. Pun sumbang jugak. Macam mendengar bunyi sekawan burung gagak kat Pasar Ramadhan rasanya. Pun gitu kami semua bertepuk tangan. Bagi muka aje le tu.
Ratu pemecah tingkap gereja yang seterusnya ialah si Raihana Tanpa Spenda (macam pendekar Tanpa Nama). Lagu yang dipilihnya adalah ‘Love Story’ nyanyian Katherine McPhee. Diorang ni… Dah tau suara punyalah gila babi dahsyat tak bestnya, kenapa masih nak ambik lagu high pitch? Macam yang abang Roslan kata, pitching tu kena jaga ya, ujar Kak Jee.
Kemudian mikrofon berpindah ke tangan Shaleen pulak. Beliau menyanyikan lagu ‘
Sebaik sahaja beliau selesai menyanyi, kami semua bertepuk tangan dan bersorak dengan kuat. Lebih-lebih lagi aku. Aku betui-betui rasa enjoy
“Ha! Lepas ni lagu Arif pulak!” maklum Adrina disusuli dengan tawa manjanya. Aku tak tahulah apasal dia ketawa. Ni terpengaruh dengan iklan tv le nih.
“Lagu apa you nyanyi?” tanya Hanani. Tadi aku berjaya memprogramkan lagu pilihanku setelah terkebek-kebek mencarinya dalam album senarai lagu.
“Mana boleh bagitau!” balasku. Hanani ketawa. Ketawa pasal apa pulak nih? Tiba-tiba lagu pilihanku mula berkumandang. Dan aku mulai menyanyi.
“Lagu apa nih?” pertanyaan Raihana masih dapat dicekup oleh gegendang telingaku.
“Ini lagu Exist!” maklum Adrina pula. Memang betui. Aku tengah menyanyikan lagu kumpulan Exist yang bertajuk ‘Kapal Terbang Kertas’. Aku sukakan lagu ni sebab ia membuatkan aku berasa enjoy. Sambil menyanyi aku juga menari-nari macam tengah buat konsert. Lastnya mereka berempat turut menari-nari bersamaku dengan aksi kapal terbang. Selesai sahaja menyanyikan lagu itu, aku juga mendapat tepukan dan sorakan yang lantang. Setakat lagu itu, malulah aku selaku juara karaoke daerah kalau tak boleh bawakan.
“Shit! You’re good, man!” puji Shaleen. Mereka semua menepuk-nepuk belakangku untuk memberikan pujian. Tapi rasanya lebih mirip pada mendebik sebab geram aku bersuara sedap.
“Kau pun patut jadi penyanyi, amoi!” balasku dengan nada teruja. Shaleen tiba-tiba membeliakkan matanya kepadaku dan kemudian memandang ke arah Adrina seolah-olah memberitahu agar aku berbuat begitu juga. Aku memandang ke arah Adrina. Dan aku menyedari bahawa sekali lagi aku telah melakukan kesilapan yang serius.
Adrina juga sedang memandangku sambil tersenyum. Tapi senyumannya benar-benar kelat. Ternyata pujianku terhadap Shaleen itu tadi sekaligus juga telah mengesahkan kutukanku terhadap Adrina.
Bak kata Shaleen : “Oh shit!...”
- Bersambung! Kuek-kuek-kuek-kuek-kuek-kuek-kuek-kuek-kuek! (ahli fiqir) -
No comments:
Post a Comment