Bab 20
“Jadi gitulah ceritanya… romantik tak?” tanyaku dengan perasaan berbunga-bunga. Wadi tersengih. Nizam pulak menggaru-garu kepala seolah-olah hendak memperkatakan sesuatu.
“Aku rasa memang sepatutnya cerita tu tadi romantik. Tapi dari mulut incongruous kau tu macam cerita aksi Van Damme pulak.” komen Wadi. Aku memandang ke arah Nizam. Beliau turut menganggukkan kepala.
“Inkokrokro? Apa kejadahnya tu?” tanyaku dengan nada sedikit tersinggung. Yelah, dahlah mentedarah Maggi aku. Sekarang kutuk aku dalam bahasa burung terkukur pulak!
“Incongruous tu maknanya merepeklah!” komen Nizam seraya tertawa. Wadi turut ketawa. Hamboii… suka mengelekek lepas kembung melantak Maggi aku, yea? Mulalah kemarahan aku mencapai tahap
“Tahik anjing! Bayo balik Maggi aku tadi!” herdikku. Makin kuat kedua ekor kobau balau tu ketawa. Ni karang ada yang masuk court bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kang nih…
“Relax-lah bro. Gurau pun tak boleh ke? Lu semenjak berjiwang ni makin sensitif la, bro!” kutuk Nizam pulak.
“Apa beruk-beruk? KauRRUOOP!!!” Belumpun habis aku bercakap tiba-tiba aku terbelahak. Korang boleh bayanglah macam mana bau gas dari perut aku keluar ikut mulut.
“Peh! Peii! Busuknya!!!” pekik Wadi. Kelam-kabut dia mengesot untuk menjauhkan diri. Nizam pulak bingkas bangun dan melompat ke atas katilku. Aku langsung tak jadi marah. Sebaliknya terus tertawa terbahak-bahak. Wadi dan Nizam turut bersedekah mendekahkan tawa mereka. Aku rasa patutlah dorm aku ni tak pernah dikacau dek toyol ke atau
**************************************************
“Untungnya kau dapat si tuan puteri tu, ek?” puji Wadi. Aku tersenyum bangga. Ginilah la gamaknya perasaan Nicol Ann David bila menang lawan tennis… eh, tennis ke ping pong? Lupalah!
“Macam too good to be true la…” komen Nizam pula. Maknanya seolah-olah ada yang tak kena.
“Dah le tu. Kau ni toksah le asyik berprasangka aje.” nasihatku. Apalah mamat sekoq ni? Asyik berteori konspirasi aje. Entah-entah dia jeles kat aku tak?
“Ntah-ntah kau jeles kat aku tak?” telahku. Nizam agak terkejut dengan
“Hei, we are best buddies. Takkan aku sanggup cakap gitu kalau aku jeles?” ujar Nizam. Nadanya agak sedikit tertekan. Mungkin dia rasa agak bengang dengan terjahan kata-kataku tadi. Atau mungkin juga ianya betul.
“Jadi janganlah asyik attack Adrina aje.” tegurku.
“Aku bukannya attack Adrina. Aku mintak kau agar jangan lupa dunia bila bersama Adrina.” balas Nizam kembali. Aku terkedu. Perlahan-lahan perasaan pelik menjalar naik ke setiap liang roma wajahku.
“Habis kau kata ‘too good to be true’ tu, apa kejadahnya? Tak ke itu maksud tersirat yang kau mengutuk Adrina?” tanyaku kembali dengan nada yang agak tinggi.
“Oi! Oi! Arip…” tegur Wadi untuk menenangkanku.
“Kenapa dengan kau ni, Rip?” tanya Nizam kembali. Nadanya kembali mengendur.
“Kau tu patut tanya kenapa dengan diri kau. Setiap kali kau dapat awek baru, ada aku tegur kau? Ada aku kritik kau? Kau sepatutnya bergembira bila aku berjaya mendapat gadis idamanku. Ini tidak… kau kata aku macam-macam. Lepas tu kau sengaja secara tersirat mengutuk Adrina!” ujarku dengan panjang lebar. Nadaku masih meninggi macam tadi. Spontan aku teringatkan yang Nizam pernah kata kalau ikut realitinya, mustahil aku boleh dapat awek macam Adrina. Perasaan marahku semakin memuncak bila mengenangkan perkara tersebut.
“Arip! Cukup tu! Jangan Arip…” ujar Wadi dengan nada yang agak keras bercampur bimbang.
“Rip, aku ni kawan kau. Kita saling kenal hati budi masing-masing semenjak dari Matrikulasi lagi. Kau memanglah telah mengenali Adrina dari Matriks lagi. Tapi baru sekarang kau dapat berkawan dengannya. Baru berapa minggu aje kau kenal hati budinya. Aku beri nasihat yang berguna kat kau. Tapi…”
“Nasihat berguna hapa? Kritik lagi adalah! Kalau kau betui kawan aku, sepatutnya kau menyokong aku.” tingkahku tanpa memberi peluang kepada Nizam untuk menghabiskan ayatnya. Keadaan menjadi hening seketika. Bahang aura kemarahan dan permusuhan memang jelas ketara tersebar di segenap inci bilik yang kami huni sekarang.
“Kau kata aku tak menyokong kau? Baru tadi aku beri kau pinjam keretaku. Selain daripada kau, tak pernah aku pinjamkan keretaku kepada orang lain.” ujar Nizam dengan nada yang jelas kecewa.
“Biar aku bagitau kenapa aku tak mau pinjam kereta kau tadi. Sebenarnya aku tahu kau sengaja pinjamkan kereta hebat kau tu sebab kau fikir Adrina hanya layak naik kereta orang-orang kaya macam kau. Aku si miskin ni manalah mampu nak beli kereta macam kau tu. Kau sebenarnya bukannya bermurah hati. Kau sebenarnya cuba nak menghina aku, bukan?” Akhirnya apa yang terbuku di hatiku selama ini kuluahkan kepada Nizam.
“ARIP!!!” jerkah Wadi. Jelas api kemarahan menyaluti jerkahannya itu. Nizam bungkam. Mukanya yang cerah tersebut jelas kini tampak kemerah-merahan. Beliau memandangku dengan wajah tidak percaya. Tidak percaya bahawa aku sanggup meluahkan kata-kata tadi.
“Kau… Kau dah berubah.” ujar Nizam dengan nada tersekat-sekat. Wajahnya begitu sugul sekali. Sepatutnya aku berasa kesal mengeluarkan kata-kata itu tadi. Namun aku berasa begitu benci sekali memandang wajah tersebut kali ini.
“Bukan aku yang berubah. Tapi kau yang akhirnya tunjukkan perangai sebenar kau. Memang kau ni deng-” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, pipi kananku dihentak dengan keras sehingga aku terjatuh.
“CUKUP TU ARIP! CUKUP!!!” jerkah Wadi yang kini sedang berdiri di hadapanku. Rupa-rupanya beliau menumbukku tadi. Aku terasa ingin bangun untuk melawan. Namun aku tau, sia-sia sahaja untuk bertumbuk dengan jurulatih
Pagi buta ini adalah titik
- bersambung -
No comments:
Post a Comment