Bab 16
“Kenapa ni?”
Chewah! Macam skrip cerita Duranni pulak aku bertanyakan sebab-musabab Adrina tiba-tiba tangkap sedih. Aku bukannya boleh tengok awek cun menangis.
Adrina masih tersengguk-sengguk. Aku akhirnya ambil keputusan untuk biarkan saja dia nangis. Yang lecehnya
*************************************************
“Aduuui… laparnya
Keluhan kecilku didengari oleh Nizam. Kuliah undang-undang Komersan langsung tak berjaya menarik minatku sekarang. Mukaku monyok macam orang tak makan pagi. Eh, nanti jap… Memang aku tak makan pagi pun! Nizam mencuit bahuku. Dengan longlai aku menoleh ke arahnya. Buaya hensem itu membuat mimik muka untuk bertanya apasal dengan aku hari ni. Aku segera menggosok-gosok perut untuk menjawabnya.
“Kau mengandung ke?” tanyanya dengan suara lirih. Tapi jelas tonasi gurauannya.
“Aku lapar la, bodoh!” balasku dengan suara lirih juga. Tapi jelas nada bengangku.
“Ya, saudara Nizam, Arif? Ada apa-apa yang menarik untuk dikongsi dengan kelas ini?” tanya Puan Sakinah secara tiba-tiba. Beliau ialah pensyarah subjek Komersan di kelasku. Aku tergamam. Tapi spontan menggelengkan kepala dengan harapan untuk meredakan kebengangan pensyarahku itu.
“Arif kata dia sakit perut sebab lapar, puan. Saya pulak ingat dia dah termengandung!” Bulat bijik mata aku mendengarkan suara Nizam. Badigol punya malaun! Dia ni nak cari nahas ke? Satu kelas menderaikan tawa. Aku hanya mampu memekup muka yang bagaikan diconteng dengan arang ini. Tapi aku masih sempat menjengah ke arah Adrina. Dia sedang memandangku sambil tersenyum lebar. Aku pandang pulak Puan Sakinah. Pensyarahku itu sedang cuba menahan tawanya.
Pada saat itu baharulah aku faham kenapa pompuan mudah jatuh hati dengan Nizam. Bukan setakat hensem dan kaya, dia juga pandai menyulam kata-kata dan berhumor. Malah baik hati dan setiakawan pulak tu. Mulalah aku rasa rendah diri. Tapi dalam masa yang sama bangga jugak dapat berkawan dengan orang popular macam dia.
“Okaylah Arif. Kalau awak lapar sangat, pergilah makan dulu. Dah kenyang nanti baru masuk belajar balik. Nanti awak kena gastrik pulak.” saranan Puan Sakinah benar-benar mengejutkanku. Tapi happy ending pulak rasanya. Namun rasionalku segera menegahku untuk menerima tawaran tersebut. Kalau aku buat begitu, tentu Adrina akan rasa bersalah nanti. Yalah, aku terpaksa menahan lapar sebab nak menemankan dia
“Tak pelah cikgu… eh! Puan!” ujarku tergagap. Memang sah lapar sampai boleh silap cakap. Bebudak kelas aku ketawa. Aduii… aku ni kalau watak dalam cerita novel mesti watak badut sarkas Nicaragua punya. Dengan gaya termonyeh aku duduk kembali. Kelas kembali bersambung. Otakku masih macam tadi : kosong. Perutku masih berkeroncong. Teringat pulak nasik lemak dengan sambal sotong.
Setelah beberapa minit menderita, tup-tup tanganku dicuit. Aku menoleh. Kelihatan kawan perempuanku yang bernama Syentee sedang menghulurkan coklat Snickers.
“Adrina bagi,” ujarnya dengan perlahan. Aku mendongak ke arah Adrina. Beliau tersenyum sambil membuat isyarat untuk menyuruh aku makan. Serta-merta hatiku sebak. Eh! Rasanya tak sebak. Teruja kot? Atau teruja bercampur sebak. Mungkin ada sikit elemen gembira di dalamnya. Tapi yang pasti tak de unsur-unsur ghairah.
Aku pun dengan diiringi oleh lagu nasyid “Nasul Fidaaa Iwattoniii…” di dalam hati segera mencapai Snickers tersebut dari tangan Syentee. Lepas tu… lepas tu bedal la! Takkan “three” kot? Lahap betui aku makan. Mujurlah nama aku Arif. Kalau nama aku Abu, dah tentu diorang panggil Abu Lahab. Dalam hati aku jangan cakaplah berbunga-bunganya. Segala amaran Nizam tentang Adrina langsung kubuang jauh-jauh. Takkan mungkin gadis idamanku yang cantik ni mempunyai niat yang jahat. Malah bagi aku perempuan secantiknya tak buang air besar, tak buang air kecik, apatah lagi kentut. Huu… mungkin dalam novel watak aku ni ialah manusia psiko yang terlepas dari wad sakit jiwa!
***************************************************
“
“Bolehlah. Terima kasih, ek?” ujarku. Alamak! Sekali lagi salah cakap. Patutnya aku puji la betapa sedapnya Adrina masak Snickers tu. Ni idak, cakap ‘Bolehlah’ pulak! Entah mangkuk ayun mana la yang membelah mulut aku masa baby dulu. Eh! Kalau tak silap opah aku. Sorry, pah…
“Kalau camtu, jom Rina belanja!” ujarnya pula seraya memaut lengan
Tak pedulilah orang pandang ke, jeling ke, Datuk K ke… Yang penting aku happy-happy-happy sesangat!
No comments:
Post a Comment