Bab 33
Langkahku dipercepatkan ke arah lokasi yang kutinggalkan dalam perasaan marah tadi. Akhirnya derap kakiku terhenti betul-betul di hadapannya. Di hadapan seorang gadis yang telah berjaya mencuri hatiku daripada Saidatul Adrina. Kedua pandangan kami bertembung. Seketika kemudian gadis di hadapanku ini menelengkan kepala untuk mengelakkan renungan tajamku.
“Shaleen… apa maksud kau berkata begitu?” tanyaku dengan perasaan berdebar. Semenjak kejadian di bistro tempoh hari, aku mula mengesyaki bahawa ada yang tidak kena dengan Adrina dan rakan-rakannya. Malah entah mengapa aku dapat merasakan bahawa aku pun turut terlibat sama sungguhpun tidak langsung kuketahui apakah ia.
“Boleh tuangkan masa to hear me out?” pinta Shaleen dengan lembut. Malah terlalu lembut dari yang sepatutnya. Aku semakin berasa tidak sedap hati. Pun begitu kuanggukkan juga kepala tanda bersetuju. Shaleen menundingkan telunjuk
*********************************************
Agaknya seminit sudahpun berlalu semenjak aku melabuhkan punggung ke salah sebuah bangku batu tersebut. Shaleen masih belum mengungkapkan sebarang patah bicara. Sebaliknya beliau hanya bersiul-siul kecil memelodikan irama yang aku sendiri pun tidak ketahui. Malah dalam perjalanan ke sini pun tadi tiada sebarang perbualan yang berlaku di antara kami berdua.
“Orang tua-tua kata kalau bersiul nanti ular akan masuk rumah.” usikku untuk meredakan keadaan yang kurasakan suram lagi tegang. Shaleen terdiam.
“Superstitious…” usiknya kembali. Aku tersenyum. Gadis di hadapanku ini tertawa kecil.
“Shaleen… kenapa kau sanggup nak khianati kawan-kawan kau?” tanyaku.
“Kia.. kiamat?” tanyanya kembali. Aku tertawa.
“Khianat la. Khianat is betray.” maklumku.
“Oh… that…” ujarnya.
“Well?” tanyaku dengan nada kurang sabar.
“It’s your fault. It’s all your fault…” ujar Shaleen tba-tiba.
“Kau cakap apa ni? Janganlah cakap perkara yang tak ada kena-mengena la…” balasku dengan nada tersinggung. Shaleen memegang kejap kedua belah bahuku. Serta-merta rasa bengangku terhapus. Jantungku kini berdegup kencang pula. Dia nak menciumku ke?
“Promise me you won’t get angry like last time.” pintanya sambil merenung tepat ke mataku.
“Mana boleh begitu. Ini mesti…”
“Promise me! Please…” Shaleen meningkah bait bicaraku dengan agak keras. Namun sulaman rayuan begitu jelas terdengar pada kata-kata tersebut. Malah ianya lebih mirip pada suatu rayuan dalam keadaan terdesak. Aku melepaskan keluhan kecil.
“Okey… aku janji.” ujarku. Shaleen akhirnya melepaskan pegangannya. Beliau memandang ke arah langit seraya melepaskan suatu keluhan yang amat berat.
“Shaleen… kenapa ni?” tanyaku dengan lembut.
“Once upon a time, there were four good friends. All of them had a traumatic experience with men in their life. So… they all sworn to each other that they will get their revenge. They used, manipulated and make men fell for them. And finally… they crushed these men’s heart.” Aku terkaku
(Pada suatu masa dulu terdapat empat orang sahabat baik. Mereka semuanya mempunyai pengalaman yang traumatik dengan kaum lelaki. Maka mereka berempat bersumpah untuk membalas dendam. Mereka memperalat, memanipulasi dan membuatkan kaum lelaki jatuh cinta pada mereka. Dan akhirnya mereka akan menghancurkan hati lelaki-lelaki tersebut.)
“As time goes by, all four of them got addicted. They even bet with money to see who can accomplish it the most heartless way. One of the rules is that they have take turn to do this… this… this horrible thing. And now it’s Adrina’s turn. Guess what… you’re the victim, Arif.” Tutur kata Shaleen bagaikan ledakan bom di dalam hatiku. Mukaku berasa kebas. Jantungku yang berdegup keras tadi kini seakan-akan terhenti.
(Masa silih berganti dan mereka mula menjadi ketagih. Bahkan mereka berjudi dengan wang pula untuk melihat siapa yang boleh melakukannya dengan cara yang paling kejam. Salah satu peraturannya ialah mereka bergilir-gilir melakukan perbuatan buruk tersebut. Buat masa ini adalah giliran Adrina. Dan awak adalah mangsanya, Arif.)
“Ya Allah…” ujarku dengan suara yang lemah. Kepalaku spontan tertunduk. Air mataku seakan-akan mahu melimpah keluar. Namun kemarahanku yang membuak-buak pada masa yang sama telah berjaya menahannya. Tiba-tiba aku berasa ada sepasang tangan lembut memegang erat tanganku. Aku kembali mengangkat kepala lantas memandang tepat ke arah empunya tangan tersebut.
“I’m sorry… I’m so sorry…” pinta Shaleen. Aku kembali menundukkan kepala dan mendiamkan diri. Shaleen mengusap-usap belakangku pula. Agak lama juga kami dalam keadaan begitu. Akhirnya emosiku yang sedang bergelora berjaya diredakan, namun bukanlah sepenuhnya. Aku mengangkat kepala dan kembali memandang ke arah Shaleen.
“Shaleen… kenapa kau bagitau aku?” tanyaku dengan suara yang agak bergetar.
“Unfortunately, you are a very nice person. The nicest I’ve ever met. Ingat ka masa kami berdua di kafeteria eating your fried rice? I was very upset. And somehow you managed to comfort me… and touch my heart with your kindness.” Shaleen menjilat bibirnya seketika. Mungkin untuk mencari ayat yang sesuai untuk menyambung penjelasannya itu. Aku pula
(
“That night when I got home, I cried. I felt guilty. I felt ashamed. I hated myself. Later I’ve decided to tell you without hurting my friends’ feelings. I dropped many hints to tell you but you’re too obsessed with Adrina.” ujar Shaleen lagi. Memoriku segera mengenangkan beberapa insiden yang berlaku di antara aku dan Shaleen. Kini semuanya sudah terjawab. Tentang tindak-tanduk ganjil dan semberono oleh Shaleen setiap kali bertemu denganku. Gadis kacukan tersebut melepaskan keluhan beratnya sekali lagi.
(Malam itu bila saya balik ke rumah, saya telah menangis. Saya rasa bersalah. Saya rasa malu. Saya bencikan diri saya. Kemudiannya saya telah membuat keputusan untuk memberitahu awak tanpa melukakan hati sahabat-sahabat saya. Saya telah banyak membuat kiasan tetapi awak terlalu taksub dengan Adrina.)
“It’s your fault. Kenapa you baik sangak? Kenapa you tak jahat macam lelaki lain, Arif? You buat I kiamat kawan-kawan I.” Pernyataan Shaleen tidak kujawab. Keadaan menjadi hening seketika. Hanya bunyi kawanan cengkerik yang mewarnai suasana suram kami tatkala ini.
“Adrina will hold a birthday party soon. Her birthday party. I think that’s the most
(Adrina akan mengadakan majlis harijadinya tidak lama lagi. Saya rasa itulah masa yang paling sesuai untuknya melukakan hati awak. Kesemua kawan awak akan turut ada di
“Oh God… Arif, I’m… I’m sorry. I’m so sorry…” Jari-jemari Shaleen yang mungusap bahagian belakangku mulai memegang erat di bahagian lenganku pula. Aku masih memekup mata. Namun dari nada suaranya tadi aku tahu bahawa gadis di sebelahku ini juga sedang mengalirkan air matanya. Seketika kemudian telingaku dapat menangkap esakan lirih daripadanya.
******************************************************
“Aku nak balik.” Itulah kata-kata pertama yang terpacul dari mulutku setelah suasana dipegunkan selama beberapa minit dengan keheningan. Sebaik sahaja aku berkata demikian, punggungku telahpun dialihkan dari bangku batu tersebut. Aku sempat menepuk-nepuknya dan mengeliat untuk meredakan perasaan yang tidak selesa setelah duduk sebegitu lama. Kemudian pandanganku dilontarkan ke arah Shaleen.
“Pada suatu masa dulu terdapat seorang pemuda biasa yang langsung tak ada sebarang keistimewaan. Tapi dia ada kelebihan juga iaitu dia seorang yang sangat baik. Itupun sebab ada seorang gadis yang kata dia begitu.” Shaleen tertawa kecil mendengarkan bait bicaraku itu.
“Satu lagi kelebihannya ialah dia tidak akan larikan diri dari masalah. Dia akan tetap menghadapinya sungguhpun… dia akan merana. Tapi dia tak akan berpaling dan mengelak diri. Dia akan hadapi masalah itu…. dan dia akan menyelesaikannya.” Sebaik sahaja aku menghabiskan tutur kataku, keadaan kembali menjadi hening. Shaleen memejamkan mata dan menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju dengan keputusan yang telahku buat.
“I shall go. I wanna see who Adrina really is… and how cruel she can be. But thank you for telling me the truth. Just to let you know, when I said that you’re someone that I can
(Saya akan pergi. Saya mahu melihat siapa Adrina sebenarnya… dan sejauh mana kekejamannya itu. Tapi terima kasih sebab memberitahu saya perkara yang sebenarnya. Saja nak bagitahu awak, bila saya kata yang awak adalah seorang yang saya tak akan nyahkan dalam hidup saya, saya benar-benar maksudkannya. Dan saya juga memaafkan awak.)
“Thanks, Arif…” ucap Shaleen.
“Goodnight amoi. Have pleasant dreams.” ujarku sebelum melangkah pergi meninggalkannya.
“You take care, okay Arif?” teriak Shaleen setelah beberapa ketika aku menderapkan langkah. Aku terus berjalan dan hanya mengangkat tangan kananku tanda terima kasih.
*********************************************
“Ha! Bagus kita bangun awal pagi ni. Punyalah banyak tempat kosong! Jom kita enjoooyy!” ujar Wadi dengan perasaan gembira. Siap menggayakan lenggok Nora Danish lagi tu. Pada pagi ini kami bertiga bangun awal pagi dan pergi ke fakulti dengan kereta Nizam.
“Serius… buruk bebeno kamu buat begitu. Macam pondan tua zaman kerajaan Majapahit.” komenku seraya tertawa. Nizam turut tertawa terbahak-bahak. Wadi yang mulanya mengacukan penumbuk ke arahku akhirnya turut tertawa. Kami segera mengambil pinggan kecil untuk mengisi kuih-muih. Nizam seperti biasa tetap mahukan burger sebagai sarapannya. Setelah membayar harga makanan (Nizam belanja sebenarnya) kami bergegas mencari tempat duduk. Kami berbual-bual dan sesekali ketawa terbahak-bahak sambil menikmati sarapan. Kalau bapak aku tengok, pasti dia akan lepuk kepala aku dengan rehal Muqaddam sebab berkelakuan buruk di depan rezeki.
“Eh? Awalnya Adrina datang hari ni…” komen yang terpacul dari mulut Nizam membuatkan jantungku seakan-akan terhenti. Kepalaku diangkat memandang ke hadapan. Kelihatan Adrina dengan lenggang-lenggok serta senyuman manisnya datang ke arah kami bertiga.
“Morning guys. Hai Arif.” tegurnya dengan lembut bersulamkan senyuman ramah-tamah. Nizam dan Wadi hanya membalas kembali sapaan tersebut dengan senyuman dek kerana mulut dipenuhi makanan.
“Hai gorgeous!” tegurku seraya mengenyitkan mata.
“Waah! Makin daring jejaka handsome kita ni, ya?” perli Adrina, Kemudian beliau berpura-pura mencebik. Aku tertawa, cuba menyembunyikan perasaan sebenar yang sedang bergolak di dalam hati.
“Anyway, Rina akan sambut birthday minggu depan.
“Aku kalau makan, aku datanglah!” balas Wadi. Aku tertawa mendengarkannya. Adrina turut tertawa. Nizam pula sempat menembi bahu kiri Wadi.
“Badigol! Buat malu muka je kamu ni! Don’t worry, Rina. We’ll be there.” balas Nizam pula. Adrina tersenyum sambil mengangguk. Kemudian beliau memandang ke arahku pula.
“Arif pun mesti datang, ya?” pintanya dengan lembut.
“Eh, tentulah saya akan datang.” balasku. Nadaku sengaja dibuat-buat seperti sedang teruja.
“Rina ada surprise, tau?” maklumnya lagi. Aku memandang tepat ke arah Adrina lantas bibirku melakarkan senyuman. Hanya satu sahaja jawapan yang berlegaran dalam fikiranku sekarang.
“Tak sabar rasanya nak tengok!”
No comments:
Post a Comment