Emo Hero Bab 15
“I’m so happy today.” Begitulah ungkapan yang terpacul buat kesekian kalinya daripada mulut gadis yang pernah kudambakan suatu ketika dahulu.
“Tak jemu ke asyik cakap benda yang serupa? Macam siaran Astro pulak!” sindirku. Adrina tertawa. Wajahnya kelihatan berseri-seri sungguhpun keadaan di dalam SUV yang sedang dipandu olehnya agak gelap. Oh ya! Kami berjanji temu sakan sehingga aktiviti kami menggapai ke waktu malam.
Keadaan hening seketika daripada rencah perbualan. Yang kedengaran hanyalah bunyi deruman enjin SUV Adrina serta lagu Ku Sendiri nyanyian Aliff Aziz yang berkumandang di corong pembesar suara kenderaan tersebut. Adrina pula sedari tadi begitu asyik menyanyi-nyanyi kecil mengikut setiap patah kata di dalam lagu tersebut. Ternyata beliau begitu gembira serta teruja sekali. Aku mengerling ke arah plastik yang tertera jenama 7-11 di sisinya. Sebenarnya dari tadi aku berasa kurang senang dengan kehadiran isi kandungan plastik tersebut.
“A penny for your thought!” Tiba-tiba Adrina bersuara. Maknanya dia nak tau apa yang sedang bermain di cepu fikiranku. Aku tersengih bersama keluhan kecil yang turut lolos sekali.
“Rina… Kalau saya sebut nama
“APA? Rina angry… Rina becomes Hulk! Rina smash!” balas Adrina seraya tertawa dengan jenakanya sendiri. Nyatalah beliau meniru jenaka yang kubuat masa kami sedang makan petang tadi.
“Cakap serius. Rina marah tak?” tanyaku dengan nada serius. Keadaan senyap seketika.
“A little. Tapi bukan kat Arip. Rina masih rasa marah kat dia.” jawab Adrina akhirnya.
“Arip nak bercerita pasal Shaleen ke? Ceritalah. It’s okay. Rina nak dengar.” ujarnya pula.
“Entah Rina suka nak dengar entah tidak.” ujarku dengan nada keberatan.
“No. Really… It’s okay. Kalau Arip nak maki Rina pun tak apa. Rina betul-betul serius nak dengar. I’m all ears.” pujuk Adrina untuk memadamkan keraguanku.
“Ingat tak masa kita pergi clubbing lepas karaoke dulu?” tanyaku.
“
“Rina ingat tak Rina minum apa malam tu?” tanyaku. Kali ini Rina memperlahankan kenderaannya dan akhirnya berhenti di lorong mengambil penumpang di sebuah perhentian teksi. Kemudian beliau memandang ke arah beg plastik 7-11 di sisinya.
“Rina faham apa yang Arip nak kata.” ujarnya dengan perlahan.
“Saya rasa Rina tak faham. Dengar cerita saya sampai habis. Please…” rayuku. Adrina menganggukkan kepala tanda bersetuju.
“Dulu saya memang syok habis kat Rina. Sampai angau tahap tak boleh tidur selagi tak tatap gambar Rina setiap malam.” Aku membuka bicara dengan melawak. Adrina tertawa.
“Mana Arip dapat gambar Rina?” tanyanya.
“Tangkap curi-curi dengan handset.” jawabku.
“Stalker! Oh my God, I’m gonna dieee!!!” teriaknya seraya tertawa. Aku juga turut tertawa. Beberapa pemandu kenderaan yang sedang lalu-lalang sempat menjengah ke arah kami dengan perasaan ingin tahu.
“Tapi bila saya tengok Rina minum arak sampai mabuk habis… saya… perasaan saya pada Rina beransur-ansur tawar dan akhirnya hilang.” Kata-kataku itu membuatkan Adrina bungkam. Dalam kegelapan malam, aku masih boleh melihat air mukanya yang berubah.
“Kemudian saya tengok Shaleen tak minum arak. Perkara tu memang berikan impact pada emosi dan perasaan saya. Sebenarnya itu ialah antara sebab saya akhirnya jatuh hati pada dia.” ujarku lagi. Seperti yang kuduga, ternyata Adrina amat kurang senang mendengarnya sungguhpun beliau berjanji untuk tidak berasa kisah dengan apa sahaja yang akan kuperkatakan sebentar tadi.
“Saya memang lelaki yang konservatif. Lelaki old school. Saya budak kampung. Saya dibesarkan dengan nilai yang lama. Saya memang benci bila tengok Rina minum arak sampai mabuk malam tu. Macam mana kalau Rina terpaksa pandu kereta untuk balik malam tu? Kalau eksiden? Saya benci tengok Rina minum arak masa itu Perasaan saya juga adalah sama macam itu sekarang ni.” ujarku lagi. Keadaan kami berdua adalah seperti dibekukan buat beberapa ketika. Tiba-tiba Adrina mencapai beg plastik 7-11, membuka pintu SUV dan terus keluar menuju ke arah perhentian teksi yang sedia lengang. Aku tergamam. Memang sahih beliau berasa amat marah sekarang. Mataku hanya memerhatikan sahaja tingkah lakunya yang mengeluarkan setin Carlsberg dari beg plastik tersebut dan menarik cecincin untuk membukanya. Nampaknya Adrina akan minum di hadapanku sebagai tanda protesnya terhadap kata-kataku tadi. Janji temu yang indah sepanjang hari tadi nampaknya akan dipunahkan oleh insiden sekarang.
Namun perkara sebaliknya berlaku. Adrina terus menuangkan air syaitan tersebut ke dalam longkang sehingga ke titisan terakhir. Kemudian beliau mengeluarkan tin Carlsberg yang kedua lantas mengulangi perbuatannya tadi. Tin minuman berakohol yang terakhir juga diperlakukan dengan cara yang serupa. Adrina kemudiannya membungkus ketiga-tiga tin Carlsberg yang kosong tadi di dalam beg plastik 7-11 tersebut dan membuangnya pula ke dalam tong sampah yang disediakan berdekatan dengan perhentian teksi tersebut. Beliau spontan menghalakan jari-jemarinya ke mulut untuk menjilat saki-baki arak yang terkena pada tangan.
“Eik! Jangan!” teriakku yang mustahil dapat didengari oleh Adrina. Namun jari-jemarinya terhenti. Beliau kemudiannya cepat-cepat mengesat kedua-dua belah tangannya pada seluarnya di bahagian punggung. Pandangan Adrina kemudiannya terhala ke arahku. Beliau tersenyum seolah-olah apa yang berlaku tadi adalah perkara yang menggelikan hati.
Aku pula berasa lega…
**********************************************
Lima minit kemudian…
“A penny for your thought!” ujar Adrina lagi setelah beliau melihatku yang hanya membungkam diri. Asyik duit sen aje. Bagilah seratus ke… baharulah aku bersemangat nak cerita. Aku memandang ke arahnya yang begitu fokus sedang memandu. Buat pertama kali aku berasa sangat suka untuk memandangnya. Tapi tak la senikmat memandang majalah Maxim! Oh, Kim Smith…
“I’m sorry if I hurt your feelings.” ujarku.
“Rina tak marah. In fact, I’m touched.” balasnya. Terharu? Kena sound kaw-kaw pun boleh jadi terharu? Ni agaknya dia mabuk terhidu wap tuak tadi ni…
“Rina sebenarnya bengang betul sebab Arip begitu kasual bila bersembang dengan Shaleen pada masa tu. Dah la tu, Arip asyik habiskan masa dengan diaaa ajeee… Bengang betul Rina. Tapi rupa-rupanya Arip juga risaukan tentang Rina. I’m deeply touched.” ujarnya lagi seolah-olah mengetahui apa yang sedang bermain di fikiranku. Oro? Aku risaukan dia? Bila pulak… oh… Tadi aku ada berkata yang aku risau kalau-kalau dia memandu dan mengalami kemalangan. Tak sangka pulak aku cakap macam tu tadi. Betul-betullah aku ni risaukan tentang Adrina malam tu!
“Rina janji Rina takkan minum arak lagi. Setiap masa dan sampai bila-bila.” maklumnya pula.
“Janji tak minum arak ni sebab saya ke atau sebab kehendak sendiri? Kalau sebab saya, tak ikhlas la namanya tu. Kalau kita bergaduh nanti, Rina minum balik.” persoalku. Adrina tersenyum.
“Bukan demi Arip dan bukan demi kehendak sendiri.” jawabnya. Aku terkedu seketika.
“Habis? Kenapa Rina nak berhenti?” tanyaku pula.
“Demi keikhlasan hati Arip.” jawabnya. Adrina kemudiannya menoleh ke arahku sambil tersenyum. Aku bungkam. Tidak kujangka akan jawapan sedemikian. Ketika ini SUV Adrina telahpun berhenti di kawasan parkir berdekatan dengan sebuah kopitiam.
“Jom minum kopi dulu. Arip suka ice blended coffee
********************************************
Lebih kurang dua minit kemudian…
“Jangan risau. Kat sini ice blended coffee dia memang kellass!” maklum Adrina. Seolah-olah mengetahui yang aku cukup cerewet dengan rasa kopi kegemaranku. Kami menghabiskan waktu tidurku di Kopitiam Bittersweet pula kali ini. Sohih mata aku kuyu John Rambo besok pagi. Cakap pun macam Rambo. “Woii, showowowowo… wowowow… WOWEOWOO!!!” Ra-ta-ta-ta-ta-ta-ta-ta!!! (Rambo mengamuk dan tembak
Kami dihampiri oleh seorang lelaki berwajah lembut dan menanyakan apakah pesanan makanan atau minuman yang kami mahukan. Adrina memesan kopi hitam pekat. Aku pula memesan ice blended coffee. Budak pelayan tadi meninggalkan kami setelah mengambil pesanan dengan lenggok gemalainya yang mengalahkan perempuan Melayu terakhir. Aku dan Adrina hanya memerhatikan ayunan punggungnya sambil tersengih.
“Kalau la dia tu pompuan, memang mau telan air lio aku.” komenku. Adrina tertawa besar.
“Tu yang Rina
“Itu bukan telan air lio… Itu tertelan taik gigi! Ngeri, siuut…” ujarku. Kami sama-sama tertawa. Perbualan kami kemudiannya terhenti buat seketika. Perasaan kekok mulai menjalar pada suasana di antara kami.
“Arip…” Tiba-tiba Adrina membuka bicaranya untuk memecahkan suasana tersebut.
“Ya. Ada apa, Rina?” tanyaku.
“Arip… masih sayangkan Shaleen, ya?” tanya Adrina.
Aku terkedu…
- Bersambung -
No comments:
Post a Comment