Bab 36
“Kita dah sampai.”
Wuyo mak! Besau sungguh rumah mak apak Adrina ni. Mungkin sama saiz si Baltan raksaksa dalam cerita Ultraman. Ini bukannya rumah banglo. Bangla pun bukan. Ini mau rumah agam macam cerita hantu Stephen King ni. Laman rumah agam tersebut bukan main luas lagi. Lagi luas dari tapak kosong tempat aku dan bebudak lelaki satu batch main bola. Puluhan muda-mudi pelbagai fesyen dan ragam kelihatan berselerakan di laman berumput karpet tersebut. Mereka bergelak ketawa, bergurau senda dan bersentuhan tanpa segan silu dengan orang sekeliling yang juga nampaknya dua kali lima sahaja. Seakan-akannya parti tersebut diadakan di laman rumah. Namun bunyi muzik yang arah puncanya dari rumah agam tersebut mengesahkan pengamatanku bahawa parti yang sebenar sedang berada di dalam.
“Are you ready, guys?” Pertanyaan Nizam spontan menyentakkan lamunanku. Aku mengangguk dengan raut yang tenang.
“Patutnya aku pinjam BMW abang aku la. Lagi nampak hebat.” ujar Nizam.
“Tak payahlah. Nanti nampak sangat ada yang tak kena. Adrina syak pulak.” balas Wadi. Aku menganggukkan kepala.
“Jom.” ajak Nizam. Namun langkahnya terhenti bila aku memberikan isyarat untuk menunggu sebentar.
“Hah? Apasal?” tanyanya.
“Aku dah rasa terkucil la pulaaak.” Jawapanku itu disambut dengan gelak tawa mereka berdua.
“Biasa la tu, Rip. Kau nervous. Baca Bismillah.” saran Wad untuk meredakan panikku.
“Bismillah? Ei, ini parti maksiat nak baca Bismillah hapa?” bentakku. Kami bertiga tertawa.
“Lega dah?” tanya Wadi. Ooo… rupa-rupanya nak redakan gabra aku tadi. Bagus kepala hotak kau ni, Wadi.
“Belum. Aku nak mengeliat kejap. WUAAAAAARRRRGHHH!!!” teriakan barbarian-ku yang diadunkan dengan aksi mengeliat cukup untuk membuatkan pandangan sekeliling menghala ke arah kami bertiga. Sebaik sahaja selesai melakukan aksi kurang adab tersebut, aku meliarkan mata memandang kembali ke arah mereka semua. Uih! Ada dua orang gadis cantik menarik tertarik kau memang da bomb la. Mereka berdua masih memandang ke arahku. Dengan selamba aku mendekati mereka.
“Begitulah aksi saya bila ternampak awek cantik macam korang berdua.” ujarku. Mereka berdua tergelak.
“Yalah tu!” ujar salah seorang dengan sinis.
“Sebenarnya cakap awak tu memang betul, Fasha. Saya saja mengeliat tadi. Tapi korang berdua memang lawa. Tu yang terpaksa menegur juga tu.” Kata-kataku sekali lagi mengundang tawa manja mereka.
“Nama I bukan Fasha!” balas gadis tersebut.
“Saya tau. Tapi nama tu kena betul dengan paras rupa awak. Okeylah! Jumpa lagi Fasha, Airin. Bye!” Itulah kata-kata terakhirku sebelum meninggalkan mereka berdua dalam keadaan tercengang. Aku kembali menuju ke arah Nizam dan Wadi. Mereka berdua sedang menyengih.
“Warm-up
“Baru lega. Jom!” ajakku. Akhirnya kami bertiga mengorak langkah menuju ke arah
“Your invitation card, sir?” pinta salah seorang daripada mereka. Beliau adalah seorang pemuda
“
“Hadiah aku tu bukannya ringan. Kamu aje yang rasa begitu sebab badan kamu berat sangat.” Jawapanku kembali merancakkan tawa muda-mudi tersebut. Si India sopan-santun itu juga tergelak. Di belakangku Nizam dan Wadi sengaja ketawa berdekah-dekah untuk memaksimumkan penghinaanku. Adik Adrina mencukakan wajahnya.
“Aih? Takkan marah kot? Jangan marah, ya brader? Nanti cepat laaaapaar.” Mulutku menyusulkan penghinaan kedua pula. Suasana hingar-bingar dengan gelak-tawa. Sahih! Adrina sengaja meletakkan adiknya untuk memalukanku. Namun silap besar la dia buat begitu.
“Okeylah brader. Gua chow dulu. Nanti kita bersembang lagi, ya?” ujarku sebelum melangkah masuk ke dalam. Aku sempat mengerling dan melemparkan senyuman ke arah adik Adrina. Ekspresi yang hanya terpampang pada pandanganku adalah wajahnya yang merah lagi mencuka.
Pusingan pertama. Pemenangnya ialah aku : Arif.
***************************************************
Keadaan di dalam begitu hip and happening sekali. Bunyi muzik yang dimainkan secara langsung oleh sebuah band yang diupah oleh Adrina semakin merancakkan suasana.
Aku tak tahu di mana Nizam dan Wadi. Kami berjanji untuk berpecah agar tak
“Hai Amilia!
“Aa… Sorry. Saya ingatkan awak kawan saya Amilia tadi.” ujarku. Mataku masih terpaku pada renungannya. Gadis tersebut tersenyum.
“Takkan girlfriend sendiri pun tak cam?” usiknya sambil tersenyum.
“Girlfriend? Eh, taklah! Dia memang kawan saya aje. Dari belakang tadi awak memang nampak macam Amilia. Tapi dari depan… awak lagi cantik dari Amilia. Jadi memang sah awak ni bukan Amilia!” Gadis tersebut tertawa mendengarkan gurauanku yang bersulamkan pujian. Sherry, salah seorang gadis yang kutemui di bistro semasa dalam ‘latihan’ telah mengajarku cara-cara untuk memuji perempuan tanpa nampak dibuat-buat. Terima kasih Sherry. Terima kasih Nizam. Terima kasih kura-kura!
“That is one of the best chat-up lines I’ve ever heard. You made me amused and
“Nice meeting you. Okay, miss. Chow!” ucapku lantas mengorak langkah untuk pergi mencari Shaleen. Tak guna nak beramah tamah di situ lagi. Aku bergerak perlahan-lahan menyusuri kerumunan manusia yang sedang asyik menari. Akhirnya mataku dapat menangkap kelibat Shaleen. Langkahku digesakan ke arahnya.
“Sorry ganggu you. Nak tanya sikit, boleh?” tanyanya.
“Boleh, asalkan bukan hal duit.” ujarku bergurau. Pemuda tersebut tergelak.
“You kenal ke perempuan tadi?” tanyanya.
“Yang mana?” tanyaku kembali.
“Yang bersembang dengan you tu tadi la!” jawabnya. Ooo… awek cantik tadi tu ke!
“Tak.” balasku.
“Betul you tak kenal?” tanyanya lagi. Aik? Lain macam ni…
“Itu girlfriend kamu ke? Sorry la kalau kamu marah aku bersembang dengan dia tadi. Aku ingatkan dia member aku tadi sebab dari belakang nampak serupa.” perjelasku. Manalah tau kot-kot dia nak hayun penumbuk ke mukaku macam dalam filem arahan D.Y. Haslam.
“Taaak. I mana sama level dengan dia. Kalau dia senyum kat I tu pun kira bertuah la!” jawab si pemuda tersebut. Aku merenungnya dengan teliti. Aii… takkan sekacak macam dia ni pun ada perasaan inferior jugak?
“Hebat sangat ke minah tu tadi?” tanyaku.
“Kalau you nak tau, itulah Sania.” ujarnya. Oro? Sania? Siapa Sania? Super Saiya aku tahu le!
“Dia tu orang Malaysia yang jadi model di Milan, tau?” maklum pemuda itu lagi. Gamaknya dia dapat membaca air mukaku yang masih tak tahu siapakah gadis lawa tadi.
“Betul ke dia high level sangat? Tadi elok aje dia bersembang dengan aku. Siap suka dengan teknik mengayat aku.” maklumku. Terbeliak mata pemuda tersebut.
“Damn! You so cool, bro! I salute you, bro!” ujarnya dengan nada teruja sambil menepuk-nepuk bahu
“Eh, bro! Boleh tak introduce I kat dia? I seganlah nak tegur...” Aku dah agak daaah… Patutlah beria-ria ‘bro’ denganku. Ada niat madah berhelah rupanya!
“Boleeeh. Tapi lebih baik kau buat sendiri. Lagipun tentu dia tak suka sebab dia bukannya kenal aku pun!” Pemuda tersebut terpaku mendengarkan kata-kataku. Namun dia segera tersenyum dan menepuk-nepuk bahuku.
“You’re right. You’re right. I respect you, bro! Lagipun I baru je couple dengan seorang awek ni. Pasti you kenal.” ujarnya. Nampaknya pemuda di hadapanku ini gentleman dan tak mudah berkecil hati.
“Aku kenal? Siapa dia?” tanyaku.
“Adrina. Saidatul Adrina. Dia pun memang cun mengancam, bro!” Kata-kata pemuda tersebut membuatkan aku pulak terpaku. Berubah air mukaku. Dalam hatiku menjerit-jerit agar diriku kembali bertenang.
“Bro? You okay?” tanya pemuda tersebut. Aku yang baru kembali ke dunia realiti hanya tersenyum.
“Terkejut aku! Rupa-rupanya kamu la boyfriend Adrina! Dia tu memang satu batch dengan aku. Selama hari ni memang kami syak dia ada boyfriend. Ingatkan budak batch kami juga. Rupa-rupanya kamu!” ujarku. Kami berdua tertawa besar. Pandaaai anak mak berlakon!
“Dia ada cerita dengan I. Kalau tak silap budak tu namanya Arif. I pity for him. Adrina macam fooling around with him aje. I tak setuju. He doesn’t deserve that. I’m sure budak tu
“You’re a good guy. Genuinely a good guy. I’m sure under different circumstances you and Arif can be good friends.” ujarku. Serius aku ikhlas. Malah aku mula menyukai pemuda di hadapanku ini.
“Thanks, man! I’m
“
“I’m Norhisyam. Call me Syam.” ujarnya seraya memperkemaskan jabatan tangannya. Aku tersenyum. Nampaknya Allah benar-benar melindungiku dengan cukup rapi kali ini. Elemen kejutan terhebat daripada Adrina telahpun kuketahui. Jadi bolehlah aku memberikan reaksi yang berbeza dari apa yang Adrina harapkan.
Setakat ini bunyi ketawa berdekah-dekah masih tak kunjung padam bergema di dalam mindaku…
- Bersambung! -
No comments:
Post a Comment