Emo Hero Bab 13
“Kucing hitaaam… Kau berlari ke arahku…” Ah! Bunyi ringtone telefonku! Aku segera melihat ke skrin. Adrina!!! Dia call balik! Aparra biut aku nih! Dah tentu la dia call balik.
“Hello Adrina!” ucapku. Tu dia… sebut nama penuh lagi… Binti? Binti tak sebut?
“Hai Arif… Apa dah jadi? Kenapa putus tiba-tiba?” tanya Adrina.
“Oh… Err… Heh! Heh! Kredit dah habis… Heh! Heh!” jawabku dengan malu-malu lembu pawah.
“Haha… Nasib baik Rina call balik.” ujar gadis tersebut. Mana longkang? Mana longkang? Aku nak terjun. Maluuu…
“Rina.”
“Iya Ariiif…” balas Adrina dengan cara yang agak manja. Macam kucing Friskies yang kehilangan ibu!
“Okey!” maklumku.
“Okey? Apa yang okey, Arif?” tanyanya.
“Okey, saya setuju. Jom kita lepak-lepak kat mana-mana hari ni.” jawabku.
“Yey!” Teriakan kecil gadis tersebut membingitkan telingaku. Apa dia ni pengamal kung-fu Ngauman Singa ke? Nak pokak telingo den…
“Arif tunggu kat hostel, ya?
“Jauh tuuu…” komenku.
“
“Ni mesti tertinggal spenda ni!” usikku seraya tertawa. Pedulik hapa nak control sufi! Lagipun
“Ha-ah! Rina tertinggal tiga panties tak basuh lagi.” balas Rina. Isk! Daring Fear Factor punya pompuan!
“Oi… aku dah blushing ni, tau?” maklumku. Memang aku dah terkedu tahap optimum ni! Adrina pula tertawa.
“Ingat tak masa kita berbalas mesej seksi dulu?” Tiba-tiba gadis tersebut mengutarakan perkara yang sedang bermain di cepu fikiranku tapi tak sanggup kuungkapkan.
“Udah-udah-udah!
“Okey! Okey! Rina bertolak sekarang. Tungguuuu….” balasnya. Perbualan kami berakhir. Tapi hatiku masih rasa berdebar-debar. Yang tak syoknya ialah aku masih teringatkan tentang perihal berbalas mesej seksual dengan Adrina dulu. Isk…
“Siut kau minah! Aku dah stim niiiii!!!” jeritku.
**************************************************
Sejam lebih kemudian…
“am here” Itulah mesej pesanan ringkas yang kuterima daripada Adrina tatkala sedang sibuk meladeni Command and Conquer 3 di komputer riba Nizam. Aku segera menekan butang ‘save’ dan menutup program Windows Vista. Kepalaku kemudian dijengahkan ke luar jendela.
“Biar benar…” Itulah yang hanya mampu dipaculkan dari bibir mungilku yang basah bak
“Sorry Rina terlambat!” ucap Rina sebaik sahaja aku membuka pintu SUVnya. Aku tersenyum sambil merenungnya. Hmm… Cantik lagi bergaya. Sohih al-Bukhary dia lewat sebab beriya-iya bersiap. Tapi aku berasa bangga pulak sebab gadis tercantik di UNISAS bermatian-matian melangir diri semata-mata untuk manusia zero sepertiku.
“Arif marah ke?” tanyanya apabila melihatkan keadaanku yang hanya membatukan diri.
“Mana ada? Cuma rasa
“
“Hm. Geram sebab Rina cantik sangat hari ni!” jawabku seraya tertawa. Tapi entah mengapa aku berasakan bahawa aku tak sepatutnya mengujarkan ayat-ayat sedemikian.
“Oo…
“Oit-oit-oit! Don’t go there, okay?” tingkahku. Aku dah agak daaah… Adrina tertawa.
“Nak kenakan
“Aku cium betui-betui kang baghru tauu…”
“Excuse me?!!” Kata-kata Adrina mengejutkanku. Alamak! Aku tercakap perkara yang sepatutnya hanya disebut dalam fikiranku lagi ke? Kena cepat fikirkan jalan keluar! Aku spontan memandang sekeliling. Mataku tertarik ke arah tempat duduk belakang SUV.
“Tak de apa-apa. Saya dah lapar! Nak makan sekarang!” ujarku seraya dengan secepat kilat mencapai beg plastik tersebut.
“EH, ARIF! DON’T-DON’T!!!” Larangan Adrina ternyata sudah terlambat. Aku telahpun menjengah ke dalam beg plastik tersebut untuk mengambil ayam… Oro?
**********************************************
Lebih kurang dua puluh minit kemudian.
“Sorry Rina…”
“Dahlah tu. Dah berapa kali Arif mintak maaf. It’s okay. Rina tak marah pun…”
“Okey… Still, I’m really-really sorry.” Aku dapat
“Arif la lelaki pertama yang dapat tengok panties kotor Rina. Siap tiga pasang pulak tu!” usik Adrina seraya tertawa.
“Itu bukan kelakar tu! Aku makin rasa bersalah ni!” ujarku dengan nada yang agak tertekan. Keadaan hening seketika. Tiba-tiba Adrina meletakkan sesuatu di atas ribaku. Uik! Ini beg plastik KFC tadi! Apahal ni?!!
“EH?!!” ujarku. Aku benar-benar terkejut.
“Arif jaga panties Rina tu!”
“Nh..
“Arif rasa malu sampai tak nak bersembang dengan Rina. Apa seronoknya macam ini?
“Arif masih marahkan Rina ke sebenarnya?” tanyanya secara tiba-tiba. Masih marah? Oro? Adrina ingat aku masih marah tentang insiden dulu ke?
“Eh! Mana ada!” jawabku.
“Habis? Arif masih bencikan Rina ke?” tanyanya dengan
“Taaak! Mana ada!” balasku.
“Habis, kenapa Arif
“Rina… tentulah saya rasa begitu. Mula-mula saya mengagumi dan mengagungkan Rina. Lepas tu saya cukup marah dan benci pada Rina. Baru-baru ni aje saya mula berbaik pulak dengan Rina. Tentulah rasa kekok.” Kata-kataku itu mencetuskan suasana sepi buat seketika.
“Rina takut Arif masih bencikan Rina.” ujar Adrina dengan nada perlahan. Keadaan kembali sunyi. Aduii… benci betul aku dengan keadaan yang emo sekarang ni. Kalau aku tau macam ini jadinya baik aku melepak dalam bilik untuk berak dan tidur aje! Pun begitu aku mengambil keputusan bahawa mulai hari ini aku akan meruntuhkan tembok emosi yang menyebabkan aku berasa kekok dengan Adrina.
“Badigol kau minah! Jangan mimpi la aku nak jaga spenda-spenda busuk kau ni!” ujarku tiba-tiba seraya membaling kembali plastik KFC ke riba Adrina. Kemudian aku tertawa berdekah-dekah. Adrina kelihatan tersentak dengan tindakanku yang semberono itu.
“Spenda Arip la yang busuuuk!!!” teriak Adrina dan akhirnya tertawa.
“Mau cium ka, macha? Lu ada 3 spenda. Gua ada satu spenda TIGA HARI TAK BASUH!!!” jeritku.
“WUEEEEK!!! ARIP PENGOTOOOR!!!” jerit Adrina pula.
Kami kemudiannya sama-sama ketawa berdekah-dekah.
- Bersambung -
No comments:
Post a Comment