Bab 32
“Masa di bistro haritu saya dan Shaleen keluar sekejap mengambil angin. Masa asyik bersembang tu saya menegur cara hidup songsang Shaleen. Tiba-tiba dia mengamuk dan memaki hamun saya. Tau-tau kami bergaduh besar pada malam tu.” Terkedu Shaleen mendengarkan cerita fantasiku. Aku tau tatkala ini dia sedang memandang ke arahku. Tapi aku buat tak tau saja. Sebaliknya mataku tertancap ke arah Adrina yang masih meriakkan perasaan curiga.
“That’s it? You mengamuk sebab itu saja, Leen?” tanya Adrina. Ternyata bahawa beliau masih tidak berpuas hati. Hairan jugak aku rasakan. Kenapa seolah-olah ada perkara yang lain di sebalik pertanyaannya yang mana tidak kuketahui?
“Well, dia cakap I akan masuk nuraka. I hot la!” Kali ini Shaleen pulak memainkan wayangnya di hadapan Adrina. Tapi aku rasa nak tergelak pulak dengan kelentongnya itu.
“Itu saja?” tanya Adrina kepadaku pulak. Tiba-tiba macam kena soal-siasat oleh Gestapo la pulak.
“Kenapa pelik sangat soalan Rina ni?” tanyaku balik dengan perasaan curiga. Adrina pulak kini kelihatan kelam-kabut. Sahih! Mesti ada perkara lain yang cuba disembunyikan olehnya daripada aku.
“Mana ada? Rina cuma tak suka korang berdua bermasam muka. Both of you are very important to
“Shaleen. I’m a jerk. Sorry. I’m really sorry.” pintaku.
“You ARE a jerk!” balas Shaleen dengan nada keras.
“But you’re forgiven.” ujarnya seraya tertawa kecil dan menyambut tanganku. Badigol punya nyonya! Sebenarnya dia punya pasal la kami berdua bergaduh. Dalam lakonan kami ni tiba-tiba aku pulak yang bersalah. Pun begitu aku berasa lega dan gembira kerana kemelutku dengannya kini telah berakhir.
“Haa… Macam itulah!” ujar Adrina seraya menepuk-nepuk belakangku. Aku yang kembali ceria sengaja membuat lawak dengan berpura-pura sendawa setiap kali Adrina menepuk belakangku. Kedua anak gadis yang kini bertandang di hatiku tertawa besar dengan gurauan tersebut. Ni belum aku terkentut.asap hijau lagi…
*************************************
Selepas sejam kemudian…
“Perogol memang patut dikasi. Mereka ni menzalimi kaum wanita. Memang patut pun kena snip-snip anu diorang.” Shaleen tergelak
“Itu tak akan menyelesaikan masalah. Mungkin mereka ni menjadi lebih jahat dan sadis lagi.” hujahku pula.
“Can you elaborate?” asked Shaleen. Eh! Aku pun dah cakap omputeh jugak! Hahaha!
“Bayangkanlah,
“Shit… your argument mamang logic.” komen Shaleen. Mencarut lagi. Dalam memuji pun nak mencarut juga?
“Itu spekulasi saja.” pertikai Adrina.
“Selain dari makanan untuk tubuh kita, ilmu pengetahuan adalah makanan minda kita, agama adalah makanan untuk roh kita dan seks adalah makanan nafsu kita. Kalau salah satu tak ada, hidup kita menjadi tak sempurna. Kita pasti akan hilang pertimbangan dan kewarasan kita kalau salah satu makanan tersebut tak ada dalam hidup kita. Tengoklah ahli-ahli agama yang menahan diri dari berkahwin. Tengok apa dah terjadi dengan diorang. Ada yang meliwat budak. Ada yang mencari pelacur.” hujahku.
“True… true…” komen Shaleen.
“Hei!
“It’s your fault. You yang suruh I baik dengan Arif.” jawabnya dan kembali menyambung tawa.
“Baiklah, jadi siapa yang sokong encik Arif yang kacak lagi bergaya; sila angkat tangan.” saranku. Aku dan Shaleen mengangkat tangan masing-masing.
“Mana aci! Kenapa you sokong dia, Leen? Dia tadi puji diri sendiri. Don’t you find him obnoxious?” pertikai Adrina.
“Yeah, I do find him obnoxious. But he’s right. And thus he has my vote.” balas Shaleen.
“Mana aci? Nak cari aci untuk jadi penyokong, ya? Pergilah cari kat Mumbai!” usikku seraya tertawa berdekah. Shaleen turut tertawa.
“Jahat awak ni! Bencinyaaaaa!!!” teriak Adrina lantas mencubit lenganku sekuat-kuat hati. Wahadoooi!!! Sakit, siuut!
*************************************
Lebih kurang dua jam kemudian…
“Sampai nak tutup Nasmeer baru kita nak balik.” komenku. Kami bertiga kini berada di kawasan parkir kereta di hostel Adrina. Beliau dan Shaleen tertawa.
“
“Adrina, tunggu jap!” seruku. Langkah gadis jelita tersebut terhenti. Beliau berpaling bersama senyuman nakal menghiasi di bibir.
“Yes, what can I do for you mister rapists’ defender?” tanyanya dengan nada mengusik. Shaleen ketawa terbahak-bahak. Aku pun turut ketawa. Tapi aku agak ketawa
“Rina belum maafkan saya, ya?” tanyaku. Adrina agak tergamam dengan kata-kataku itu. Kemudian beliau tersenyum. Namun senyuman tawarnya mengesahkan akan taakulanku sebentar tadi. Adrina mengeluh kecil.
“Nampaknya Arif tak serasi dengan gaya hidup Rina. It’s my fault, actually. Rina tak patut memaksa Arif untuk menyukai dunia Rina.” ujarnya.
“But of course you’re forgiven. Kan Arif ni seorang yang special di hati Rina?” ujarnya seraya mengucup kedua jari telunjuk dan tengahnya. Kemudian Adrina melekapkan kedua jari tersebut di bibirku.
“Goodnight, Arif.” ucapnya dengan lembut lantas terus melangkah pergi tanpa menoleh lagi. Membiarkan aku termangu-mangu dalam perasaan berkecamukku. Seketika kemudian aku perlahan-lahan berpaling pula ke belakang.
Shaleen sedang merenung tepat ke arahku. Tampak begitu jelas perasaan kurang gembira terlakar pada wajahnya. Dalam masa yang sama aku juga terperasankan sesuatu pada air mukanya itu.
… Shaleen nampak risau?
*****************************************
Lajunya amoi ni bawak kereta. Berdesup sampai ke hostelku tak sampai dua minit. Masak mee segera pun lagi lama dari itu. Sepanjang perjalanan kami berdua tak langsung bersuara. Malang betul… aku pulak dari tadi asyik rasa nak kentut aje. Tapi takut lebih menambahkan perasaan kurang selesa yang berlaku sekarang. Ni bahana teh tarik la ni…
“Ah! Dah sampai…” ujarku seraya membuka pintu.
“Hm.” ucap Shaleen dengan bersahaja. Ish! Rasa tersinggung pulak bila dia berlaku dingin padaku. Seolah-olah berbaik denganku tadi hanyalah lakonannya di depan Adrina. Bengang sungguh kurasakan. Kenapa, ya? Kenapa aku rasa begitu? Kenapa hatiku sakit sangat sekarang ni?
“Terima kasih. Bye!” ucapku seraya keluar dari keretanya. Mampuslah! Kalau kau masih nak berseteru denganku, aku pun tak peduli. Pergi jahanam lu amoi!
“Arif, wait!” panggilan tersebut segera mematikan derap langkahku yang semakin menjauh. Aku memandang kembali ke belakang. Ke arah Shaleen.
“I care about you…” Kata-kata yang terpacul dari mulut Shaleen membuatkanku terkaku.
“A.. apa?” tanyaku dengan nada tidak percaya.
“I care about you… and that’s why I’m willing to betray my friends!” ujar Shaleen.
Oro? Apakah
No comments:
Post a Comment