Bab 35
“Dididididiii…”
“Didididi….”
Aduuuiii… payahnya mata aku nak dibuka. Macam ada gam UHU kat antara kedua kelopak mata. Ni Nizam punya pasal la ni. Entah pukui berapa kami balik ke hostel, aku pun tak tau. Tapi memang nampak la daun-daun kat hostel tu dipenuhi dengan manik-manik embun bila kami balik. Embun jantan kot? Tak tau pulak aku embun pun ada jantan betina. Tak pernah aku nampak ada embun yang pakai seluar dan ada yang pakai skirt. Ahahah… sempat pulak buat lawak dan
“Dididiiii….”
Siapa pulak la yang khusyuk dan tawaddho’ bebeno menelefon pepagi buta ni? Apa tak tau ke…Wargh!!! Dah pukui sepuluh pagi rupanya! Kuliah start pukul lapan setengah tadi! Mampuih la… Aku memandang sekeliling. Hmh! Rupa-rupanya dua ekor balau tu tengah sedap menjanakan air liur basi lagi.
“Didiididiiii….” Aku kali ini segera mencapai telefon selularku. Serta-merta perasaan mengantuk yang menyelimuti rasionalku lenyap. Berganti pulak rasa berdebar-debar sampai naik sakit tetek.
“Hello?…”
“Whoi! Kanapa tak angkak cepat-cepat?” Begitulah pekikan yang bergema pada corong telefonku. Dengan nahu yang Jinjang di tahap maksimum, tentu para pembaca yang budiman dapat mengagak siapakah orangnya.
“Nak apa, Shaleen?” tanyaku. Perasaan mengantuk kembali perlahan-lahan menguasai diri. Hampir tujuh malam aku dan Wadi diheret ke tempat-tempat bersosial oleh Nizam. Menyampah betui rasanya. Tapi dalam masa yang sama aku tak mahu diperbodoh-bodohkan bila bertandang ke party Adrina kelak.
“Phei! Is that how you greet your sweetheart?” Sekali lagi teriakan Shaleen bergema di kokleaku. Dah sweetheart pulaaak… Dia ni dah tau ke yang aku tengah feeling maut kat dia ni?
“Hmm… Ye… Ye… Hello gorgeous…. beautiful… intaaan…. nyawaaa….” balasku.
“Hmh! Now you’re being sarcastic.”
“Sorry, amoi. Aku… huaaaa…. ngantuk lagi ni.” ujarku.
“You sakit?” tanyanya. Jelas nada kerisauan pada tonasinya.
“Taklah. Aku betui-betui mengantuk ni. Lagipun kalau aku sakit kan bagus? Tak payahlah pergi ke party Adrina. Kau pun memang tak bagi aku pergi,
“I’m worried about you and what do I get? You, being a jerk to me.”
“Shaleen…”
Senyap tak bersambut. Aku tengok skrin telefonku. Ah! Ada lagi dia online.
“Shaleen… Aku minta maaf. I’m a jerk… again. I’m really sorry. Fikiran aku betui-betui kusut ni. I feel like losing myself. Sorry, ya?” pintaku dengan bersungguh-sungguh kali ni. Yalah, nanti kalau bergaduh balik makin bertambah runsing aku.
“Shaleen?” Seruanku tak berjawab.
“Sha-“ Belum sempat aku menghabiskan perkataanku, Shaleen tergelak berdekah-dekah.
“Ooo… mainkan aku, ya?” ujarku. Tawa manja Shaleen masih kedengaran.
“Tau taqooot (takut). Serves you right!” ujarnya. Nak tergelak aku mendengar cara dia menyebut ‘takut’ tadi. Macam bunyi Dalai Lama mintak makan. Aku malas nak kata apa-apa lagi. Cuma membalasnya dengan bunyi nguapanku.
“Geez… brush your teeth first, la!” usiknya seraya tertawa lagi.
“Kalau kamu ada di depan aku sekarang, aku cium mulut kamu tu!” Alamak! Apa yang aku cakapkan ni? Dah tersasul pulaaak… Rasa déjà vu pulak!
“I pernah cium muluk girlfriend I masa bangun tidur. Taste like-”
“Whoi! Dah le tu! Aku gelilah!” tingkahku. Memang meremang bulu kejurku bila Shaleen mula bercerita tentang hal-hal hubungan songsang ni. Mengekek dia ketawa; bukannya rasa tak selesa bila aku kata nak cium dia tadi. Kali ni aku pasti yang dia tak tau bahawa aku menyimpan perasaan terhadapnya. Eh, selalunya orang simpan perasaan kat mana, ek? Kalau dalam hati, apasal perut yang selalu rasa tak selesa?
“Ni apahal meng-call aku ni, amoi?” tanyaku dengan gaya sesantai yang mungkin.
“You potong kuliah, ya?” tanya Shaleen. Aku tergelak besar.
“
“Adrina told me by SMS just now. That’s why I call you. To make sure you’re okay.” maklum Shaleen. Eh? Eh? EH? Dia ambil berat tentangku.
“Hehehee… you care about me,
“Of course I care about you. What kind of stupid question is that? Oh, I see… Jangang pirasan la, beb!” ujar Shaleen seraya tertawa.
“Perasan apa pulak? You save me from disgrace. Sekarang kau telefon aku sebab risaukan aku. Yey! Shaleen tergila-gilakan aku!” usikku. Oh my goat! Selamba sungguh aku berkata-kata. Terima kasih Nizam! Terima kasih kancil! Terima kasih kura-kura!
“Are you sure you okay? You sound… different.” komen Shaleen. Alamak! Dia mulai syak sesuatu ke? Baik cepat turun ke mode tak cool balik!
“Hehe… biasa la aku baru bangun. Lagipun aku tengah high ni.” maklumku.
“HIGH?!! You’re on drugs?” teriak Shaleen dengan nada marah.
“Taklah… mana la aku mampu nak beli Ice (syabu)” balasku selamba.
“So? You’re drunk?” tanyanya lagi. Nada kerasnya mulai mengendur. Mungkin dalam
“Aku mana minum!
“Fucker!” maki Shaleen. Kemudian beliau turut ketawa.
“Ni la balasan mempermainkan seorang bakal lawyer. Kau kenakan aku, aku akan kenakan kau balik.” ujarku dengan nada puas hati. Pandanganku terarah ke Nizam yang juga sedang memandangku. Agaknya aku gelak kuat sangat sampai dia terjaga. Seketika kemudian Nizam kembali memejamkan mata menyambung mimpinya.
“Where were you guys last night?” tanya Shaleen. Nampaknya Adrina si ‘mulut tapaian’ (kata Shaleen) dah bagitau kami bertiga tak datang kuliah hari ni
“Tak de ke mana. Kami bertanding main game komputer sampai ke pagi.” Aku terpaksa berbohong kerana Shaleen tetap salah seorang kawan baik Adrina.
“Hm.” ujarnya. Mungkin kurang percaya dengan kata-kataku.
“So, kamu tentu pergi ke party Adrina lusa ni, kan?” tanyaku.
“Em.” jawab Shaleen.
“Pakai seksi-seksi, tau?” sakatku.
“Of courseeee!!!” balasnya seraya ketawa. Aku turut ketawa.
“Gosh, Arif. You ARE different from usual. Are you sure you’re not on drugs or something?” tanya Shaleen.
“Mana ada? I’m cool, bebeh!” ujarku. Kata-kataku disambut dengan tawa daripada Shaleen.
“So… what should I wear?” tanya amoi tersebut.
“Oro?” tanyaku kembali.
“You mao I wear something sexy. So… what should I wear?” tanyanya. Biar betui nyonya ni!
“Mana la aku tau! Nama baju orang pompuan ni pelik-pelik bunyinya. Tube la… one piece la… hot pants la… tiub beskal la…” kata-kataku itu mengundang kekekan tawa Shaleen.
“Use your imagination and intrigue me with your stunning feature.” maklumku.
“Wow… For a moment just now… I’m… breathless!” kata-kata Shaleen membuatkanku menjadi teruja. Sikit lagi kalah la kau, Nizam!
“Shaleen… betul ke kau tak mau aku datang?” tanyaku.
“Yes. I don’t want to see you getting hurt by my best friend.” ujar Shaleen. Cukup lembut tuturnya yang kurasakan begitu nyaman membelai di cupingku. Hampir saja aku nak angguk Mach 1.3 dan akur kepada kehendaknya.
“Haaiii… Aku dah memang terluka sekarang. Jadi tak ada apa yang aku perlu takutkan dah.” ujarku. Buat seketika kami hanya berdiam diri seolah-olah cuba mencari makna pada perkara yang bakal berlaku kelak.
“Boleh tak aku tanya kau, amoi?”
“Shoot.” balasnya.
“Berapa orang dah jadi mangsa Adrina?” tanyaku.
“Don’t wanna talk about that.” balas Shaleen.
“Alang-alang aku dah tau, bagitau ajelah.” ujarku dalam nada sedikit mendesak.
“I’ve done enough damage to her. I’m not planning to go
“Fair enough. Kalau gitu, berapa ramai mangsa kau pulak?” tanyaku. Pertanyaanku itu tidak bersambut.
“Hello? Amoi? Dah tertidur ke?” gurauku.
“Arif… how many girls have been victimized by you?” tanya Shaleen pula.
“Tak pernah seorang pun! Dan aku tetap tak akan berbuat begitu kepada perempuan lain hanya sebab aku pernah dianiaya oleh Adrina. It’s not fair. Kalau nak balas dendam, balas saja kepada
“I’m happy to hear that. But are you planning to get your revenge on Adrina?” tanyanya pula.
“Tak perlu. The best revenge is to be happy and successful.” jawabku.
“Itu sebab you mao datang jugah?” tanya Shaleen.
“Correct-correct-correct!” jawabku. Shaleen ketawa.
“Even though I would like to believe you…” ujarnya.
“Kau masih berprasangka aku pun macam korang, kan?” tanyaku. Tindak-tanduk Shaleen yang hanya mendiamkan diri mengesahkan taakulanku.
“Shaleen… Who hurt you? Boleh tak bagitau aku siapa orangnya?” tanyaku.
“Why?” tanyanya.
“Aku akan balas dendam bagi kamu. Aku akan ajar dia atau mereka cukup-cukup. I’ll make sure you get your revenge.” jawabku.
“Why?” tanyanya lagi.
“I want you to move on and be happy.” jawabku. Buat seketika keadaan menjadi senyap.
“Arif…”
“Yep?”
“It would be great if I’m in front of you right now.” ujarnya.
“Apa pasal pulak?” tanyaku.
“Because I feel like kissing you now.” Jawapan Shaleen benar-benar membuatkan jantungku seolah-olah terhenti berdenyut seketika.
“Shaleen…”
“Yep?”
“Can you hold that thought untuk dua hari lagi?” pintaku. Shaleen ketawa.
“Not a chance. In fact, I dah tak rasa nak kiss you lagi.” jawabnya seraya tertawa.
“Rugilah kamu kalau macam tu.” ujarku.
“Mind to tell me why?” tanyanya.
“Air lio basi aku ni ada lagi dalam setengah cawan. Tak dapat la kau nak rasa-”
“SHIT! YUCK! You’re fucking disgusting!” teriak Shaleen. Lepas tu aku tak dengar apa yang dia cecehkan sebab aku sibuk ketawa berdekah-dekah.
************************************************
Dua hari kemudian… Lebih kurang pukul 7.46 malam.
Nizam tersenyum bangga melihat kami berdua. Pandangannya tak ubah macam ibu gagak yang melihat anak-anaknya telah dewasa akan meninggalkan sarang sebentar lagi.
“Memang bergaya sungguh korang berdua!” pujinya. Aku dan Wadi masih membelek-belek pakaian yang tersarung di tubuh mungil kami. Memang hebat dan nampak bergaya bila memakai pakaian branded ni. Bukan Brand’s Essence of Chicken, tau?
“Terima kasih la sebab kau belanja kami dengan pakaian mahal-mahal. Bila aku dah kerja nanti akan ku bayar kat kamu. Sekarang kira hutang, aaa?” ujarku.
“Aku pulak akan bayar bila jadi menteri di Jabatan Perdana Menteri nanti.” maklum Wadi. Kami bertiga tertawa.
“
“Aparra korang ni? Namanya pun belanja. Tak payahlah nak bayar-bayar pulak!” ujar Nizam. Keadaan menjadi senyap seketika.
“You sure you wanna do this, bro?” tanya Nizam dengan slanga
“Hm.” ujarku sambil mengangguk dengan penuh keyakinan. Tapi dalam masa yang sama rasa nak terkucil la pulak!
“You ready, bro?” tanya Wadi pulak. Aku hanya mendiamkan diri. Namun bibirku pula sedang melakarkan senyuman yang penuh bermakna.
“I was born ready!”
Patutnya selepas ni dah ada perkataan menyibuk “-bersambung-“ ditaip. Tapi Nizam tiba-tiba menekan butang pada radionya. Serta-merta lagu ‘Daybreak Symphony’ dari komposer terkenal bernama Taku Iwasaki berkumandang di udara.
“Lagu semangat sebelum kita pergi berjuang.” ujarnya. Hmh! Aku suka mendengarnya. Aku memandang ke arah Wadi. Beliau tersenyum seraya menganggukkan kepala. Pandangaku dilontarkan ke arah Nizam pula. Sahabatku itu menelengkan kepala sebagai isyarat untuk berangkat segera.
“Jom!”
- Bersambung -
No comments:
Post a Comment