Saturday, July 26, 2008

Zero Hero Bab 38

Bab 38

Bab Akhir

Gemuruh sungguh tepukan serta sorakan yang kuterima. Entah-entah ada gadis yang tengah tanggalkan coli untuk dibaling ke pentas. Nanti aku teliti betul-betul. Hmm… nampaknya tak ada… ah! Ada seorang. Tapi mukanya huduh betul! Tak pelah… hodoh pun hodoh la… asalkan aku dihargai macam superstar. Malangnya… awek tu cuma menggaru ketiaknya sahaja. Nampaknya karier superstarku berakhir sebelum mekar berbunga.

Aku segera melompat turun ke arah Shaleen. Beliau hanya memakukan pandangannya ke arahku. Aku pun begitu juga. Dari air mukanya aku rasa dia mulai menyedari apa yang sebenarnya berlaku. Mula menyedari akan isi hatiku. Tapi entah la… itu kemungkinan sahaja. Mungkin dia tak paham pun lirik lagu yang kunyanyikan tadi. Kini pandanganku teralih pula ke arah Syam dan Adrina. Nampaknya Syam yang sibuk menarik tangan buah hatinya itu ke arahku. Buah pel… buah hatinya itu nampak keberatan sungguh!

“Bro! You rule, man! Memang suara you best. Lain kali boleh kita berkaraoke sama-sama. Tentu best.” ujar Syam sambil menepuk-nepuk bahuku.

“Aku pun suka dengan suara kamu. Tentu best kalau kita berkaraoke satu hari nanti.” balasku sambil tersenyum. Syam tergelak dengan gaya teruja. Adrina hanya memakukan renungannya yang tajam ke arahku. Buat paku rumah bagus nih!

“Dengar tak tu, honey? Nanti kita ajak Akmal join sekali berkaraoke… okey?” maklum Syam seraya tertawa dengan jenakanya sendiri. Namun aku hanya tersenyum tawar. Adrina masih berwajah serius merenungku.

“Akmal? Itu nama yang dia bagitau you?” tanya Adrina kepada Syam. Wuih! Nampaknya minah ni cuba membuat tindakan terdesak yang bakal mengancam dirinya sendiri ni! Air mukaku tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejutku. Syam juga nampaknya mulai berwajah serius bercampur kehairanan.

“Hah. Yalah. Nama dia Akmal, kan?” tanyanya kembali kepada Adrina. Aku hanya merenung tepat ke arah gadis yang pernah kugilai sebelum ini. Ingin mengetahui apa yang bakal diperkatakan olehnya.

“Ya. Namanya Akmal. Arif Akmal.” maklum Adrina. Kini giliran beliau pula meneliti reaksiku. Aku hanya tersenyum. Tapi aku rasa aku gagal menyembunyikan perasaan gembiraku kerana berjaya mengenakan Adrina di dalam permainan ciptaannya sendiri. Pasti perasaan tersebut turut tergambar pada wajahku.

“Arif? Oh maaan… Bro, you ni…” Nampaknya Norhisyam mula menyedari apa yang sedang berlaku. Mula menyedari bahawa kebarangkalian untuk berlaku perkara seumpama ini adalah satu dalam sejuta. Mula menyedari bahawa kebarangkalian tersebut rupa-rupanya berlaku terhadap dirinya. Reaksi mukanya itu tak dapat kugambarkan dengan kata-kata. Sebenarnya aku yang malas nak tulis. Susah la, siuuul…

“Nice to know you, Syam. You’re alright.” ujarku seraya menepuk-nepuk bahu Syam. Pandanganku dihalakan ke arah Adrina pula. Ke arah gadis yang selama ini telah membuat perancangan rapi untuk menghancurkan hatiku ini. Ke arah gadis yang amat cantik dan lembut pada zahirnya tetapi amat busuk pula hatinya. Tiada apa yang mampu kukatakan selain hanya tersenyum kelat dan melepaskan keluhan sambil menggelengkan kepala. Jelas reaksi tersentak Adrina melihatkan tindakanku tadi. Tapi aku tak peduli. Aku tak ingin pun memandangnya lama-lama lagi. Aku mahu menghalakan pandanganku ke arah orang yang benar-benar bertakhta di hatiku. Ke arah orang yang benar-benar kucintai. Ke arah…

Eh? Mana Shaleen? Tadi dia ada kat sini. Dia pergi jamban kot? Tapi aku rasa dia tak sanggup bertentang mata dengan Adrina sementelah mengetahui apakah yang sedang berlaku. Sekonyong-konyongnya aku ternampak kelibat Wadi dan Nizam yang menuju ke arahku. Aku juga segera menghayun langkah mendekati mereka. Tidak kupedulikan langsung akan Adrina dan Syam yang berada di belakangku.

“Hei bro! Kau okey tak?” tanya Nizam sambil memegang erat bahu kiriku. Aku tersenyum riang seraya menganggukkan kepala.

“Nampaknya aku berjaya juga menggunakan senjata rahsiaku.” maklumku dengan nada yang sangat puas hati. Senjata rahsiaku itu ialah Shaleen sendiri. Perasaanku terhadapnya begitu menebal sehinggakan aku berjaya memendamkan segenap perasaan kecewaku kerana dipermainkan oleh Adrina. Dan yang paling baik sekali ialah Adrina mengetahuinya.

“Ceritalah kat kami.” pinta Wadi. Aku menggelengkan kepala.

“Nanti aku cerita. Aku tengah cari Shaleen. Korang nampak tak dia?” tanyaku.

“Aku nampak dia dah keluar ke pintu utama tadi.” maklum Nizam. Aku terkaku seketika. Shaleen melarikan diri daripada Adrina ke atau aku sendiri? Tiba-tiba bahuku ditepuk, yang mana segera mematikan pegunku.

“Hei! Go now! Go!” arah Nizam dengan nada tegas. Wadi juga menganggukkan kepala. Aku spontan menepuk-nepuk bahu kedua orang sahabatku dan menyegerakan langkahku ke arah pintu utama. Tiba-tiba di hadapanku ada seorang gadis yang amat cantik tersenyum kepadaku.

“Wow! Your voice is great!” pujinya. Aku yang masih menetapkan ritma langkahku hanya tersenyum. Tapi aku enggan berhenti.

“Ya! Thanks… aa.. Sania! See ya!” ujarku seraya mempercepatkan langkah. Huh! Aku sepatutnya berasa cukup cool sebab tak mempedulikan top model yang cantik lagi popular macam dia di kala ini. Tapi hatiku lebih dirundung dengan rasa kerisauan. Akhirnya aku tiba di jenang pintu utama. Aku memandang ke depan. Kemudian ke kanan. Kemudian ke kiri. Sayup-sayup aku ternampak kelibat lampu kereta sedang cuba melalui laluan jalan di pintu utama. Dari bunyi redamannya aku segera mengetahui ianya milik Shaleen. Aku mula mengatur langkah untuk menghalang Shaleen dari pergi. Namun tiba-tiba sesusuk tubuh gempal menyekat laluanku serta memegang kejap bahu kananku.

“Hello! We meet again. I’m still not through with you!” ujarnya. Beliau adalah sepupu Adrina yang kurang ajar tadi. Serta-merta kemarahanku naik memuncak.

“SHUT THE FUCK UP!” jerkahku seraya menolaknya hingga beliau jatuh terlentang. Entah macam mana aku menjatuhkan orang yang dua kali ganda lebih berat dariku, janganlah ditanya. Mungkin adrenalin, kot? Aku segera melompat melepasi tangga batu marmar dan berlari ke arah laluan jalan yang bakal dilalui oleh Shaleen. Ah! Masih sempat! Aku yang kini menghadang laluan kereta Shaleen segera mendepangkan kedua tanganku. Mitsubishi Evolution tersebut serta-merta berhenti. Nasib baik aku tak kena langgar. Kalau tidak jadi macam cerita Melayu; asyik nak mati aje…

“Are you crazy?” jerit Shaleen yang kini telahpun keluar dari keretanya. Nasib baik juga tekaanku betul bahawa itu kereta Shaleen. Kalau tidak, malu siuul…

“What the fuck are you trying to do?” teriaknya pula. Aku tidak membalasnya. Aku hanya memandang ke arahnya sambil tersenyum. Tersenyum lega bercampur gembira kerana berjaya menahannya dari pergi.

“I’m talking to you! What are you trying to do, hah? Hah? HAAH?” teriak Shaleen. Beliau semakin mendekatiku. Aku masih seperti tadi. Aku tak mempedulikan langsung herdikannya itu. Aku hanya mahu memandangnya dengan sepuas-puas hati.

“What the fuck… Hei! Are you deaf? ANSWER ME!!!” Akhirnya Shaleen menjerit sekuat-kuat hatinya lantas terus memukulku berkali-kali. Aku hanya mendiamkan diri. Entah mengapa kali ini aku tidak merasa sakit seperti selalu. Seketika kemudian telingaku dapat menangkap sendu tangisannya.

“Why do you have to love me…” ujarnya dalam tangisan. Kedua-dua tangan Shaleen tidak lagi memukul tetapi hanya berpaut di kedua bahuku. Mukanya ditundukkan. Aku hanya mendiamkan diri. Masih mencari kata-kata yang sesuai untuk situasi yang tidak dijangkakan ini. Agak lama juga kami dalam keadaan sedemikian.

“Aku… tak rancang pun. I just fell in love with you. Bila… aku pun tak tahu. Kenapa… aku pun tak tahu.” Akhirnya aku meluahkan jawapanku. Shaleen mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke arahku. Air matanya masih merembes keluar. Bahunya tersengguk-sengguk menahan esakan tangis.

“I love you, Shaleen. I’m so in love with you. Not like I love Adrina. I really-really-really am in love with you.” ujarku. Dalam esakan, Shaleen mengetap giginya.

“Stop it… Take them back… Take back your words…” ujarnya dalam esakan. Aku menggelengkan kepala. Shaleen memejamkan mata.

“I can’t… I can’t love you…” Kata-kata Shaleen tersebut bagaikan panahan petir yang meledak di dalam sanubariku. Air mukaku berubah serta-merta. Tubuhku menggeletar dan seolah-olah kehilangan tenaga.

“Wh.. Kenapa? Kenapa Shaleen?” tanyaku dalam nada bergetaran. Amat payah untukku bersuara di kala ini.

“I just can’t… I’m sorry… I’m so sorry.” Sebaik sahaja mengungkapkan kata-kata tersebut Shaleen terus berpaling dariku dan melangkah kembali ke arah keretanya.

“Shaleen!” teriakku yang mana berjaya menghentikan langkahnya. Aku benar-benar terasa sakit yang amat sangat di ulu hatiku ini. Perasaan yang tak pernah kurasakan sebelum ini. Namun aku kumpulkan segenap kekuatanku untuk bersuara.

“Kau kata kau nak menyelamatkan aku dari dilukakan oleh Adrina. Tapi… akhirnya kau sendiri yang lukakan aku.” ujarku dengan nada yang sebak. Air mata kuseka sedaya-upaya dari tertumpah keluar. Shaleen berpaling dan berjalan kembali ke arahku. Kemudian beliau memelukku seerat-eratnya. Esakannya semakin kuat. Agak lama juga kami berkeadaan begitu. Akhirnya perlahan-lahan rangkulannya itu dilepaskan. Shaleen memandang ke arahku dengan wajah sayu.

“Kalaulah I jumpa Arif four years earlier… perhaps… I will love you too. But now it’s too late. I can’t. I’m sorry, Arif. Goodbye…” ucapnya dengan nada yang sedih. Kemudian Shaleen berpaling dan kembali menuju ke arah keretanya. Aku masih terpaku memandang kelibatnya. Mungkin inilah kali terakhir aku melihatnya. Tubuhku masih enggan berganjak dari tempat tadi. Jadi kereta Shaleen terpaksa membelok sedikit untuk mengelakkanku. Sedikitpun beliau tidak memandang ke arahku. Shaleen… tidak langsung memandang ke arahku.

“Arip!” teriakan Nizam mengejutkanku. Aku spontan memandang ke arah pintu utama. Di situ Nizam dan Wadi sedang menerpa ke arahku untuk memastikan aku tidak apa-apa. Beberapa orang yang tak kukenali juga sedang terpaku memandang ke arahku. Si gemuk celaka itu sudahpun bangun dari jatuhnya. Matanya tajam terpaku ke arahku. Tapi yang paling tidak kusangkai ialah Adrina juga berada di situ. Reaksi pada wajahnya jelas menunjukkan yang beliau telah mendengar dan mengetahui segala-galanya. Aku rasa inilah dia pukulan maut terakhir untuk Adrina, yang mana memastikan bahawa aku memenangi permainan ciptaannya itu dengan kemenangan mutlak. Namun hatiku langsung tidak berasa gembira mahupun bangga. Malah aku berasakan bahawa nyawaku seolah-olah dicarik menjadi separuh buat masa ini.

“Kau okey ke?” tanya Nizam. Wadi hanya mendiamkan diri. Nampaknya beliau lebih memahami apa yang aku rasakan sekarang.

“Tak okey. Tapi tak apalah. Jom kita balik. Aku dah letih.” ujarku dengan nada lemah. Tanpa bersuara maupun bertangguh, kedua orang sahabatku itu terus mengiringiku ke arah tempat parkir. Langkahku terasa berat sekali. Fikiranku kosong. Namun kesakitan di sanubariku semakin bertambah-tambah menyucuknya. Akhirnya kami sampai ke kereta Nizam.

“Biar aku duduk di belakang.” pintaku. Wadi dan Nizam hanya mendiamkan diri tanda menerima permintaanku. Aku terus masuk ke dalam kereta. Nizam dan Wadi masuk perlahan-lahan. Namun Nizam tidak segera menghidupkan enjin keretanya.

“Isk…”

“Arip…”

“Isk…”

Nizam dan Wadi akhirnya mendiamkan diri sahaja untuk membiarkan aku menangis.

- TAMAT -

4 comments:

JaketJingga said...

nice job laa. seronok bce ur novel ni. haha. npe x publish kn aje? sure rmai yg mhu mmbli. kna sggh dgn jiwa rmaja. sob sob, sdh bce. hahaha

moizate said...

salam... pergh.. layan habis baca full zero hero.... sampai sanggup aku cancel date ari ni hheheheh

nyway... superb gila babi nak mampus.

Si Nami said...

Jaket Jingga : Tenkiu. Tapi buat masa ni saya join cerpen contest dulu. Dulu memang tapi tak dapat first. Ni nak dapatkan first dan gondol RM10,000-00. Ka-Ching!

Si Nami said...

Moizate : Kalau GF hang tau, mampuih la aku pun kena carut sekali! Haha!