Emo Hero Bab 8
Keesokan hari… di kafeteria sebelum kuliah bermula.
“Hui! Boleh pulak kau isap rokok separuh dan lepas tu padamkan?” Pertanyaan Onjay segera mengembalikan diriku ke dunia realiti. Aku melontarkan pandanganku ke arah seorang lagi rakanku yang kami
“Nak jimat, bro. Rokok sekarang main batang-batang pun dah mahal.” keluh Kudom. Kemudian beliau memasukkan rokok tersebut ke dalam poket kemejanya. Ni kalau ada bara lagi ni, mau melecup puting tetek kau ni, Kudom.
“Habis tu tak
“Kau pulak mengapa panjang sangat menung tu, Jam?” tanya Onjay. Nizam yang sedang menikmati sedutan rokoknya spontan memandang ke arah Onjay. Kemudian tersenyum tawar.
“Tak ada apa-apa. Aku letih.” Ringkas saja jawapannya. Aku memfokuskan pandanganku kepada Nizam pula. Ternyata beliau sedang termenung tadi.
************************************************
Semasa kuliah...
Aduuii… assignment lagi. Kenapa semua lecturer sekarang ni rajin bagi assignment banyak-banyak? Aku ingat kat sekolah aje yang ada benda-benda gini. Dalam cerita filem Melayu dan Bollywood, semua pelajar kolej bergembira, nyanyi-nyanyi, menari ramai-ramai untuk mengorat gadis. Kadang-kadang dekan yang bernama Mr. Malhotra pun turut menari-nari dengan ketua jabatan, seorang anak dara tua yang dulu belajar di
Dalam keadaan tersengih-sengih melayani anganku, entah kenapa kedua bijik mataku begitu gatal memandang ke arah kumpulan penuntut perempuan yang duduk di sebelah
Tiba-tiba Adrina menghadiahkan senyuman. Senyuman menyindir. Sebenarnya mungkin dia tersenyum ikhlas tapi biasa la kalau dah jadi musuh tu, korek hidung pun dah akan disalah anggap sebagai mengajak bertumbuk. Aku segera mengerutkan kening tanda bengang. Kalau Ziana Zain tengok pun mau bulu romanya meremang. Dan spontan aku mengacukan penumbukku ke arahnya.
“Saudara Arif! Kenapa acu penumbuk tu? Saudara nak bergaduh dengan siapa?” tegur Prof. Maulud, pensyarahku yang mana segera mematikan pancaran semangat membunuhku (lebih-lebih la pulaaak).
“Saudara… keganasan takkan dapat menyelesaikan apa-apa. Ia akan lebih mencetuskan dendam demi dendam yang tak berkesudahan…” Cecehan pensyarahku berterusan menyesakkan koklea. Aku tetap menggelengkan kepala. Rakan-rakanku jangan cakaplah. Semuanya ketawa. Nizam dan Wadi makin lebih-lebih lagi la sebab diorang tau apa dah jadi. Celaka godemit budak berdua tu! Siap la nanti aku palit taik idung dalam mee Cintan korang! Aku sempat pula menoleh kembali ke arah Adrina. Curious nak tau akan reaksinya. Adrina yang sedang memandangku tersenyum seraya membuat isyarat tubuh “Saya tak tau. Jangan salahkan saya. Arif yang cari
Err… Ayat yang akhir tu aku saja buat untuk menambah perisa…
***********************************************
Lepas kuliah… di bilik hostel.
“Kau nak ke mana?” tanya Nizam sambil meniup-niup mee segera tatkala melihat aku mencapai topi keledar. Aiseh! Aku lupa nak palit taik idung…
“Aku nak pergi Kedai Serbaneka. Roti benggali dan Vico dah habis.” ujarku.
“Belikan aku rokok, boleh?” tanya Nizam. Aku mengangguk. Nizam segera menghulurkan not sepuluh-sepuluh kepadaku.
“Kau ni nak beli rokok ke atau cerut
“Yang lebih tu kau beli mee segera la. Ganti la balik sebab aku dan Wadi je yang asyik makan.” ujar Nizam. Aku tersengih.
“Tau tak apa, kata Farah Fauzana.” ujarku seraya tertawa. Nizam turut tertawa.
“Eh? Wadi kat mana hah?” tanyaku tiba-tiba. Baharu aku perasan sahabat Jawaku tu daripada tadi tak ada kat bilik. Kalau tidak bukan main riuh lagi.
“Aku pun tak tau. Dia sekarang selalu tak lekat di biliklah…” jawab Nizam sambil merungut.
********************************************
Di Kedai Serbaneka.
Tatkala aku sedang membayar harga rokok dan sedozen mee segera di kaunter, tiba-tiba bahuku dicuit. Aku segera berpaling.
“Banyaknya Maggi. Tak elok untuk kesihatan, tau?” ujar Adrina dengan senyuman mesra alam flora. Ei, suka hati akulah. Kalau aku nak dapat nasihat pasal kesihatan, aku boleh tengok Medik TV la… Tak payah nak dengar nasihat ala juri AF daripada engkau, tau?
“Hm.” jawabku. Sebenarnya tak tergamak aku nak berkata begitu kepadanya. Kata-kata Adrina bahawa dia lebih rela dimarahi dari tidak dipedulikan masih terngiang-ngiang dalam cepu memoriku.
“Uii… rokok? Arif merokok? Sejak bila merokok?” tanya Adrina lagi. Banyak tanya macam Nas Ahmad rambut ketak-ketak pulaaak. Aku terjah muka kamu dengan selipar Asadi aku ni
“Nizam punya.” jawabku dengan acuh tak acuh. Sebaik saja menerima pembayaran dari Kak Balqis, juruwang kedai Serbaneka tersebut, aku segera melangkah untuk pergi. Aku seboleh-bolehnya tak mahu berada di tempat yang sama dengan Adrina.
“Nice chatting with you!” teriak Adrina setelah beberapa langkah aku meninggalkannya. That’s it! Aku dah tahan dengan minah ni… Aku segera berpatah balik dan hanya menghentikan derap langkahku apabila berada betul-betul di hadapannya.
“Adrina… Tolonglah… Janganlah kacau aku lagi. Aku sedaya-upaya
“I really meant what I said just now. Hari ni, inilah detiknya Rina bersembang dengan seseorang. Sebelum ni langsung tak ada sesiapa nak bercakap dengan Rina.” ujarnya dengan lembut.
“Baju kamu ni cantik.” Tiba-tiba aku bersuara. Aku ni memang teruk… bukan saja aku tak bergembira dengan nasib buruk yang menimpa musuhku, malah sedaya-upaya
“Itulah baru ‘nice chat’ namanya, tau? Samdol…” ujarku sebelum kembali melangkah meninggalkannya.
“Arif! Thanks!” teriak Adrina lagi.
Aii… Aku ni memang… tak tau nak kata apa…
- Bersambung -
1 comment:
aii.. aku ni memang hensem...
Post a Comment