Saturday, July 26, 2008

Emo Hero Bab 11

Emo Hero Bab 11

Keesokan harinya… di Fakulti Undang-Undang UNISAS

“Ni kau punya pasallah kita tak sempat breakfast. Kuliah Jurisprudence hari ni dua jam, tau?” Aku hanya mendiamkan diri melihatkan telatah Nizam meleteri Wadi. Sepatutnya aku yang meletuskan aura bunuhku ke arah si Jawa tu kerana aku menghidapi gastrik. Namun emosiku lebih banyak menjurus kepada perihal semalam.

“Apa nak buat? Aku sakit perut kaw-kaw punya. Bukannya aku suka pun pergi jamban bebanyak kali. Tapi aku asyik rasa nak terkincit je! Ni pun dah rasa meredap je dalam perut ni!” balas Wadi kembali. Beberapa penuntut junior kategori gadis tertawa kecil merangkap tersipu-sipu mendengarkan perbualan balau berdua tu. Aparra dua ekor ni… nak menyebut hal-hal yang membabitkan ponggong dan mangkuk jamban ni pun tengok-tengoklah keadaan sekeliling. Tapi kalau aku terkentut bau kaw-kaw punya ni bagus jugak, ya? Pasti Wadi yang terfitnah secara mutlak! Hahaha!!! Ern… tak mau kentut la pulaaak!!!

“Hmh! Jomlah masuk ke kelas. &8%@#!” Mulalah Nizam mencarut dalam bahasa ibunda dia tu. Aku telahpun terlebih dulu mendahului mereka melangkah ke arah bilik kuliah. Aiii… aku rasa sudah tiba masanya aku mencari sahabat-sahabat geng tabligh pulak kali ni. Sekurang-kurangnya diorang tak ada la menggunakan anugerah Allah untuk bercakap perkara yang sia-sia. Chewah! Alimnya akuuu! Nak join Raihanlah lepas ni! Tatkala kakiku hampir mendekati pintu, tiba-tiba ianya terbuka dari dalam dan muncullah Adrina. Aku tergamam. Langkahku terkaku. Begitu juga dengan gadis di hadapanku ini. Mata kami bertentang. Adrina akhirnya tersenyum lantas menundukkan kepala. Aku tak pasti sama ada beliau terlebih menempek blusher hari ni atau… beliau berasa malu? Adrina kemudiannya terus berjalan melepasiku tanpa mengucapkan sepatah dua ucapan pembuka majlis pun. Aku pula hanya mampu memerhatikan kelibatnya sehingga beliau masuk ke dalam tandas.

“What the hell! Woi Rip! Apa yang dah jadi tadi?” Pertanyaan Nizam menyentakkan lamunanku. Aku spontan menoleh ke arah kedua orang sahabatku. Eh? Sejak bila diorang berhenti bertekak ni?

“Enlighten us, man. Ada benda yang kau tak bagitau kami ni, ya?” serkap jarang Wadi pula. Enlighten? Bunyi macam mat gay bercakap aje…

“Kau jangan la guna perkataan ‘enlighten’! Macam mat gay aje yang bercakap!” tempelak Nizam. Oro? Nizam pun terfikir apa yang aku fikirkan? Nak kena contact Mastika ni!

“So… apa cerita? I bet there‘s something happened between you and her that you’re not telling us…. YET!” Kali ni kata-kata Nizam menghunjam kepadaku pula. Alamaaak… ni yang leceh ni… Kalau aku ceritakan kang, pasti diorang bengang sepuluh petala langit dan bumi.

“I second that! There is an occurrence between you and Adrina that we have yet to be enlightened.” ujar Wadi pula. Fuyoh! Biar benar mat Jawa ni… Sejak bila dia belajar cakap macam gentleman di zaman Alfonso de Albuquerque ni?

“Fuck you, man! You really sounded like a gay!” kutuk Nizam seraya tertawa. Wadi mencukakan wajah.

“Kau pulak dah bercakap macam Shaleen.” komenku. Aku rasa tak patut Nizam memperlecehkan gaya Wadi bertutur. Lantaklah dia nak bercakap ala gay ke, ala koboi langsi ke… Usahlah dibunuh semangat dia nak memperbaiki diri. Wadi pula kali ni yang terkekeh ketawa. Nizam pulak tersengih kelat. Aku tersenyum.

Nantilah lepas kuliah ni aku bagitau, okey?” ujarku memberikan janji. Kedua sahabatku itu mengangguk tanda berpuas hati.

***********************************************

Aduiii… bosan betul kuliah Jurisprudence ni. Pensyarah aku ni memang baik orangnya. Dia cukup bermurah hati memberikan markah yang tinggi kepada kami semua sungguhpun ada yang membuat perangai dengannya. Tapi kuliahnya memang diperakui oleh Kementerian Kesihatan sebagai ubat tidur yang terbaik. Namun aku tak dapat melelapkan mata kerana perutku dari tadi berasa pedih. Ni Wadi punya pasal la ni. Eh? Mana si Wadi? Hm… agaknya ke jamban lagilah tu. Isk! Perutku tiba-tiba berasa seperti ditusuk jarum bersaiz 5. Sahih gastrikku dah menyerang.

“Psst! Rip!” Tiba-tiba seseorang daripada belakang memanggilku. Aku menoleh. Oh, Onjay rupa-rupanya. Onjay menghulurkan sebuah bekas polysterin berwarna putih kepadaku. Uik? Pasti makanan ni!

“Adrina bagi.” ujar Onjay dengan suara yang seperlahan mungkin. Aku menyambut bekas polysterin tersebut dan terus memandang ke arah Adrina. Gadis tersebut nampaknya sengaja enggan memandang ke arahku dan pura-pura sibuk mencatat nota kuliah. Aku memandang pula ke arah bekas polysterin lantas membukanya. Uih! Aku ingatkan kuih karipap ke… rupa-rupanya ada coklat Snickers, sebungkus coklat Nips dan biskut Oreo! Di dalamnya juga terdapat secebis nota di atas kertas kuning 3M bertulis “Bon Apetit! Take care of your health, ok?” Aku memandang kembali ke arah Adrina. Beliau masih tunduk menulis. Namun aku masih dapat melihat senyuman manis yang terlakar di wajahnya itu. Alhamdulillah! Timo kacih, Sam… Saidatul Adrina!

“Uih! Arip makan coklat! Bak sikit!” Tiba-tiba saja aku dikerumuni oleh tangan-tangan bebudak lelaki meminta panggu mereka dengan tak malunya. Lahabau kobau balau! Hulk smash! Namun aku tetap memberi mereka sebutir Nips seorang. Tiba-tiba sepasang tangan dihulurkan ke arahku.

“Nak lagi…” ujar si empunya tangan.

“Buh tow lu! Pergi la beli sendiri!” bentakku dengan suara lirih. Aku belum lagi makan, dah nak habis rezekiku dipokah oleh korang semua. Dasar peminta-minta! Huh!

“Yes, mister Arif Akmal?” tanya Prof. Imam. Alamak! Kena lagi…

**********************************************

Di bilik hostel. Selepas kuliah.

“Kau percaya ke cakap dia, Rip?”

Aku menarik nafas dalam-dalam. Memang pertanyaan Nizam tu telah kufikirkan semenjak semalam. Itulah sebabnya aku berasa agak runsing hari ini.

“Adrina tak berjaya kenakan kau hari tu. Mungkin dia dah buat perancangan yang lain untuk mengenakan kau dan sekaligus membalas dendam. Kau kena ingat, dia diboikot oleh satu UNISAS sebab kaulah!” ujar Wadi pula. Kebarangkalian tersebut juga telah bermain di fikiranku semenjak semalam.

“Sebenarnya aku juga terfikir apa yang korang berdua fikirkan.” maklumku.

“Abis tu? Kau masih nak berbaik juga dengan dia? Kenapa Arip? Apa yang kau tak cerita lagi pada kami ni?” tanya Nizam dalam nada mendesak. Sebenarnya aku tidak menceritakan tentang kisah sedih hidup Adrina dan perihal beliau mengambil ‘antidepressant’ selama ini kepada kedua orang sahabatku. Aku tak mahu menyulitkan perkara yang sudah sedia rumit ini.

“Sebenarnya Adrina memang ada bagitau sebabnya. Tapi aku dah berjanji untuk rahsiakannya.” ujarku. Sebenarnya aku berbohong. Adrina tak minta pun aku berjanji begitu. Namun aku berasakan bahawa tentu dia mahu aku merahsiakannya.

“Bullshit! Memang dia nak kenakan kau lagi, Rip!” bentak Nizam.

“Arip… kita pernah lalui keadaan serupa macam ni tak lama dulu. Aku harap kau masih ingat lagi. Dan aku harap kita tak buat sesuatu yang bodoh macam dulu juga. Kami ni sahabat kau. Dah macam adik-beradik kau. Apa yang kami buat ni bukan untuk kepentingan kami. Mungkin Adrina dah insaf. Tapi mungkin juga dia nak kenakan kau lagi. Kamu mengambil risiko yang sangat besar sekarang ni, Rip. Aku harap kau dapat berfikir dengan tenang dan rasional.” nasihat Wadi dengan panjang lebar. Aku tersenyum.

“Don’t worry. Aku takkan emosional kali ini. Aku memang berfikir dengan tenang dan rasional. Dan aku juga sedar akan risikonya. Itu sebabnya aku buat keputusan untuk bagi Adrina peluang kedua.” ujarku.

Kenapa Rip? Aku tak faham…” persoal Nizam. Kali ini nada suaranya telah mengendur. Nadaku yang tenang tadi nampaknya juga telah menenangkan emosi sahabatku itu.

“Nizam… ramai orang tak sukakan kau dulu bila diorang tau kau ni playboy dan suka mempermainkan cinta perempuan. Tapi aku dan Wadi masih berbaik sangka dengan kau. Kami bagi kau peluang untuk tonjolkan kebaikan kau. Kau sepatutnya lebih memahami keadaan Adrina sebab kau pernah duduk dalam situasi yang sama macam dia dulu. Jadi kau sepatutnya lebih faham mengapa aku buat keputusan begini.” Nizam bungkam mendengarkan kata-kataku. Begitu juga dengan Wadi. Buat seketika bilik yang kami duduki sekarang menjadi sunyi-sepi sehinggakan jelas terdengar bunyi detakan jam meja purba Wadi.

“Okey…” ujar Nizam dengan perlahan seraya menganggukkan kepala.

“Kau betul… Tindakan kau memang betul… Aku setuju…” ujar Nizam lagi sambil kepalanya masih dianggukkan. Wadi juga tersenyum sambil mengangguk. Aku tertawa seraya menepuk-nepuk bahu kedua sahabatku itu.

- bersambung -