Saturday, July 26, 2008

Emo Hero Bab 16

Emo Hero Bab 16

“You still love her, don’t you?”

Kata-kata tersebut terus melontarkan ingatanku kepada Shaleen. Tapi entah mengapa imejnya yang muncul di fikiranku tengah memakai bikini pulak! Aku mengambil masa seketika untuk menjawab pertanyaan Adrina. Lagipun bukan senang nak hilangkan imej Shaleen yang seksi berbikini dari otak primalku, tau? Mmm… seksinya kau ni amoi!

“Hm. I still love her.” jawabku sambil mengangguk. Adrina tersenyum. Namun ianya bukanlah riak senyuman kegembiraan.

“How unfortunate. Rina masih dia anggap musuh Rina…” komen gadis tersebut. Aku terdiam. Tak tau bagaimana untuk membalas komen tersebut. Lagipun tok guru Siu Lan Popochei pernah berpesan agar tak masuk campur bila dua orang pompuan tengah bergaduh. Malah kalau bernasib baik kita akan dapat melihat mereka bergusti lumpur natijah dari keputusan tersebut!

“Tapi demi persahabatan kita, Rina sanggup lupakannya dan berbaik dengan Shaleen.” ujarnya lagi. Kali ini aku tersentak. Tak kusangka langsung Adrina akan membuat keputusan sematang begini.

“Rina…” Itu sahaja yang mampu kuucapkan.

“Arip, Rina tak berhak mintak apa-apa daripada Arip demi kepentingan diri Rina. Arip dah memaafkan Rina dan berbaik dengan Rina pun dah dikira sangat bertuah.” ujarnya lagi. Matanya tertancap tepat kepadaku bersama senyuman.

Malah Rina akan tolong Arip untuk dapatkan Shaleen. Dia kan kawan baik Rina? I’ll help you in any way I can. Rina rasa inilah cara terbaik untuk tebus kesalahan Rina pada Arip.” Aku terpaku mendengarkan kata-kata Adrina. Wajahnya yang lembut benar-benar menunjukkan beliau serius dan bersungguhan. Namun peringatan daripada Wadi dan Nizam tetap bertalun di mindaku.

“Betul? Betul Rina nak tolong?” tanyaku. Gadis yang pernah kubenci itu mengangguk sambil tersenyum ceria.

************************************************

Pukul 5.43 pagi… Di hostel.

Haaaiii… lesunya badanku. Rasa-rasanya otak aku dah lama tidur sebab aku rasa fikiranku macam kosong aje. Sebaik saja aku membuka pintu, aku melihat Wadi dahpun terbungkang lena di katilnya. Manakala Nizam pulak sedang sedap berdengkur di atas katilku. Siap ada koleh besi di atas katil. Ni mesti dia melantak mee segera atas katil aku ni! Badigol punya budak! Aku segera menutup daun pintu dan duduk bersandar padanya. Fikiranku spontan mengenangkan saat-saatku bersama Adrina tadi.

Adrina… Saidatul Adrina…

Betul-betul ke dia dah berubah? Nampaknya begitulah. Tapi dulu masa dia mempunyai rancangan jahat terhadapku pun lakonannya cukup meyakinkan. Betul-betul aku tipah tertipu bang masa tu. Mujurlah Allah menggerakkan hati Shaleen untuk memberitahuku tentang konspirasi di peringkat tertinggi tersebut.

Tapi dalam masa yang sama aku benar-benar berharap agar kali ni Adrina ikhlas. Aku tak sanggup melalui pengalaman seperti dulu. Aku rasa aku patut meminta bantuan Wadi dan Nizam untuk memerhatikan tingkah-laku Adrina dan segera memberi amaran kalau ada yang tak kena. Kalau boleh nak panggil Agent Fox Mulder menolong sekali. Scully aku tak nak. Dia dah tua dan gemuk!

Tapi memang tak kunafikan bahawa aku cukup seronok menghabiskan masa dengan Adrina kali ini. Malah lebih seronok dari masa aku tergila-gilakannya dulu.

*********************************************

Isnin. Pukul 8.32 pagi. Di foyer Fakulti Undang-Undang.

“Oi Zam! Udah le tu! Dari tadi asyik melekap dengan fon engkau tu aje!” Nizam tidak mempedulikan kata-kataku. Itu sahih tengah marketing kat awek baharu tu. Nizam berhenti berbual di telefon selularnya seketika.

“Eh, korang pergi dulu. Nanti aku menyusul, ya?” maklumnya. Hmh! Nampaknya aku dengan Wadi aje la yang makan pagi hari ni. Mamat buaya ni kalau buat ‘marketing’, filem M. Nasir pun lagi cepat siap daripada dia! Namun mood aku yang sedia suram ni semakin menjunam tatkala ternampakkan si Wawa yang sedang menuju ke arah kami bertiga.

Nampaknya aku jadi yatim piatu sekali lagi la ni!” ujarku dengan nada Megatron kalah bergusti lengan. Wadi tersengih dengan perasaan serba-salah.

“Kau join kami sekalilah. Bukan ada hal pun…” ujarnya untuk memujuk. Pegedah… nampak sangat ajak-ajak tapir berdasarkan frekuensi nada one O four point nine kau tu!

“Tak pelah. Aku tak mau kacau daun. Biar aku pergi cari Adrina.” ujarku.

“Eh? Kau dah janji dengan Adrina ke?” tanya Wadi dengan nada kehairanan. Tapi ada terselit perasaan lega dan gembira. AKU DAH AGAK DAH!

“Memang ajak-ajak tapir…” rungutku dengan suara perlahan.

“Ha? Apa dia? Monggo mampir?” tanya Wadi. Monggo mampir apa pulak kejadahnya?

“Aku baru aje fikir nak cari dia. ADRINAAAA!!!” Teriakanku mengejutkan Wadi dan Nizam. Memang aku tengah berbulu sekarang. Malahan biarlah diorang berdua tau akan perasaanku. Pergi sama-sama tapi bila sampai kat fakulti semua buat hal masing-masing. Macam mana nak jadi pahlawan Viking yang disegani oleh penjawat awam kalau begini? Jawab! JAWAAAB!!!

“ARIIIP!!! RINA KAT SINI!!!” Oro? Kali ni kami bertiga pulak terkejut. Aku spontan memandang sekeliling. Akhirnya mataku terfokus kepada seorang gadis yang sedang giat melambai-lambai ke arahku di tempat parkir kereta. Adrina! Tak sangka sungguh! Tipah terpaku bang!

“I astonishingly consider that as an uncanny coincidence!” komen Wadi dengan slanga Hugh Grant-nya. Aku pun tak sangka dengan kebetulan yang sedemikian. Namun aku terus berpaling ke arah Wadi dan Nizam seraya menunjukkan isyarat lucah kepada mereka.

“Haha!” ujarku dan terus berpaling lantas menuju ke arah Adrina.

“Morning moody guy!” tegur Adrina dengan senyuman ceria sebaik sahaja aku berada kira-kira dua kaki daripadanya.

“Aku nampak moody ke?” tanyaku. Gadis tersebut menganggukkan kepala.

“Nizam dengan Wadi asyik sibuk dengan aweeek aje. Aku asyik terpinggir aje sekarang!” rungutku. Adrina membalas rungutanku itu dengan senyuman.

“Asyik tersenyum aje ni, apahal? Kena frist prize sindiket gores dan menang ke?” tanyaku. Adrina tergelak.

“Arip kalau tengah marah pun boleh buat lawak.” komennya. Aku merengus.

“Senyuman tu kan satu sedekah? Lagipun senyuman boleh menyejukkan hati yang tengah marah macam orang kat depan Rina ni la!” sindirnya. Amboi! Baharu belanja aku minum ice-blended coffee dah berani sindir-sindir maut macam tu. Teringin nak dengar orang baca talkin ke?

“Arip! Janganlah buat muka macam tu! Rina gurau aje laa… Rina tengah cuba sedaya upaya nak buat Arip tersenyum, tau?” ujar Adrina lagi seraya memaut lengan kananku dengan lengan kirinya. Sahih lenganku tersentuh bahagian dadanya!

“Pasal apa paut tangan?” tanyaku dengan nada yang mulai mengendur. Adrina segera meleraikan pautannya.

“Rina tengok Arip macam nak pukul Rina aje… Rina takut la…” ujarnya dengan nada manja-manja keseraman. Aku tergelak kecil.

“Takkanlah saya nak pukul Rina pulak!” ujarku.

“Bukan apa… Rina perasan setiap kali Arip bahasakan diri sebagai ‘aku’, masa tu mesti Arip tengah bengang. Tak pun perasaan tertekan.” ujar Adrina. Aku bungkam. Betul ke begitu? Aku mulai terfikir… mengapa nampaknya Adrina begitu banyak mengetahui tentang diriku yang kadang-kala aku sendiri tak perasan?

“Adrina, saya-” Kata-kataku mati begitu sahaja tatkala dihampiri oleh Nizam, Wadi dan Norazwa.

“Rip, are you cool with us? We’re sorry, man…” ucap Nizam dengan segera sebelum keadaan menjadi kekok.

“Arip, sorry ya?” pohon Wadi pula. Aku menganggukkan kepala dengan gaya yang masih tidak berpuas hati.

“Aku sekarang dah jarang sangat nampak korang berdua. Ni nak makan pagi pun jadi susah sekarang.” ujarku seraya melepaskan keluhan kecewa.

“Okey… Kalau macam tu jom kita semua makan sama-sama. Aku belanja!” saran Nizam seraya memaut bahuku dan menarikku ke arah kaferteria. Aku akur. Wadi dan Wawa telahpun bersaing langkah mengikut kami berdua. Setelah beberapa langkah, aku tiba-tiba berhenti dan berpaling ke belakang. Adrina masih terpacak di tempatnya berdiri tadi.

“Rina… jomlah!” ajakku. Namun Rina kali ini hanya tersenyum dan menggelengkan kepala.

“Rina akan buatkan korang jadi kekok nanti. It’s okay, Arip. Bon apetit!” ujarnya dengan senyuman manis. Namun aku kini berasa seolah-olah aku memperlakukan Adrina sama seperti apa yang Nizam dan Wadi buat terhadapku tadi.

“Arip!” seru Nizam. Aku berpaling dan memandang ke arah kedua orang sahabatku.

“Zam, Wadi! Lain kali aje la kita makan sama-sama, okey?” maklumku. Aku kemudiannya memandang ke arah Adrina yang termangu-mangu mendengarkan kata-kataku sama seperti Nizam dan Wadi juga.

Haha! Silap gaya boleh jadi bergaduh macam dulu ni!

- bersambung -

Emo Hero Bab 15

Emo Hero Bab 15

“I’m so happy today.” Begitulah ungkapan yang terpacul buat kesekian kalinya daripada mulut gadis yang pernah kudambakan suatu ketika dahulu.

“Tak jemu ke asyik cakap benda yang serupa? Macam siaran Astro pulak!” sindirku. Adrina tertawa. Wajahnya kelihatan berseri-seri sungguhpun keadaan di dalam SUV yang sedang dipandu olehnya agak gelap. Oh ya! Kami berjanji temu sakan sehingga aktiviti kami menggapai ke waktu malam.

Keadaan hening seketika daripada rencah perbualan. Yang kedengaran hanyalah bunyi deruman enjin SUV Adrina serta lagu Ku Sendiri nyanyian Aliff Aziz yang berkumandang di corong pembesar suara kenderaan tersebut. Adrina pula sedari tadi begitu asyik menyanyi-nyanyi kecil mengikut setiap patah kata di dalam lagu tersebut. Ternyata beliau begitu gembira serta teruja sekali. Aku mengerling ke arah plastik yang tertera jenama 7-11 di sisinya. Sebenarnya dari tadi aku berasa kurang senang dengan kehadiran isi kandungan plastik tersebut.

“A penny for your thought!” Tiba-tiba Adrina bersuara. Maknanya dia nak tau apa yang sedang bermain di cepu fikiranku. Aku tersengih bersama keluhan kecil yang turut lolos sekali.

“Rina… Kalau saya sebut nama Shaleen, Rina marah tak?” tanyaku sebagai mukaddimah bicara.

“APA? Rina angry… Rina becomes Hulk! Rina smash!” balas Adrina seraya tertawa dengan jenakanya sendiri. Nyatalah beliau meniru jenaka yang kubuat masa kami sedang makan petang tadi.

“Cakap serius. Rina marah tak?” tanyaku dengan nada serius. Keadaan senyap seketika.

“A little. Tapi bukan kat Arip. Rina masih rasa marah kat dia.” jawab Adrina akhirnya.

“Arip nak bercerita pasal Shaleen ke? Ceritalah. It’s okay. Rina nak dengar.” ujarnya pula.

“Entah Rina suka nak dengar entah tidak.” ujarku dengan nada keberatan.

“No. Really… It’s okay. Kalau Arip nak maki Rina pun tak apa. Rina betul-betul serius nak dengar. I’m all ears.” pujuk Adrina untuk memadamkan keraguanku.

“Ingat tak masa kita pergi clubbing lepas karaoke dulu?” tanyaku.

Hm. Rina ingat.” jawabnya. Aku dapat berasakan perasaan yang pelik terhasil bersama kata-katanya itu. Macam… seolah-olah Adrina masih berasa cemburu?

“Rina ingat tak Rina minum apa malam tu?” tanyaku. Kali ini Rina memperlahankan kenderaannya dan akhirnya berhenti di lorong mengambil penumpang di sebuah perhentian teksi. Kemudian beliau memandang ke arah beg plastik 7-11 di sisinya.

“Rina faham apa yang Arip nak kata.” ujarnya dengan perlahan. Namun masih dapat dicakup oleh gegendang telingaku.

“Saya rasa Rina tak faham. Dengar cerita saya sampai habis. Please…” rayuku. Adrina menganggukkan kepala tanda bersetuju.

“Dulu saya memang syok habis kat Rina. Sampai angau tahap tak boleh tidur selagi tak tatap gambar Rina setiap malam.” Aku membuka bicara dengan melawak. Adrina tertawa.

“Mana Arip dapat gambar Rina?” tanyanya.

“Tangkap curi-curi dengan handset.” jawabku.

“Stalker! Oh my God, I’m gonna dieee!!!” teriaknya seraya tertawa. Aku juga turut tertawa. Beberapa pemandu kenderaan yang sedang lalu-lalang sempat menjengah ke arah kami dengan perasaan ingin tahu.

“Tapi bila saya tengok Rina minum arak sampai mabuk habis… saya… perasaan saya pada Rina beransur-ansur tawar dan akhirnya hilang.” Kata-kataku itu membuatkan Adrina bungkam. Dalam kegelapan malam, aku masih boleh melihat air mukanya yang berubah.

“Kemudian saya tengok Shaleen tak minum arak. Perkara tu memang berikan impact pada emosi dan perasaan saya. Sebenarnya itu ialah antara sebab saya akhirnya jatuh hati pada dia.” ujarku lagi. Seperti yang kuduga, ternyata Adrina amat kurang senang mendengarnya sungguhpun beliau berjanji untuk tidak berasa kisah dengan apa sahaja yang akan kuperkatakan sebentar tadi.

“Saya memang lelaki yang konservatif. Lelaki old school. Saya budak kampung. Saya dibesarkan dengan nilai yang lama. Saya memang benci bila tengok Rina minum arak sampai mabuk malam tu. Macam mana kalau Rina terpaksa pandu kereta untuk balik malam tu? Kalau eksiden? Saya benci tengok Rina minum arak masa itu Perasaan saya juga adalah sama macam itu sekarang ni.” ujarku lagi. Keadaan kami berdua adalah seperti dibekukan buat beberapa ketika. Tiba-tiba Adrina mencapai beg plastik 7-11, membuka pintu SUV dan terus keluar menuju ke arah perhentian teksi yang sedia lengang. Aku tergamam. Memang sahih beliau berasa amat marah sekarang. Mataku hanya memerhatikan sahaja tingkah lakunya yang mengeluarkan setin Carlsberg dari beg plastik tersebut dan menarik cecincin untuk membukanya. Nampaknya Adrina akan minum di hadapanku sebagai tanda protesnya terhadap kata-kataku tadi. Janji temu yang indah sepanjang hari tadi nampaknya akan dipunahkan oleh insiden sekarang.

Namun perkara sebaliknya berlaku. Adrina terus menuangkan air syaitan tersebut ke dalam longkang sehingga ke titisan terakhir. Kemudian beliau mengeluarkan tin Carlsberg yang kedua lantas mengulangi perbuatannya tadi. Tin minuman berakohol yang terakhir juga diperlakukan dengan cara yang serupa. Adrina kemudiannya membungkus ketiga-tiga tin Carlsberg yang kosong tadi di dalam beg plastik 7-11 tersebut dan membuangnya pula ke dalam tong sampah yang disediakan berdekatan dengan perhentian teksi tersebut. Beliau spontan menghalakan jari-jemarinya ke mulut untuk menjilat saki-baki arak yang terkena pada tangan.

“Eik! Jangan!” teriakku yang mustahil dapat didengari oleh Adrina. Namun jari-jemarinya terhenti. Beliau kemudiannya cepat-cepat mengesat kedua-dua belah tangannya pada seluarnya di bahagian punggung. Pandangan Adrina kemudiannya terhala ke arahku. Beliau tersenyum seolah-olah apa yang berlaku tadi adalah perkara yang menggelikan hati.

Aku pula berasa lega…

**********************************************

Lima minit kemudian…

“A penny for your thought!” ujar Adrina lagi setelah beliau melihatku yang hanya membungkam diri. Asyik duit sen aje. Bagilah seratus ke… baharulah aku bersemangat nak cerita. Aku memandang ke arahnya yang begitu fokus sedang memandu. Buat pertama kali aku berasa sangat suka untuk memandangnya. Tapi tak la senikmat memandang majalah Maxim! Oh, Kim Smith…

“I’m sorry if I hurt your feelings.” ujarku.

“Rina tak marah. In fact, I’m touched.” balasnya. Terharu? Kena sound kaw-kaw pun boleh jadi terharu? Ni agaknya dia mabuk terhidu wap tuak tadi ni…

“Rina sebenarnya bengang betul sebab Arip begitu kasual bila bersembang dengan Shaleen pada masa tu. Dah la tu, Arip asyik habiskan masa dengan diaaa ajeee… Bengang betul Rina. Tapi rupa-rupanya Arip juga risaukan tentang Rina. I’m deeply touched.” ujarnya lagi seolah-olah mengetahui apa yang sedang bermain di fikiranku. Oro? Aku risaukan dia? Bila pulak… oh… Tadi aku ada berkata yang aku risau kalau-kalau dia memandu dan mengalami kemalangan. Tak sangka pulak aku cakap macam tu tadi. Betul-betullah aku ni risaukan tentang Adrina malam tu!

“Rina janji Rina takkan minum arak lagi. Setiap masa dan sampai bila-bila.” maklumnya pula.

“Janji tak minum arak ni sebab saya ke atau sebab kehendak sendiri? Kalau sebab saya, tak ikhlas la namanya tu. Kalau kita bergaduh nanti, Rina minum balik.” persoalku. Adrina tersenyum.

“Bukan demi Arip dan bukan demi kehendak sendiri.” jawabnya. Aku terkedu seketika.

“Habis? Kenapa Rina nak berhenti?” tanyaku pula.

“Demi keikhlasan hati Arip.” jawabnya. Adrina kemudiannya menoleh ke arahku sambil tersenyum. Aku bungkam. Tidak kujangka akan jawapan sedemikian. Ketika ini SUV Adrina telahpun berhenti di kawasan parkir berdekatan dengan sebuah kopitiam.

“Jom minum kopi dulu. Arip suka ice blended coffee kan? Rina belanja.” ajaknya. Aku mengangguk. Bukan sebab perkataan ice blended coffee tu… tapi sebab kata kunci utamanya iaitu ‘BELANJA’.

********************************************

Lebih kurang dua minit kemudian…

“Jangan risau. Kat sini ice blended coffee dia memang kellass!” maklum Adrina. Seolah-olah mengetahui yang aku cukup cerewet dengan rasa kopi kegemaranku. Kami menghabiskan waktu tidurku di Kopitiam Bittersweet pula kali ini. Sohih mata aku kuyu John Rambo besok pagi. Cakap pun macam Rambo. “Woii, showowowowo… wowowow… WOWEOWOO!!!” Ra-ta-ta-ta-ta-ta-ta-ta!!! (Rambo mengamuk dan tembak orang dengan mesingan sebab tak ada siapa faham cakapnya)

Kami dihampiri oleh seorang lelaki berwajah lembut dan menanyakan apakah pesanan makanan atau minuman yang kami mahukan. Adrina memesan kopi hitam pekat. Aku pula memesan ice blended coffee. Budak pelayan tadi meninggalkan kami setelah mengambil pesanan dengan lenggok gemalainya yang mengalahkan perempuan Melayu terakhir. Aku dan Adrina hanya memerhatikan ayunan punggungnya sambil tersengih.

“Kalau la dia tu pompuan, memang mau telan air lio aku.” komenku. Adrina tertawa besar.

“Tu yang Rina nampak bergerak halkum tadi… tak telan air liur ke namanya tu?” usiknya seraya tertawa lagi.

“Itu bukan telan air lio… Itu tertelan taik gigi! Ngeri, siuut…” ujarku. Kami sama-sama tertawa. Perbualan kami kemudiannya terhenti buat seketika. Perasaan kekok mulai menjalar pada suasana di antara kami.

“Arip…” Tiba-tiba Adrina membuka bicaranya untuk memecahkan suasana tersebut.

“Ya. Ada apa, Rina?” tanyaku.

“Arip… masih sayangkan Shaleen, ya?” tanya Adrina.

Aku terkedu…

- Bersambung -

Emo Hero Bab 14

Emo Hero Bab 14

Lebih kurang dua puluh minit kemudian kami akhirnya sampai ke destinasi yang ditujui. Sepanjang perjalanan kami asyik bergurau dan kutuk-mengutuk di antara satu sama lain. Aku membuat keputusan bahawa ada baiknya aku menganggap Adrina ini seperti kawan-kawan lelakiku yang lain.

“Jusco? Nak ke mana kita ni?” tanyaku sebaik sahaja Adrina selesai memarkirkan SUVnya.

“Rina nak ajak tengok wayang. Cerita Hancock.” maklum Adrina.

“Wuih! Syok cerita tu!” komenku.

“Arip dah tengok?” tanyanya pula. Aku menggeleng. Ih-ih… dia panggil aku sebagai ‘Arip’ pulak. Selalunya ‘Arif’… yang mana jenuh beliau menyebutnya sampai terpelanting keluar taik gigi.

“Tengok preview dia aje.” jawabku seraya tertawa. Adrina spontan mencubit lenganku.

“Oih! Oih! Sakit la, siut!” ujarku sambil menyeringai. Minah ni tok moyangnya dulu keturunan ketam ke? Nasib baik dia ni pompuan. Kalau si Wadi yang buat begini, mau aku rodok lubang hidungnya dengan pen Faber Castell. Adrina tertawa seraya melepaskan cubitannya.

“Aku tak kira. Aku nak adu kat Persatuan Ibu-ibu Tunggal akan perbuatan kamu ni!” bentakku dengan nada bergurau. Adrina tertawa lagi. Akhirnya langkah kami terhenti di panggung TGV yang berada di dalam pasaraya Jusco.

Alaaa…. ramainya oraaanng…” rengek Adrina. Memang betul kata-katanya itu. Aku ingat mau dekat 300 orang sedang berbaris untuk membeli tiket. Kalau macam ni aku pun nak merengek manja… Ah! Aku ada idea!

“Rina…”

“Yes, boss!”

“Jom kita buat aktiviti lepak kita ni sangat bermakna sampai dikenang dek anak cucu, nak?” saranku. Adrina membuat muka kehairanan.

******************************************

Lebih kurang 5 minit kemudian…

“Okey sekarang kita dah beli pretzels. Kenapa kita tak makan kat restorannya tadi?” tanya Adrina. Hii… banyak bet-bet la minah ni… Aku segera menunjukkan sebuah bangku taman yang disediakan untuk orang ramai.

“Makan kat situ?” tanya Adrina yang lebih menjurus kepada mempertikaikan sarananku.

Alaa… jomlah…” desakku. Adrina akhirnya akur. Namun wajahnya masih mempamerkan emosi yang negatif terhadap permintaanku ini. Sebaik sahaja melabuhkan punggung di bangku tersebut, baharulah terlopong mulutnya dan disertai dengan air muka teruja.

“Waauu…” komennya. Aku tersenyum bangga. Di hadapan kami terdapat sebuah kedai video yang menjual CD, VCD dan DVD. Kedai tersebut meletakkan sebuah televisyen LCD berukuran 52 inci di cermin peragaan. Sebagai salah cara promosi, kedai tersebut saban waktu akan menayangkan pelbagai jenis filem yang dijual dalam premisesnya. Malah sebuah pembesar bunyi jenis Altec Lansing juga disambung pada televisen tersebut untuk meningkatkan bunyi efek filem-filem yang dimainkan.

Alaaa… dia mainkan cerita Korea la… Subtitle dalam Bahasa Cina pulak tu…” keluh Adrina lagi.

“Lagi bagus kalau macam tu! Kita buat cerita sendiri!” ujarku. Adrina tertawa.

“Apalah… Malu la… Tak pernah dibuat orang!” komennya.

“Just follow my lead…” saranku seraya merenung ke arah televisyen. Ketika ini seorang pak cik tua sedang bersembang dengan perempuan muda. Aku agak mungkin si bapa sedang berbual dengan anaknya.

“Tuminah… Kau selalu datang ke rumah pak cik untuk guna jamban tapi tak pernaaah kau nak flush. Apa dosa pak cik pada kamu, nak oiii?” ujarku membuat dialog sendiri. Adrina tertawa.

“Cepatlah! Pompuan tengah bercakap tu!” desakku.

“Tak boleh la… Rina tak pandai…” balas Adrina.

Alaa… kata nak have fun! Tak payahlah nak control ayu kali nii.. cepat la…” desakku lagi. Adrina masih tertawa.

“Okey… okey… kita buat semula…” ujar Adrina. Aku menunggu giliran watak pak cik tersebut untuk bersembang. Eii… bila pompuan heroin Korea ni nak habis cakap? Lama sangat membebelnya! Ah! Okey! Okey!

“Kau tak pergi menoreh ke hari ni? Kalau tak ada duit macam mana kau nak beli reket macam Sharapova Tuminah oiii?” Aku sekali lagi membuat dialog sendiri. Adrina kelihatan jenuh menahan tawanya.

“Pak cik ni salah infolah! Saya kerja kat Trump Plaza jadi secretary Donald Trump.” ujarnya pula membuat dialog sendiri.

“Apa? Donald Duck? Jangan dibuat memain Tuminah oiii… Donald Duck tu gila sek (seks). Itu sebab dia selalu pakai baju tak makai seluar. ” balasku pula. Adrina tertawa.

“Pak cik la yang gila seks, kan? Haritu pak cik mengintai saya tengah ‘melabur’, kan?” Sebaik sahaja Adrina menghabiskan dialognya tiba-tiba muncul seorang wanita yang sama usia dengan watak pak cik di dalam filem tersebut.

“Aaa mak cik! Suami mak cik memang gatal sungguh! Dari tadi asyik nak tengok panties saya…” ujarnya pula seolah-olah watak heroin sedang mengadu domba kepada wanita tua tersebut.

“Aaah… pak cik kamu memang dari dulu macam tu. Baru aje tadi dia menghidu panties sorang budak pompuan bernama Adrina. Alaa.. kamu bagi ajelah dia cium. Bukannya luak pun!” aku membuat dialog pula tatkala watak mak cik dalam filem tersebut berkata-kata. Tiba-tiba lenganku sekali lagi terasa pijar. Memang sahih… Adrina mencubitku sekali lagi.

“Bukannya pak cik tu yang gatal. Arip yang gatal!” ujar Adrina seraya menguatkan lagi piatan cubitnya. Aku mengaduh sambil tertawa. Beberapa orang yang lalu-lalang sempat menjeling ke arah kami. Akhirnya Adrina melepaskan cubitannya kerana berasa segan.

“Tak mau buat dah… Malu betul…” rungutnya. Beliau enggan meneruskan permainan dialog yang menyeronokkan tadi. Leceh betul… tak fun la minah ni…

“Habis kalau boleh, Rina nak tengok cerita apa?” tanyaku.

“Rina nak tengok Hancock.”

“Mana ada cerita Hancock dalam DVD lagi? Okey, Rina nak tengok cerita jenis apa?” tanyaku pula. Adrina mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak tahu.

“Nak cerita komedi romantik tak?” tanyaku.

“Okey!” jawabnya.

“Tunggu sekejap.” ujarku lantas bangun dan menderapkan langkahku ke arah pintu masuk kedai video tersebut.

“Eh! Arip! Are you crazy?” Itulah yang dapatku dengar daripada mulut Adrina. Namun tidak kupedulikan.

************************************************

Beberapa minit kemudian…

“Okey… jom tengok cerita syok.” maklumku. Seketika kemudian kaca televisyen 52 inci tersebut mula menayangkan cerita ‘Fool’s Gold’.

“Waa… mesti best cerita ni! Macam mana Arip suruh dia pasang?” tanya Adrina dengan nada kekaguman.

“Saya beli DVD cerita tu dan mintak dia tayangkan dari mula sampai habis.” jawabku.

“Eh! Ni lagi mahal dari tengok wayang!” komen Adrina.

Kan kita nak buat perkara yang tak akan dilupakan sampai bila-bila?” tanyaku pula sebagai menjawab komennya itu. Adrina terdiam. Namun senyuman manis terlakar pada wajahnya bersama air mukanya yang cukup ceria.

“You know what? Arip ni sebenarnya memang seorang yang romantiklah!” pujinya tiba-tiba. Aku hampir terkedu.

“Apa pulak romantik?” pertikaiku.

“Apa yang Arip buat ni memang benda yang romantik. Mana-mana perempuan pun akan setuju dengan kata-kata Rina ni.” balas Adrina. Aku terdiam. Rasa-rasanya kedua belah pipiku sekarang sedang merah menahan malu.

“I’ll never forget this for the rest of my life!” ujarnya lagi seraya menggigit pretzel. Aku tersengih.

“Aku ni romantik? Kalau betul… tentu ramai pompuan akan terpaut hati kat aku. Ni habuk pun tarak! Zero. I’m a zero hero.” balasku pula. Adrina tersenyum.

“Keep doing that thing you did to me just now and even I might fall for you.” ujarnya pula sambil mengunyah pretzelnya. Aku memandang tajam ke arah Adrina. Beliau membalasnya dengan renungan yang redup bersama senyuman yang penuh dengan teka-teki.

Aku kini berasa seronok dan risau dalam masa yang sama. Seronok bila dipuji sedemikian rupa oleh gadis tercantik di UNISAS. Namun risau dalam masa yang sama kerana ada kemungkinan Adrina mahu meneruskan rancangannya yang tergendala dahulu.

Terus-terang aku katakan… Aku masih belum boleh mempercayai gadis di hadapanku ini seratus peratus!

- Bersambung -

Emo Hero Bab 13

Emo Hero Bab 13

Alagappaaass… aku betul-betul terlupa nak reload handphone.Walhal bapakku yang garang lagi dikasihi baharu aje menyumbat masuk duit Biasiswa FAMA (father and mother) minggu lepas. Aku segera mencapai baju T yang dah tiga kali dipakai tanpa basuh (nak masuk rekod Guinness Stout la dikatakan…) untuk keluar membeli kad topap (isian semula). Harapnya KedaiNeka masih ada stok lagi.

“Kucing hitaaam… Kau berlari ke arahku…” Ah! Bunyi ringtone telefonku! Aku segera melihat ke skrin. Adrina!!! Dia call balik! Aparra biut aku nih! Dah tentu la dia call balik.

“Hello Adrina!” ucapku. Tu dia… sebut nama penuh lagi… Binti? Binti tak sebut?

“Hai Arif… Apa dah jadi? Kenapa putus tiba-tiba?” tanya Adrina.

“Oh… Err… Heh! Heh! Kredit dah habis… Heh! Heh!” jawabku dengan malu-malu lembu pawah.

“Haha… Nasib baik Rina call balik.” ujar gadis tersebut. Mana longkang? Mana longkang? Aku nak terjun. Maluuu…

“Rina.”

“Iya Ariiif…” balas Adrina dengan cara yang agak manja. Macam kucing Friskies yang kehilangan ibu!

“Okey!” maklumku.

“Okey? Apa yang okey, Arif?” tanyanya.

“Okey, saya setuju. Jom kita lepak-lepak kat mana-mana hari ni.” jawabku.

“Yey!” Teriakan kecil gadis tersebut membingitkan telingaku. Apa dia ni pengamal kung-fu Ngauman Singa ke? Nak pokak telingo den…

“Arif tunggu kat hostel, ya? Nanti Rina datang fetch Arif.” ujarnya lagi. Amboi mak… sampai nak ambik aku daripada rumahnya. Jauh tuuu…

“Jauh tuuu…” komenku.

Alaa… tak pe! Lagipun Rina tertinggal barang.” balasnya.

“Ni mesti tertinggal spenda ni!” usikku seraya tertawa. Pedulik hapa nak control sufi! Lagipun kan aku menganggap Adrina ni cuma kawan biasa aje?

“Ha-ah! Rina tertinggal tiga panties tak basuh lagi.” balas Rina. Isk! Daring Fear Factor punya pompuan!

“Oi… aku dah blushing ni, tau?” maklumku. Memang aku dah terkedu tahap optimum ni! Adrina pula tertawa.

“Ingat tak masa kita berbalas mesej seksi dulu?” Tiba-tiba gadis tersebut mengutarakan perkara yang sedang bermain di cepu fikiranku tapi tak sanggup kuungkapkan.

“Udah-udah-udah! Kang langsung aku tak mau pergi kang…” ugutku. Adrina tertawa lagi.

“Okey! Okey! Rina bertolak sekarang. Tungguuuu….” balasnya. Perbualan kami berakhir. Tapi hatiku masih rasa berdebar-debar. Yang tak syoknya ialah aku masih teringatkan tentang perihal berbalas mesej seksual dengan Adrina dulu. Isk…

“Siut kau minah! Aku dah stim niiiii!!!” jeritku.

**************************************************

Sejam lebih kemudian…

“am here” Itulah mesej pesanan ringkas yang kuterima daripada Adrina tatkala sedang sibuk meladeni Command and Conquer 3 di komputer riba Nizam. Aku segera menekan butang ‘save’ dan menutup program Windows Vista. Kepalaku kemudian dijengahkan ke luar jendela.

“Biar benar…” Itulah yang hanya mampu dipaculkan dari bibir mungilku yang basah bak delima merekah. Haha… Tolong jeles sikit, Angelina Jolie! Oh ya! Nak tau kenapa aku terpegun terkaku bulu ketiak bapak? Ini adalah kerana cik Adrina kita menggunakan sebuah SUV bernama Rav-4 untuk menyambutku. Ada kenderaan mewah untuk menjemputku, siuut. Entah kenapa tiba-tiba aku terasa macam bohsia Indon kat Taman Pelangi pulak!

“Sorry Rina terlambat!” ucap Rina sebaik sahaja aku membuka pintu SUVnya. Aku tersenyum sambil merenungnya. Hmm… Cantik lagi bergaya. Sohih al-Bukhary dia lewat sebab beriya-iya bersiap. Tapi aku berasa bangga pulak sebab gadis tercantik di UNISAS bermatian-matian melangir diri semata-mata untuk manusia zero sepertiku.

“Arif marah ke?” tanyanya apabila melihatkan keadaanku yang hanya membatukan diri.

“Mana ada? Cuma rasa geram aje.” jawabku. SUV yang dipandu oleh Adrina mulai bergerak.

Geram?” tanyanya dengan rasa hairan. Yah-ha! Dah masuk perangkap!

“Hm. Geram sebab Rina cantik sangat hari ni!” jawabku seraya tertawa. Tapi entah mengapa aku berasakan bahawa aku tak sepatutnya mengujarkan ayat-ayat sedemikian.

“Oo… Geram sebab Rina cantik. Tak pe… kejap lagi Rina bagi Arif kiss Rina, okey?” balas Adrina pulak.

“Oit-oit-oit! Don’t go there, okay?” tingkahku. Aku dah agak daaah… Adrina tertawa.

“Nak kenakan orang, kunuuunn…” sindirnya. Kerek lu, minaaah…

“Aku cium betui-betui kang baghru tauu…”

“Excuse me?!!” Kata-kata Adrina mengejutkanku. Alamak! Aku tercakap perkara yang sepatutnya hanya disebut dalam fikiranku lagi ke? Kena cepat fikirkan jalan keluar! Aku spontan memandang sekeliling. Mataku tertarik ke arah tempat duduk belakang SUV. Ada beg plastik yang tertera perkataan KFC di situ.

“Tak de apa-apa. Saya dah lapar! Nak makan sekarang!” ujarku seraya dengan secepat kilat mencapai beg plastik tersebut.

“EH, ARIF! DON’T-DON’T!!!” Larangan Adrina ternyata sudah terlambat. Aku telahpun menjengah ke dalam beg plastik tersebut untuk mengambil ayam… Oro?

**********************************************

Lebih kurang dua puluh minit kemudian.

“Sorry Rina…”

“Dahlah tu. Dah berapa kali Arif mintak maaf. It’s okay. Rina tak marah pun…”

“Okey… Still, I’m really-really sorry.” Aku dapat mendengar tawa kecil daripada Adrina sungguhpun mataku pegun memandang ke arah lantai SUV tersebut.

“Arif la lelaki pertama yang dapat tengok panties kotor Rina. Siap tiga pasang pulak tu!” usik Adrina seraya tertawa.

“Itu bukan kelakar tu! Aku makin rasa bersalah ni!” ujarku dengan nada yang agak tertekan. Keadaan hening seketika. Tiba-tiba Adrina meletakkan sesuatu di atas ribaku. Uik! Ini beg plastik KFC tadi! Apahal ni?!!

“EH?!!” ujarku. Aku benar-benar terkejut. Namun mataku spontan terarah kepada Adrina.

“Arif jaga panties Rina tu!” Kata-kata Rina benar-benar membuatkan jantungku hampir terhenti berdegup. Kalau cerita kartun Manga, dah sahih hidung memancut darah macam pili bomba!

“Nh.. Napa?” tanyaku.

“Arif rasa malu sampai tak nak bersembang dengan Rina. Apa seronoknya macam ini? Baik Rina pun rasa malu sama. Biar sama-sama tak bercakap.” Terkedu aku mendengarkan kata-kata gadis yang telah meminta aku agar menjaga pakaian dalamnya. Aku meneliti wajahnya yang tepat mengarah ke hadapan. Jelas pipi Adrina menjadi kemerah-merahan.

“Arif masih marahkan Rina ke sebenarnya?” tanyanya secara tiba-tiba. Masih marah? Oro? Adrina ingat aku masih marah tentang insiden dulu ke?

“Eh! Mana ada!” jawabku.

“Habis? Arif masih bencikan Rina ke?” tanyanya dengan gaya mengasak.

“Taaak! Mana ada!” balasku.

“Habis, kenapa Arif nampak tak selesa bila dengan Rina?” tanyanya pula. Kenapa dari isu spenda kotor boleh jadi isu debat perdana ni? Aku mengambil masa kali ini untuk menjawabnya.

“Rina… tentulah saya rasa begitu. Mula-mula saya mengagumi dan mengagungkan Rina. Lepas tu saya cukup marah dan benci pada Rina. Baru-baru ni aje saya mula berbaik pulak dengan Rina. Tentulah rasa kekok.” Kata-kataku itu mencetuskan suasana sepi buat seketika.

“Rina takut Arif masih bencikan Rina.” ujar Adrina dengan nada perlahan. Keadaan kembali sunyi. Aduii… benci betul aku dengan keadaan yang emo sekarang ni. Kalau aku tau macam ini jadinya baik aku melepak dalam bilik untuk berak dan tidur aje! Pun begitu aku mengambil keputusan bahawa mulai hari ini aku akan meruntuhkan tembok emosi yang menyebabkan aku berasa kekok dengan Adrina.

“Badigol kau minah! Jangan mimpi la aku nak jaga spenda-spenda busuk kau ni!” ujarku tiba-tiba seraya membaling kembali plastik KFC ke riba Adrina. Kemudian aku tertawa berdekah-dekah. Adrina kelihatan tersentak dengan tindakanku yang semberono itu. Namun kemudiannya beliau tersenyum lebar lantas cuba menahan ketawa.

“Spenda Arip la yang busuuuk!!!” teriak Adrina dan akhirnya tertawa.

“Mau cium ka, macha? Lu ada 3 spenda. Gua ada satu spenda TIGA HARI TAK BASUH!!!” jeritku.

“WUEEEEK!!! ARIP PENGOTOOOR!!!” jerit Adrina pula.

Kami kemudiannya sama-sama ketawa berdekah-dekah.

- Bersambung -

Emo Hero Bab 12

Emo Hero Bab 12

“Rip, petang ni aku kena cari barang untuk persatuan la. Tak dapat la aku lepak dan makan malam dengan kau.” Kata-kata Wadi itu membuatkanku tersentak. Aiii… seh! Sudahlah Nizam pergi berdating sehari suntuk hari ni, Wadi pulak dah ada program lain. Aku tinggal sorang diri lagilah ni.

“Aisey… boring la aku sorang-sorang macam ni. Tak boleh ke kau cari hari lain?” saranku. Wadi menggelengkan kepala. Uik? Cepatnya reaksi dia! Berpendirian tegas orangnya sekarang ni! Mesti selalu makan asid folik ni…

“Projek amal persatuan aku dah dekat dah ni. Kena la bersiap-sedia awal-awal.” jawabnya. Awal bawal! Eh, mak apak hang bukan hantar ke sini untuk berpersatuan, tau?

“Kalau begitu aku ikut kamu la, boleh?” tanyaku.

“Tak.. tak boleh.” jawab Wadi. Sedikit tergagap. Oro? Ini membangkitkan rasa hairan ni…

“Apa pasal pulak tak boleh? Kamu ni masuk persatuan apa yang berahsia sangat ni? Kempetai ke komunis?” tanyaku dengan nada sedikit bengang.

“Aku… Ermhhh… Aku nak pergi dengan Norazwa aje.” Akhirnya Wadi menjawab dengan penuh keberatan. Aku tergelak.

“Ooo… Betul la kamu ada skandal dengan si Wawa, ya? Waah… Kamu bagi dia makan tempe perisa apa sampai dia sukakan kat kamu ni?” usikku. Wadi menunjukkan isyarat mencarut kepadaku.

“Kamu pergi la ajak Adrina makan malam. Kan kamu dah okey dengan dia?” saran Wadi. Tersentak aku sekali lagi. Eh… Kalau korang tersentak macam mana, ah? Ada sampai terangkat bahu tak? Saranan Wadi tadi membuatkanku terdiam.

“Ei… marah ke?” tanya Wadi. Sedikit kebimbangan terserlah pada tonasi pertanyaan tadi. Aku menggelengkan kepala.

“Aku tengah berfikir sama ada cadangan kau tu baik atau pun akan memaksaku menjadi Ultraman Nexus.” jawabku secara bergurau. Wadi tertawa. Memang sebenarnya aku terasa sedikit tak puas hati. Namun aku tak mahu meletakkan sahabat Jawaku ini dalam keadaan serba-salah. Dia dah berjumpa dengan gadis idamannya. Aku sebagai sahabatnya patut menyokonglah dan ikut tumpang gembira, ya tak?

“Nak aku belikan apa-apa tak?” tanya Wadi tiba-tiba. Waah… sejak bila si Jawa ni kehilangan title Haji Bakhil ni? Memang bagus betul dia berkawan dengan si Wawa!

“Korang ni nak pergi ke mana ni sampai tanya aku nak souvenir apa? Pergi Phuket ke?” usikku seraya tertawa ala badak galak ternampak gadis omputeh mandi di tepi kali. Wadi mencebik. Namun kemudian dia ketawa.

“Serius ni. Kau nak aku belikan makanan tak?” tanyanya lagi. Aku menggelengkan kepala.

“Kalau setakat tempe perisa oren tu tak payah la…” usikku lagi seraya tertawa. Wadi segera menerkamku dan menggenyeh-genyeh kepalaku dengan penumbukku. Bergurau kasar macam singa!

********************************************

Petang. Jam 5.47 pm. Di bilik hostel.

Bosan siuut… Ni la bahananya orang tak ada awek bila tiba hari Jumaat ni. Melengung macam ayam jantan hilang bini kesebelas. Baharu kejap tadi aku membeli DVD rompak cerita anime I”S daripada Atoi. Romantik jugak ceritanya walaupun agak lucah sedikit. Tapi aku ni bukannya tahan menonton lama-lama sangat ni. Tambah tak ada lawan sembang semasa menonton.

Patut tak aku menelefon Adrina? Serba-salah kurasakan sekarang. Sebenarnya rasa gementar yang lebihnya. Dah tiga hari semenjak insiden di library tu berlaku. Adrina sekarang tidak lagi menegurku ala-ala manja dia macam selalu. Malah asyik tersenyum malu aje. Aku juga setakat ni belum lagi bersembang dengannya macam selalu. Maksudku memakinya macam selalu. Aiii… Aku ni… Aku ni sebenarnya rindukan apa yang Adrina buat kepadaku ke agaknya? Seketika kemudian tanganku segera mencapai telefon bimbit dan mendail nombornya. Harapnya dia masih pakai nombor ni. Cantik apa nombornya. Berakhir dengan 8888. Memang sohih anak orang ka-

“Hello? Arif ke?” Suara yang bergema di corong speaker telefon bimbitku serta-merta membuatku jantungku berdegup kencang. Apahal ni? Kenapa aku berperasaan sebegini?

“Ah… ya! He.. Hello Adrina.” balasku dalam keadaan tergagap.

“Hai Arif…” Adrina kembali menyapaku. Lembut dan mesra sekali suaranya. Kalau ada anak kucing parsi pun mau aje aku tendang ke tepi.

Hai Rina…” balasku kembali. Aik? Itu aje… Cakaplah sesuatu. Aaa… Aaa… tak tau apa nak cakaaaap! Otakku asyik ingatkan tembikai aje. Entah apa kejadahnya pulak teringatkan buah tembikai sekarang ni!!!

“Arif kat mana sekarang?” tanya Adrina setelah agak lama aku mendiamkan diri. Mungkin beliau mahu mengekalkan momentum perbualan agar tak terjadi awkward silence di antara kami.

“Di bilik.” jawabku. Tanya sepatah jawab sepatah. Betul-betul aku naik darah dengan diriku sendiri!

“Seorang? Senyap aje bunyinya…” tanya Adrina lagi berserta taakulannya. Aku mengangguk. Eh, mana dia nampak kau mengangguk, bodoh!

“Ah! Ya… Ya… Saya seorang. Nizam pergi dating. Wadi pun pergi dating… rasanya…” Alamaaak! Kenapalah aku boleh terlepas cakap ni? Habislah aku kena maki dek Wadi nanti. Hmm.. harapnya dia maki dalam bahasa Jawa la… Kalau tak faham, tak le sakit hati sangat. Kecuali perkataan ‘kontol’. Itu aku faham.

Dengan Wawa, kan? Wawa tu memang dari dulu sukakan Wadi.” teka Adrina. Oro? Memang tepatlah tekaannya.

“Ma… mana Rina tau?” tanyaku. Hairan… Macam mana dia tahu sedangkan satu fakulti memboikotnya?

Masa Wawa baik dengan Rina dulu, cara dia bersembang tentang Wadi tu memang nampak ketara yang dia sukakan Wadi.” maklum Rina. Ooo… ini info baharu nih!

“Rina kat mana?” tanyaku. Aku dah mulai selesa bersembang dengannya.

“Rina kat rumah. Habis kelas aje terus balik. Sekarang Rina sorang-sorang aje kat rumah. Boringlah!” adunya dengan gaya sedikit merengek.

“Ha-ah. Lepak sorang-sorang memang begitu. Saya pun ni tengah… boringlah” maklumku dan mengajuk rengekannya bila berkata ‘boring’ tadi. Adrina tertawa.

“Dusyum! Rina bagi satu penumbuk kat Arif!” teriaknya. Aku pula tertawa.

“Nasib baik Arif telefon. Rina tak tau nak buat apa kat rumah sorang-sorang. Tadi pun dah tidur berapa lama. Naik sembab muka.” adunya. Hii… buat apa nak mengadu kat aku. Pergi la mengadu kat boyfriend kau si Sham tu!

“Telefon la Sham.” saranku. Dan keadaan tiba-tiba menjadi hening.

“Did I said the wrong thing just now? Sorry…” ujarku lagi. Sahih memang tersilap cakap.

“Rina dah break-off dengan dia. Umm… Sebenarnya Rina tak sukakan dia pun. Rina... Rina couple dengan dia sebab…”

“Dahlah. Itu kes lama. Tak payah sebut.” ujarku. Aku dah agak dah yang Sham juga menjadi alat Adrina untuk mengenakanku tempohari.

“Sorry…” ujar Adrina dengan perlahan.

“Rina… kan saya dah maafkan Rina?” pujukku.

“Rina tau. Tapi Rina rasa masih tak cukup untuk tebus kesalahan Rina pada Arif.” ujarnya.

“Okey. Kalau begitu bagi saya dua ratus ribu ringgit. Kesalahan Rina kira settle. Kira habis tebus dah.” maklumku.

“Aaa?” ujar Adrina dengan agak terkejut. Aku tertawa terbahak-bahak. Entah berapa ekor setan masuk ke mulut blue hyppoku. Adrina juga tertawa.

“Rina ingatkan Arif serius tadi. Rina manalah ada duit sebanyak itu.” ujarnya.

“Tentulah saya bergurau. Kalau mintak seribu dua ribu tu barulah serius.” ujarku.

“Arif nak pinjam duit ke?” tanyanya. Kejadah hapa pulak ni?

“Oii… Saya gurau aje la tadi.” maklumku.

“Sorry… sorry…” pohon Rina. Sorry lagi…

“Rina… tak perlulah Rina nak tebus kesalahan Rina. Kemaafan saya ni memang betul-betul ikhlas. Unconditional. Tak akan saya letakkan nilainya dengan harta-benda. Sejuta ringgit pun akan setara nilainya. Itulah harga keikhlasan saya. Dan saya bagi kepada Rina sebab saya percaya Rina betul-betul menyesal atas apa yang Rina dah buat.” ujarku. Keadaan sunyi seketika.

“Rina tau Arif ikhlas. Thanks. Thank you very-very-very much.” ujar Adrina. Aku seolah-olah dapat melihat senyumannya tatkala mengungkapkan kata-kata tersebut. Entah-entah mukanya mencuka sebab menahan kentut sedaya-upaya, tak?

“So… what’s your plan for the whole evening?” tanya Adrina pula.

“Kejap lagi nak pergi berak. Lepas tu tido sampai ke senja. Bila bangun berak sekali lagi.” ujarku. Adrina mengekek ketawa. Aku pun turut ketawa.

“Arif…” Tiba-tiba Rina bersuara tatkala aku menghabiskan baki tawaku.

“Hah. Apa dia?” tanyaku.

“Jom kita lepak kat mana-mana?” Kata-kata Adrina bagaikan ‘Serbuan Naga Gila Dari Langit Kelima’. Aku benar-benar tergamam. Agak lama juga aku kehilangan kata-kata.

“It’s okay if you don’t want to. Rina hormati kehendak Arif.” ujar Adrina lagi.

“Ke… Kehendak saya?” tanyaku.

“Hm. Rina hormati kehendak Arif.” jawab Adrina dengan tonasi yang merundum.

“Kehendak saya ialah untuk pergi berak, lepas tu pergi tido dan kemudian pergi berak lagi. Rina nak hormati kehendak macam itu ke?” tanyaku. Adrina tertawa.

“Rina… Tentulah saya nak keluar lepak dengan-.” Eh? Alamak! Kredit handphone aku dah habis. Alamaaak! Siuuuut!!! Oh noooo…..

- Bersambung -

Emo Hero Bab 11

Emo Hero Bab 11

Keesokan harinya… di Fakulti Undang-Undang UNISAS

“Ni kau punya pasallah kita tak sempat breakfast. Kuliah Jurisprudence hari ni dua jam, tau?” Aku hanya mendiamkan diri melihatkan telatah Nizam meleteri Wadi. Sepatutnya aku yang meletuskan aura bunuhku ke arah si Jawa tu kerana aku menghidapi gastrik. Namun emosiku lebih banyak menjurus kepada perihal semalam.

“Apa nak buat? Aku sakit perut kaw-kaw punya. Bukannya aku suka pun pergi jamban bebanyak kali. Tapi aku asyik rasa nak terkincit je! Ni pun dah rasa meredap je dalam perut ni!” balas Wadi kembali. Beberapa penuntut junior kategori gadis tertawa kecil merangkap tersipu-sipu mendengarkan perbualan balau berdua tu. Aparra dua ekor ni… nak menyebut hal-hal yang membabitkan ponggong dan mangkuk jamban ni pun tengok-tengoklah keadaan sekeliling. Tapi kalau aku terkentut bau kaw-kaw punya ni bagus jugak, ya? Pasti Wadi yang terfitnah secara mutlak! Hahaha!!! Ern… tak mau kentut la pulaaak!!!

“Hmh! Jomlah masuk ke kelas. &8%@#!” Mulalah Nizam mencarut dalam bahasa ibunda dia tu. Aku telahpun terlebih dulu mendahului mereka melangkah ke arah bilik kuliah. Aiii… aku rasa sudah tiba masanya aku mencari sahabat-sahabat geng tabligh pulak kali ni. Sekurang-kurangnya diorang tak ada la menggunakan anugerah Allah untuk bercakap perkara yang sia-sia. Chewah! Alimnya akuuu! Nak join Raihanlah lepas ni! Tatkala kakiku hampir mendekati pintu, tiba-tiba ianya terbuka dari dalam dan muncullah Adrina. Aku tergamam. Langkahku terkaku. Begitu juga dengan gadis di hadapanku ini. Mata kami bertentang. Adrina akhirnya tersenyum lantas menundukkan kepala. Aku tak pasti sama ada beliau terlebih menempek blusher hari ni atau… beliau berasa malu? Adrina kemudiannya terus berjalan melepasiku tanpa mengucapkan sepatah dua ucapan pembuka majlis pun. Aku pula hanya mampu memerhatikan kelibatnya sehingga beliau masuk ke dalam tandas.

“What the hell! Woi Rip! Apa yang dah jadi tadi?” Pertanyaan Nizam menyentakkan lamunanku. Aku spontan menoleh ke arah kedua orang sahabatku. Eh? Sejak bila diorang berhenti bertekak ni?

“Enlighten us, man. Ada benda yang kau tak bagitau kami ni, ya?” serkap jarang Wadi pula. Enlighten? Bunyi macam mat gay bercakap aje…

“Kau jangan la guna perkataan ‘enlighten’! Macam mat gay aje yang bercakap!” tempelak Nizam. Oro? Nizam pun terfikir apa yang aku fikirkan? Nak kena contact Mastika ni!

“So… apa cerita? I bet there‘s something happened between you and her that you’re not telling us…. YET!” Kali ni kata-kata Nizam menghunjam kepadaku pula. Alamaaak… ni yang leceh ni… Kalau aku ceritakan kang, pasti diorang bengang sepuluh petala langit dan bumi.

“I second that! There is an occurrence between you and Adrina that we have yet to be enlightened.” ujar Wadi pula. Fuyoh! Biar benar mat Jawa ni… Sejak bila dia belajar cakap macam gentleman di zaman Alfonso de Albuquerque ni?

“Fuck you, man! You really sounded like a gay!” kutuk Nizam seraya tertawa. Wadi mencukakan wajah.

“Kau pulak dah bercakap macam Shaleen.” komenku. Aku rasa tak patut Nizam memperlecehkan gaya Wadi bertutur. Lantaklah dia nak bercakap ala gay ke, ala koboi langsi ke… Usahlah dibunuh semangat dia nak memperbaiki diri. Wadi pula kali ni yang terkekeh ketawa. Nizam pulak tersengih kelat. Aku tersenyum.

Nantilah lepas kuliah ni aku bagitau, okey?” ujarku memberikan janji. Kedua sahabatku itu mengangguk tanda berpuas hati.

***********************************************

Aduiii… bosan betul kuliah Jurisprudence ni. Pensyarah aku ni memang baik orangnya. Dia cukup bermurah hati memberikan markah yang tinggi kepada kami semua sungguhpun ada yang membuat perangai dengannya. Tapi kuliahnya memang diperakui oleh Kementerian Kesihatan sebagai ubat tidur yang terbaik. Namun aku tak dapat melelapkan mata kerana perutku dari tadi berasa pedih. Ni Wadi punya pasal la ni. Eh? Mana si Wadi? Hm… agaknya ke jamban lagilah tu. Isk! Perutku tiba-tiba berasa seperti ditusuk jarum bersaiz 5. Sahih gastrikku dah menyerang.

“Psst! Rip!” Tiba-tiba seseorang daripada belakang memanggilku. Aku menoleh. Oh, Onjay rupa-rupanya. Onjay menghulurkan sebuah bekas polysterin berwarna putih kepadaku. Uik? Pasti makanan ni!

“Adrina bagi.” ujar Onjay dengan suara yang seperlahan mungkin. Aku menyambut bekas polysterin tersebut dan terus memandang ke arah Adrina. Gadis tersebut nampaknya sengaja enggan memandang ke arahku dan pura-pura sibuk mencatat nota kuliah. Aku memandang pula ke arah bekas polysterin lantas membukanya. Uih! Aku ingatkan kuih karipap ke… rupa-rupanya ada coklat Snickers, sebungkus coklat Nips dan biskut Oreo! Di dalamnya juga terdapat secebis nota di atas kertas kuning 3M bertulis “Bon Apetit! Take care of your health, ok?” Aku memandang kembali ke arah Adrina. Beliau masih tunduk menulis. Namun aku masih dapat melihat senyuman manis yang terlakar di wajahnya itu. Alhamdulillah! Timo kacih, Sam… Saidatul Adrina!

“Uih! Arip makan coklat! Bak sikit!” Tiba-tiba saja aku dikerumuni oleh tangan-tangan bebudak lelaki meminta panggu mereka dengan tak malunya. Lahabau kobau balau! Hulk smash! Namun aku tetap memberi mereka sebutir Nips seorang. Tiba-tiba sepasang tangan dihulurkan ke arahku.

“Nak lagi…” ujar si empunya tangan.

“Buh tow lu! Pergi la beli sendiri!” bentakku dengan suara lirih. Aku belum lagi makan, dah nak habis rezekiku dipokah oleh korang semua. Dasar peminta-minta! Huh!

“Yes, mister Arif Akmal?” tanya Prof. Imam. Alamak! Kena lagi…

**********************************************

Di bilik hostel. Selepas kuliah.

“Kau percaya ke cakap dia, Rip?”

Aku menarik nafas dalam-dalam. Memang pertanyaan Nizam tu telah kufikirkan semenjak semalam. Itulah sebabnya aku berasa agak runsing hari ini.

“Adrina tak berjaya kenakan kau hari tu. Mungkin dia dah buat perancangan yang lain untuk mengenakan kau dan sekaligus membalas dendam. Kau kena ingat, dia diboikot oleh satu UNISAS sebab kaulah!” ujar Wadi pula. Kebarangkalian tersebut juga telah bermain di fikiranku semenjak semalam.

“Sebenarnya aku juga terfikir apa yang korang berdua fikirkan.” maklumku.

“Abis tu? Kau masih nak berbaik juga dengan dia? Kenapa Arip? Apa yang kau tak cerita lagi pada kami ni?” tanya Nizam dalam nada mendesak. Sebenarnya aku tidak menceritakan tentang kisah sedih hidup Adrina dan perihal beliau mengambil ‘antidepressant’ selama ini kepada kedua orang sahabatku. Aku tak mahu menyulitkan perkara yang sudah sedia rumit ini.

“Sebenarnya Adrina memang ada bagitau sebabnya. Tapi aku dah berjanji untuk rahsiakannya.” ujarku. Sebenarnya aku berbohong. Adrina tak minta pun aku berjanji begitu. Namun aku berasakan bahawa tentu dia mahu aku merahsiakannya.

“Bullshit! Memang dia nak kenakan kau lagi, Rip!” bentak Nizam.

“Arip… kita pernah lalui keadaan serupa macam ni tak lama dulu. Aku harap kau masih ingat lagi. Dan aku harap kita tak buat sesuatu yang bodoh macam dulu juga. Kami ni sahabat kau. Dah macam adik-beradik kau. Apa yang kami buat ni bukan untuk kepentingan kami. Mungkin Adrina dah insaf. Tapi mungkin juga dia nak kenakan kau lagi. Kamu mengambil risiko yang sangat besar sekarang ni, Rip. Aku harap kau dapat berfikir dengan tenang dan rasional.” nasihat Wadi dengan panjang lebar. Aku tersenyum.

“Don’t worry. Aku takkan emosional kali ini. Aku memang berfikir dengan tenang dan rasional. Dan aku juga sedar akan risikonya. Itu sebabnya aku buat keputusan untuk bagi Adrina peluang kedua.” ujarku.

Kenapa Rip? Aku tak faham…” persoal Nizam. Kali ini nada suaranya telah mengendur. Nadaku yang tenang tadi nampaknya juga telah menenangkan emosi sahabatku itu.

“Nizam… ramai orang tak sukakan kau dulu bila diorang tau kau ni playboy dan suka mempermainkan cinta perempuan. Tapi aku dan Wadi masih berbaik sangka dengan kau. Kami bagi kau peluang untuk tonjolkan kebaikan kau. Kau sepatutnya lebih memahami keadaan Adrina sebab kau pernah duduk dalam situasi yang sama macam dia dulu. Jadi kau sepatutnya lebih faham mengapa aku buat keputusan begini.” Nizam bungkam mendengarkan kata-kataku. Begitu juga dengan Wadi. Buat seketika bilik yang kami duduki sekarang menjadi sunyi-sepi sehinggakan jelas terdengar bunyi detakan jam meja purba Wadi.

“Okey…” ujar Nizam dengan perlahan seraya menganggukkan kepala.

“Kau betul… Tindakan kau memang betul… Aku setuju…” ujar Nizam lagi sambil kepalanya masih dianggukkan. Wadi juga tersenyum sambil mengangguk. Aku tertawa seraya menepuk-nepuk bahu kedua sahabatku itu.

- bersambung -