Teman akrab saya berkata "Kebanyakan musuh
kita ialah orang yang kita berprasangka terhadapnya tanpa mengetahui
akan hal yang sebenar."
Terdiam saya. Kata-kata tersebut ada
kebenarannya. Berapa ramai yang kita telah jadikan musuh hanya
semata-mata kerana berlainan bangsa. Berapa ramai yang kita telah
jadikan musuh hanya semata-mata kita berasakan kita lebih Islamik
daripadanya. Berapa ramai musuh yang
kita dapat di Facebook atau Twitter hanya semata-mata kerana mereka berlainan
pendirian politik. Berapa ramai pula yang kita musuhi hanya kerana kita
mendengar pemberitahuan daripada seseorang yang kita tidak tahu akan
agendanya.
Teringat saya pada al-Quran surah al-Maidah ayat ke 8 yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua menjadi
orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan
kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum
itu itu mendorong kamu untuk tidak melakukan keadilan. Berlakulah adil
kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu
lakukan"
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment