Sunday, April 7, 2013

Siapakah Manusia Yang Lebih Keji Daripada Iblis?

Amboi! Ramai sahabat-sahabat ini mempamerkan hujah-hujah bernas bagi membela pendirian politik mereka. Alhamdulillah. Semoga jangan bertukar menjadi pesta memaki-hamun atau mentohmah fitnah.

Kita manusia biasa ini tak terlepas dari dosa maksiat. Malah saya ini mungkin lebih berdosa daripada anda semua. Tetapi guru saya menasihati agar kita ini sentiasa menjadi munsif (orang yang insaf) apabila melakukan dosa maksiat tersebut. Orang yang munsif ialah orang yang takutkan balasan Allah kepadanya kerana berbuat maksiat dan dengan demikian sentiasa bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah Azza WaJalla.

Orang Islam yang buruk ialah yang melakukan dosa maksiat dan tidak takut akan balasan Allah kepadanya. Dan lebih buruk lagi bila dia enggan bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah AWJ. Orang ini angkuh dan sifat Iblis ada padanya.

Tetapi orang Islam yang paling keji ialah yang memujuk dan mengajak orang lain untuk melakukan dosa maksiat bersamanya. Bahkan Iblis meminta keizinan Allah untuk beliau mengajak manusia melakukan dosa. Tetapi insan tidak. Jadi orang berperangai di atas adalah lebih keji daripada Iblis kerana melakukannya tanpa kebenaran Allah dan begitu berani mencabar Allah AWJ.

Kita semua berlindung dengan Allah daripada manusia keji ini. Wallahu a'lam.

No comments: