Ada yang kata "Semua agama adalah sama. Semua
percaya adanya Tuhan. Semua agama membawa pengikutnya pada kebaikan dan
mencegah dari kejahatan." Guru saya kata matlamat agama mungkin sama
tetapi antara Islam dan agama lain adalah ketara perbezaannya.
Islam adalah satu-satunya agama yang berpendirian bahawa hanya Allah
satu-satunya Tuhan yang kita sembah dan patuh. Tiada wujud tuhan-tuhan
kecil untuk membantu Allah seperti agama
Buddha dan Hindu. Allah juga tiada tuhan lain yang sama sepertinya
seperti anak-anak tuhan dalam fahaman Kristian (Jesus) dan Yahudi
(Uzair).
Muslim yang inginkan pengampunan, pertolongan atau
rezeki boleh terus minta daripada Allah tanpa sebarang wakil atau
bayaran seperti yang dilakukan dalam agama-agama lain. Tidak perlu
mengaku dosa di hadapan paderi atau mencederakan diri dengan benda-benda
tajam hanya semata-mata mahu menghapuskan dosa. Di hadapan komputer ini
sahaja kita boleh berdoa "Ya Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani. Aku banyak berdosa kepadaMu. Aku bertaubat. Ampunilah
segala dosa-dosaku." Jika Allah mahu, diampuni olehNya dosa-dosa kita
walau seluas langit dan seberat bumi.
Maha Suci Allah yang lebih menyayangi dan mengasihi kita daripada kedua ibubapa kita sendiri. Alhamdulillahi Rabbil 'alamiin.
No comments:
Post a Comment