Antara kata-kata hikmah terkenal amirul mukminin Umar Ibn Abdul Aziz :
"Aku sangat kagum melihat orang yang mengakui Allah sebagai Tuhannya
tetapi masih berani menderhakaiNya; dan orang yang mengenali bahawa
syaitan adalah musuhnya tetapi masih mengikutinya; dan tahu akan fitnah
(bencana) dunia ini tetapi masih cenderung ke arahnya."
Umar Ibn Abdul Aziz adalah seorang pemimpin kerajaan Bani Umaiyyah
yang paling singkat tempohnya tetapi paling terkenal. Sungguhpun dari
keturunan Umar Ibn Khattab (cicit), namun puak Syiah juga segan untuk
mencaci beliau atas sikapnya yang sangat adil. Dalam dua setengah tahun
beliau memerintah kerajaan Islam yang hampir seperdua dunia, tidak ada
seorang rakyatnya pun hatta yang bukan Islam yang layak menerima zakat
kecuali Umar Ibn Abdul Aziz sendiri. Beliau meninggal dunia selepas dua
setengah tahun memerintah tetapi meninggalkan kerajaan yang paling adil
dan saksama. Moga Allah memberikan rahmat dan kedudukan tertinggi
terhadap pemimpin yang sangat adil ini. Insyaa Allah.
No comments:
Post a Comment