MetroPolis
Episod 3
Bab
16
Ahli
Baharu (Bah. 2)
Keesokan
harinya...
Tercengang
Nazrul melihatkan begitu ramai anggota kumpulan Neon Melambai dan Terendak Biru
berkumpul di hadapan balai MetroPolis. Wajah mereka kesemuanya ternyata
menggerunkan sungguhpun ada yang bersolek dengan tebal. Dass memegang erat
pistol yang tersisip di pinggang. Dengan ketiadaan Red, Nicol, Remy dan
Terawez; bukanlah mudah baginya untuk menghadapi musuh yang seramai hampir lima
puluh orang ini.
“Aku harap
kalian datang ke sini dengan tujuan baik.” ujar Nazrul dengan agak keras. Namun
Dass masih mempu mengesan perasaan gementar pada suara tersebut. Beliau selama
ini pernah mendengar khabar-khabar angin bahawa pemimpin Terendak Biru yang
bernama Monsoon dan pemimpin Neon Melambai yang bernama Erika adalah amat
handal. Tentu mereka juga dapat merasai ketakutan pada suara Nazrul. Dass
mengeratkan pegangan pistolnya. Matanya memincing ke arah Erika dan Monsoon.
Tiba-tiba Erika berpaling memandang ke arah si Pembunuh Satu Peluru tersebut.
“Kuat benar
aura membunuhmu, tuan! Sekurang-kurangnya biarlah kami memberitahu hasrat kami
sebelum tuan bertindak.” sindir Erika. Dass agak tergamam. Ternyata wanita di
hadapannya ini mempunyai keupayaan yang hampir menyamai Terawez. Atau
mungkinkah beliau sebenarnya bukannya seorang wanita tetapi lelaki yang nampak
cantik bila berpakaian wanita?
“Tuan
Nazrul, kami berdua telah membubarkan kumpulan kami dan sekarang ingin menyerah
diri kepada MetroPolis.” maklum Erika yang kini berpaling ke arah Nazrul pula.
Terlongo pemangku pemimpin MetroPolis tersebut mendengarkan pemberitahuan yang
sedemikian.
****************************
Pada masa
yang sama di kubu Organisasi Daulah Maddani, Madinah.
Enbi sedang
leka merangka strategi pembinaan silo makanan di Dubai tatkala berasakan
dirinya didekati oleh seseorang. Beliau yang sedang duduk di suatu sudut dalam
kafeteria di kubu tersebut segera mendongak. Terbeliak matanya melihatkan orang
yang merapatinya itu.
“Ren!” seru
Enbi dengan gembira. Orang yang datang kepada Enbi itu rupa-rupanya adalah Ren
Fairuz. Enbi bingkas bangun dan bersalaman dengan Ren. Namun seketika kemudian
wajah cerianya berganti dengan perasaan hairan.
“Apa ustaz
buat di sini?” tanya Enbi dengan perasaan curiga. Ren Fairuz ketawa kecil.
“Kelam-kabutlah
awak ini, Enbi. Beritahulah saya bagaimana keadaan cik Catherine terlebih
dulu.” pinta Ren. Mereka berdua duduk kembali ke tempat tadi.
“Dia masih
menjalani rawatan. Mereka bubuh Cat dalam sebuah kapsul besar dan memenuhkannya
dengan cecair. Cat hanya dapat bernafas melalui tiub yang disumbatkan ke dalam
mulut. Menurut doktor, cecair itu adalah ubat untuk menyembuhkan sel-sel dalam
tubuh Cat.” jawab Enbi. Perasaan khuatir jelas terpapar pada suaranya. Ternyata
hati Enbi benar-benar ikhlas menyintai dan menyayangi Catherine.
“Saya baru
mendapat tahu bahawa pendekar Eksekutif Tal Kushaini telah terbunuh dalam
pertempuran semalam. Semoga Allah merahmatinya dan memberikan syahid kepadanya.
Enbi tentu mengenali Tal Kushaini, bukan?” tanya Ren setelah memaklumkan berita
buruk tersebut. Enbi tergamam. Beliau kemudiannya mengucapkan “inaliLlahi
wainna ilaihi rojiun” dan mengangguk lemah.
“Tuan Tal
Kushaini ialah orang kanan Maharaja Pemancung Angin. Beliaulah yang memberikan
ruang untuk saya bekerjasama dengan Organisasi.” jawab Enbi dengan lemah.
“Sangat
berat perasaan saya mendengarkan berita ini, Ren.” ujar Enbi lagi. Buat
seketika mereka berdua berdiam diri. Tiba-tiba hati Enbi terdetak kembali untuk
bertanya.
“Ustaz ini tentu
orang Organisasi, bukan?” taakul Enbi. Ren tersenyum lantas mengangguk.
“Saya dah
agak dah bahawa ustaz ini bukan sembarangan orang. Tentu ustaz mengenali dan
rapat dengan tuan Tal Kushaini, kan?” tanya Enbi. Ren mengangguk.
“Bahkan
beliau ialah orang kanan saya, Enbi.” maklum Ren. Enbi terpaku mendengarkan
kata-kata tersebut. Wajahnya tiba-tiba menjadi merah padam. Dengan pantas Enbi
bangun dan menghayunkan penumbuknya tepat ke muka Ren Fairuz. Maharaja
Pemancung Angin tersebut langsung jatuh terlentang. Enbi meluru ke arah Ren,
akan tetapi tubuhnya dipegang oleh sesuatu dan dengan pantas beliau dijatuhkan
di atas lantai. Rupa-rupanya seorang pendekar berpangkat Eksekutif telah
berjaya mematikan serangan Enbi.
“Lind!
Jangan!” perintah Ren Fairuz. Pendekar Eksekutif tersebut hanya memakukan
pergerakan Enbi ke tanah tanpa sebarang tindakan lanjut.
“Aduh!
Sakitnya! Sampai hati Enbi mencederakan seorang imam muda yang baik hati dan
dikasihi ramai.” omel Ren sambil menggosok-gosok hidungnya.
“Celaka!
Penipu! Kau biarkan kami hidup susah! Kau curi anak-anak buahku! Lepaskan aku!
Lepaskan akulah, bodoh!” jerit Enbi dengan marah. Orang ramai mulai mengerumuni
kawasan tersebut. Ren bergerak mendekati pemimpin MetroPolis tersebut.
“Enbi,
janganlah salah faham. Saya...” Belum sempat Ren menghabiskan ayatnya Enbi
telahpun meludah ke kaki seluar sebelah kanan pendekar bertaraf maharaja
tersebut.
“Aku akan
bunuh kau nanti!” ancam Enbi dengan nada menyinga.
“Kurang ajar
betul kau ini. Berani kau menghina seorang Maharaja Emissary. Aku akan ajar
kau!” ujar pendekar Eksekutif bernama Lind yang kini berniat untuk mengepak dan
mematahkan tangan kanan Enbi. Namun sebelum beliau sempat berbuat demikian, Ren
Fairuz telahpun menyentuh bahu Lind dan pendekar tersebut hilang secara
tiba-tiba.
“Ramai benar
orang yang hilang kewarasan pada hari yang indah ini.” ujar Ren seraya
tersenyum. Enbi yang kini tidak lagi dikekang bingkas bangun lantas menerkam ke
arah Ren. Namun beliau juga lesap tatkala penumbuknya hampir mencecah muka Ren.
Tiba-tiba Enbi muncul beberapa puluh meter dari tempat Ren berada.
“Rasulullah
SAW dalam hadis yang sahih pernah menasihati orang yang bertanya kepadanya
apakah Islam yang baik agar jangan marah.” maklum Ren Fairuz dengan suara yang
agak lantang.
“Kau diam!”
pekik Enbi dan kembali meluru ke arah Ren. Namun tatkala beliau menghampiri
jarak menyerang Enbi sekali lagi hilang dan muncul di tempat tadi juga.
“Saya
digelar juga sebagai pendekar bertaraf maharaja bukan hanya suka-suka, tahu?”
maklum Ren. Enbi tidak berkata apa-apa pada kali ini. Namun beliau terus sekali
lagi meluru ke arah Ren.
****************************
Pada masa
yang sama di Prague, Republic Czech...
Seorang
lelaki yang berpakaian kemas tetapi serba hitam sedang duduk dikerusi panjang dengan
tenang sambil membaca buku yang agak tebal di sebuah taman rekreasi. Suasana di
taman rekreasi tersebut agak tenang dan nyaman tetapi masih tidak sunyi dari
dikunjungi oleh orang ramai.
“Wah, buku!
Tentu gajimu adalah mahal.” Sekoyong-koyongnya suatu suara gemersik menegur lelaki
tersebut. Lelaki tersebut mendongakkan kepala. Nicol Hanany yang berdiri di
sisi beliau tersenyum.
“Ya, majikan
saya adalah seorang yang sangat pemurah. Mungkin kerana itu ada yang
menganggapnya sebagai Tuhan.” balas lelaki tersebut dengan senyuman balasnya.
Pada zaman ini hanya orang-orang kaya sahaja yang mampu membeli buku kerana
hampir lapan puluh peratus pokok di dunia ini telah dimusnahkan oleh peperangan
dan kerakusan teknologi. Nicol kini telahpun melabuhkan punggungnya di sebelah
lelaki tersebut.
“Enbi telah
beberapa kali pergi ke Dubai tetapi membohongi ahli-ahli MetroPolis akan
destinasinya. Di Dubai, tiada langsung bukti beliau menginap di mana-mana
hotel, makan atau berlibur di situ.” maklum Nicol sambil memandang ke hadapan
seolah-olah mereka tidak berkomunikasi secara terus.
“Dubai
bukanlah destinasinya. Ia hanya transit beliau sahaja.” taakul lelaki tersebut.
“Tiada bukti
beliau menaiki pesawat terbang lain atau kenderaan awam mahupun sewa.” pertikai
Nicol.
“Ada orang
menunggunya di sana. Beliau tidak perlu menaiki atau menyewa kenderaan awam.”
taakul lelaki itu lagi.
“Enbi
mempunyai projek di Dubai. Mungkin beliau tinggal di rumah kenalannya?” taakul
Nicol pula. Lelaki itu menggelangkan kepala.
“Orang-orang
kami mendapati sebaik sahaja majikanmu tiba di lapangan terbang antarabangsa
Dubai, beliau terus lenyap tanpa dapat dikesan. Hanya satu pihak sahaja yang
mampu memperdayakan orang-orang kami yang cukup terlatih dalam tugas-tugas
pengintipan.” ujar lelaki tersebut.
“Puak haluan
kiri yang menentang kalian?” tanya Nicol. Lelaki tersebut menggelengkan kepala.
“Organisasi.”
jawabnya pendek. Terbeliak mata Nicol.
“Organisasi;
musuh kalian? Biar benar! Takkanlah aku boleh terlepas pandang dengan begitu
mudah.” pertikai Nicol seraya ketawa.
“Itu
bermakna Enbi tidak mempercayaimu!” balas lelaki tersebut dengan agak keras.
Nicol terdiam. Mukanya mencuka masam. Namun kemudian beliau tersenyum dan
bangun.
“Aku sudah
meletakkan jawatan. Enbi bukan lagi majikanku. Jadi kali ini beliau tidak lagi
berwaspada seperti selalu. Beliau tentu tidak menyangka bahawa aku masih
mengintipnya.” ujar Nicol sebelum melangkah pergi.
“Tentu
Maharaja Adaj membayar upahmu dengan sesuatu yang sangat bernilai.” taakul
lelaki tersebut dengan perasaan ingin tahu. Langkah Nicol terhenti. Beliau
tersenyum tetapi tidak memalingkan mukanya ke arah lelaki tersebut.
“Ya. Mungkin
lebih tinggi dari gajimu selama seumur hidupmu. Tapi aku tidak pula
menganggapnya sebagai Tuhan.” sindir Nicol sebelum melangkah pergi.
****************************
Sementara
itu di Kubu Daulah Maddani, Madinah...
Enbi
tercungap-cungap kepenatan. Entah berapa kali beliau menyerbu dan cuba untuk
menyerang Ren Fairuz. Namun setiap kali itu jugalah beliau tiba-tiba kembali ke
tempat asal iaitu lebih kurang dua puluh meter jauhnya dari sasaran beliau.
Tubuhnya lenjan dibasahi oleh keringat. Tenaganya banyak berkurangan dan tubuhnya
mulai mengalami kelesuan. Orang ramai yang tadinya berada di situ telahpun
meninggalkan tempat tersebut atas arahan Ren sendiri. Kini hanya mereka berdua
sahaja yang berada di tempat itu.
“Karamah
asas yang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya yang terpilih terbahagi kepada
empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Pun begitu ada juga individu yang
memperolehi Karamah ini bukan dari keempat-empat unsur tadi. Saya adalah salah
seorang darinya dan Karamah yang dikurniakan oleh Allah kepada saya ialah kuasa
untuk mengalihkan apa sahaja yang wujud dalam dunia ini. Saya digelar sebagai
Pemancung Angin kerana saya pernah menewaskan dan mengalihkan seluruh kuasa dan
keistimewaan yang ada pada seekor jin unsur angin ke dalam diri saya. Kini saya
memiliki keempat-empat kuasa unsur tanah, air, api dan angin dari jin-jin yang
amat kuat. Oleh yang demikian saya juga kadang-kala dikenali sebagai si
Pembaham Raksasa. Jadi cubalah bertenang sekarang sebelum saya membaham
keseluruhan saki-baki tenaga badan yang Enbi ada.” maklum Ren Fairuz yang kali
ini mulai bersikap serius. Enbi yang berasa gerun dengan ancaman tersebut
akhirnya mengambil keputusan untuk duduk sahaja di atas lantai pejalan kaki
tempat beliau dialihkan tadi dan mengangguk tanda menyerah kalah.
- Bersambung
-
5 comments:
lagi..lagi. .
akhirnya yg baru.. oh yeah!!!
Maaflah Eija dan Anonymous... Saya terlampau-lampau sibuk sangat dengan firma sendiri dan baby Sarah 'pipipau' selain Damia. Tapi saya cubalah untuk selalu update blog ni. Tapi tak berani janji, ya?
lama giler tggu dah nie..huhu
lama giler tggu dah nie..huhu
Post a Comment