Hari ini birthday saya. Dah umur 40 dah. Sudilah kiranya sahabat semua berkongsi tazkirah berkenaan umur 40'an ni.
Firman Allah :
“... Setelah dia besar sampai ke peringkat matang yang sempurna dan
sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, maka dia berdoa: “Wahai
Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang
Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap
mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah untuk
kebaikan dalam zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu,
dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang menyerah kepadaMu)”
(Surah al-Ahqaf: 15)
Ini ialah doa yang paling cantik dan wajar dibaca bila kita mencecah usia yang dianggap 'bermulanya kehidupan sebenar'.
Kata al-Imam al-Hafiz Ibn Kathir yang amat terkenal dengan Tafsir Ibnu Kathir :
“Ayat ini memberikan petunjuk bahawa insan apabila menjelang usia 40
tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah, serta
bersungguh-sungguh mengenainya”
Saya berpesan kepada diri saya
dan sahabat semua agar memanfaatkan 'usia kehidupan sebenar' kita ke
arah matlamat sebenar kita iaitu pelaburan di akhirat kelak. Wallahu
a'lam.
(sumber dipetik dari penulisan Dr. MAZA)
No comments:
Post a Comment