Hang Nadim yang berjasa menghapuskan ikan-ikan todak yang melanggar Siingapura akhirnya menjadi mangsa fitnah dan dibunuh.
Mahsuri dari Langkawi juga menjadi mangsa fitnah dan dibunuh.
Hang Tuah juga menjadi mangsa fitnah yang kemudiannya dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan.
Sejarah berkali-kali membuktikan bahawa bangsa Melayu adalah bangsa
yang cenderung menggunakan fitnah (tohmahan) untuk memusnahkan musuh
atau saingannya. Dan saya berasakan amalan fitnah-memfitnah ini
sungguhpun dosanya teramat besar, adalah suatu perkara yang dianggap
biasa oleh bangsa kita di zaman ini.
Dalam Sahih Bukhari
daripada Anas ra berkata (maksudnya) "Sesungguhnya kamu nanti akan
mengerjakan amalan yang pada pandangan kamu lebih kecil dari sebutir
gandum, sementara kami pada zaman Rasulullah SAW dahulu menganggapnya
termasuk dalam sesuatu yang mencelakakan (kamu)"
Dalam Sahih
Muslim, Rasulullah SAW melarang 'Ghibah' iaitu apabila seseorang Muslim
mengumpat perihal saudaranya berkenaan perkara-perkara yang tidak
disukai oleh saudaranya itu sungguhpun umpatan itu adalah benar. Dan
jika umpatan itu adalah tidak benar, maka si pengumpat itu adalah
seorang pendusta (fasiq).
Dalam Sahih Bukhari dan Muslim,
Rasulullah SAW telah memberikan amaran bahawa orang yang suka
mengadu-domba (menyebarkan keburukan saudara seagamanya) tidak akan
dapat masuk ke syurga.
Saya berpesan kepada saudara/saudari
semua dan diri saya sendiri agar tidak terjebak dalam amalan yang
membinasakan kita di akhirat kelak. Na'uzubillahi minzaalik.
Sesungguhnya saya berlindung dengan Allah dari perbuatan keji ini.
No comments:
Post a Comment