Tuesday, March 19, 2013

Wira-wira di Lahat Datu. Syahid atau syahid dunia?



Adakah wira-wira kita di Lahat Datu mendapat mati syahid atau syahid dunia sahaja?


Dinukilkan dan diolah dari hadis yang sahih dalam kitab Sahih Bukhari :

Seorang sahabat ra telah jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia. Jeanazahnya dimandi dan dikafankan. Salah seorang sahabat ra berkata :

“Semoga rahmat Allah tercurah kepadamu, hai Abu Saib (si mati). Aku menjadi saksi bagimu, sesungguhnya Allah telah memuliakanmu.”

Rasulullah SAW yang terdengar kata-kata tersebut lantas bertanya kepada sahabatnya itu :

“Bagaimana engkau tahu bahawa Allah telah memuliakannya?”

Baginda SAW kemudian telah menegurnya dengan berkata, “Dia telah mati. Demi Allah, aku HANYA mengharapkan semoga dia mendapat kebaikan. Demi Allah, biarpun aku seorang Rasul Allah, namun aku (juga) tidak tahu apa yang akan diperbuat (oleh Allah) terhadapku.”

Kepada alim dan ulama sekalian. Saya yang cetek dalam ilmu ini berpendapat bahawa kita HANYA mendoakan sahaja semoga Allah memberikan wira-wira kita yang terkorban di Lahat Datu itu syahid atau mendapat pahala syahid. Janganlah dengan mudah kita meletakkan hukum sama ada Allah memberinya syahid atau tidak. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara tersebut. Ianya bukanlah urusan kita. Dan janganlah kita berbalah kerana perkara yang kecil ini. Bincangkan cara-cara yang lebih berkesan agar anak-anak Melayu tidak terus menjadi murtad dengan sewenang-wenangnya. Itu yang lebih utama. Wallahu a’lam.

(Teks atau matan hadis ini diolah dengan bahasa yang lebih ringkas dan mudah difahami dan diceritakan semula oleh saya. Namun saya percaya bahawa ia tidak lari dari penceritaan yang asal. Moga Allah mengampuni saya sekiranya saya tersilap)

2 comments:

Anonymous said...

tak payah nk buat cerita panjang..tu semua keja Allah..sendiri quote sendiri nk panjang2 cerita..ulang baca paragraph 7 entry hang tu...

Si Nami said...

Pertamanya terima kasih sebab membaca. Keduanya, bukan semua orang yang membaca entry ini sefaqih anda. Disiplin dalam ilmu agama ialah menghujahkan dengan al-Quran dan hadis dan kemudian menerangkannya agar difahami oleh sesiapa yang tidak jelas. Sememangnya semua ini adalah kerja Allah. Kefaqihan anda juga adalah kerana Allah.

Pun begitu saya terdedah kepada kesilapan. Saya amat mengalu-alukan pendapat atau kritikan yang berlainan. Namun saya berharap agar kita mengikuti dasar hikmah dan dengan nas. Wallahu a'lam.