Adakah kita membawa imej agama kita dengan baik?
Di Malaysia, adalah sinonim bahawa yang beragama Islam itu bangsa
Melayu. Manakala bangsa-bangsa lain yang menganut agama Islam tidak
begitu dihargai seperti bangsa kita.
Kita masih memanggil
penganut agama Buddha sebagai 'Cina' sungguhpun bukan sedikit yang
menjadi Muslim. Saya pernah mendengar seorang Melayu berkata "Bangsa
Cina memang semuanya masuk neraka.".
Kita juga melabelkan bangsa India dengan agama Hindu sedangkan bukan
sedikit di kalangan mereka yang beragama Islam. Ramai yang memanggil
bangsa India dengan panggilan Hindu tanpa mengetahui agama sebenar
mereka. Lebih buruk lagi ada yang memanggil dengan nama 'Hindu Paria'.
Sesungguhnya Islam adalah satu agama yang sangat indah tetapi dihodohkan oleh kejahilan penganutnya.
Jadi, adakah kita membawa imej agama kita dengan baik?
No comments:
Post a Comment