Dua hari lepas kalau tak silap saya tonton
berita di tv tentang sekumpulan warga Selangor buat demonstrasi dan nak
saman kerajaan negeri.
Saya tak minat nak bela mana-mana parti
tapi nak bercerita tentang hal seorang mak cik yang angkat sepanduk
bertulis "PKR Selangor munafik dan penipu" lebih kurang bunyinya.
Allah di dalam al-Quran banyak menyebut tentang golongan musyrikin, munafik dan ahlul kitab. Allah mengkategorikan mereka ini sebagai kafir dan kekal di dalam seksaan api neraka.
Rasulullah SAW diriwayatkan dalam sahih Bukhary dan Muslim memberi
amaran bahawa sesiapa yang menuduh seseorang Islam itu kafir tanpa bukti
yang sah maka si penuduh itu yang menjadi kafir.
Kasihan mak
cik itu. Kita berharap agar di atas kecetekan ilmu agamanya maka Allah
akan mengampuninya dan tidak menghukumnya sebagai kafir. Jika tidak,
terbatallah iman mak cik itu kerana menuduh orang-orang Islam dalam PKR
Selangor sebagai munafik. Amal ibadahnya yang terdahulu akan ditolak
oleh Allah dan begitulah juga amal ibadahnya yang kini dan akan datang
kecuali jika dia bertaubat nasuha.
Berhati-hatilah
saudara/saudari sekalian. Saya berpesan pada diri sendiri dan pada
anda semua akan jangan begitu mudah menggunakan perkataan 'munafik'
sebagai ganti pada perkataan 'menipu'. Lain maksud serta hukumnya. Kita
semua memohon perlindungan dengan Allah dari perkara tersebut. Wallahu
a'lam
No comments:
Post a Comment