Saturday, May 30, 2009

Emo Hero Bab 43

Emo Hero Bab 43



“Ha! Aku tau tempat ini.” Adrina tersenyum tatkala mendengarkan kata-kataku itu. Rupa-rupanya beliau membawaku ke kawasan rumah agam neneknya. Dulu kami pernah berpiknik di sini pada awal pagi sambil mendengar lagu Bill Withers bertajuk “Lovely Day”. Namun kini kami berada di situ pada waktu petang pula. Keadaan panoramanya masih sama. Amat cantik lagi memukau. Adrina dengan berhati-hati memarkirkan kenderaannya di tempat yang sama ketika kami berkelah dulu.

“Hari ni Rina tak bawa makanan. Yang ada cuma coklat Smarties dalam poket Rina ni.” ujarnya seraya mengunjukkan kotak coklat tersebut kepadaku. Aku menggelengkan kepala tanpa menolak. Kami bersama-sama keluar dari kenderaan. Angin petang yang membelai-belai wajahku terasa begitu nyaman dan bersih sekali. Selalunya waktu petang ni lubang hidungku cuma disesakkan oleh bau kepam seluar dalam Wadi yang tak berbasuh aje. Tapi hari ni perasaan begitu lega sekali. Bagaikan orang beriman menghidu bauan syurga pulak. Ewaah!

“Segar betul udara kat sini. Patutlah nenek Rina sangat suka tinggal di sini.” komenku. Adrina mengangguk sambil tersenyum. Namun seketika kemudian jarinya menunding ke arah lereng bukit yang telah ditarah dan dibersihkan. Buat apa menunding ke situ? Ada orang tengah jemur kain ke?

“Mereka akan buat kondominium kat situ. Tak lama lagi tempat ni akan jadi hutan konkrit. Jadi keindahan yang kita nikmati sekarang ni akan berubah mungkin dalam masa dua-tiga tahun lagi.” maklumnya.

“Ya ke? Sayangnya…” komenku dengan nada kesal. Dua tiga tahun lagi aku akan mencium bau yang sama macam spenda Wadi la gamaknya. Entah-entah lagi dahsyat dan ngeri daripada itu!

“Bila Rina balik ke Malaysia nanti, tentu tempat ni berubah dengan pesat. Tak macam sekarang ni. Mungkin kita tak dapat lagi menikmati tiupan angin yang nyaman ini lagi.” ujar Adrina lagi. Matanya terpejam menikmati hembusan lembut angin yang bagaikan tidak berkesudahan membelai wajah manisnya. Aku seolah-olah terpaku menatap wajah ayu tersebut. Jantungku mulai berdebar-debar. Terasa pula ingin melakukan sesuatu yang nakal pada pipi mulusnya. Namun bayangan lokap Balai Ampang Jaya segera membantutkan niatku itu.

“Bila Rina balik ke Malaysia nanti, segala-galanya akan berubah. Entah Arip pun akan berubah juga.” ujarnya lagi seraya membuka mata dan menatap tepat ke arahku. Aku yang masih memakukan mataku kepada Adrina segera melarikan pandangan.

“Tentulah. Masa tu saya akan jadi orang kaya dan amat hensem menawan.” ujarku pula dalam nada gurauan. Pandai aku mengatasi perasaan kekokku dengan pantas. Jadi wajarlah aku memuji diriku dengan sebegitu dahsyat sekali. Kami sama-sama tertawa.

“Kalau Arip dah jadi macam tu, tentu Arip akan lupakan Rina. Atau mungkin Rina dah jadi manusia yang tak penting dalam hidup Arip lagi.” taakul gadis itu pula. Aku terdiam. Eleh, entah-entah kau yang lupakan aku nanti. Lama aku termenung sambil memerhatikan sinar matahari yang semakin melunak di pandanganku.

“Saya pun tak tau. Mungkin vice-versa. Mungkin Rina juga akan berubah dan melupakan kami di sini bila di Milan nanti. Itu realiti, kan?” tanyaku kembali setelah memberikan balasan pada pernyataan Adrina tadi. Gadis tersebut tersenyum tawar. Nampaknya beliau juga terfikir akan hal yang sama.

“Cakap Arip memang betul. Kalaupun kita bercinta, mungkin ianya akan putus di tengah jalan nanti.” komen Adrina. Kata-kata Adrina tadi benar-benar membuatkan aku bungkam. Adakah beliau cuba memancing isi hatiku? Mungkin beliau ingin mengetahui perasaanku yang sebenar. Aku sedaya-upaya cuba mencari ayat yang sesuai untuk membalas kata-katanya tadi.

“Tapi saya percaya antara kita tak akan berubah walaupun kita dah berjauhan.” ujarku akhirnya.

“Kenapa? Apa yang buat Arip pasti macam itu?” tanya Adrina.

“Sebab pertalian yang ada di antara kita memang sangat istimewa. Ia dah melangkaui batas persahabatan dan cinta. Kita berdua saling memberi tapi tak pernah harapkan apa-apa. Ianya sangat ikhlas. Saya percaya yang pertalian sebegitu pasti akan kekal selama-lamanya.” jawabku dengan panjang lebar. Adrina seolah-olah tergamam dengan peneranganku. Lama gadis jelita tersebut meneliti wajahku untuk membaca maksud sebenar yang tersirat.

“Hm.” ujar Adrina seraya tersenyum. Beliau tiba-tiba merapatkan tubuhnya kepadaku. Hampir-hampir saja kami bersentuhan. Aku mulai berasa gementar. Jantungku mula berdegup keras.

“Kalau begitu, inilah pertalian yang paling indah Rina pernah alami dengan seseorang. Berbaloi rasanya kalau Rina berkorban dan melupakan Milan. “ ujarnya dengan lembut. Malah hampir seperti berbisik. Matanya yang bening menatap tepat ke dalam anak mataku, sedangkan senyuman penuh bermakna masih mengukir di bibir.

“Jangan, Rina. Jangan ke topik itu lagi.” tegurku. Adrina tertawa kecil Ternyata beliau menyakatku tadi. Kepalanya mengangguk kecil tanda menyetujui permintaanku.

“Kalau begitu, Rina akan tinggalkan sesuatu yang istimewa untuk pertalian Rina dan Arip di sini. Rina nak pastikan pertalian tu kekal sampai bila-bila. Rina bersedia untuk melangkaui batasan persahabatan dan cinta macam yang Arip cakapkan tadi.” Kata-kata tersebut bagaikan paluan petir di dalam sanubariku. Dadaku berasa sakit dek degupan jantung yang semakin tidak keruan. Aku tidak dapat menangkap sepenuhnya maksud kata-kata Adrina. Namun aku rasa aku tahu apa yang beliau mahukan dariku sekarang.

“Oro? Kau cakap apa ni?” tanyaku yang masih pura-pura tidak dapat menangkap maksud Adrina. Beliau tersenyum. Matanya merenung tepat ke mataku sebelum beliau mendekatkan bibirnya ke cupingku.

“Tiada sesiapa di rumah nenek Rina. Hanya kita berdua saja.” bisiknya. Jantungku semakin berdegup keras. Rasionalku hampir-hampir sahaja terhumban keluar. Adrina meletakkan kedua telapak tangannya di bahuku. Beliau menjilat bibirnya, Matanya masih tepat memandangku. Mulutnya sedikit terbuka. Taakulanku nampaknya benar belaka.

“Adrina…” ujarku.

“Sekali ni saja…” balas Adrina. Wajahnya semakin mendekatiku. Aku pasti bibir kami akan bertemu akhirnya. Aku tahu ianya adalah salah. Namun aku begitu menginginkannya. Tiba-tiba nada dering telefon Adrina berbunyi. Sekaligus ia mematikan perasaan pelik yang terbit di antara kami berdua tadi. Adrina segera mengeluarkan telefon selularnya dari poket.

“Hai Mama. Rina kat rumah nenek. Hm. Hm. Okey, Rina balik sekarang. Bye.” Nampaknya saat-saat romantik kami berdua berakhir di sini tanpa sebarang unsur-unsur Hollywood seperti yang kuharapkan. Dan yang paling malang ialah aku masih tidak berjaya memberitahunya akan perasaan sebenarku.

“Jom balik.” ajaknya. Senyuman masih terlakar di bibir. Hampir-hampir saja aku dapat membelainya dengan bibirku tadi. Apa nak buat… Malam ni aku cium bantal busukku lagilah gamaknya.

“One too many wasted sunset…” ujarku tiba-tiba.

“Mm?” tanya Adrina.

“Saya suka lagu Wasted Sunset nyanyian kumpulan Deep Purple. Dia nyanyi : one too many wasted sunset. Nizam kata maknanya banyak sangat terlepas peluang yang romantik.” ujarku dengan panjang lebar.

“Oh… ya ke? Hmm… It makes sense.” komen Adrina.

“I had.” ujarku.

“Had what?” tanya Adrina.

“I had one too many wasted sunset.” jawabku. Aku benar-benar berasa bengang dan kecewa dengan diriku sekarang. Tiba-tiba lenganku dipaut oleh Adrina. Apabila aku menoleh, beliau sedang tersenyum padaku.

“It’s okay. There’ll be another sunset.” pujuk Adrina. Beliau melepaskan rangkulan di lenganku dan mula bergerak menuju ke arah kereta.

“Rina…” seruku. Langkah Adrina mati. Tubuhnya kembali berpaling ke arahku.

“Apa yang saya cakap tentang ikatan istimewa yang buat kita tak berubah tadi…” ujarku.

“Hm… Kenapa?” tanya Adrina.

“Semuanya mengarut aje.” jawabku.

“Habis, apa yang buat Arip tak berubah nanti?” tanyanya pula.

“Cinta saya… pada Rina. Itu yang buat saya takkan berubah” jawabku. Adrina terpaku. Lama beliau merenung tepat ke mataku. Setelah beberapa ketika baharulah bibirnya mengorakkan senyuman.

“I’m glad to hear that.” balasnya lantas meneruskan langkah ke SUV beliau.

Aku pula masih tercegat di situ. Tiada apa lagi yang mampu kubuat selain melepaskan keluhan sesal. Aku sudah terlepas peluang dengan Shaleen. Dan kini dengan Adrina pula. Mungkin beginilah agaknya takdir perjalanan cintaku yang indah. Ianya cuma seketika… bagaikan mimpi sahaja. Aku tidak berpuas hati dengan takdir tersebut. Tapi hidupku ini bukanlah sebuah mahakarya cinta yang akan diagungkan hingga ke akhir zaman. Hidupku ini adalah suatu realiti… yang sebelum ini sering kusandarkan pada ilusi. Namun apabila realiti kembali mengetuk di pintu hidupku, tiada apa yang dapat kulakukan melainkan meneruskan kehidupan… dan membawa kesakitan di hati ini bersamaku.


- Bersambung -

Saturday, May 23, 2009

Emo Hero Bab 42

Emo Hero Bab 42



“Train wreck! Train wreck!”

“Lu diam la, butoooh…” ujarku sebagai membalas usikan Nizam. ‘Train wreck’ dalam konteks usikannya ialah malapetaka yang menimpaku sekarang. Mana taknya. Aku mencintai Adrina sebelum ini. Tapi lepas tu jatuh cinta pulak pada Shaleen. Alih-alih jatuh cinta balik pada Adrina. Sekarang kedua-dua gadis tersebut berada di hadapanku. Memang malapetaka!

“Arip jangan la panik. Rina baru-baru ni call Shaleen untuk truce. Sekarang kami dah berbaik. Jadi kami saja nak buat surprise kat Arip.” maklum Adrina. Aku dah memang surprise maut dah ni. Rasanya malaikat Izrail pun ada duduk kat sebelah aku ni.

“Peace and love, man!” ujar Shaleen pula. Sambil tu buat lambang peace dengan gaya ala-ala Bangla yang jinak dan comel. Ceh!

“Jadi korang betul-betul la dah berbaik sekarang?” tanya Wadi.

“Betul la. Kenapa pulak tanya macam tu?” tanya Adrina kembali.

“Bukan apa, kalau korang dah berbaik senang la Arip.” jawab Wadi. Senyuman mulai terukir di bibirnya. Aku pula mulai berasa tak sedap hati.

“Arip senang? Apa maksud you?” tanya Shaleen.

“Senang la Arip berpoligami!” Sebaik sahaja berkata demikian, Wadi dan Nizam tertawa terbahak-bahak sampai nak tercabut anak tekak. Aku pun sebenarnya nak menyertai tingkah laku yang tidak disenangi oleh Allah tersebut. Tapi aku takut nanti kena serang pulak dek persatuan kaum ibu tunggal zon Simpang Halt.

“Kamu ni memang jahat la Wadi! Setaaan!” maki Adrina seraya menembi bahu Wadi beberapa kali. Uih! Boleh tahan padunya penembi si Adrina ni. Mujur la aku hanya kena sepit ketam masak tiga rasa setakat ini. Kalau kena penembi macam itu, mau tak berbulu sebelah ketiakku barang sepurnama.

“Kamu tak marah ke Leen?” tanya Adrina setelah dilihatnya Shaleen bermuka selamba aje.

“Kenapa harus marah? Okeylah tu. Lebih baik jadi bini bernombor kedua dari jadi mistress.” jawab Shaleen. Kami serentak ketawa terbahak-bahak sekali lagi. Kali ini aku pun turut berserta. Kalau la mendiang Abu Jahal masih hidup, tentu dia berbangga melihat cara kami ketawa. Adrina yang berasa geram terus mencubitku sekuat-kuat hati. Aku mengaduh. Namun pada masa yang sama otakku berprasangka bahawa kemungkinan besar Adrina berasa cemburu. Mataku sempat melirik ke arah Shaleen. Amoi tersebut ternyata juga sedang memandangku bersama senyuman yang tersulam dengan makna yang diketahui hanya oleh kami berdua.

“Anyways… Kenduri mama Rina akan berlangsung Sabtu ni. Jadi korang semua kena datang, okey? Leen pun kena datang. Wadi, nanti ajak Wawa datang sekali, ya?” Bunyi Adrina seolah-olah memujuk. Beria-ria benar nampaknya beliau mahu berbaik dengan Norazwa yang masih bersikap dingin terhadapnya. Ternyata keakrabanku dengan Adrina masih gagal merobohkan dinding dingin di antara beliau dengan para penuntut lain, lebih-lebih lagi rakan-rakan perempuan sekuliahku. Aku mula berasakan bahawa mereka sebenarnya menggunakan alasan tragedi ke atasku dulu untuk menyisihkan gadis tercantik di UNISAS ini. Begitulah sikap manusia apabila mereka mempunyai perasaan dengki terhadap orang lain. Wadi mengangguk. Namun dari air mukanya aku telahpun dapat menangkap perasaan serba-salahnya. Pasti buah hati Wadi tersebut juga masih enggan menerima Adrina.

*********************************************

“Rina, jom balik. Aku dah boring buat assignment.” Adrina mempamerkan muka suram tatkala aku membuat keputusan tersebut. Aku tahu bahawa gadis di hadapanku ini ingin seboleh-bolehnya menghabiskan masa dengan kerap denganku sebelum ke Milan. Aku juga berperasaan serupa. Tapi aku dah rasa mengantuk teramat sangat ni. Sudah hampir 2 jam kami menghabiskan masa di perpustakaan.

“Petang ni kita jumpa, okay?” pinta Adrina.

“Malam tak boleh ke?” tanyaku pula. Malas la nak jumpa petang-petang ni. Aku nak melepak bersama kawan-kawan yang sejantina denganku dan mengganggu gadis-gadis genit yang lalu-lalang di kafeteria.

“Malam ni kan Rina kena tolong untuk kenduri kahwin mama? Mana boleh jumpa Arip…” jawabnya dengan nada omelan. Bibir mungilnya mulai menjuih macam bangau kat Bukit Jelutong. Nak merajuk la tu. Aku harap jangan la Liayana Jasmay merajuk macam ni bila menjadi suri hidupku nanti. Ewah!

“Okeylah. Kita jumpa petang ini la.” Akhirnya aku mengalah sojar Jerman. Lagipun Wadi dan Nizam pergi berjanji temu petang ni. Tinggallah aku seorang diri bak melukut di tepi gantang. Sekali air bah sekali aur berubah. Karam Walia… meet your match!

“Dah la. Jom la kita balik. Aku nak tido dulu la. Serius mengantuk sangat dah ni.” ajakku. Adrina mengangguk. Kami beriringan berjalan menuju ke arah keluar dari perpustakaan. Sepanjang perjalanan beliau menyanyi-nyanyi kecil. Mungkin berasa gembira gamaknya kerana dapat memaksa aku mengikut kemahuan nafsu serakahnya itu tadi. Tiba-tiba nyanyian Adrina berhenti. Begitu juga dengan derap langkahnya. Kakiku juga terus mengaktifkan sistem Electronic Brake Distribution (EBD) untuk bersaing memegun bersamanya.

“Hm? Kenapa Rina?” tanyaku. Aku mengarahkan pandanganku ke arah pandangan Adrina. Ianya sebuah bilik fotokopi yang kosong. Ada orang tercicir sekampit beras kat situ ke? Aku melihat tiada apa-apa yang istimewa di bilik tersebut. Tapi kulihat Adrina tersenyum gembira memandang tempat tersebut.

“Kenapa Rina?” tanyaku sekali lagi. Kali ini Adrina memandang ke arahku. Senyuman masih melirik di bibirnya.

“Apahal tersenyum pulak ni? Nampak taik hidung aku ke?” tanyaku dengan nada melawak. Adrina tertawa kecil. Namun senyuman manisnya masih menjadi teka-teki buatku.

“Arip tak ingat?” tanyanya. Aku kembali merenung ke arah bilik fotokopi kosong tersebut. Kemudian pandanganku diarahkan kembali ke arah Adrina dengan gelengan kepala. Adrina mencubit lenganku dengan lunak.

“Serius tak ingat?” tanyanya. Aku sekali lagi menjengah pandangan ke arah bilik fotokopi tersebut. Kemudian menggelengkan kepala.

“Ada apa kat situ?” tanyaku. Adrina masih tersenyum. Namun kali ini beliau pula menggelengkan kepala.

“Tak ada apa-apa. Jom kita balik.” jawabnya. Aku hanya akur dengan seribu pertanyaan yang bersarang di dalam benakku. Entah kenapa aku berasa macam dah buat sesuatu yang salah pulak.

*********************************************

Setelah menghantar Adrina pulang ke hostelnya, aku mendedaskan motorsikalku ke arah hostelku pula. Aku berharap dalam perjalanan nanti janganlah terlelap pulak. Kang tak pasal-pasal terjun tiruk ke lembah dengan kuda besiku ini. Akhirnya selang beberapa minit kemudian aku selamat tiba di hostel. Tatkala tiba di pintu bilikku, kulihat Wadi sedang mundar-mandir di luar bilik.

“Oit! Apahal melepak kat luar ni? Wawa ada kat dalam tengah tukar baju ke?” usikku. Wadi membalasnya dengan celangan tajam. Waduh! Inikah yang dikatakan sebagai cinta abadi? Tapi jelingannya macam Abby Abadi aku tengok…

“Kau masuk dalam pergi tengok sendiri.” jawabnya dengan dingin. Nampaknya Wadi bukannya marah padaku. Ada sesuatu yang membuatnya kurang selesa. Dan ianya ada di dalam bilik kami. Aku segera menguak daun pintu bilik.

“Hai dik!” Aku terpaku. Abang longku rupa-rupanya yang berada di dalam bilik. Spontan sahaja tanganku mengepal menjadi buku lima.

“Dik! Takkan kau nak pukul aku macam Lang jugak? Aku datang cuma nak bersembang aje. Takkan la tak boleh?” Pujukan abang longku berjaya membatalkan hasratku yang telah diserkap jarang olehnya.

***********************************************

“Mustahil!” Itulah kata-kata yang terpacul dari mulutku tatkala mendapat makluman terbaharu daripada abang sulungku.

“Sumpah. Wallahi. Andrew sendiri yang bagitau. Dia kata abang long tak payah nak bersembunyi lagi. Keluarga kita juga tak perlu jual tanah untuk bayar baki hutang tu. Andrew kata dah selesai.” ujar abangku memperincikan perkhabarannya tadi.

“Entah-entah dia nak kenakan abang long tak?” taakulku dengan nada gusar.

“Dungu! Kalau dia nak buat apa-apa kat aku, dah tentu la dia terus aje buat. Aku dah ada kat depan dia masa tu.” tempelak abang sulungku. Aku terdiam. Pelik betul. Fikir ikut mana pun aku berasakan bahawa mustahil Andrew akan melupuskan hutang empat puluh ribu ringgit tersebut. Bagaimanapun ada sesuatu yang lebih penting ingin kuutarakan kepada abang sulungku ini.

“Andrew ada berjumpa dengan aku. Dia bagitau aku yang bang long sekarang dah masuk kumpulan haram pulak. Betul ke?” tanyaku. Terbeliak mata abang sulungku. Beliau bungkam.

“Macam mana? Betul tak?” tanyaku dengan gaya mendesak. Akhirnya abang sulungku mengangguk.

“Abang long jadi gangster pulak sekarang, ya?” tanyaku lagi.

“Abang banyak berhutang dengan orang. Jadi abang perlukan perlindungan.” Jawapannya itu adalah suatu pengesahan kepada kemusykilan yang bermain di kepalaku sekarang.

“Jadi bang long fikir itulah sebabnya Andrew halalkan hutang abang kepadanya, ya?” tanyaku pula.

“Mungkin.” jawab abang sulungku. Terselit nada megah dalam jawapannya.

“Abang long jangan cari pasal! Orang yang jadi gengster ni mana pernah hidupnya berakhir dengan perkara baik. Bak kata orang, if you live by the sword then you’ll die by the sword.” nasihatku.

“Alah, aku tau la yang aku buat. Jangan la kau risau sangat. Pokok pangkalnya masalah hutang aku dah selesai sekarang.” tingkah abang sulungku untuk mempertahankan dogmanya. Aku menggelengkan kepala.

“Memang la satu masalah dah selesai. Tapi abang long dah cari masalah baru pulak.” ujarku.

***************************************************

Perbualan kami berakhir dengan pertengkaran kecil. Namun abang sulungku tetap dengan pendiriannya. Dalam hal seumpama ini aku cukup terkilan dengan ibu bapaku yang selalu memenangkannya. Itulah sebabnya mengapa beliau begitu mua sekali. Pun begitu abang longku sempat menghulurkan RM1,050.00 kepadaku sebelum beliau melangkah pergi. Beliau memberitahuku yang seribu ringgit tersebut adalah untukku manakala baki lima puluh ringgit tersebut untuk Adrina yang sebelum ini pernah memberinya wang belanja. Bila aku bertanya mana beliau mendapat wang sebanyak itu, abang sulungku menjawab bahawa beliau sekarang bekerja dengan salah seorang ahli kumpulan yang baharu dimasukinya itu. Kononnya kerja yang bersangkutan dengan kontraktor pembinaan.

“Aku memang tak berguna sebelum ni. Tapi aku tetap nak buat sesuatu yang baik untuk kamu.” ujarnya sebagai penutup perbualan kami.

Namun aku tetap berasa bimbang dan kurang enak di dalam hati…



- bersambung -


Notakaki :

Assalamualaikum...

Aku ingin meminta maaf kerana begtu lama tidak menghantar sambungan cerita Emo Hero. Entah mengapa bulan Mei ini aku betul-betul rasa 'beku' untuk menulis. Mungkin juga banyak perkara negatif yang berlaku di sekelilingku dan terhadap orang-orang yang kukenali yang memberi kesan kepada mood aku. Pun begitu, aku gagahi juga untuk menghabiskan Bab 42, dengan hasil yang mungkin nampak macam separuh hati. Harapnya aku boleh menulis dengan lebih baik lagi kelak apabila mood aku kembali.

Sunday, April 26, 2009

Emo Hero Bab 41

Emo Hero Bab 41



“Nah.” Aku terpaku merenung air teh O ais limau yang diunjukkan oleh mak cik brutal. Wanita yang pada agakanku dalam lingkungan 50’an kemudiannya duduk menghadapku. Akal rasionalku cuba membuat puluhan taakul tentang niat dan tindak-tanduknya yang tiba-tiba mahu berbual denganku. Tapi yang lebihnya ialah aku terfikir mengapa tak dihidangkan kuih sekali? Sebagai bonus friends and family, aku juga terfikir bahawa mak cik brutal ni mahukan apa dariku. Aku ni warga kebanyakan yang santai aje, bukannya anak menteri. Entah-entah bapakku dapat darjah kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri semalam, tak? Oh… sampai hati bapak tak bagitau aku tentang hal gilang-gemilang ini. Eh! Fokus! Fokus!

“Mana mak cik tau saya suka teh O ais limau?” tanyaku. Selain ice lemon tea, itulah minuman yang aku kerap teguk.

“Kamu selalu order, tentulah mak cik tau.” jawabnya.

“Tak sangka mak cik ingat.” komenku. Entah-entah mak cik brutal sebenarnya menyimpan perasaan terhadapku juga, tak? Tak pun aku ni anaknya yang hilang semasa rusuhan penunjuk perasaan kumpulan baju kuning di Thailand.

“Mak cik ingat setiap makanan dan minuman kegemaran student-student yang datang ke sini. Mana mungkin mak cik tak tau?” jawabnya. Biar benar… Mak cik brutal ni pun ada memori fotografik juga ke? Namun aku mengambil keputusan untuk tidak memanjangkan isu tersebut ke parlimen. Terus saja kusedut minuman pemberian mak cik brutal tadi.

“Kenapa dengan kamu, Arif?” Tiba-tiba mak cik brutal menyuarakan pertanyaan yang pelik pada telingaku. Lagipun makin pelik bila dia tau nama aku. Tapi mungkin juga tak pelik sebab aku, Nizam, Wadi dan Adrina kerap sangat menghabiskan masa kami berbuat bising di kafeterianya setiap hari.

“Apa maksud mak cik?” tanyaku kembali.

“Mak cik selalu perhatikan kamu dan Adrina. Sejak kebelakangan ni mak cik tengok kamu macam bersedih saja. Dan kerap sangat kamu duduk menyendiri kat sini walaupun kawan-kawan kamu dah balik. Kamu ada masalah ke?” tanyanya. Buat seketika aku bungkam. Mak cik brutal pula begitu setia menunggu jawapan dari mulutku. Baik aku cepat jawab. Kang buatnya dia hilang sabar, mau terbakar wajah ayuku terkena sinaran laser ungu pembakar dunia dari kedua biji matanya. Aku menghela nafas dalam-dalam dan kemudian melepaskan satu keluhan berat.

“Sebenarnya saya baru aje sedar yang saya jatuh hati kat Adrina.” ujarku sebagai mukaddimah.

“Dia tak terima kamu?” tanya mak cik brutal. Aku menggelengkan kepala tanda menidakkan taakulan tersebut.

“Dia tak tahu pun.” jawabku.

“Kenapa kamu tak bagitahu dia? Kamu takut?” tanya mak cik brutal lagi. Memang la tak salah kami panggil makcik ni sebagai mak cik brutal. Bertanya pun punya la terus terang macam samseng pecahkan botol nak ajak gaduh. Entah-entah kat belakang kafe ni ada motorsikal Harley dia dengan rantai besi terpalit darah yang terlilit kat handle-bar.

“Kamu tengok apa tu?” tanya mak cik brutal tiba-tiba setelah dilihatnya aku tercangak-cangak memandang ke arah belakang kafeteria. Aku segera menggelengkan kepala.

“Adrina sebenarnya nak berhenti belajar kat sini. Dia nak ikut bapak dia ke Itali. Mungkin tiga empat tahun duduk di sana. Kalau saya bagitau yang saya jatuh hati kat dia, mungkin dia tak mau ikut bapak dia.” jawabku pada pertanyaannya sebelum ini.

“Dia sukakan kamu juga ke?” tanyanya lagi.

“Rasanya ya. Dia pernah bagitau dulu.” jawabku.

“Tapi kamu tetap mahu dia pergi?” tanyanya. Aku menganggukkan kepala.

“Walaupun saya sangat sayangkan dia dan tak sanggup tengok dia pergi, tapi saya tetap mahu dia pergi demi kebaikan dia.” jawabku. Entah kenapa tiba-tiba terasa air mataku mulai bergenang.

“Bertuah Adrina dapat orang macam kamu ni. Bodoh tapi sangat baik.” komen mak cik brutal. Aduss… bisa betul pernyataannya itu. Kalau tak kerana teh O ais limau, mau aku karate budokan tujuh belas Dan kat dahi kedut berlapis mak cik brutal ni.

“Arif, mak cik faham apa yang kamu inginkan. Tapi pernah tak kamu fikir apa yang Adrina inginkan?” tanyanya pula. Soalannya itu membuatku tergamam seketika.

“Apa yang Adrina inginkan?” tanyaku kembali. Mak cik brutal mengangguk.

“Adrina tentu mahukan kepastian tentang perasaan kamu pada dia. Dia tentu sangat sedih kalau dia pergi tanpa tahu sama ada kamu cintakan dia atau tak. Dia tak akan tahu sama ada untuk terus setia kepada kamu atau teruskan hidupnya di sisi orang lain. Kamu sepatutnya bagitahu dia perasaan kamu tu. Kemudian biar dia yang buat keputusan sama ada mahu ikut bapa dia atau terus tinggal di sini. Jangan memandai nak tentukan apa yang dia mahu dalam hidup dia.” Terpaku aku mendengarkan teguran dan nasihat mak cik brutal. Agak lama kami mendiamkan diri. Aku menyedut minumanku sehingga selesai.

“Hari ni mak cik belanja kamu minum. Lain kali kena bayar.” maklum mak cik brutal seraya mengambil gelas kosongku dan bangun meninggalkanku dalam keadaan terpinga-pinga. Aku hanya memerhatikan sahaja mak cik brutal yang kini mencuci gelasku tadi. Seketika kemudian aku pula bangun dan mendekatinya.

“Mak cik…”

“Hm? Nak minum lagi?” tanya mak cik brutal. Aku menggelengkan kepala.

“Saya cuma nak tau nama mak cik.” jawabku. Mak cik brutal terpaku seketika. Kemudian beliau tersenyum.

“Rodiah. Nama mak cik Rodiah.” maklumnya.

“Terima kasih, mak cik Rodiah. Saya jugak nak minta maaf sebab selama ni kami panggil mak cik dengan nama mak cik brutal.” ujarku.

“Beru… berutal tu apa?” tanyanya.

“Aaa… lebih kurang maknanya ialah ganas. Sebab mak cik-” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, mak cik Rodiah tertawa besar. Inilah pertama kali aku melihatnya tertawa. Aku mahu membiarkan mak cik Rodiah menghabiskan tawanya, namun akhirnya aku juga turut tertawa sama.

“Muka mak cik ni memang nampak garang dan ganas, kan?” tanyanya setelah tiba ke ekor tawanya. Aku mengangguk. Sekali lagi mak cik Rodiah tertawa. Aku juga turut tertawa. Dalam hatiku sebenarnya bersyukur ke hadhrat Illahi sebab tak dihentak dengan kepala cangkul olehnya. Tidak… sebenarnya hatiku bersyukur kerana mendapat pedoman dari Illahi melalui mak cik Rodiah.

**************************************************

Beberapa hari kemudian, aku mulai dapat berbual secara normal dengan Adrina. Namun sesekali apabila beliau menyentuhku jantungku pasti akan berdetak keras. Aku mencuri-curi peluang untuk berbual secara serius dengannya dan mencurahkan isi hatiku mengikut apa yang dicadangkan oleh mak cik Rodiah. Namun ada saja la halangan pagar trek balapan untukku berbuat demikian.

“Apabila pihak pendakwaraya telah mengemukakan semua saksinya, maka kedua-dua pihak pendakwaraya dan peguambela tertuduh akan membuat penghujahan. Sekiranya pihak pendakwaraya berjaya membuktikan kesnya, maka hakim akan memutuskan wujudnya prima facie di dalam kes pendakwaraya. Hakim tersebut akan mengarahkan pihak tertuduh untuk membela diri dan mengemukakan kesemua saksinya. Namun jika pihak pendakwaraya gagal membuktikan kesnya, hakim akan terus membuang kes tersebut dan melepaskan si tertuduh tadi.” Ketika aku sedang begitu khusyuk mendengar pengajaran Puan Faridah, tiba-tiba bahuku dicuit. Siapa pulak la yang nak jadikan aku imam pulak ni? Aku bukannya tengah solat, bodoooh… Ha! Cuit lagi. Ooo… agaknya nak suruh aku pandang ke belakang kot! Aku menoleh untuk memastikan siapakah yang ingin malaaaikatul mauuut menjemputnya pergi di awal pagi ini. Rupa-rupanya si Wadi. Nasib baik la sahabat baik aku dunia akhirat yang mencuit.

“Nah.” ujar Wadi dengan perlahan sambil mengunjukkan secebis kertas kepadaku. Aku dapat mengagak pasti ianya daripada Adrina. Aku segera membaca tulisan yang tercatat pada kertas tersebut.

‘Rina nak jumpa Arip. Tunggu Rina di kafe, ok?’ Begitulah isi kandungannya lebih kurang. Hatiku berasa teruja. Namun resah pada masa yang sama. Tak payah tulis nota atau batu bersurat Terengganu pun kami pasti akan melepak di kafeteria. Kenapa mesti beria-ia nak berpesan-pesan dengan kesabaran pulak? Aku menoleh ke arah Adrina. Beliau kelihatan ralik mencatat syarahan Puan Faridah. Namun senyuman melirik lebar di bibirnya.

***********************************************

“Mana Rina?” tanya Nizam setelah melihat hanya aku seorang melenggang. Ketika ini hanya kami berdua yang berjalan beringingan. Wadi masih besembang mesra dengan Norazwa. Adrina pula lesap entah ke mana selepas habis kuliah tadi.

“Aku pun tak tau. Dia mintak kita tunggu di kafe.” maklumku.

“Wadi! Kami nak ke kafe! Kau nak ikut tak?” teriak Nizam ke arah Wadi.

“Kejap lagi!” teriak Wadi pula. Bertempik-tempik sahabat-sahabatku ini macam Tarzan nak pinjam cawat. Malu betul! Tiba-tiba Puan Faridah keluar dari bilik kuliah. Terkedu Nizam dan Wadi.

“Saya ingat Tarzan ada di luar tadi.” sindirnya. Ha! Kan aku dah kata! Para penuntut yang masih berada di perkarangan bilik kuliah terus mentertawakan Wadi dan Nizam. Aku la lebih-lebih lagi. Sampai nampak halkum jantan keberetku sekali. Namun hidup ini perlu diteruskan. Jadi aku dan Nizam tetap bepergian ke kafeteria sungguhpun sekali-sekala kami bertembi sesama sendiri.

*************************************************

“Mana Rina ni?” sungut Nizam setelah hampir setengah jam kami menunggu di kafeteria. Wadi baharu sahaja menyertai kami tanpa buah hatinya di sisi. Jadi beliau tidaklah berasa jemu sangat seperti kami.

“Kamu nak minum lagi, Arip?” Tiba-tiba mak cik brutal… eh! Rodiah berteriak kepadaku.

“Mak cik Rodiah; buatkan saya teh O ais limau satu, ya?” pintaku. Nizam dan Wadi berpandangan.

“Ro… Rodiah? Mak cik brutal tu namanya Rodiah? Bila pulak kamu jadi anak angkatnya, Rip?” tanya Nizam. Ha! Bangganya aku! Walaupun Nizam yang selalu bersembang dengan mak cik Rodiah selama hari ni, namun aku juga yang tau siapa nama sebenarnya.

“Haha! Apa macam? Kagum tak-” Keangkuhanku nampaknya tidak bertahan lama kerana akhirnya aku ternampak kelibat tubuh Adrina yang menuju ke arah kami…. bersama Shaleen!



- Bersambung -


Monday, April 20, 2009

Emo Hero Bab 40

Emo Hero Bab 40


Beberapa hari kemudian…

“Hai sayaaang!”

‘Hai sayang’ la pulaaak. Perasaan gemuruh untuk berdepan dengan Adrina semakin menebal dalam diriku. Pompuan ni macam sengaja aje nak menyakat aku. Mati esok jadi penunggu perhentian bas baharu tau! Aku membalas sapaan manja lemak berkrimnya itu dengan senyuman sekangkang kera. Kira ipar duai senyuman gementar la tu.

“Ha… Hai Adrina.” balasku kembali setelah beliau datang mendekati. Segenap liang di dalam rongga hidungku dapat menghidu bau semerbak wangian yang terpancar dari tubuh langsingnya. Entah mengapa hatiku begitu meruntun untuk mendakap Adrina ketika ini. Walhal sebelum ini aku lebih rela mendakap pokok pisang Rastali. Yalah tu! Tentulah lebih baik tubuh awek dari batang pisang, kan? Cuma perasaanku sahaja yang berlainan dari sebelum ini.

“Eh? Mana Nizam dan Wadi?” tanyanya. Setiap patah tutur bicara yang kudengar bagaikan aliran elektrik yang menjalar di segenap tubuhku. Suwey betui perasaan yang kurasakan di kala ini. Aku dengar ada seorang bomoh yang pandai mengalihkan penyakit manusia kepada kambing. Boleh kot gamaknya dia alihkan perasaan membuakku ini kepada kambing? Mau gamaknya kambing tu pulak yang angaukan gadis jelita di hadapanku ini.

“Aaa..diorang ada kat kafeteria.” jawabku dengan nada yang agak kalut. Aku tadi sebenarnya kelam-kabut pergi ke jamban untuk melakukan tanggungjawab sebagai insan kerdil di bumi Allah ini. Sebaik sahaja keluar dari premises terunggul tersebut, mau pulak terserempak dengan gadis manis ini. Tiba-tiba lengan kanan Adrina merangkul lengan kiriku sebelum sempat aku berbuat apa-apa.

“Jomlah kita ke sana.” sarannya dengan nada separa merengek. Aku yang bagaikan terkena pukau Abu Bakar Juah dalam Puaka Niyang Rapik menurut sahaja daya tarikannya itu. Kami beriringan berjalan ke arah kafeteria yang dalam jarak 12 batu nautika bot nelayan.

“Arip.” Tiba-tiba Adrina bersuara setelah agak lama kami berdiam diri. Aku langsung memandang ke arahnya. Kulihat Adrina hanya menatap wajahku dengan senyuman yang amat manis tapi penuh dengan teka-teki. Harapnya janganlah dia bagi teka-teki macam dalam akhbar Kosmo! tu. Aku lepas berak ni memang jadi bengap sikit untuk beberapa puluh minit.

“Kenapa Rina?” tanyaku setelah Adrina tidak mengungkapkan sebarang bicara selepas itu.

“Tak ada apa-apa.” jawab Adrina sambil menggelengkan kepala. Beliau kemudian memandang ke depan untuk mengelakkan renunganku. Namun senyuman manis tadi masih tetap utuh di bibir mungilnya. Setelah beberapa ketika, akhirnya kami sampai ke kafeteria.

*********************************************

“Rina, nanti bila kau dah ke Milan, semua nota kau hadiahkan la kat aku, ek?” pinta Wadi. Dah hampir 20 minit kami melepak dan berlabun di kafeteria selepas habis kuliah. Begitulah trend bebudak bangsa aku menghabiskan masa yang berharga. Kat kampung mak bapak bersembur-sembur taik gigi bercerita kat orang yang anaknya setiap masa belajar untuk lulus peperiksaan. Kalaulah diorang tau…

“Eh! Mana boleh! Rina cadang nak hadiahkan kat Arip.” tingkah Adrina.

“Kau mintak dulu ke?” tanya Wadi. Aku menggelengkan kepala.

“Ha! Arip tak mintak puuun! Kenapa nak bagi kat dia jugak? Tak acilah macam ni.” ujar Wadi.

“Arip kan pernah tolong Rina berbaik dengan ayah Rina? Sampai sekarang Rina tak dapat balas budi baiknya tu. Jadi Rina cadang nak hadiahkan la nota-nota Rina kat Arip.” jawab Adrina dengan panjang lebar.

“Ala, Rina. Janganlah sebut hal tu lagi. Malulah.” ujarku pula.

“Apalah lu, mamaaat. Kau mintak ajelah kat si Wawa kau tu. Apa, tulisan dia buruk sangat ke?” tempelak Nizam yang baharu selesai menghabiskan burgernya. Wadi tidak membalas. Sekadar mencebikkan bibirnya cuma.

Setelah hampir setengah jam kemudian, kami akhirnya membawa haluan masing-masing. Nizam perlu ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan bapanya. Beliau baharu sahaja tiba dari Sarawak semalam. Nizam mengajak aku menemaninya tapi aku laju aje menggelengkan kepala. Bapak Nizam memang mafia gila. Pertama kali aku jumpa dulu, aku rasa macam nak tercirit keluar ikut pusat. Punyalah seriau kat bapaknya masa itu. Wadi pulak sampai demam empat hari. Tapi memang masa tu dia kena hujan panas pun. Pun begitu kami berteori bahawa andai kata tak berjumpa dengan bapak Nizam masa tu, pasti Wadi cuma demam sehari aje. Atau mungkin senggugut yang minor.

Wadi pulak sebaik sahaja si Wawa datang, terus la jadi suara jadi macam apek jemur colok. Lembut romatik tak tentu pasal. Gitu le agaknya resam orang bercinta. Hingus pun terasa manis bergula sungguhpun hijau kalernya. Aku nak aje mengejeknya tadi tatkala Wadi berbual-bual ala manja kucing Whiskas dengan Wawa. Namun hikmat sepit ketam Adrina terlebih dahulu singgah bertanya khabar di lengan kiriku yang sekaligus membatalkan niatku yang patriotik itu. Jadi aku cuma mampu melambai bye-bye aje kepada capati dua sejoli itu (saja sebut salah ikut macam Shaleen).

“Ha! Sekarang tinggal kita berdua aje. Habis la awak!” usik Adrina setelah hanya kami berdua sahaja yang tinggal di kafeteria tersebut. Hatiku kembali menjadi tidak keruan. Patutnya aku ikut aje si Nizam tadi. Sekurang-kurangnya boleh aku terjun keluar dari kereta dalam perjalanan nanti. Harapnya aku jatuh dekat-dekat rumah urut Ah Mei masa tu.

“Arip marah kat Rina ke?” tanyanya tiba-tiba. Aku menggelengkan kepala.

“Betul? betul tak marah?” tanyanya lagi.

“Betullah.” jawabku dengan iringan senyuman. Namun nyata ianya kaku dan seperti dipaksa.

“Arip nampak lain la sejak kebelakangan ni.” komennya. Isk! Cepat saja dia dah dapat menghidu tingkah-laku pelikku. Gamaknya masa kecik dulu Adrina ni berkawan baik dengan Lassie, kot?

“Ma.. Masalah famili. Abang long saya…” balasku untuk segera mematikan sebarang taakulan daripadanya. Ianya suatu pembohongan. Namun aku berharap agar ianya boleh dipercayai oleh Adrina.

“Oh… I’m sorry. Rina tak akan tanya lagi. Maafkan Rina, ya? Please…” pintanya dalam nada merayu. Aii… cair hatiku jadinya. Mujur la dia tak merayu minta aku terima dia sebagai isteri.

“Rina isterimewa dalam hati saya. tentu la saya maafkan.” ujarku dalam nada melawak. Namun perasaanku berasa ada sesuatu yang tak kena pada kata-kataku tadi. Ianya terzahir pada wajah Adrina.

“Hm? Arip kata apa tadi? Isteri-mewa?” tanyanya. Ih! Memang sah aku dah tersebut benda yang sepatutnya terpendam dalam kepala otakku aje. Belum aku membuka mulut untuk membela diri, Adrina telahpun menderaikan tawa.

“Aku silap cakap la…” ujarku. Kantoi… kantoooiii…

“Hm. Okay… Rina pun nak balik ke rumah. Banyak lagi persiapan mama yang tak selesai. Arip nak ikut ke sana?” pelawanya. Aku menggelengkan kepala. Biasanya ada aje jawapan lawak yang boleh kuutarakan dan membuat gadis jelita ini tertawa. Namun kali ini otakku tak mampu berfikir apa-apa. Sebenarnya ada. Tapi yang lucah punyalah! Adrina tiba-tiba bangun dan mengesat-ngesat bahagian punggung dengan kedua tangannya. Beliau kemudian memandang ke arahku dan menghadiahkan satu senyuman manis.

“Bye Arip. Take care.” ucap Adrina.

“Babai.” Itu aje yang dapat kuucapkan. Takut rasanya untuk mengucapkan ‘take care too’ kepadanya. Mungkin aku takut isi hatiku yang sebenar sampai kepada Adrina bersama ungkapan itu nanti. Adrina terus berpaling dan melangkah pergi. Tinggallah aku termangu-mangu seorang diri di situ. Agak lama aku memerhatikan kelibat tubuh Adrina sehingga ianya menghilang dari pandangan.

“Kamu tak balik ke?” Pertanyaan tersebut benar-benar membuatkanku terperanjat. Hampir saja aku menjerit hingga menanggalkan seluar dan kemudian menjemurnya di ampaian. Namun rasionalku segera menenangkan emosiku. Aku segera mengangkat muka untuk memandang si empunya suara yang pada firasatku mampu menarik perhatian kerbau-kerbau betina untuk mengawan.

“Mak cik?” ujarku dengan nada kehairanan. Mataku masih tak berkelip-kelip memandang ke arah mak cik Brutal; tokeh kafeteria Fakulti Undang-Undang UNISAS ini.


- Bersambung -

Tuesday, April 7, 2009

Emo Hero Bab 39

Emo Hero Bab 39


“Arif, Leen nak cerita sesuatu rahsia besar pada Arif. Tapi Arif musti janji untuk simpan ketat-ketat dalam hati, okay?”

Alaa… Ini yang leceh nii… Aku tak paham apasal ompompuan suka sangat bagitau rahsia besar kat lelaki? Kununnya lelaki ni lebih bagus menyimpan rahsia daripada pompuan. Hello… yang tersembul gambar-gambar lucah atau aksi-aksi panas klip 3gp korang tu idak ke hasil air tangan lelaki? Baik cerita kat ulat gonggok rahsia kamu tu. Tapi aku tetap mengangguk. Kang kalau aku kata aku tak mau dengar, ompompuan bukannya bukannya nak dengar cakap aku tu. Tetap jugalah bibir mungil korang tu meluahkan ayat-ayat yang membebankan sanubari aku untuk menyimpannya. Yalah, aku ni bukannya penyimpan mohor besar raja-raja. Cuma bocor rahsia bila nak raya puasa dan raya haji aje.

“Arif tentu dapat suspek Leen benci bapa Leen, kan?” tanyanya sebagai mukaddimah pembuka bicara. Tak de piak daun sirih nak buat kunyah-kunyah kambing ke? Aku masih mengangguk. Tiba-tiba mataku terpandang ke arah meja. Bukan ada taik cicaklah! Korang ni asyik ingat benda lawak aje. Ingat kisah hidup aku cerita lawak ke? Aku baharulah perasan bahawa kedua tangan kami masih bertaut kemas. Mm… tangan orang perempuan memang hangatlah! Entah mengapa tiba-tiba aku teringatkan nasihat naqibku bahawa bahang kehangatan tangan perempuan bukan muhrim yang lelaki pegang akan mendekatkan tangan lelaki itu ke bahang api neraka. Alamaaak… Nak lepaskan tangannya itu rasa tak sampai hati pulak. Bukan apa, kang belum tentu dapat peluang nak pegang lagi!

“Dulu bapa Leen berniaga kecil-kecil. Lepas itu dia dapat pinjam bank dan buat bisnes besar-besar pulak. Tapi lepas itu ekonomi Malaysia jatuh teruk. Jadi bisnes bapa Leen pun jatuh teruk. Bapa Leen tak mau hidup susah. Dia takut bangkrap. Jadi bapa Leen pinjam dengan along pulak. Memang dia buat silap besar.” cerita Shaleen dengan panjang lebar. Aku semakin berasa kurang selesa.

“Bisnes bapa Leen tetap rugi. Bapa Leen tak dapat bayar duit along yang dia pinjam. Jadi… Jadi…” Shaleen gagal menghabiskan bait-bait ceritanya. Mukanya tunduk memandang meja. Aku dapat merasakan tubuhnya menggeletar sementelah masih memegang tangannya.

“Bapa Leen jual Leen pada along tu untuk seminggu…” sebaik sahaja mengungkapkan kata-kata tersebut dalam keadaan tersekat-sekat, Shaleen memekup muka dengan kedua telapak tangannya dan menangis teresak-esak. Aku segera bangun dari bangku dan duduk di sebelahnya.

“Saya tak sangka, Leen… I’m… I’m so sorry…” ucapku. Tangan kiriku spontan memaut bahu kirinya. Dan Shaleen seperti tahu-tahu sahaja untuk memekup wajahnya ke bahu kananku.

“They raped me… they all raped me… I hate them… I hate my father… I hate men… I really hate men. Leen harap semua lelaki dalam dunia ni mampus!” ujarnya dengan suara teresak-esak. Sungguhpun nadanya perlahan, namun bait-bait ungkapannya itu bagaikan ribuan sembilu yang menusuk dan menyiat sanubariku.

“Leen…” Aku mengambil keputusan untuk tidak berkata apa-apa lagi dan membiarkan keadaan tersebut dalam status quo buat beberapa ketika.

*****************************************************

Beberapa hari kemudian menyaksikan aku tidak membuat sebarang aktiviti romantik kecuali melepak-lepak bersama-sama geng-geng jantanku. Namun kali ini aku sedang melepak di bilik milik Kudom.

“Wei Rip! Apasal aku tengok ko ni layan blues aje dua tiga hari ni?” tanya Nazmi. Sedap sungguh beliau mengunyah biskut marie milik Kudom secara bertalu-talu macam mesingan askar Nazi yang berbudi pekerti. Kudom yang tidak mempedulikan perbuatan rakan-rakan sebaya menjarah biskut Marie pemberian girlfriend beliau sedang begitu asyik mengemaskini ruangan facebook di komputer ribanya.

“Kepala aku memang tengah semak ni. Macam-macam tengah aku fikirkan. Tapi paling buat aku tension ialah kenapa Liyana Jasmin tak balas SMS aku.” jawabku dalam nada melawak.

“Pegeraa…” kutuk Kudom. Aku tertawa. Malas aku nak kongsi cerita apa yang aku dengar dari mulut Shaleen tadi. Ini yang leceh bila simpan rahsia ni. Kang aku nak cari ulat gonggoklah!

“Amin, lebih baik kau tengok bebudak ni melantak biskut yang Hanie bagi kat kau. Dah nak habis dah.” ujarku mengadu domba.

“Lantaklah! Nanti aku suruh Hanie belikan aku biskut lagi.” balas Kudom. Badigol punya budak! Ada ke patut buat macam tu kat awek dia? Aii… memang cinta perlukan pengorbanan… hatta nak menghabiskan duit poket untuk membelikan biskut sekalipun.

“Eh, kau dengan Adrina macam mana?” tanya Atoi tiba-tiba. Budak gemuk ni pun cukup pandai menyelit masuk bila ada perhimpunan makan-makan macam ni.

“Macam itu je la. Nak macam mana pulak?” jawabku yang disusulkan kembali dengan pertanyaan.

“Ya la… dia kan nak berhenti belajar dan berhijrah ke Milan? Kau sebagai boyfriend dia tak ke frust?” tanya Atoi kembali sebagai menjawab pertanyaanku tadi.

“Hello? Bila pulak aku declare dengan dia nak jadi couple?” pertikaiku.

“Alaa Rip! Semua orang pun dah kata begitu. Kau dengan Adrina memang couple. Nizam dan Wadi pun kata begitu.” balas Jamal, junior kami.

“Ceh! Kamu budak-budak lagi mana boleh masuk hal orang-orang tua, tau?” usikku. Nazmi tertawa.

“Butoh la lu, Arip!” balas Jamal. Hii… Nasib baik la adik pompuan kau lawa. Kalau tak dah lama aku sula dengan gitar si Nucky.

“Aku tak pernah declare dengan Adrina. Kami bukan couple. Cuma best buddies aje.” perjelasku.

“Ooo… ini kira teman tapi mesra ah-ah-ah-oh yeah-harder-harder-I’m comiiing!” usik Atoi. Kesemua yang berada di dalam bilik tertawa terbahak-bahak.

“Celaka kau, gemuk! Aku terajang kang, mau tercabut perut boroi kau tu!” ancamku. Bengang jugak walaupun aku turut ketawa tadi. Rakan-rakanku kembali menyambung tawa mereka.

“Serius, Rip. Betul ke kau tak rasa frust?” tanya Kudom setelah kami semua sampai ke penghujung tawa. Aku terdiam sejenak. Kemudian melepaskan keluhan.

“Tentulah aku rasa tak seronok.” jawabku.

****************************************************

Keesokannya aku menawarkan diri untuk menghantar Adrina pulang ke rumahnya kerana beliau demam. Kuliah kami selesai pada waktu petang. Jadi selepas solat Maghrib, baharulah kami bertolak ke rumah Adrina. Menjelang pukul 9.00 malam baharulah kami tiba ke destinasi tersebut. Namun Adrina nampaknya agak keberatan hendak keluar dari kereta.

“Thanks Arip. Rina susahkan Arip aje.” ujarnya. Beliau tiba-tiba menghulurkan not lima puluh kepadaku.

“Ini duit minyak dan tol untuk kereta Nizam.” ujarnya lagi. Aku meminta Nizam meminjamkan keretanya untuk menghantar Adrina pulang. Dengan besar hati beliau memberikan kunci dan alat smart tag kepadaku.

“Nizam dah pesan kat saya bahawa dia belanja. Jadi saya tak boleh terima.” maklumku. Adrina tersenyum.

“Cakap thanks kat dia, okey?” ujarnya dengan suara demamnya itu. Bunyi manja dan lemak-lemak macam durian D24 aje. Hahaha!

“Waah… Boleh tahan jugak decoration untuk majlis perkahwinan mak Rina, ya?” komenku untuk membawa ke topik baharu. Sudahlah halaman rumahnya besar ya Rabbi. Bila dihias dengan pelbagai jenis flora dan fauna (ewah!) makin bertambah seri jadinya. Ni belum mengambil kira lampu lip-lap yang memenuhi hampir segenap ruang luar rumah agam tersebut.

“Itulah! Mama Rina ni mengalahkan artis bila nak kahwin. Dah la tua… hmh!” kutuk Adrina. Kami sama-sama tertawa.

“Itu bunyi macam cakap orang yang dengki la tu!” sindirku.

“Yalah! Patutnya Rina la yang kahwin. Tapi Arip tak mau pinang Rina lagi. Sampai Rina merajuk nak ke Milan.” gurau Adrina seraya tertawa. Namun tawa itu hanya miliknya seorang sahaja kali ini. Kemudian baharulah beliau menyedari bahawa aku tidak ketawa bersama.

“I’m so sorry. Rina tak berniat nak sakitkan hati Arip.” pohonnya. Aku tersenyum sambil menggelengkan kepala tanda tidak kisah.

“Rina…”

“Iya, Arip…”

“Rina bukan ke Milan sebab saya, kan? Bukan la sebab saya ni perasan best sangat. Cuma nak tau aje.” Akhirnya aku menyuarakan kemusykilan yang telah lama membuku di hati.

“Kalau Rina kata ‘ya’ macam mana?” tanyanya.

“Saya akan rasa bersalah sampai bila-bila.” jawabku. Adrina tersenyum.

“Bukan sebab Arip. Rina memang nak pergi demi Ayah Rina. Jadi janganlah risau, ya?” jawabnya.

“Tapi sebenarnya saya rasa sangat sedih sebab Rina nak pergi.” ujarku. Buat seketika kami mendiamkan diri.

“Arip…”

“Iya, Rina…”

“Kalaulah Arip sukakan Rina… Mmm… Arip akan tunggu tak Rina sampai Rina balik ke Malaysia?” tanya Adrina.

“Suka? Maksud Rina, ‘cinta’?” tanyaku kembali. Adrina mengangguk.

“Tentulah. Walaupun sepuluh tahun, saya tetap akan tunggu.” jawabku. Adrina tersenyum. Aku turut tersenyum.

“Rina pun begitu juga. Walaupun sepuluh tahun, Rina tetap milik Arip.” ujarnya.

“Yalah tu! Nanti bila Rina jumpa mamat-mamat Europian yang hensem lagi macho kat sana, cinta entah ke mana setia entah ke mana!” usikku. Kami tertawa.

“Percayalah, Rina tak mau kat diorang. Diorang tak mandi. Busuk. Arip mandi. Wangiii…” balas Adrina dengan jawapan yang tak dapat diterima dek akal sebagai teori terulung di abad ini. Kami sekali lagi tertawa. Kemudian suasana menjadi hening buat seketika.

“Okay. I got to go. Bye Arif. Thanks again. Bye.” ucap Adrina seraya mengalih tubuhnya untuk keluar.

“Bye Rina.” balasku. Adrina tersenyum manis sambil menutup pintu kereta. Beliau kemudian melangkah pergi ke arah pintu rumahnya. Aku pula perlahan-lahan merasakan sesuatu yang kurang menyenangkan pada diriku. Ianya semakin ketara hingga membuatkanku seolah-olah sesak nafas. Aku spontan memegang dada sebelah kiri.

“Oro?” Jantungku berdegup dengan kencang sekali? Dan rasa teruja yang amat sangat melimpah ruah membanjiri ruang emosiku.

“Adrina…” Tatkala aku menyebut nama tersebut jantungku kembali berdegup keras. Dan perasaan teruja tadi kembali meluap.

Tak mungkin… Aku… cintakan Adrina?

Jantungku kembali berdegup keras.



- Bersambung -


Sunday, March 22, 2009

Emo Hero Bab 38

Emo Hero Bab 38


Hari ini hari aku bertemu dengan Shaleen. Aku berasa agak gementar. Entah mengapa, aku tidak tahu. Mungkin kerana baharu saja ternampak aksesori dalaman seorang gadis yang skirtnya terselak ditiup angin kencang tadi. Tapi left metatharsal di dalam otakku memberitahu bahawa bukanlah kerana itu perasaan gementarku beralunan di sanubari. Nanti kejap… bukan ke left metatharsal tu kat kaki?

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya muncul kelibat Shaleen. Amboi! Manisnya gaya beliau berpakaian. Nanti bila bersanding aku suruh dia pakai macam itu ajelah! Tak payah nak pakai tenunan kerawang-kerawang yang menyesakkan poket. Lagipun semuanya warna putih. Bukannya nampak pun kerawang-kerawang tu dalam foto. Bodoh betul la kebanyakan pereka fesyen gaun pengantin! Dah! Jangan fikir yang bukan-bukan lagi. Shaleen dah makin mendekati tu.

“Hei!” tegurnya seraya menumbuk lunak ke bahu kiriku. Aku tersenyum.

“What’s with the smile? Arip gumuntar ke?” tanyanya. Aku tersengih pula kali ini. Nyonya ni kalau aku kahwin dengan dia nanti mau terpintal tali perut dek mentertawakan nahu gilanya tu!

“Leen telefon nak berjumpa dengan tiba-tiba. Tentu la GUMUNTAR.” usikku kembali.

“Leen silap berkata-kata?” tanyanya. Aku mengangguk.

“GEMENTAR. Bukan gumuntar.” maklumku. Aii… Asyik bagi tuisyen free aje kat amoi ni. Kurang-kurang kena belanja minum ni. Shaleen tertawa kecil.

“Kenapa Leen nak berjumpa saya?” Pertanyaanku tidak bersahut. Sebaliknya Shaleen tercangak-cangak memandang ke sana-sini. Dia cari apa? Aku pun ikut pandang ke merata tempat. Huii… awek yang pakai tudung tu bukan main sendat lagi pakaiannya! Macam mana la angin kentutnya nak celus keluar, ya? Macam ni punya gaya pun masih nak pakai tudung lagi ke? Tapi, yalah… Darth Vader pun pakai serkup kepala walaupun bukan Islam.

“Arif, mari kita pergi minum minuman.” ajaknya. Aku mengangguk tanda bersetuju.

*********************************************

Kami singgah di sebuah kopitiam untuk minum pagi. Shaleen mengajakku ke Starbucks pada asalnya namun kutentang kemahuannya itu. Aku memberitahunya bahawa aku masih memboikot majoriti produk Yahudi untuk memberi tekanan ekonomi yang ekstrem kepada mereka sepertimana mereka menenyeh penduduk Gaza habis-habisan. Shaleen akhirnya akur.

Di kopitiam tersebut kami berbual tentang pelbagai perkara. Kalau tak silap aku asalnya berbual tentang cuaca. Entah macam mana tercerita bab Superman pulak. Kami tak habis-habis mengutuk watak adiwira tersebut yang sehingga bujang telajak masih tak tahu nak pakai spender betul-betul.

“Leen… Adrina tak lama lagi nak ke Milan.” Aku akhirnya membuka topik yang lebih serius.

“Waa… Seronoklah Rina shopping. Arif memesan apa daripada dia?” tanya Shaleen. Nampaknya beliau masih gagal menangkap tonasi seriusku.

“Leen… Rina mungkin tinggal kat sana tiga atau empat tahun.” Shaleen bungkam mendengarkan kata-kataku tadi. Air mukanya berubah. Buat seketika kami berdua mengambil keputusan untuk berdiam diri.

“Leen rasa sangat sedih.” Akhirnya Shaleen membuka mulut. Aku masih mendiamkan diri.

“Rina tu best friend Leen. Tapi sehingga kini kami tak baik-baik.” ujarnya lagi. Aku masih juga mendiamkan diri.

“Arif tentu lebih sedih, kan?” Pertanyaan Shaleen membuatkanku tergamam. Jantungku berdegup agak kencang.

“Kenapa Leen cakap macam tu?” tanyaku. Shaleen tersenyum.

“Ingat tak masa Arif kiss Leen di parking lot?” tanyanya. Beliau nampaknya enggan terus menjawab pertanyaanku tadi. Aku mengangguk.

“Kenapa Arif kiss Leen masa tu?” tanyanya. Aku seolah-olah termenung mencari jawapan yang sesuai kepada soalannya.

“Entahlah Leen. Saya rasa macam nak kiss Leen masa tu. Tapi tak tahu kenapa.” Akhirnya aku memberikan jawapan jujurku kepadanya. Shaleen menganggukkan kepala.

“Arif mungkin tahu tapi tak sure. Tapi Leen memang tahu dan sure kenapa.” maklumnya.

“Leen tahu?” tanyaku.

“Hm.” jawab Shaleen sambil mengangguk.

“Arif nak make sure sama ada Arif betul-betul masih cintakan Leen. Itu sebabnya. Leen juga nak tahu feelings Arif through that kiss.” ujarnya memberikan penjelasan.

“T… Tak mungkinlah!” pertikaiku.

“Arif… Leen ada experience. Leen tahu. Leen tahu sama ada kiss orang itu ada perasaan cinta pada Leen atau tak. Leen tak dapat perasaan cinta Arif through that kiss.” ujar Shaleen lagi.

“Mengarut! Perasaan saya pada Leen masih sama, tau?” pertikaiku lagi.

“Arif…”

“Sudah. Saya tahu Leen tak mahu balas perasaan saya. Saya tak kisah. Tapi janganlah Leen buat alasan yang bukan-bukan lagi.” ujarku dengan nada tertekan. Shaleen tiba-tiba menghulurkan tangan kanannya dan menyentuh pipi kiriku.

“Arif… Actually I love you. I conveyed my feelings of love in that kiss. Tapi Leen tak terima perasaan yang serupa dari Arif. Bukan Leen yang buat alasan. Arif yang buat alasan.” ujarnya. Aku tergamam. Tak tersangka olehku kata-kata sedemikian terpacul dari mulutnya.

“Ala.. Alasan apa?” tanyaku.

“Alasan untuk sembunyi hal sebenar. Cinta Arif bukan pada Leen. Cinta Arif pada orang lain.” Jawapan Shaleen membuatku terpaku. Aku tidak tahu apakah reaksi yang patut kupertontonkan kepadanya. Agak lama kami tidak bersuara.

“Leen… Sejak bila Leen… umm… ada perasaan begitu kepada saya?” tanyaku akhirnya.

“Bila Arif beritahu Leen yang Arif cintakan Leen. Masa di birthday party Adrina. Leen rasa suka. Tapi Leen juga rasa takut. Leen takut Arif buat Leen sedih nanti. Itu sebab Leen tak dapat terima Arif masa tu. Lepas tu Leen ambil masa untuk overcome my fears. Tapi bila kita jumpa sekali lagi, I’m already too late. Leen rasa menyesal. Tapi Leen rasa gembira juga sebab Leen dah pulih.” ujar Shaleen dengan panjang lebar.

“Leen… Saya tetap akan terima Leen walau apapun situasinya.” maklumku. Shaleen menggelengkan kepala.

“Arif tak boleh paksa diri Arif. Tak adil untuk Arif. Leen pun tak mahu orang yang Leen sayang paksa diri untuk sayangkan Leen. I’m not selfish.” balasnya. Kami sekali lagi berdiam diri dengan agak lama.

“Sorry Leen… I’m so sorry…” ucapku.

“Hei… don’t be, okay? Leen okay. Leen happy sebab jumpa orang yang baik macam Arif. All this while Leen jumpa lelaki jahat saja. Leen pernah putus asa tak mahu hidup lagi. Tapi sekarang Leen mahu hidup seribu tahun lagi.” ujarnya seraya tertawa kecil. Aku juga turut tertawa.

“Itu lagu Butterfingers tu.” ujarku. Shaleen menggelengkan kepala.

“Bukan. Itu poem dari Chairil Anwar. A poet and a patriot.” maklumnya. Oh! Ye ke? Alamaaak… malulah! Nampaknya Shaleen serius mempelajari sastera ni.

“Leen… sebenarnya saya pun tak pasti sama ada saya memang in love dengan Rina atau tak. Saya… kelirulah.” maklumku yang mana merupakan adalah kata-kataku yang telus.

“Bila sampai masa sesuai, Arif akan tahu.” ujar Shaleen seraya tersenyum. Aku menatap wajah gadis itu sepuas-puasnya. Beliau masih tersenyum tetapi tampak tawar. Nampaknya Shaleen benar-benar mencintaiku. Aku perasan bahawa aku tidak mampu langsung untuk mengungkapkan perkataan ‘cinta’ kepadanya dalam perbualan kami tadi. Tentu beliau perasan. Tentu ianya sangat menyakitkan hati Shaleen. Aku perlu mencari bait-bait ayat yang sesuai untuk meredakan kekecewaannya itu. Aku spontan menghulurkan kedua tanganku memegang kedua tangannya yang berada di atas meja.

“Macam mana kalau saya dapati orang yang saya cinta itu ialah Leen?” tanyaku. Mataku tepat menatap matanya. Kedua belah pipi Shaleen mula menampakkan rona kemerahan. Namun senyumannya mula menajadi manis dan ceria.

“Then you have to promise me that you will love me forever.” ujarnya.

Kini hatiku kembali tenang. Segala perasaan gementarku yang begitu kuat bersarang di hati terus terhapus begitu sahaja. Aku tak pasti sama ada kami baharu sahaja berpisah namun kalaupun ya, ianya adalah suatu perpisahan yang paling romantik pernah ku alami. Heh!


- Bersambung -

Notakaki :

Ada orang bertanya, lepas ni kau nak buat cerita apa pulak? Buat seketika aku menggaru kepala. Aku pun tak tahu nak buat novel cerita apa pulak. Bukan sebab tak ada idea, tapi tak tau yang mana dulu patut aku buat. Aku ada cerita Pirate Lisfer. Cerita tu dah ada crowd tersendiri. Atau mungkin jugak cerita pembunuh upahan yang pernah aku buat 4 bab dan tunjukkan pada editor/ejenku. Entah mungkin dia naik angin sebab aku buat sekerat jalan. Atau mungkin cerita superhero yang dok bermain ceritanya dalam pemikiranku. Atau mungkin Metropolis episod kedua yang aku buat sampai bab 9 setakat ini.

Hmm… mungkin aku patut buat cerita hantu dulu…

Sunday, March 15, 2009

Emo Hero Bab 37

Emo Hero Bab 37


“Eh! Jangan la takut. I meant you no harm. I just nak tanya aje.” Pujukan Andrew si ceti haram merangkap along merangkap bos kongsi gelap gagal menenangkan tubuhku yang kian menggeletar. Malah Adrina juga turut menyelinap di belakangku dan memegang kedua belah lenganku dengan kemas. Time macam ini la aku berharap menjadi sehebat Chang Ho Nam. Pasti diorang menggigil sampai ke bulu ari-ari. Tapi sayangnya aku ni cuma budak law yang biasa. Kurang-kurang kalau jadi lawyer, boleh la aku mengancam diorang dengan perkataan “see you in court.”

“So macam mana? You tau di mana dia?” Andrew mengulangi soalannya tadi. Tak ada jawapan objektif A, B, C, D ke? Aku ada bawak dadu dalam poket nih…

“See you in court!” jawabku. Oro! Sekali lagi mulutku mengaktifkan sahsiah lampiasku. Mata Andrew terbeliak besar. Harapnya jangan la keluar laser. Harapnya jangan la keluar laser…

“Eh! Jangan la begitu! Kan I kata I hanya mau tanya saja? Lagipun famili you setiap bulan dah bayar hutang Adry pada I. Buat apa I nak buat apa-apa pada you pulak?” perjelas Andrew untuk meyakinkanku. Eheh! Tak sangka menjadi ancaman pulak kata-kataku tadi. Mungkin dia fikir aku sebagai law student banyak berkawan dengan polis gamaknya. Shabbash Inspektor Sahaaab!

“Okay. Okay.” balasku. Chewah! Kononnya dapat mengawal keadaan la tu!

“You nama siapa?” tanya Andrew.

“Akmal.” balasku pendek.

“Okey, Akmal. Begini… I dapat tau abang you si Adry mungkin telah join geng untuk buat aktiviti tak baik. I takut polis akan tangkap dia dan relate pulak dengan group I. I cuma jalankan bisnes pinjaman saja. Yang lain I tak campur. So, I tak mau nama group I terlibat sekali. You faham, kan?” ujarnya dengan panjang lebar. Aku mengangguk.

“Tapi aku tak pernah sekalipun jumpa budak jahanam tu. Sorry.” ujarku pula. Aku mengambil keputusan untuk berbohong kerana tidak mempercayai cerita Andrew. Sungguhpun aku membenci abang sulungku itu, namun dia tetap keluargaku dan aku wajib melindunginya dari sebarang marabahaya. Andrew tersenyum. Mungkin beliau dapat membaca isi hatiku itu. Beliau segera menyeluk kocek seluarnya dan mengeluarkan sebuah kotak besi kecil. Beliau membuka kotak tersebut dengan cermat dan mengeluarkan sekeping kad di dalamnya. Kad tersebut dihulurkan kepadaku.

“Tolong call I kalau you jumpa dia, okay? I’m not bluffing. Abang you memang involved dalam perkara tak baik. Chow!” Andrew segera meninggalkan kami berdua.

“Waa… Arip berani betullah!” puji Adrina setelah kelibat Andrew semakin mengecil. Yalah berani. Dia tak tau hampir nak berterabur ‘wee-wee’ aku tadi dek ketakutan.

“Tak adalah.” balasku pendek. Aku segera merenyuk dan membuang kad milik Andrew ke lantai sebaik sahaja kelibat mereka bertiga hilang dari pandangan kami.

“Arip dah habis wee-wee mesti tunggu Rina, tau? Rina takut laa…” pinta Adrina dengan nada separa merayu.

“Okey… Don’t worry… Saya janji. Biarpun Rina berak batu dalam toilet tu sampai dua jam, tetap akan kutunggu!” balasku dengan nada melawak. Adrina mencebik masam. Namun kali ini beliau tidak mencubitku seperti selalu. Perbuatannya itu sedikit sebanyak membuatkanku berasa seolah-olah telah kehilangannya. Ianya cukup membuatkanku tidak selesa dan gelisah.

***********************************************
“Abang sulung saya tu memang sangat memalukan. Dia suka buat bisnes entah apa-apa dan kemudian meminjam pulak dengan along untuk dibuat modal. Dulu dia dah buat sekali. Bila along tu nak kutip hutang, pandai pulak dia menyorok entah ke mana. Along tu cari famili saya dan bini dia pulaklah lepas tu. Jenuh la adik-beradik saya jerah-jerih mencari duit untuk membayar hutangnya.” Aku mula menceritakan kisahku kepada Adrina selepas beliau dalam perjalanan ke kafeteria. Gadis itu tidak memberikan sebarang respons. Mungkin beliau ingin mendengarnya sehingga habis.

“Bila abang sulung saya muncul balik dalam keluarga kami, dia senang-senang aje menceraikan bininya. Walhal Kak Long tu siang malam mencari duit untuk membayar hutangnya itu. Alasannya ialah sebab dia tak mampu nak jadi suami yang baik. Sebenarnya Abang Lang saya dapat tahu yang dia dah berkahwin dengan GRO mana entah kat Siam.” Aku kembali menyambung cerita. Adrina masih berdiam diri.

“Abang Lang punyalah marah. Mula-mula mereka berdua bertengkar. Lepas tu memaki hamun pulak. Akhirnya bergumpal di atas tanah. Nasib baik mak dan abah saya berjaya menghentikannya dengan cepat. Kalau tak mau ada yang cedera parah atau mati. Abang Lang cukup sakit hati bila mak dan abah saya memihak kat abang sulung. Jadi dia terus putuskan hubungan adik-beradiknya dengan abang sulung.” Adrina menggeleng-gelengkan kepala mendengar sambungan ceritaku itu.

“Tak lama lepas tu, abang sulung saya buat balik perangai lamanya. Kali ni hutangnya dah semakin banyak. Dekat seratus ribu. Abah saya terpaksa menjual tanah kelapa sawit dua ekarnya untuk membayar hutang abang sulung. Adik-beradik saya, kecuali saya terpaksa berjerah-jerih sekali lagi membayar hutangnya kepada along.” Aku meloloskan keluhan berat sebaik sahaja selesai bercerita.

“Abang Lang Arip macam mana?” tanya Adrina.

“Dia pun bayar juga. Dia tak sampai hati. Jadi saya aje sebenarnya yang sangat bencikan abang sulung saya tu. Saya memang betul-betul berharap dia mati aje.” perjelasku. Adrina menggelengkan kepala.

“Tak baik Arip cakap begitu.” komen Adrina.

“Rina, dia seorang aje dah buat keluarga saya menderita selama bertahun-tahun. Saya tak sanggup tengok mak, abah dan adik-beradik saya yang lain hidup susah menanggung manusia tak guna macam tu. Jadi kan lebih baik kalau dia mati saja?” ujarku. Adrina sekali lagi menggelengkan kepala.

“Rina tak suka Arip cakap begitu. Arip orang yang baik. Arip tak patut berfikiran begitu. Arip boleh maafkan Rina. Tentu Arip boleh maafkan abang Arip tu juga.” ujar Adrina. Aku terdiam seketika. Kepalaku spontan tertunduk.

“Tengoklah.” balasku akhirnya.

“That’s the spirit! Ah! Itu dia Nizam dan Wadi.” ujar Adrina. Aku mengangkat kepala. Sayup-sayup aku melihat kedua orang sahabatku itu melambai-lambai ke arah kami.

“Jom. Join kami minum.” pelawaku. Adrina mengangguk sambil tersenyum. Tiba-tiba tangan kanannya mencapai tangan kiriku. Kami berpimpin tangan melangkah bersama ke arah kafeteria.

***************************************************
“Arip tak cakap pun!” Wadi menzahirkan perasaan tidak puas hatinya tatkala mengetahui bahawa Adrina akan berhijrah ke Milan tidak lama lagi. Kami berempat begitu santai sekali melepak di kafeteria bagaikan anak ayam yang kehilangan ibunya. Hmm… macam tak betul aje bunyinya!

“Aku nak Adrina sendiri bagitau kat korang.” perjelasku membela diri.

“Wadi dan Nizam pihak kedua yang tau. Lepas ni baru Rina bagitau kat semua orang.” maklum Adrina pula.

“Kenapa kami dapat layanan special pulak?” pertikai Nizam. Hmm… malam ni kalau aku makan nasi goreng ayam special tentu tak mati celik nanti.

“Sebab Wadi dan Nizam pun orang yang istimewa di hati Rina.” jawab Adrina dengan nada bergurau.

“Yalah tu. Mengada-ngada!” balas Nizam. Adrina tertawa. Sedikitpun tidak berkecil hati. Kalau aku, mau batang Nibong terpacak kat kepala budak Sarawak ni.

“Aku fikir lebih baik la korang berdua berdamai.” saranku sambil memandang ke arah Nizam dan Adrina. Nizam bungkam. Adrina masih tersenyum.

“Sebenarnya aku bukannya bergaduh dengan Adrina pun.” maklum Nizam.

“Habis tu, kenapa selalu buat muka tupai kena sula bila setiap kali berjumpa dengan Rina?” tanyaku. Adrina mengangguk tanda menyetujuiku.

“Aku takut… Aku takut Adrina menganiyai kau lagi. Jadi aku tak mahu terlalu rapat sangat dengan Adrina.” jawab Nizam. Aku bangun lalu memeluk kepala Nizam.

“Sayang jugaaak kau kat aku, ya?” komenku. Adrina dan Wadi tertawa.

“Tentulah! Kau ni sahabat aku. Tapi kau tu yang bodoh tak sedar!” balas Nizam dengan agak kasar. Biasalah orang lelaki. Kami mana boleh tunjukkan sangat perasaan ikatan persahabatan dengan serius!

“Rina dah jadi baik dah. Wallahi Rina tak akan menganiayai Arip atau mana-mana lelaki lagi. Rina pun dah tak pergi clubbing, dah tak minum, dah tak pakai seksi-seksi…” ujar Adrina.

“Kau ‘minum’, Rina?” tanya Wadi. Adrina yang baharu tersedar akan kesilapannya segera menoleh ke arahku.

“Arip tak cerita rupa-rupanya!” ujarnya kepadaku. Aku menggelengkan kepala.

“Saya tak mahu membuka aib Rina.” ujarku. Adrina terpaku seketika. Kemudian beliau memberikan senyuman yang sangat manis kepadaku.

“Rina dulu memang minum arak. Sekarang tak dah. Rina dulu solat pun tak tahu. Sekarang Rina dah boleh solat 5 waktu. Rina juga dah masuk kelas membaca Al-Quran.” ujarnya lagi. Jelas pada mataku perasaan kekaguman yang terlakar pada wajah Wadi dan Nizam. Tiba-tiba Nizam menghulurkan tangannya ke arah Adrina.

“Truce.” ujarnya. Maknanya beliau ingin berdamai dengan Adrina. Gadis tersebut segera menyambut salaman Nizam.

“Truce.” ujarnya juga. Kami serentak tertawa. Entah kenapa, aku pun tak tahu. Dah berjangkit dengan penyakit iklan kat tv gamaknya.

“Adrina, kau memang dah banyak berubah. Jadi semakin baik. Tentu bertuah sesiapa saja yang menjadi suami kau nanti.” komen Wadi seraya memandang ke arahku. Pundek ayam! Nak memerli aku la tu!

“Ye ke? Tapi Arip tak rasa pun macam tu. Tu sebab dia tak mau terima Rina sampai sekarang.” ujar Adrina seraya tertawa. Mereka semua tertawa. Aku saja yang tidak.

“Kau ni memang bodoh la, Arip.” kritik Nizam pula.

“Barua lu, Nizam! Kenapa pulak kau memihak kat Rina?” bentakku. Mereka bertiga tertawa semakin kuat.

“Kan aku dah berdamai dengan Rina? Apa salahnya aku sokong dia?” tempelak Nizam seraya menyambung tawa. Wadi dan Adrina juga masih tertawa. Aii… menyesal aku damaikan diorang bertiga…

- Bersambung -