Tuesday, June 1, 2010

Notakaki : Anti-Zionis / Anti-Israel


Artikel ini diambil dalam blog KULS (Khas Untuk Lelaki Sahaja) saya :

Zionis Laknatullah ini dah memang melampau…

Tapi aku berasakan bahawa adalah sia-sia sahaja kita menghantar memorandum bantahan pada kerajaan jahanam tu. Seratus peratus aku berani kerat rambut gofren aku bahawa diorang tak akan baca dan terus buang ke dalam dustbin Yitzhak Rabin. Begitu juga buat demo serta protes di jalanan. Sia-sia. Kecualilah kalau buat kat Tebing Barat Semenanjung Gaza tu. Tapi siapalah nak serahkan nyawa, ya tak?

Bagaimana pula dengan memboikot barangan Israel? Adalah sikit aje kesannya. Lepas tu kita melantak kembali di Mac Donald’s dan menggunakan kembali semua produk-produk Israel. Tindakan kita kepada rejim Zionis ni serupalah macam anjing menyalak bukit. Apa kata kita buat pengecaman terhadap Zionis ni secara berterusan? Berikut adalah cadangan-cadangan aku untuk korang :

1) Bagi setiap syarikat swasta, pada letterhead korang cetak juga lambang bendera zionis yang dipangkah dengan slogan “Kami anti-Zionis”. Atau kalau korang berani lagi, tulislah “Musnahkan Kerajaan Israel Laknatullah”. Dan setiap kali korang nak cetak letterhead baru, cetak juga slogan anti-Israel tersebut. Barulah kita nampak serius untuk mengecam dan mengutuk mereka.

2) Di setiap rumah, rentangkan bendera kerajaan Zionis yang dipangkah dengan slogan di bawahnya tertulis “Kami Anti-Israel”. Atau buat ‘bunting’ yang setiap kali dah lusuh, korang buat yang baru. Alah, kalau ‘bunting’ kenduri kahwin korang tak kemut nak keluarkan belanja, apa salahnya untuk tujuan murni ini, kan?

3) Pelukis-pelukis juga patut melukis gambar-gambar bersifat anti-Israel seperti gambar rakyat Palestein memijak askar Israel dan cetak sebagai poster. Jualkan poster tersebut. Jadi di setiap rumah atau pejabat akan ada poster-poster yang sebegini untuk menyebarkan fahaman benci Zionis kita.

4) Mana-mana pembuat baju T yang kreatif juga cetaklah gambar-gambar atau logo-logo pada baju T yang bersifat anti-Zionis dan anti-Israel. Pastikan juga kita membeli baju-baju T ini dan kerap memakainya untuk menunjukkan kebencian kita terhadap Israel.

5) Bagi pemilik syarikat-syarikat swasta, korang bolehlah menempah lencana atau ‘button’ yang bersifat anti-Israel serta wajibkan staf-staf korang memakainya pada waktu kerja.

Kalau korang ada idea-idea lain, aku harap korang dapat sumbangkan idea tersebut untuk dikongsi bersama. Kita wajib membenci Zionis. Dan mereka ini adalah musuh kita yang amat nyata.

Stay KULS.



“KULS adalah anti-Israel”

2 comments:

belog aku said...

bagus cadangan2 tu...
klu semua buleh buat g2 tentu semua org akan sentiasa ingat jer...tadak la ader cop ISO jer..hihi

ummu_khadijah said...

Bukan setakat BOIKOT Israel sahaja BOIKOT produk Israel seperti Nestle, Coca-cola, Kotex, Johnson & Johnson dan banyak lagi. Termasuklah McDonald, KFC, Carrefour, Tesco dan yang lain. Dgn membeli atau belanja di sana kita telah sama-sama menyumbang ke dana Yahudi utk menghancur Umat Islam.