Cerita Kemetot (cerpen la tu)
Tajuk : Orang Yang Ingin Melihat Allah
20 tahun akan datang...
Syaikh Hizmeen adalah
salah seorang guru pengajian tauhid dan aqidah yang amat terkenal di negara
Daulah Maddaniyyah. Selain itu beliau telah diberikan kepercayaan untuk menguruskan
Yayasan Abderrahman ‘Auf yang baharu
sahaja ditubuhkan di Malaysia. Yayasan tersebut agak kurang disenangi oleh
beberapa tokoh dari pusat baitul mal di Malaysia kerana dikatakan mengagihkan
zakat pendapatan negara Daulah Maddaniyyah kepada rakyat-rakyat Malaysia yang
selama ini masih dalam kesempitan sungguhpun menerima bantuan kebajikan.
Setiap bulan Syaikh
Hizmeen akan bertandang ke Malaysia untuk mengaudit aktiviti pengagihan bantuan
yayasan yang dikendalikan oleh anak-anak buah beliau. Namun di atas sifat
kealimannya dalam agama, sering beberapa masjid berebut-rebut mendapatkan
khidmatnya untuk menyampaikan kuliah agama dan ceramah. Pada malam ini salah
sebuah masjid di Kepong begitu bertuah kerana tokoh agama itu telah menerima pelawaan
mereka untuk berkongsi ilmunya bersama jemaah di sana. Setelah berceramah dalam
empat puluh minit, Syaikh Hizmeen membuka ruang untuk menjawab persoalan pula.
“Silakan saudara dan
saudari untuk bertanyakan soalan. Apa-apa soalan pun tak mengapa. InsyaaAllah
saya akan cuba sebaik mungkin untuk menjawabnya.” maklum Syaikh Hizmeen dengan
nada yang lembut dan tenang. Ulama yang berusia awal empat puluhan itu sememangnya
lembut dalam perkataan dan tingkah-laku serta amat disenangi dan disayangi oleh
orang-orang yang mengenali beliau. Jadi tiada siapa yang berasa takut atau malu
untuk bertanya hatta soalan yang remeh sekalipun kepadanya.
“Bolehkah saya
bertanya?” Tiba-tiba kedengaran suatu suara yang agar lantang pada arah pintu
kanan masjid. Syaikh Hizmeen spontan memanggungkan kepala ke arah punca suara
tersebut. Seorang wanita yang jelas bukan dari kalangan warganegara Malaysia
kelihatan sedang berdiri di jenang pintu masjid tersebut. Beberapa orang lelaki
bingkas bangun dan menyerbu ke arah wanita tersebut. Mereka dengan lagak dan
suara yang agak kasar cuba mengusirnya.
“Jangan! Jangan begitu!
Mengapa kalian berlaku kasar padanya? Tidakkah kita ini diajar untuk berlembut
dan berbaik kepada orang yang tidak memusuhi kita?” tegah Syaikh Hizmeen dengan
suara yang agak lantang. Kata-katanya itu berjaya menahan tingkah-laku agresif
lelaki-lelaki tadi.
“Tuan guru; dia ini
namanya Josephine. Sudah beberapa kali dia datang ke sini dan membuat kacau.”
ujar salah seorang lelaki tersebut.
“Apa jenis kacau yang dia
buat?” tanya Syaikh Hizmeen dengan nada melawak untuk meredakan ketegangan.
“Dia suka tanya soalan
yang bukan-bukan pada guru-guru agama yang datang mengajar di sini sampai ada
yang tak ingin lagi datang ke masjid kami.” jawab seorang lelaki yang duduk di
baris hadapan pula.
“Saya bertanyakan soalan
kerana saya tak percayakan pada apa-apa agama sekalipun. Kalau mereka tak boleh
menjawab, bukannya salah saya. Kalau mereka menjauhkan diri kerana takutkan
saya, bukanlah salah saya juga.” bidas Josephine kembali. Syaikh Hizmeen ketawa
mendengarkan kata-kata wanita tersebut.
“Cakap cik itu memang
betul. Itu salah merekalah kerana tidak cukup pengetahuan dalam agama.”
komennya.
“Jadi bolehkah saya
bertanya pada tuan?” tanya Josephine pula.
“Jangan layan dia, tuan
guru! Dia ini sengaja cuba nak mengelirukan kita dengan fahaman sesatnya!”
saran seorang lagi lelaki lain. Syaikh Hizmeen menggelengkan kepala.
“Jangan kata begitu.
Islam adalah agama akal dan hujah. Islam ini dikurniakan oleh Tuhan yang juga
menjadikan kita dan seluruh alam ini. Jadi apa yang perlu kita nak bimbangkan?”
balas Syaikh Hizmeen dengan tuturan lembut. Beliau mendongak pula ke arah
wanita tadi.
“Saudara-saudara semua;
janganlah dihalang lagi cik itu. Cik; silalah masuk ke sini dan tanyalah apa
yang cik musykilkan di hati. Tapi ilmu saya yang terhad ini hanyalah pemberian
daripada Allah. Ustaz-ustaz yang cik telah tanyakan sebelum ini mungkin jauh
lebih baik dan berilmu daripada saya.” ujar Syaikh Hizmeen. Tokoh yang sangat
alim itu masih tawadduk merendahkan diri sungguhpun keilmuannya adalah amat
luar biasa sekali. Josephine segera menggegaskan diri ke arah Syaikh Hizmeen.
“Okey, saya dah bersedia
untuk ditanya.” maklum Syaikh Hizmeen dengan nada bergurau. Josephine tidak
katawa seperti hadirin yang lain. Malah tidak sedikitpun ulas senyumannya
terlakar di bibir. Pun begitu ulama tersohor tersebut masih melembutkan
wajahnya dengan senyuman mesra.
“Tuan; di manakah Allah
yang tuan sembah? Macam mana tuan tahu Allah wujud kalau tuan tak dapat
melihatnya? Bolehkah tunjukkan kepada saya bukti Allah itu wujud? Adakah Allah
di sini sekarang? Kalau Dia tiada di sini, macam mana Dia tahu dan nak beri
pahala kepada orang-orang yang sedang belajar ilmu sekarang? Saya mahukan hujah
yang konkrit. Saya tak ingin mendengar falsafah sifat dua puluh kerana saya
telah membacanya dan saya jadi semakin keliru kerananya.” Taluan pertanyaan
daripada Josephine benar-benar membuatkan kedua kening Syaikh Hizmeen
terangkat. Pun begitu, wajahnya tetap tenang bersama senyuman.
Bersambung
2 comments:
pendeknya...
dak per..nnt jangan lama2 sangat nk tau jawapannya sama
Kalau saya dapat RM1-00 untuk satu pembaca, memang setiap hari akan buat entry. Tapi saya pun ada komitmen juga. Harapnya entry yang pendek tapi lebih kerap ni menyukakan hati awak :)
Post a Comment