Cerita Kemetot (cerpen la tu)
Tajuk : Orang Yang Ingin Melihat Allah
(Part 2)
“Tuan; di manakah Allah yang tuan sembah? Macam mana
tuan tahu Allah wujud kalau tuan tak dapat melihatnya? Bolehkah tunjukkan
kepada saya bukti Allah itu wujud? Adakah Allah di sini sekarang? Kalau Dia
tiada di sini, macam mana Dia tahu dan nak beri pahala kepada orang-orang yang
sedang belajar ilmu sekarang? Saya mahukan hujah yang konkrit. Saya tak ingin
mendengar falsafah sifat dua puluh kerana saya telah membacanya dan saya jadi
semakin keliru kerananya.” Taluan pertanyaan daripada Josephine benar-benar
membuatkan kedua kening Syaikh Hizmeen terangkat. Pun begitu, wajahnya tetap
tenang bersama senyuman.
“Berambus; betina jahanam!” herdik salah seorang
ahli jawatankuasa masjid di situ. Ternyata soalan daripada Josephine yang
mengesahkan sifat atheisnya kini sudah terserlah.
“Bersabar, tuan. Jangan biarkan diri tuan
dipermainkan oleh syaitan.” tegur Syaikh Hizmeen dengan suara yang agak tegas
untuk mengelakkan sebarang provokasi yang mungkin membawa kepada kekerasan
fizikal. Ahli jawatankuasa masjid tersebut yang begitu hormatkan tokoh alim itu
terpaksa akur lantas memendamkan kemarahannya. Setelah menjangkakan hadirin
mahu bertenang dan menahan diri dari perkara-perkara yang mengundang
pergaduhan, Syaikh Hizmeen kembali memandang ke arah Josephine.
“Saya akan menjawab soalan-soalan yang cik kemukakan
tadi. Tapi bolehkan saya menjawabnya dengan soalaan-soalan pula?” pinta Syaikh
Hizmeen.
“Apa cara pun tak kisah; asalkan saya mendapat
jawapan yang memuaskan hati saya.” jawab Jospehine. Pun begitu terlakar calitan
tanda-tanya pada wajahnya dengan permintaan ulama tersebut.
“Terima kasih. Baiklah! Hulurkan tapak tangan kanan
cik kepada saya.” pinta Syaikh Hizmeen. Josephine kelihatan agak ragu-ragu.
Namun beliau memberanikan diri juga untuk membuat apa yang dipinta.Tokoh ahlus
sunnah wal jamaah tersebut segera mencelup jari telunjuk kanannya di dalam
segelas air yang disediakan untuk beliau. Kemudian dengan cermat beliau menitiskan
setitik air di jarinya itu ke atas tapak tangan Josephine.
“Apakah yang ada pada tapak tangan cik sekarang?”
tanya Syaikh Hizmeen.
“Air. Setitis air.” jawab Josephine ringkas.
“Itu saja?” tanya Syaikh Hizmeen.
“Itulah saja. Mana ada yang lain?” jawab Josephine.
Nada acuh tidak acuhnya sedikitpun tidak melupuskan wajah tenang ulama
tersebut.
“Percaya tak kalau saya katakan bersama setitis air
tadi wujudnya mikrob atau kuman atau
zarah seni?” tanya Syaikh Hizmeen.
“Boleh jadi ada. Lagipun tuan mencelup air minuman
tuan dengan jari tanpa dibasuh terlebih dulu. Ya! Besar kemungkinan ada.” jawab
Josephine.
“Kalau begitu, tunjukkan saya kewujudan mikrob itu.
Di mana dia?” tanya Syaikh Hizmeen.
“Mana boleh nampak! Ianya terlalu kecil. Kalau pakai
mikroskop tu bolehlah!” tingkah Josephine.
“Jadi cik percaya akan kewujudan mikrob yang amat
halus sungguhpun tak nampak pada mata cik?” tanya Syaikh Hizmeen lagi.
Josephine mengangguk. Namun beliau sebenarnya sudah dapat menangkap maksud pada
soalan-soalan ulama tersebut.
“Kita ada mikroskop. Dengan alat itu kita boleh
melihat apa yang tak nampak pada mata kasar. Kewujudan mikrob dapat dibuktikan.
Tapi kewujudan Tuhan?” tingkah Josephine.
“Seribu lima ratus tahun yang lalu; jika ada manusia
yang berkata bahawa wujudnya mikrob sebanyak bintang-bintang di langit di dalam
setitis air di tangan cik; adakah sesiapa akan percaya kata-katanya itu?”
Josephine agak tergamam dengan soalan Syaikh Hizmeen kali ini. Setelah berdiam
diri dengan agak lama beliau akhirnya menggelengkan kepala.
“Seribu lima ratus tahun lalu manusia tak pernah
menjangka akan suatu hari nanti dapat melihat jutaan mikro organisma hanya di
dalam setitis air. Katakanlah bumi akan terus berputar untuk seribu tahun lagi.
Adakah suatu perkara yang mustahil, pada seribu tahun yang akan datang manusia
akan menemui hidupan yang jauh lebih halus dari virus?” tanya Syaikh Hizmeen.
“Tak. Tak mustahil.” jawab Josephine.
“Allah menjanjikan pada masa akan datang untuk
memperlihatkan dirinya di mata manusia di syurga. Kalau cik kata tak mustahil
seribu tahun akan datang manusia akan dapat melihat hidupan yang pada masa ini
tak dapat dilihat dengan mata kasar kita atau mikroskop; maka kenapa pula
mustahil pada suatu masa nanti manusia tak akan dapat melihat Allah?” tempelak
Syaikh Hizmeen.
“Allah itu wujud. Dia sentiasa melihat dan mendengar
setiap perbuatan dan perkataan hanbanya-hambaNya. Tiada yang terlepas dari pandangan
dan pendengaranNya. Jangan kita samakan diri Allah itu dengan kita yang lemah
ini. Tentulah sifat-sifat Allah yang melihat dan mendengar tidak sama dengan
kita. Begitu jugalah dengan kewujudannya.” sambung Syiakh Hizmeen lagi.
“Saya kurang faham dengan kata-kata tuan tadi.
Tentang sifat Allah yang tak sama dengan kita.” ujar Josephine.
“Maha Suci Allah untuk dibuatkan perumpamaan dengan
hamba-hambaNya. Tetapi biar saya bertanya lagi. Cik bernafas menggunakan apa?”
tanya Syaikh Hizmeen.
“Hidung dan mulut.” jawab Josephine.
“Tahukah cik bahawa serangga bernafas menggunakan
badannya iaitu bahagian toraks? Ular mendengar dengan tubuhnya melalui getaran
dan menghidu bau mangsa dengan lidahnya. Pokok bernafas dengan cara menyerap
karbon dioksida dan bukannya oksigen. Di antara kita sesama makhluk Allah pun
sudah terdapat perbezaan dalam melihat, mendengar dan bernafas. Apatah lagi
Allah yang menciptakan kita.” hujah Syaikh Hizmeen. Hadirin yang hadir berasa
amat kagum dengan ketajaman ilmu dan hujah tokoh yang alim tersebut. Begitu
jugalah dengan Josephine.
“Tidak dapat melihat dengan mata kasar tidak
bermakna sesuatu benda itu tidak wujud. Itu sebabnya Allah menyuruh kita
melihat dan mengkaji ciptaanNya jika ingin merasai kewujudan dan kekuasaanNya.”
perjelas Syaikh Hizmeen. Josephine bungkam. Beliau tidak menjangka fakta-fakta
saintifik yang selama ini menjadi dogma pegangan hidupnya digunakan oleh Syaikh
Hizmeen untuk menjawab persoalan yang dianggap oleh Josephine mustahil untuk
dibuktikan.
“Baiklah sekarang berikan saya tapak tangan kiri cik
pula.” pinta Syaikh Hizmeen. Josephine yang belum sempat menghadam hujah-hujah
bernas ulama tersebut tergamam. Keangkuhannya tadi kini hilang serta-merta.
Perasaan takut mulai menjalar di segenap tubuh beliau.
Bersambung
4 comments:
Nk lg xsbr nk tau
alaaa,suke tol menDERA kite nih!..next.
best sambungan...lain dari yang lain..
alhamdulillah tgk penulisan en blogger makin ke arah islamik.. moga dapat memberi manafaat kepada yang lain dalam kita sama2 berdakwah...
Agaknya jiwa saya dah matang dan mencari fitrah yang benar. Cuma harapnya saya benar-benar berjumpa dengan jalan kepada Allah. Bukannya berjumpa dengan jalan pihak yang mempergunakan nama Allah.
Post a Comment