Thursday, September 18, 2008

Emo Hero Bab 23

Emo Hero Bab 23




“Adrina. Are you okay?” tanyaku sebaik sahaja memarkirkan Toyota RAV4 beliau di tepi jalan. Adrina kini sedang mengesat kedua belah matanya dengan lengan kanan. Tapi tak pulak dia kesat hidung. Kenapa dalam komik Jepun kalau awek cun nangis keluar air hidung sekali, ah? Kat Jepun cuacanya sejuk kot?

“Rina okey. Rina cuma tiba-tiba teringatkan ayah Rina.” maklumnya. Aku hanya menatap dengan teliti wajah gadis tersebut. Adrina cuba mengelakkan renunganku dengan memandang ke tempat lain. Teringat kat bapak dia? Sebelah lutut Nicol Ann David pun aku takkan percaya! Ini tentu hal Shaleen ni. Askar Jerman boleh la kau tipu, Rina! Namun aku mengambil keputusan untuk tidak bertanya dengan lebih lanjut. Tampak jelas sahabat comelku itu terganggu fikirannya. Aku meletakkan tangan kiriku ke bahu kanan Adrina dan meramas lembut untuk menenangkan perasaannnya. Adrina memandang ke arahku dan menggenggam pula tanganku itu dengan tangan kirinya.

“Thanks.” ujarnya sambil tersenyum. Hatiku dapat merasai kepahitan pada senyuman tersebut. Sahih al-Bukhary dia terganggu tentang hal Shaleen ni! Aku kembali meneruskan perjalanan ke UNISAS.

“Arip, boleh tak hantar Rina terus balik ke rumah. Esok kita nak tengok wayang, kan? Arip bawa balik aje SUV Rina ni balik ke UNISAS.” Tiba-tiba Adrina mengemukakan saranan yang boleh membuatkan Mak Temah menyembur sogeknya!

“Biar benar kau ni! Kang apa-apa jadi pada SUV ni kang, macam mana?” tanyaku untuk menduga. Tapi dalam hati syok jugak! Boleh la aku menayang pada awek-awek kat UNISAS tu!

“Arip bawa SUV ni okey apa? Rina confident la..” jawab gadis tersebut.

“Bawak bila kau ada memang la hati-hati.” ujarku.

“Oo… Kalau tak ada tuan SUV ni baru la bawak macam hantu?” tanya Adrina. Aku menoleh ke arahnya. Senyuman mengusik jelas melirik di bibirnya.

“Bukan sebab itu la! Saya bawak SUV ni dengan hati-hati sebab saya tak mau apa-apa yang buruk terjadi pada Rina.” tingkahku untuk mempertahankan diri. Keadaan sunyi seketika daripada perbualan.

“Sayang juga Arip pada Rina, ya?” Tiba-tiba Adrina bersuara.

“Tentu la! Ek-” Alamak! Aku macam dah tersalah pilih ayat pulak. Time ni yang buat aku berharap sangat agar dilahirkan sebagai Ultraman. Ultraman semuanya bisu. Cuma tau membentak Hep! Hep! aje. Suasana kekok mulai menjalar di setiap inci SUV tersebut. Masing-masing kini hanya mampu untuk berdiam diri sahaja.

***************************************

Lebih kurang 17 minit kemudian…

Akhirnya kami selamat tiba di rumah Adrina. Kalau tak silap, ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke rumah agam tersebut. Kali pertama ialah masa parti sambutan hari lahir Adrina. Hari yang cukup tak ingin kukenangi. Aku masih gagal mengurangkan perasaan kekagumanku sungguhpun pernah melihat rumah tersebut sebelum ini. Toyota RAV4 milik Adrina kini telah diparkirkan di lobi tempat aku hampir dilanggar oleh Evo si Shaleen.

“Thanks. Esok kita jumpa lagi. Jangan lewat, tau?” pesan Adrina. Aku menganggukkan kepala. Adrina membuka pintu SUV tersebut.

“See ya. Bye!” ucapnya.

“Bye Rina.” balasku kembali. Adrina tersenyum lantas menutup pintu. Aku hanya memerhatikan langkah-liuknya yang kini menuju ke arah pintu utama rumah tersebut. Tidak sampai beberapa saat kemudian aku tiba-tiba sahaja terus keluar dari SUV tersebut dan berjalan menuju ke arah Adrina.

“Rina! Rina!” seruku. Langkah Adrina terhenti, sedangkan langkahku kini semakin menghampirinya.

“Kenapa Arip?” tanya Adrina tatkala derap kakiku berhenti betul-betul di hadapannya. Baharu sahaja aku mahu membuka mulut tiba-tiba pintu utama terbuka dengan bunyi kuakan yang secara tidak langsung mengganggu mood aku untuk berbicara. Kacau betul! Aku pungkang dengan botol oren kang! Aku memandang ke arah pintu. Seorang wanita dalam lingkungan umur lewat 40’an terpacul di jenang pintu tersebut. Iras wajahnya mengesahkan wanita itu sebagai ibu Adrina sungguhpun inilah kali pertama kami bertemu. Dah tua pun cantik lagi, siul! Mesti ada bela ‘anak ikan’ ni…

“Ibu dah agak Rina yang balik.” ujarnya.

“Ibu, ini kawan Rina. Arif Akmal.” maklum Adrina untuk memperkenalkan diriku kepada ibunya. Alaa… tak payah la bagitau nama sebenar. Sebut nama penuh pulak tu! Lain kali bagitau aje gelaran aku iaitu ‘Wira Tunggal di Gunung Zu’.

“Selamat malam. Apa khabar, puan?” sapaku. Kena la sopan-santun sikit. Kang buatnya dia lepaskan Rottweiler untuk pokah dagingku sebab kurang ajar dengan dia kang, tak ke naya? Ingat rumah orang Melayu besar gedabak macam ni tak bela anjing pengawal ke? Kurang-kurang mesti ada bela angsa!

“Khabar baik, nak. Panggil saja saya ni mak cik.” balas ibu Adrina. Waa… mak Adrina ni baik dan merendah dirinya orangnya. Kalau macam ni sahih dia tak bela Rottweiler. Selamat daging punggung pejalku!

“Arip nak bagitau Rina apa tadi?” tanya Adrina untuk menamatkan basa-basi perbualan. Alamak! Dia ingat lagi la…

“Tak apalah. Lain kali saya bagitau.” jawabku.

“Okey…” balas Adrina dengan nada agak kecewa. Perasaan tersebut jelas terpapar pada wajahnya. Aii… Ni yang malas ni. Kang mesti nangis manja lara lagi ni nanti. Gasaklah ada mak dia ke tidak. Aku kena juga bagitau sekarang.

“Sebenarnya saya nak bagitau Rina… Kalaulah saya kena pilih antara Rina dengan Shaleen, saya tetap pilih Rina. Saya pernah hampir hilang sahabat baik dulu sebab cinta. Saya tak akan ulangi kesilapan yang sama. Jadi Rina janganlah bersedih dan susah hati. Saya tak akan tinggalkan Rina. Rina lebih penting dari cinta saya. Itu yang saya nak cakap.” ujarku. Keadaan seolah-olah menjadi sepi seketika. Gadis di hadapanku benar-benar terperanjat sehingga tidak tahu bagaimana untuk membalas kata-kataku tadi.

“Okeylah. Saya nak balik sekarang. Esok kita-” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Adrina menerpa dan memelukku seerat-eratnya. Giliranku pula tergamam dan termangu-mangu. Gila minah ni! Depan mak dia berani nak dakap aku! Sahih kena piat telinga kejap lagi ni. Aku pulak kena pepah dengan penyapu laman.

“Thank you.” bisiknya pada telingaku. Memang sah dia susah hati tadi sebab takut kehilanganku. Rasa bangga Zeus pulak sebab awek cantik susah hati takut kehilanganku. Adrina kemudiannya melepaskan rangkulannya dan terus berlari masuk ke rumah. Namun beliau berhenti seketika di jenang pintu dan menoleh ke arahku. Senyuman manis dilemparkan ke arahku yang masih bungkam sebelum gadis tersebut masuk ke dalam. Eleh, macam awek filem Hindustan pulak gayanya. Ni banyak menonton siaran Zee kat Astro la nih!

“So… You’re the infamous Arif Akmal?” Komentar daripada ibu Adrina kembali memulihkan diriku dari bungkaman tadi. Aku perlahan-lahan memandang ke arahnya pula.

“Oro?” ujarku yang masih kelabu-kelabu.

“Arif, apa yang Arif cakapkan tadi memang buat Adrina rasa gembira. Tapi satu hari ayat yang sama juga akan membuat dia terluka.” ujar ibu Adrina.

“Saya tak faham.” balasku. Ibu Adrina tersenyum.

“Mak cik percaya Arif akan faham nanti.” balasnya. Aku hanya menganggukkan kepala dan kemudian meminta diri untuk pulang ke UNISAS.

*****************************************

Lebih kurang 30 minit kemudian…

Akhirnya aku selamat tiba pula ke UNISAS. Aku memarkirkan SUV Adrina dengan cermat di suatu sudut yang cukup selamat dari sebarang pencerobohan. Setelah selesai memarkir, aku mematikan enjin kenderaan tersebut dan mula termenung. Fikiranku melayang kembali kepada situasi perbualan di antara aku dan ibu Adrina. Setiap bait-bait katanya bermain-main di dalam cepu memoriku.

“Saya faham apa yang mak cik cakap. Sebenarnya saya faham…” ujarku seolah-olah menjawab kembali komentar ibu Adrina tadi. Aku memang telah mengesyaki bahawa Adrina melayani dan menganggapku lebih dari seorang sahabat baik. Buktinya Toyota RAV4 yang dipinjamkan olehnya kepadaku ini. Aku juga telah mengesyaki bahawa Adrina benar-benar menyimpan perasaan terhadapku dan bukannya bermain-main seperti dahulu. Aku dapat mengagak yang Adrina telah benar-benar jatuh cinta kepadaku.

Namun mustahil aku dapat membalas perasaannya itu dengan perasaan yang serupa. Aku menyintai gadis lain. Mana mungkin perasaan cintaku itu dengan mudah beralih kepada orang lain. Aku dahulunya memang tergila-gilakan Adrina. Namun itu bukannya cinta. Aku yang menyangka ianya adalah cinta. Sebenarnya ianya hanyalah obsesiku semata-mata. Cintaku yang sebenar buat masa ini hanyalah pada seorang gadis. Gadis tersebut adalah Shaleen.

Kata-kataku tadi telah menggembirakan Adrina tetapi akan melukakan hatinya suatu hari nanti. Namun bagiku kata-kataku itu buat masa ini bukan sahaja telah memberi impak kepada Adrina seorang malah terhadap diriku juga.

Kata-kataku itu sebenarnya secara tak langsung amat menyakitkan hatiku. Kalaulah aku terpaksa memilih, aku akan tetap memilih sahabatku. Dan pastinya aku akan menderita kerana terpaksa meninggalkan cintaku…



- Bersambung -



Nota Kaki Busuk :

Sepatutnya bab ini saya hantar pada minggu hadapan. Namun rasanya minggu hadapan jadual saya lebih padat dengan beberapa perbicaraan. Jadi sesiapa yang melawati blog saya pada hari Jumaat yang berbahagia ini bolehlah dikira sebagai bertuah.

Jadi bolehlah dianggap Bab 23 cerita ini untuk minggu hadapan. Selepas itu raya puasa. Tiada sebarang cerita akan dihantar kerana saya ingin beraya sakan. Anda semua juga eloklah beraya sakan bersama keluarga dan orang yang dikasihi. Jangan buang masa asyik melawati blog sahaja.

Di kesempatan ini ingin saya mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua pembaca beragama Islam dan selamat bercuti kepada yang selainnya. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keceriaan di hari yang dirahmati tersebut.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ada di antara anda yang berasa hati dengan saya selama ini. Kalau ada, sila nyatakan. Saya akan terus meminta maaf kepada anda semua, InsyaAllah.

Jumpa lagi.

Wednesday, September 10, 2008

Pengumuman

Assalamualaikum dan apa khabar semua.

Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada anda semua kerana sudi membaca cerita saya ini dan memberikan komen-komen serta kritikan-kritikan yang membina. Saya juga sebenarnya berasa bangga dan seronok kerana cerita saya ini mempunyai kultusnya yang tersendiri dan ada di antara anda yang tertunggu-tunggu untuk setiap episod. Kalaulah saya hentikan cerita ini serta-merta maka mungkin ada yang datang ke rumah saya dan menembak saya dengan senapang hippotamus dek kerana terlalu kecewa.

Setiap minggu anda menunggu...

Malangnya ini adalah cuma hobi saya semata-mata. Kalaupun mahu dijadikan perniagaan mungkin saya tidak begitu serius untuk membuatnya. Saya mempunyai kerjaya yang baik serta mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga.

Jadi saya memohon maaf sekiranya saya tidak dapat mengujakan anda setiap minggu dengan bab-bab yang baharu pada setiap masa. Minggu ini sahaja saya telah menghabiskan masa di jalanraya sejauh hampir 1,200 km setakat ini. Saya penat. Terlalu penat. Tambahan lagi terkena flu pula. Selalunya pada ketika ini (hari Rabu) saya telahpun menyiapkan hampir separuh cerita saya. Namun pada hari ini otak saya kosong sahaja. Saya tahu macam mana jalan ceritanya tetapi saya tak tahu macam mana untuk menulis dengan sulaman kata yang baik. Sungguhpun cerita ini adalah bergenre romantik picisan yang penuh dengan bahasa pasar, namun kalau anda perasan saya tetap memasukkan bait-bait ayat yang indah serta berbunga-bunga. Saya memang sangat menghargai sastera Melayu. Saya berasakan bahawa inilah cara saya mendidik generasi muda untuk menyukai sastera dan menghargai keindahannya.

Mungkin minggu depan tiada bab 23 untuk anda. Namun saya cuba untuk menulisnya bukan kerana anda. Tapi kerana saya suka bercerita...

Ma'assalamah.

Sunday, September 7, 2008

Emo Hero Bab 22

Emo Hero Bab 22


“Huh?” Pegunku disentak oleh ramasan lembut di bahu kananku. Aku menoleh ke kanan. Adrina rupa-rupanya. Beliau kini telahpun duduk di sebelahku. Nasib baik bukan tenuk yang pegang aku tadi. Kalau tidak… kalau tidak aku berasa hairan la, ya tak?

“Lama betul Arip terpegun tadi. Sikitpun tak menguit!” usiknya. Eh? Ye ke?

“Ye ke?” tanyaku dengan nada suara yang seolah-olah tersekat di kerongkong. Adrina menganggukkan kepala.

“Pergilah tegur dia.” Tiba-tiba Adrina membuat saranan yang tidak kusangkai.

“Aaa?” Terkejut aku mendengarkan kata-kata tersebut. Minah ni biar betul… Termakan makjun pasak bumi ke semalam?

“Pergilah. Rina tak kisah. Rina akan pergi menyorok kat mana-mana. Nanti bila dah sudah, Arip call Rina.” saran Rina lagi. Aku meneliti wajah gadis yang suatu ketika dulu amat kuagungkan dan kemudian amat kubenci. Kini wajah yang sama membuatku berasa amat terharu pula. Adrina tersenyum untuk membalas senyumanku. Aku menoleh kembali ke belakang. Ke arah Shaleen, gadis yang kini bertakhta di hatiku. Beliau yang nampaknya berseorangan, sedang ralik membelek-belek beberapa anak patung yang diperagakan di kedai cenderamata tempat kami singgah tadi.

“Betul ke?” tanyaku tanpa sekejip pun meninggalkan fokusku daripada Shaleen. Gadis tersebut masih terserlah kecantikan dan keyakinannya. Namun kali ini beliau memakai gaun putih dari kain kapas yang berlawanan sekali dengan citarasanya dahulu. Shaleen kini semakin nampak jelita dengan menyerlahkan aura femininnya. Jantungku semakin berdebar keras bersama perasaan terujaku yang meluap-luap.

“I’m cool with it. Pergilah. Have fun.” balas Adrina. Aku berpaling ke arah sahabat baikku. Mataku meneliti air mukanya. Adrina nampaknya cuba menyembunyikan saki-baki perasaan suramnya tadi dengan sealas senyuman. Aku kembali memandang ke arah Shaleen. Hatiku berasa teruja dan gembira tetapi kembali terluka dalam masa yang sama. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Kepalaku kini dihala ke lantai.

“Sudahlah… It’s over.” ujarku dengan perlahan.

“WHAT? Apa yang Arip cakapkan ni?” pertikai Adrina dengan nada yang agak tertekan. Aku memandang ke arahnya. Gadis di sisiku kini menunjukkan air muka bengangnya.

“Aku tak sanggup dilukakan lagi.” balasku. Adrina menggelengkan kepala.

“Kenapa Arip macam ni? Arip takkan nak menyerah begitu saja? Ariiip… Itu Shaleen tu. The one that you love wholeheartedly. Takkan dia cakap sekali saja Arip akan pegang cakapnya tu sepanjang hayat? Perempuan memang macam itu, Arip. Kami hanya akan benar-benar mencintai lelaki yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh menyayangi kami.” leternya. Isk! Tak pernah aku terfikir akan perkara tersebut. Nizam pun tak pernah cakap begitu. Gamaknya pompuan yang couple dengan dia pun tak ikhlas. Pilih dia sebab paras rupa dan wallet tembamnya. Patutlah Nizam buang diorang macam sampah aje. Padan muka korang jadi sampah tak boleh kitar semula! Muahahahaa!!!

“Apa kena kau ni, Rina? Kan kau yang kaw-kaw tak suka kat Shaleen?” tanyaku pula. Entahnya. Kalau ikut ramalan kitab kungfu segienam yang dicuri dari tokong Tai Kam Beng, tatkala Adrina dan Shaleen bertemu maka musnahlah kawasan sekeliling seluas 60 radius natijah bahang pertarungan mereka berdua.

“Kalau Arip tak tegur dia, confirm Arip akan menyesal. Lepas tu jadi bad mood. Lastnya Rina le tempat Arip lepaskan marah dan tension! Nanti Rina pun bersedih dan nangis macam anak rusa nani yang comel!” jawabnya yang lebih kepada suatu rungutan. Aku tertawa kecil. Pandai dah budak ni berseloka-ria. Boleh la tergelak dengan ikhlas sekarang.

“You think it’s a good idea?” tanyaku. Adrina menganggukkan kepala.

“Shaleen tentu gembira jumpa Arip. And if anything’s goes wrong, I’m here for you.” Emosiku kembali pulih mendengarkan kata-kata Adrina. Aku segera bangun dan mengorakkan langkah ke arah Shaleen. Namun aku berhenti pada langkah ketigaku. Aku menoleh ke belakang.

“Kenapa?” tanya Adrina dengan wajah yang agak cemas.

“Thanks, Rina. And… Sorry…” ujarku.

“Sorry? Kenapa?” tanya Adrina dengan nada kehairanan. Aku menggelengkan kepala. Tidak kutahu mengapa bibirku perlu menuturkan perkataan tersebut. Aku bergegas menuju ke arah Shaleen. Hatiku semakin teruja bergaul dengan rasa cemas. Jantungku semakin berdebar keras. Pelbagai bentuk prasangka datang menerjah ke dalam benakku.

Tatkala aku menghampirinya, gadis tersebut masih belum menyedari kehadiranku. Aku terkaku berdiri di belakangnya. Tidak tahu apa yang harus kubuat. Tidak tahu apa yang harus kukatakan. Aku cuma terpacak dalam keadaan pegun di situ. Tiba-tiba Shaleen berundur sedikit. Tubuhnya semakin menghampiriku. Bau tubuhnya yang harum kini mulai membelai di rongga pernafasanku. Aku semakin cemas. Semakin kalut dan tidak tahu apa akan kulakukan. Tatkala aku terbelit dalam emosiku sendiri, Shaleen dengan tidak semena-mena berpaling ke belakang.

“Arif…” Itulah tuturan pertama daripadanya yang singgah menyapa ke cuping telingaku setelah hampir dua bulan lebih terputus hubungan. Tuturan yang bagaikan bayu yang lembut di telingaku namun bagaikan halilintar yang memalu keras di dalam hatiku. Aku terpegun. Masih tidak tahu apa yang patut kuungkapkan atau kubuat. Hanya sekilas senyuman gementar sebagai balasan pada tutur lembut tadi.

“Arif…” Sebaik sahaja menuturkan namaku buat kali kedua, tubuhku didakap dengan erat oleh Shaleen. Aku betul-betul tak sangka begini keadaan situasinya. Betul-betul sungguh berbeza dari apa yang kubayangkan tadi. Sahihlah adegan kami berdua menjadi tumpuan ramai sekarang. Sahih ramai yang berasa jelak dan mual dengan kami. Namun aku membuat keputusan untuk membalas kembali pelukan Shaleen. Buat seketika kami berdua hanyut dalam emosi masing-masing. Mungkin emosi yang berbeza.

***********************************************
Beberapa jam kemudian. Jam lebih kurang 10 malam.

“Are you okay?” Tumpuanku yang separuh di jalanraya dan separuh pada insiden tadi terlupus dengan pertanyaan Adrina tadi. Kami kini dalam perjalanan pulang ke UNISAS. Adrina agak keletihan. Jadi aku menawarkan diri untuk memandu RAV4 beliau.

“Arip okey ke?” tanya gadis tersebut sekali lagi. Aku menganggukkan kepala.

“Macam mana dating dengan Shaleen?” tanyanya pula. Dari tadi aku mengelak untuk bercerita tentang janji temu ‘bidan terjun’ antara aku dan Shaleen. Aku bimbang kalau-kalau Adrina kurang senang mendengarnya.

“Lebih baik dari yang saya jangkakan.” jawabku pendek. Aku seboleh-bolehnya memberikan jawapan ahli politik kali ini.

“Tentu seronok habis, kan?” tanya Adrina. Seolah-olah ingin memancing emosiku.

“Samalah macam kita berdua keluar ni. Rasa seronok macam itu aje la.” Sekali lagi aku memberikan jawapan ahli politik.

“Tipu. Rina tengok muka Arip cerah dan berseri-seri sampai sekarang. Macam baju dicuci dengan Breeze. Happy dan excited habis!” usiknya. Aku tertawa. Adrina turut tertawa. Selepas itu kami berdiam diri buat seketika.

“Arip takut Rina kecil hati, ya?” tanya Adrina tiba-tiba. Aku bungkam. Namun setelah beberapa ketika akhirnya aku mengangguk kecil.

“Hey! I’m your best friend. I’m happy for you, okay? Rina dah lupakan permusuhan Rina dengan Shaleen.” maklumnya sambil menepuk-nepuk lengan kiriku.

“Macam mana kalau Shaleen masih bermusuh dengan Rina? Aku nanti tersepit kat tengah-tengah.” tanyaku. Kami berdiam diri seketika.

“Kalau Shaleen masih bermusuh dengan Rina tapi dia cintakan Arip, Rina… Rina sedia undur diri.” Jawapan yang terpacul dari mulut Adrina benar-benar mengejutkanku.

“Eh! Janganlah cakap macam tu.” tingkahku.

“I only asked for your forgiveness. But you gave me more than that. Arip sanggup terima Rina sebagai seorang sahabat. Rina rasa sangat bertuah. Rina tak patut minta apa-apa lagi.” ujarnya.

“Saya percaya Shaleen pun tak mahu bermusuh dengan Rina. Jadi kita bertiga boleh bersama tanpa ada masalah.” ujarku dengan penuh keyakinan.

“Tanpa masalah? Harapnya begitulah…” ujar Adrina. Aku kurang pasti apa yang beliau maksudkan dengan kata-katanya itu. Tiba-tiba radio yang sedia terpasang mengumandangkan lagu ‘Menunggu Dirimu’ dari kumpulan Nadia’s Picture Show.

“Eh! Rina suka lagu ni!” ujar Rina dengan nada teruja.

“Aku pun suka, siuull..” ujarku. Lantas aku turut sama menyanyikan bait-bait lagu tersebut.

Semuanya kan berakhir
Kiranya kau kan mungkir
Tetapku menunggumu
Untuk kau terus berfikir

Jangan kau anggap ini semuanya
Hanya mimpi yang tak berharga
Jangan kau alpa tentang isinya
Kenangan yang telah kita bina

Hanya ku yang inginkan semua
Untuk kita terus berdua

Ku kan terus tersiksa
Kiranya aku tetap akan menunggu dirimu
Dan harus kumenahan semua
Kisah cintaku… jauh-jauh

Entah mengapa tiba-tiba aku melontarkan pandanganku ke arah Adrina. Mungkin kerana berasa hairan mengapa lagu kesukaannya ini tidak dinyanyikan bersama. Tapi iyalah, suara minah ni pun macam bunyi tikus kena dera aje!

“Eh! Rina! Kenapa ni?” Itu yang dapat kuucapkan untuk menzahirkan perasaan terkejutku. Adrina hanya memandang dengan pandangan kosong ke depan. Namun ekspresi muka tersebut gagal menutupi perasaannya yang sebenar kerana air matanya tidak putus-putus beruraian keluar…


- Bersambung -



Nota Kaki :



To reza : Diorang bukan artis. Kalau main tarik-tarik rambut pun takkan keluar paper punyalah… Awek kedai magazine tu buat apa kau usha saja? Pi la ngorat! Dapat baca majalah free lain kali, apa!

To eddie : Kau ni banyak sangat tengok cerita Melayu tipikal la… Hahahaa…

To heart : Nampak sangat kau tak sukakan amoi Shaleen tu, ya?

To qasehnuryz : Ha-ah. Rugi tak beli Harmoni keluaran lepas.

To kucing_gile : Aku ingat kau dah masuk Spital Gumbira. Lama tak dengar khabar! Yiahaha!

To lona : Welkam! Welkam! Kenapa tulis bunyi macam Indonesian? Orang sana ke?

Monday, September 1, 2008

Emo Hero Bab 21

Emo Hero Bab 21


“Kami betul-betul confuse dengan hal kau dan Adrina ni. Bukan ke sebelum ni kau dan Adrina bermusuh? Bukan ke dia sebelum ni cuba nak buat naya pada kau?” Bertalu-talu pertanyaan Nisah memalu gegendang telingaku. Aku hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala. Kalaulah korang boleh tengok gaya aku tu tentu korang kagum sebab ada ala-ala gaya bomoh penipu. Anak dara! Aku mao korban anak dara!

“Memang betui semua semua tu. Tapi sekarang kami dah berdamai dan jadi sahabat baik.” akuiku. Nisah melongo. Manakala Michai pula menggaru-garu sideburn kirinya.

“Korang guna perkataan ‘kami’ tu maksudnya korang berdua ke atau satu batch?” tanyaku pula.

“Aku ingat satu fakulti dah confuse. Mungkin satu UNISAS!” jawab Michai. Aku tertawa. Memang aku dah agak dah. Itu sebab setiap kali aku bersama-sama Adrina, ada aje mata-mata keliru yang merenung kami. Tapi bila difikirkan balik, entah-entah diorang tengah mengkagumi wajah kacakku ini! Logik… memang logik!

“Kami sebenarnya risau dengan kamu, Rip. Kami takut kalau-kalau pisang berbuah dua kali nanti.” ujar Nisah. Tu dia! Dah guna bahasa favourite Za’ba dah… Buat aku teringatkan kek pisang pulak. Ceh…

“Wadi dan Nizam pun mula-mula risau juga. Tapi bila diorang tau perkara sebenar tentang aku dan Adrina, diorang boleh terima dan tak berapa paranoid lagi.” maklumku.

“Apa sebenarnya dah berlaku, Rip?” tanya Michai. Kali ini aku menggelengkan kepala macam Rajinikanth buat pada musuh-musuhnya sebelum membelasah mereka dengan setandan pisang Rastali. Pisang lagi! Kejap lagi sahih aku nak ke KedaiNeka beli kek Pisang Che Pora.

“Aku tak boleh bagitau. Adrina mintak aku rahsiakan. Tapi percayalah, Adrina memang dah berubah. Aku sendiri pun sanggup bagi peluang kepada dia. Aku rasa korang semua pun patut begitu juga. Biasalah kita ni manusia biasa, bukannya malaikat. Kalau kita buat silap, kita pun harap dibagi peluang sekali lagi, ya tak?” ujarku dengan panjang lebar. Michai membuat ekspresi yang beliau boleh menerima pandanganku itu. Manakala Nisah pula diam membatu. Mungkin masih berasa keberatan.


************************************************

“Ke mana tadi? Macam mana Rina pulak boleh sampai dulu? Kenapa lambat?” Isk! Sekali lagi aku kena pertanyaan bertalu-talu sebaik sahaja sampai ke kafeteria.

“Bersembang dengan Michai dan Nisah tadi! Diorang ajak pergi tengok Malam Membaca Puisi di Dewan Perbandaran Sabtu ni.’ ujarku berbohong. Adrina mencebik. Seperti yang kuduga, minah ni bukannya minat sangat hal-hal kesusasteraan ni. Jangan kata dia, aku ingat kebanyakan orang yang sebaya denganku (termasuklah aku) memang cukup tak gemar membaca buku-buku sastera ni.

“Arip! Ingat tak Arip cerita kat Rina yang Arip suka tekap tapak tangan yang basah kat ketiak dan lepas tu kepak-kepakkan tangan untuk buat bunyi kentut. Tadi masa Rina kat toilet sorang-sorang Rina buat benda tu. Memang ada bunyi kentut! Seronok la!” Tiba-tiba Adrina mengubah topik haluan perbualan kami. Tapi topik yang diutarakannya cukup memeranjatkan aku serta AJK perhubungan UMNO cawangan Selama, Perak.

“Allo! Awak tu pompuan! Mana boleh buat benda-benda bodoh macam tu! Nanti tak ada siapa nak buat menantu, tau?” leterku.

“Not fair! Kenapa orang lelaki boleh buat tapi pompuan tak boleh buat? Diskriminasi betul! Mana aci!” rungut gadis di hadapanku ini. Ni apa hal nak kesamaan taraf dalam isu buat bunyi kentut dengan ketiak ni? Kalau macam ni gayanya habis la ketuanan orang lelaki! Semua benda istimewa dan hak eksklusif kami ompompuan nak!

“Mana aci? A-“

“Aci kat Mumbai laa! Eleh, dah agak dah…” Adrina memangkas kata-kataku sebelum sempat aku menghabiskannya. Aku yang berasa bengang terus membuat gaya Ultraman Dyna membunuh raksasa terhadapnya. Gadis tersebut ketawa dengan senang hati kerana dapat mengenakanku kembali.

***********************************************************

Aku dan Adrina kini berada di Tesco setelah selesai kuliah. Gadis tersebut beria-ria benar nak makan Soto Ayam kat medan selera di situ. Macam orang mengidam pulak! Eh! Jangan sebut hal-hal macam tu! Bahaya dan sensitif!

“Rina! Jom kita singgah kat kedai cenderamata kejap.” ajakku sebaik sahaja kami tiba di sebuah kedai cenderamata. Kami berdua terus memasuki kedai tersebut.

“Nak belikan teddy bear untuk Rina ke?” tanyanya dengan gaya comel-comel Platipus.

“Bukanlah!” balasku.

“Ooo… Untuk awek lain sanggup beli! Untuk member baik sendiri kemut nak keluarkan duit!” rungutnya pula.

“Aku bukan beli untuk awek la. Ni nak belikan bapak aku kad ucapan. Kan hari bapa dah dekat?” maklumku.

“Oh…” balas Adrina dengan perlahan.

“Rina tak nak beli kad ucapan hari bapa ke?” tanyaku. Adrina menggelengkan kepala. Comel rupanya! Macam panda yang alim!

“Rina tak rindukan dia ke?” tanyaku. Adrina hanya berdiam diri seolah-olah tidak mengendahkan pertanyaanku. Aku yang agak kecewa dengan situasi tersebut turut mendiamkan diri dan terus mencari-cari kad untuk bapaku.

********************************************************

“Arif marahkan Rina ke?” tanya Adrina tatkala kami keluar dari kedai cenderamata tersebut.

“Mana ada!” balasku pendek.

“Habis tu mengapa diam aje?” tanyanya lagi.

“Saya ingat Rina yang marah. Tu sebab saya diamkan diri tu.” jawabku. Adrina tersenyum. Mungkin sebab mendengarkan aku menggunakan perkataan ‘saya’ dan bukannya ‘aku’ tadi. Dia tahu bahawa aku bukan dalam emosi yang tertekan. Langkah kami berdua akhirnya terhenti di medan selera Tesco.

“Dah sampai! Jom! Rina belanja!” pelawanya seraya menarik lenganku ke arah gerai kesukaannya.

******************************************************

“Shedap tak shoto ni?” tanya Adrina sambil mengunyah bihun sotonya.

“Makanan free memang sedap!” ujarku melawak. Hampir bersembur makanan dari mulut gadis tersebut tetapi beliau berjaya menahan tawanya. Beliau kemudian terus menghulurkan cubitannya ke arahku. Aku mengelak-elak sambil tertawa.

“Terima kasih sebab belanja saya.” maklumku. Adrina yang sedap menghirup kuah soto pula hanya menganggukkan kepala. Buat seketika kami hanya berdiam diri sambil menikmati makanan.

“I really miss him.”

“Hm?” tanyaku yang antara dengar dengan tidak pernyataan Adrina tadi.

“Rina betul-betul rindukan ayah Rina.” ulanginya dengan perlahan. Namun kali ini telingaku jelas menangkap setiap bait kata-katanya. Buat seketika kami hanya mendiamkan diri.

“Kalau Rina jumpa dia, Rina sudi maafkan dia tak?” tanyaku. Adrina menggelengkan kepala.

“Ayah tak buat salah dengan Rina. Rina yang buat salah dengan ayah. Rina yang patut minta maaf.” jawabnya yang disertai dengan linangan air mata. Alamak! Aku lemah betul bila tengok pompuan menangis! Namun aku terus bangun dan duduk di sebelahnya. Tangan kananku menepuk-nepuk bahu kirinya dengan lunak.

“Thanks. I need a hug, actually. But that will do.” ujarnya. Sempat buat lawak lagi. Kami berdua tertawa kecil.

***************************************************************

“Rina tak tau mana nak cari dia. Nombor telefon ayah pun Rina tak ada. Rina tanya ibu. Ibu kata dia tak tau. Tapi Rina tau ibu berbohong.” maklumnya setelah berjaya menenangkan emosi. Aku kini kembali duduk di bangku asal tadi. Aku teringatkan pertemuanku dengan bapa Adrina tempoh hari. Beliau ada memberikanku alamat muttakhir serta nombor-nombor telefonnya. Mahu sahaja kuberikannya kepada Adrina. Namun otakku tiba-tiba merancang sesuatu yang lebih baik.

“Saya akan tolong Rina cari ayah Rina. Nama penuh dia Jeffery, kan?’ tanyaku.

“Nama penuh dia Muhammad Jeffery la. Arip ni… nanti masa upacara akad nikah buat malu aje kalau tak ingat nama penuh ayah Rina!” usiknya seraya tertawa. Aku hanya mengacukan Tinju Maut Kuah Ketamku kepadanya. Aku sebenarnya sengaja buat-buat tak ingat. Biasa la berlakon! Adrina membuka serta menyelak-nyelak dompetnya. Kemudian beliau menghulurkan sekeping kertas kepadaku. Ianya adalah sekeping foto berukuran pasport. Foto pak cik Jeffery di masa mudanya.

“Inilah gambar ayah Rina. Arip simpan dulu kalau Arip betul-betul nak cari dia. Handsome, kan?” tanyanya. Aii… memang dari muda lagi dah terserlah gaya Marlboro Man dia rupanya!

“Eleh, aku lagi hensem!” usikku seraya tertawa.

“Arip…”

“Okey! Okey! Ayah Rina lagi hensem. Jangan la marah. Saya gurau je!” ujarku. Mataku masih lagi tertancap pada foto tersebut.

“Arip! Shaleen!” ujar Adrina lagi. Kali ini aku spontan mengangkat kepalaku memandang ke wajahnya. Pandangan Adrina terarah melepasiku. Aku terus memandang ke belakang. Mataku terbeliak.

“Shaleen…”


- Bersambung! -

Nota Kaki :

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Malangnya hari ini begitu ramai remaja Melayu yang kulihat ditahan reman dalam lokap semasa aku di mahkamah tadi. Nampaknya mereka semua tidak dapatlah menikmati erti kemerdekaan buat tahun ini. Harapnya pada tahun depan mereka merdeka pada hari kemerdekaan!

Aku juga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kepada umat Islam di Malaysia secara khususnya dan di serata dunia secara amnya. Entah mereka pernah membaca blog ini; aku pun tidak pasti.

Anakku sudah dapat melukis wajah kartun dengan agak baik. Nampaknya beliau juga memiliki bakat seni sepertiku. Apapun, aku berharap agar anakku berjaya dalam hidupnya di dunia dan di akhirat tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi olehnya.

Saturday, August 23, 2008

Emo Hero Bab 20

Emo Hero Bab 20

Aku pun tak tahu mengapa dengan mudah aku menerima saranan seorang lelaki yang baharu sahaja kukenali untuk keluar dari Bistro Semartilem bersamanya. Mungkin atas lesen besar bahawa beliau adalah bapa kepada sahabat baikku, Saidatul Adrina. Buatnya mamat ni sebenarnya penipu, mau direnggutnya keterunaanku malam ni! Lepas tu dijualnya aku ke negara jiran untuk menjadi toy boy mak-mak datin di sana. Oh no….

“Awak masih tergamam lagi, ya Arif?” Pertanyaan lelaki tersebut mengejutkanku dari lamunan. Aku menganggukkan kepala. Yalah, takkan aku nak bagitau yang aku tengah terfikir perkara yang tak masuk dek akal tadi. Keadaan di parkir kereta tempat kami melepak seolah-olah menjadi hening seketika. Aku hanya memerhatikan pak cik Jeffery (kalau dulu mau aku panggil dia abah!) yang sedang menghembuskan asap rokoknya seolah-olah untuk mencari ilham. Macho betul gaya dia merokok. Macam Marlboro Man! Buat aku teringin pulak nak hisap rokok! Kena kanser paru-paru pun tak mengapa. Asalkan dapat menikmati gaya macho Marlboro Man sebelum mati!

“Pada umur Rina 10 tahun, pak cik dan ibunya telahpun bercerai. Tapi pak cik tak mahu Rina rasa sedih dan terganggu fikiran. Jadi pak cik pura-pura balik ke rumah dan melayani dia sampailah anak pak cik tu tidur. Selepas itu barulah pak cik balik ke rumah sebenar pak cik. Ibu dia pun tak menghalang. Mungkin sebab Rina lebih rapat dengan pak cik daripada dia. Tapi bila pak cik kahwin lain dan ada anak lain, pak cik terpaksa akhirnya bagitau Rina perkara sebenar.” Sebaik sahaja selesai berbicara, Marlboro Man… eh! pak cik Jeffery kembali menyambut sedutan puntung rokoknya. Beliau menghembuskan asap rokok tersebut perlahan-lahan seolah-olah melepaskan suatu keluhan yang sungguh berat.

“Masa tu umur Rina 16 tahun. Marah betul dia pada pak cik. Dia menangis dan menjerit macam kena histeria. Dia bagitau bahawa pak cik dah mengkhianatinya. Dia kata dia takkan maafkan pak cik dan tak anggap pak cik bapanya lagi. Selepas itu bila pak cik cuba telefon, Rina tak mahu menjawab. Bila pak cik datang ke rumah ibunya, Rina tak mahu berjumpa dengan pak cik. Akhirnya langsung pak cik terputus hubungan dengan anak pak cik tu.” ujarnya. Aku terdiam. Nampaknya cerita Adrina padaku semuanya adalah benar belaka.

“Pak cik sedih bila dapat tau Adrina terpaksa berjumpa doktor sebab hal perceraian ni.” ujarnya.

“Saya tau yang dia makan ubat antidepressant sebelum ni.” maklumku. Terbeliak mata pak cik Jeffery mendengarkan maklumanku itu.

“Arif dah tau rupanya.” Aku menganggukkan kepala sebagai respons kepada kata-katanya itu.

“Sebenarnya Adrinalah anak yang pak cik paling sayang. Lepas itu pak cik selalu perhatikan dia dari jauh dan bertanyakan kawan-kawan pak cik yang tinggal di kawasan ibunya. Pak cik seboleh-bolehnya nak lihat dia membesar di depan mata pak cik. Tapi ini sajalah rezeki pak cik. Jadi pak cik terpaksa berpuas hati.” maklumnya lagi. Aku terdiam. Pak cik Jeffery ni punyalah sayangkan anaknya sampai sanggup mengintipnya dari jauh. Oro? Aku pun kena intip sama ke? Rasa-rasanya memang ya…

“Rina ada beberapa orang boyfriend. Ada sesetengahnya hipokrit dan bukanlah jenis manusia yang baik. Nasib baiklah Rina cepat-cepat reject mereka. Lepas tu dia berkawan dengan Arif pula. Masa itulah pak cik dapat tengok dia berubah. Dia betul-betul jadi gembira. Adrina sekarang selalu tersenyum dan mudah ketawa. Malah ibunya bagitau dia tak lagi perlu makan ubat antidepressant. Pak cik betul-betul gembira dan bersyukur sebab dia berjumpa dengan Arif.” Aku terkaku mendengarkan kata-katanya itu. Memang sahlah aku pun diintip olehnya! Entah-entah masa aku tengok cerita biru pun dia tau! Malu siuut…

“Sebenarnya Arif la satu-satunya boyfriend Rina yang pak cik mahu berjumpa dan bersembang. Firasat pak cik tak salah bila kita berbual tadi. Arif memang orangnya yang telah mengubah hidup Rina menjadi lebih baik sekarang.” ujarnya.lagi.

“Hehee… pak cik silap oranglah! Rina berubah atas kehendak sendiri. Saya tak buat apa-apa pun. Lagipun kami berkawan baik. Saya bukannya boyfriend dia.” maklumku. Pak cik Jeffery seolah-olah memberikan senyuman teka-teki kepadaku.

“Time will tell…” ujarnya. Aku tak dapat menangkap maksud kata-katanya dengan sepenuhnya. Tapi aku rasa dia masih berharap bahawa akulah orangnya yang dia mahu jadikan menantu. Yearkh! Geli siuut… Tapi entah mengapa dalam masa yang sama aku berasa seronok juga. Hmm… tiga belas dulang hantaran cukup kot?

“Pak cik pulak macam mana? Takkan la pak cik nak dengan Adrina jadi begini sampai bila-bila? Pak cik tak nak ke bersembang dengan dia… dan peluk dia?” tanyaku. Pak cik Jeffery melongo kecil dengan kata-kataku itu. Seketika kemudian beliau tersenyum pahit.

“Pak cik sanggup buat apa saja asalkan Rina terima balik pak cik dalam hidupnya. Tapi pak cik takut dia masih marah dan bencikan pak cik lagi. Entah-entah dia tak lagi anggap pak cik ni ayahnya.” taakulnya dengan membabi buta. Kini giliranku pula memberikan senyuman teka-teki kepadanya. Tapi aku punya senyuman lagi canggih. Aku senyum sodoku… hm-hm! Macam bunyi hantulah!

“Pak cik tau tak apa sebab sebenar Adrina makan antidepressant?” tanyaku.

“Adrina tension sebab hal perceraian pak cik dan ibunya la, kan?” jawabnya dengan agak ragu-ragu. Bukan kaulah Ragunathan! Aku bukan panggil kau. Poh! Podah!

“Kurang tepat. Rina makan antidepressant sebab dia sedih sangat tak dapat berjumpa dengan pak cik lagi. Dia sangat menyesal sebab dia kata dia tak mahu tengok lagi muka pak cik. Sebenarnya dia sangat rindukan pak cik.” ujarku.

“Betul ke? Ibu Rina tak cakap apa-apa pun.” tingkah pak cik Jeffery.

“Saya tak tahu tentang hal itu dan saya tak mahu komen. Tapi Rina yang bagitau saya begitu.” maklumku lagi. Wajah pak cik Jeffery berubah. Senyumannya melebar. Terlakar keceriaan dan emosi teruja pada air mukanya. Rokok yang entah yang keberapa dihisapnya langsung dibuang ke lantai sungguhpun masih panjang lagi. Tapi masih ada gaya Marlboro Man la… sial betui!

**********************************************

Beberapa minit kemudian…

Oih! Kau ke mana tadi Rip? Tanya Nizam. Kuperhatikan Wadi asyik benar bermain SMS. Sahih dengan si Wawa tu! Hiii… Tak puas-puas bersembang lagi ke sementelah hampir setiap hari berjumpa masa kuliah?

“Err… Aku terjumpa member lama masa kat sekolah dulu. Kami tadi bersembang kat luar.” jawabku. Aku terpaksa berbohong kali ini sebab telah berjanji dengan Marl… pak cik Jeffery untuk merahsiakan pertemuan kami tadi.

“Ceh! Kau mana la reti nak menipu, Rip! Member kunun… Ni mesti Adrina telefon kau tadi, kan? Itu yang lari menyorok kat luar, kan?” taakul Nizam.

“Eheheheh!” Aku hanya mampu tergelak kecil. Nasib baik la dia tak syak lebih-lebih.

“Jom kita enjoy!” saran Nizam.

“Mana awek dua ketul yang kau kacau tadi?” tanyaku dengan nada menyindir. Nizam menyeluk koceknya dan mengeluarkan secebis kertas.

“Ta-daaaah!” katanya dengan nada bangga. Ada dua nombor handphone tercatat pada kertas tersebut. Dan dua nama : Sarah dan Tasha. Nampaknya si buaya Sarawak ni telah berjaya dalam misi maksiatnya.

“Woih! Dahlah la tu, Wadi! Kata nak buat guys night out. Ni asyik main SMS dengan Wawa aje. Leceh betul!” marah Nizam kepada sahabatku yang seorang lagi. Aku tersenyum melihatkan telatah mereka berdua.

*************************************************

Isnin. Jam 11.35 pagi...

Kuliah Tort baharu sahaja selesai sudah. Nizam awal-awal lagi mempermisikan dirinya untuk berjanji temu dengan Sarah dan Tasha. Wadi pulak belum apa-apa lagi dah diserbu dek Wawa. Rindu sangat la tu sebab dah dah dua hari tak jumpa. Kemaruk betul… Ah! Ni ada awek cun tengah berjalan menuju ke arahku. Menyibuk betul…

“Hei handsome!” Teguran Adrina yang kini berada betul-betul di hadapanku. Wajahnya ceria. Malah seperti kata bapanya; memang benar-benar nampak ceria.

“Excited nampak? Rindu sangat ke nak jumpa saya?” usikku. Adrina menjelirkan lidahnya dan kemudian mencebik. Marah kunun…

“Arip nak ke mana lepas ni?” tanyanya.

“Nak makan. Lapar la.” jawabku. Pukul 12.30 kang ada kuliah lagi. Habis pukul 2.30 pulak tu. Aku dah le ada gastrik. Adrina tersenyum-senyum.

“Nak join? Lagipun saya memang nak ajak Rina.” tanyaku.

“Sure. Kita jumpa kat sana, okay? Rina nak wee-wee kejap.” maklumnya.

“Ih! Tak senonoh la kau ni!” komenku. Adrina hanya tertawa dan terus berjalan pantas menuju ke tandas. Wee-wee… heh! Buat aku teransang aje. Siut punya budak! Memang sengaja menyakat aku le tu! Aku pula memulakan langkahku ke arah kafetria. Dalam perjalananku yang penuh ranjau dan onak duri itu (saja lebih-lebihkan cerita), aku terserempak dengan Nisah dan seniorku, Michai. Itu sahihlah tengah bersembang tentang hal-hal kesusasteraan tu. Dulu aku pernah mintak Michai buatkan aku cerpen lucah. Dipalunya kepala aku macam tabuh surau! Ni le natijahnya aku terlupa bahawa Michai ni bekas budak sekolah ugama!

“Hai Michai! Hai Nisah!” tegurku.

“Hai Rip! Boleh luangkan masa dengan kami sekejap?” tanya Michai.

“Boleh. Tapi sebelum tu, aku nak clarify dua perkara ni. Pertamanya, bukan aku yang tulis cerita ‘Berahi Abang Bangla’ tu. Itu kerja si Atoi! Keduanya, cerita tentang aku dan Faisal Tehrani bergaduh pasal Dania Danielle tu adalah palsu semata-mata.” ujarku dalam nada bergurau. Michai tertawa. Nisah mencebik.

“Bukan pasal itulah.” ujar Michai.

“Habis pasal apa pulak?” tanyaku.

“Pasal kau dan Adrina.” jawab Nisah dengan tonasi serius.

Oh no… Ini mesti benda tak seronok didengar ni…

- Bersambung -



Footnote :


Aku mengalami kemalangan Khamis lalu! Kereta yang kupandu telah dihentam dari belakang oleh sebuah van mini Suzuki. Kena pula masa itu aku sedang cuba membelok kanan untuk masuk ke mahkamah. Kena pula aku pada hari itu mempunyai perbicaraan kes kemalangan! Ironik sungguh! Keretaku agak teruk juga. Mujurlah aku tidak mengalami sebarang kecederaan. Cuma kepala sahaja yang pening dek terhentak ke headrest kusyen kereta. Aku juga bersyukur kerana pada hari itu aku mahu pula memakai talipinggang keledar. Selalunya agak malas! Kalau tidak, mau lebam mukaku yang kacak dan dikagumi ramai ini dek tersembam ke steering kereta. Atau lebih teruk lagi ke cermin hadapan kereta!

Pun begitu, dalam keadaan malang tersebut aku dapat berkenal-kenalan dengan para anggota polis trafik di IPD Bukit Mertajam ketika membuat repot. Aku berterima kasih kepada mereka semua kerana memberikan khidmat dan layanan yang sungguh baik sungguhpun sibuk dengan urusan pilihanraya di Permatang Pauh. Dan aku juga telah ditawarkan untuk membuat kes-kes kemalangan di sana setelah mereka mengetahui tentangku. Bolehlah dikatakan kemalangan yang kualami pada hari itu adalah 'blessing in disguise'. Namun aku tetap bermuhasabah diri kerana mungkin aku telah bersalah dengan Allah dalam menjalani kehidupanku. Atau mungkin terhadap orang lain, lebih-lebih lagi ahli keluargaku. Mungkin...

Sunday, August 17, 2008

Emo Hero Bab 19

Emo Hero Bab 19

Hampir sebulan sudah berlalu semenjak aku dan Adrina kembali berbaik. Kalau ikut kitaran hidup nyamuk Aedes, dah kira empat generasi berlalu tanpa sebarang pembunuhan oleh Mortein. Malah aku terpaksa mengakui bahawa aku lebih mengenali diri Adrina sekarang berbanding masa aku tertonggeng-tonggeng syok kat dia dulu. Dan yang paling ironik ialah aku menjadi lebih rapat dengannya sekarang berbanding dulu. Ironik tau, bukan erotik! Eleh, bukannya aku tak dapat agak apa yang otak kotor korang tengah pikir tadi!

Adakah aku kembali jatuh cinta terhadapnya? Secara jujurnya…entah! Aku pun tak pasti. Tapi setakat ini kami tidaklah pulak bergaduh atau merajuk-rajuk tuli tak tentu hala macam para pasangan yang dilamun cinta. Malah Adrina juga sudah tidak lagi dengan sengaja mengungkapkan kata-kata provokasi yang menjurus ke arah isu keromantikan de amor. Begitu juga tiada lagi sentuhan-sentuhan provokasi yang mampu mengocakkan hati dan sanubari. Bukannya Adrina tak pernah langsung menyentuhku beberapa kali dan begitu jugalah aku secara tak sedar (yalah tu!). Namun setakat itulah sahaja. Tidaklah kami tiba-tiba dilandai suasana kekok dan tidak selesa dengan sentuhan-sentuhan tersebut. Lagipun ianya bukanlah sentuhan berbentuk seksual sungguhpun malaikat Raqib dan Atid cukup berbulu melihatnya.

Pun begitu perhubungan kami menjadi semakin akrab dan erat. Apabila aku tidak menghabiskan masaku bersama-sama Nizam dan/atau Wadi, maka pasti masaku itu akan terluang bersama Adrina. Pergi makan bersama. Mentelaah dan belajar di laib bersama. Berkaraoke bersama. Kekadang tu clubbing bersama. Ada sekali tu curi buah mempelam epal di rumah Puan Hajjah Zainab (pensyarah Undang-Undang Syariah) pun bersama-sama jugak!

Kadang-kala aku terasa bersalah kerana bagai memperalatkan Adrina untuk memenuhi masa bosanku tatkala Wadi dan Nizam tiada. Perasaan tersebut kugemakan secara zahir apabila sedang mentelaah bersama Adrina pada suatu hari. Gadis tersebut hanya melakarkan senyuman manis dan menjawab “Rina enjoy bila dengan Arip, apa!”

Dan aku juga berasa enjoy apabila bersama dengan Adrina…

*******************************************************

“Apa benatang besar gedabak yang kau bawak tu, Rina?” tegurku dengan kemesraan decepticon tatkala ternampakkan Adrina menggendong sebuah barang berbentuk empat segi sama di kafeteria tempat kami berjanji temu.

“Wa’alaikumussalam… Rina sihat, Ariiiip. Thank you for asking.” balasnya kembali dengan sulaman senyum sindiran. Punggungnya yang pada agakanku berfigura 34 pada skala American’s Top Model segera dilabuhkan pada bangku kusam kafeteria.

“Tu diaaa! Dah pandai bergurau ala-ala ahli sufi pulaaak!” perliku kembali. Kemudian aku terus menyanyikan zikir Tola’al Badru ‘Alaina. Adrina tertawa.

“Jangan memain! Rina sekarang dah buat sembahyang Zuhur, Asar dan Maghrib, tau! Subuh dengan Isya’ akan menyusul di episod akan datang!” maklumnya dengan gaya melawakku. Aku tertawa. Memang semenjak akhir-akhir ini banyak kuperhatikan perubahan positif yang berlaku dalam hidup Adrina. Beliau sudah mula mengerjakan solat. Arak telahpun ditinggalkan sebagai minuman ruji ketika berlibur dan kini tak lagi disentuh pada setiap masa. Malah beliau tidak lagi memakai pakaian yang seksi apabila kami berjanji temu. Bab itu sebenarnya membuat aku agak kecewa sikit. Yalah… aku ni kan lelaki normal! Bukanlah aku tak berbangga dengan perubahan pemakaiannya itu, tapi kecewalah sikit! Hahahaha!!!

“I’m so proud of you!” ujarku seraya telapak tangan kananku menepuk-nepuk kepala Adrina macam gaya memuji kucing jinak di tapak ekspo. Adrina yang mungkin berasa agak malu dengan pujianku spontan mejelirkan lidah dengan mimik muka nakal.

“Apa tu?” tanyaku sambil memandang ke arah barang misteri yang dikendong olehnya. Adrina terus mengunjukkannya kepadaku.

“Ini album Rina dengan geng-geng yang dikasihi. Dalam album ni ada banyak gambar Shaleen.” Mataku terbeliak tatkala mendengarkan perkataan ‘Shaleen’ diungkapkan. Tanganku spontan terangkat persis ingin merabut terus album tersebut di tangan Adrina. Gadis tersebut ketawa besar melihatkan telatahku itu.

“Ambooi… excited betul bila mendengar nama Shaleen, ya?” sindirnya.

“Bukan sebab itulah! Manalah tau kot-kot ada gambar korang pakai swimsuit dalam tu!” ujarku membela diri. Yalah tu!

“Yalah tu!” balas Adrina. Haa… tengok! Tengok! Aku dah agak dah dia akan cakap ayat yang serupa macam korang semua. Hmh! Dasar ompompuan yang tak nak berkongsi kasih! Adrina terus menghulurkan albumnya kepadaku. Dan dengan pantas aku mula menyelak-nyelaknya. Aku terpaku. Memang banyak betul gambar Adrina bersama Shaleen. Aii… hatiku kini berasa teruja namun dalam masa yang sama turut terluka.

“Are you okay?” tanya Adrina yang melupuskan perasaan suramku. Aku turut berasa bahu kananku dipegang dengan erat.

“I really miss her…” ujarku secara sedar tidak sedar sedangkan mataku masih tertancap pada album Adrina. Buat seketika tiada sepatah kata diungkapkan oleh kami berdua. Aku yang menyedari suasana pelik tersebut spontan mengalihkan pandanganku ke arah Adrina. Gadis tersebut kelihatan agak terkejut dengan perbuatanku yang secara tiba-tiba itu.

“Malam ni kita pergi ke tempat favourite Shaleen. Mungkin dia ada kat situ.” saran Adrina. Aku terpaku seketika. Namun fikiran rasionalku telahpun mengetahui apakah bentuk jawapan yang sepatutnya diluahkan terhadap gadis di hadapanku ini.

“Tak payahlah, Rina. Memang Shaleen tak akan mahukan saya. Cinta bertepuk sebelah tangan ni memang menyakitkan. Kalaupun terjumpa dia dan dia bagi jawapan yang serupa, lagi la hati saya akan parah terluka. Cukuplah hati saya terobek buat kali ni. Rasanya masih belum pulih lagi.” balasku. Adrina menggelengkan kepala.

“Arip jangan la mudah mengalah! Orang pompuan memang macam tu. Ada yang nampak macam buat-buat tak tahu saja tapi sebenarnya memang tergila-gilakan lelaki yang dia anggap macam kawan biasa dia. Rina rasa Shaleen pun sebenarnya macam itu juga. Dia tak menangis untuk orang lelaki semenjak Rina kenal dia, tau? Tapi dia menangis sebab Arip. Dua kali pulak tu. She loves you and I’m very sure of that!” hujah Adrina untuk mematahkan kata-kataku tadi. Aku merenung ke arahnya. Ternyata gadis di hadapanku ini memang bersungguhan. Aku tersenyum.

“Thanks. Mungkin satu hari nanti. Tapi bukan sekarang. Saya tak bersedia lagi.” ujarku. Adrina menganggukkan kepala. Namun dalam masa yang sama suatu keluhan kecil tetap lolos darinya.

“Cinta bertepuk sebelah tangan ni memang hurtful, kan?” komennya. Aku mengangguk sekali lagi. Tidak kuketahui mengapa beliau perlu mengulangi kata-kataku tadi.

*********************************************

Dua hari kemudian…

Pada malam ini aku, Wadi dan Nizam menghabiskan malam kami dengan melepak di Bistro Semartilem. Aku bukannya suka clubbing. Tapi inilah masanya yang sesuai untuk kami bertiga benar-benar melepak dan berbual kosong lama-lama. Lagipun Nizam yang belanja. Dia rasa macam bersalah dengan aku. Itulah katanya. Tapi aku tak kisah pun. Kami memilih bistro ini sebab bebudak band indie suka buat gigs kat sini. Malam ni kumpulan Syuga pulak membuat persembahan mereka.

“Sungguh… Sungguh…

Kaulah tempatku berteduh…

Saat hati…

Tengah rapuh dan membusuk…

Kau beri aku erti…

Maka kutegar berdiri…”

“Memang best la diorang!” pujiku dengan suara lantang. Nizam dan Wadi turut terangguk-angguk mengikut ritma dan rentak lagu tersebut.

“Menggilaimu setengah mati…

Tanpa kuragu… Woooo…

Bahawa kaulah pilihan jitu…

Dan aku mahu… selamanya denganmu…”

Apabila tiba pada lirik tersebut, kebanyakan pengunjung ikut sama menyanyi. Begitu juga dengan kami bertiga. Tatkala selesai menyanyikan lagu tersebut, kami bangun dan bertepuk tangan serta bersorak macam chimpanzee dapat nasi lemak sambal telur. Buat seketika deejay memainkan lagu instrumental minus-one sementara kumpulan Syuga berehat.

“Aku nak terkucil la. Kat mana jamban?” tanya Wadi. Hii… macam orang tua la mamat Jawa nih! Lain kali pakai Mami Poko aje la. Aku menunding ke arah pukul dua. Sahabatku itu segera meluru ke arah tundinganku. Nak terberak gamaknya budak ni! Oro? Mana pulak si Nizam? Aku memandang sekeliling. Laa… tengah mengayat awek rupanya! Uii… boleh tahan jugak minah tu. Nampak macam awek Punjabi. Atau mungkin Pakistan. Kenyang la kau makan roti nan Nizam oii…

“Memang best la band tadi.” Tiba-tiba kedengaran suatu suara seolah-olah besembang denganku. Aku berpaling ke arah meja di sebelah kananku. Seorang lelaki yang dalam lingkungan usia 40 tahun sedang tersenyum ke arahku. Raut wajahnya sungguh segak dan macho. Aii… harap-harapnya bila aku mencecah umur macam mamat tu aku pun segak dan macho macam dia jugalah hendaknya. Yalah, masa umur itulah seorang lelaki selalunya ada banyak duit dan harta. Baharulah boleh dapat artis yang lawa macam Siti Nurhaliza. Eh, Sharifah Amani sekarang umurnya berapa, ek?

“Lagu band tu mengingatkan saya pada lagu Eight Days A Week daripada kumpulan Beatles.” ujarnya lagi. Memang sah dia tengah bersembang denganku. Senyumannya sangat ramah. Malah aku rasa macam pernah tengok dia ni. Tapi kat mana, ya?

“Memang betul! Tajuknya pun Lapan Hari Seminggu.” ujarku. Kami sama-sama tertawa.

“So… You come here for the booze or the babes?” tanya lelaki tersebut. Maksudnya sama ada aku datang untuk minum tuak atau mengayat aweks macam si badigol buaya Sarawak tu. Aku menggelengkan kepala.

“Neither. I always come here for the band. Saya tak minum. Saya tak pandai mengorat. Tapi saya suka dengar muzik. Dan saya suka berkaraoke. What about you, sir?” tanyaku pula kepada lelaki tersebut setelah menjawab pertanyaannya.

“Also for the band. And this is ice lemon tea.” jawabnya sambil menunding ke arah minumannya. Kami sama-sama tertawa.

“Tak mahu tanya kenapa pak cik yang dah tua bangka ni ada kat tempat macam ni?” tanyanya tiba-tiba. Aku tersenyum.

“Kan pak cik dah bagitau tadi? Apa salahnya datang ke sini untuk menikmati muzik dari orang-orang yang berbakat? Kalau saya jadi pak cik pun saya selalu akan datang.” jawabku. Lelaki tersebut tertawa besar.

“You’re very polite. And kind-hearted. I like you.” komennya.

“Thanks. Just to let you know… I’m not gay.” selorohku. Lelaki tersebut tertawa terbahak-bahak. Begitu juga aku. Dah macam mabuk la pulak kami ni.

“Nice to meet you. I’m Jeffery. Muhammad Jeffery.” Lelaki tersebut memperkenalkan diri seraya menghulurkan tangan kanannya ke arahku. Aku bangun dan menjabat salamannya.

“Nama saya Arif Akmal. Nice to meet you too.” ujarku. Tiba-tiba lelaki tersebut menarikku ke arahnya lantas merapatkan wajahnya ke telinga kananku.

“I’m Saidatul Adrina’s father!”

- Bersambung -

Footnote :

Anakku, Damia Uzma nampaknya mempunyai bakat melukis sepertiku juga! Baharu-baharu ini dia telah men-cutex kuku tangan dan kakinya masa aku tengah lena dibuai mimpi. Bertuah punya anak! Namun semasa menyental dakwat permanent marker di kuku-kukunya, aku turut berasa kagum kerana budak berumur tiga tahun lebih sepertinya mampu mewarnakan kuku-kukunya tanpa sedikitpun terkena pada kulit.

Cerpen yang kutulis pada tahun lepas (2007) bertajuk 'Curang SMS' baharu sahaja diterbitkan di dalam Majalah Keluarga Harmoni untuk bulan ini (isu 15-30 Ogos). Aku melilau mencarinya semasa outstation beberapa hari ini. Akhirnya aku menjumpai majalah tersebut di sebuah kedai runcit yang berdekatan dengan rumahku. Aku terpaksa membacanya kembali kerana sudah terlupa bagaimana jalan ceritanya. Kini, aku mulai bersemangat kembali untuk menulis cerpen.

Akhirnya siri kartun Avatar - The Last Air Bender Book 3 (Fire) telahpun selesai kutontoni di komputer milik adikku. Bagiku, inilah siri terbaik yang pernah kutontoni selepas Naruto Shippuuden, episod Sasori bertarung dengan Sakura dan Chioba. Aku benar-benar berharap agar dapat menonton cerita seperti itu lagi.

Friday, August 8, 2008

Emo Hero Bab 18

Emo Hero Bab 18

“Rina jangan memain.” Rina menggelengkan kepala sebagai respons kepada kata-kataku tadi. Rambutnya membuai-buai macam awek Silky Girl dalam iklan televisyen. Ni kalau guna untuk sapu sawang kat bilik aku cukup bagus ni… Hmm… sambil nyanyi lagu awek Silky Girl Puteri Sarah Tut-tut-tutututut!

“Rina memang tak tau cara sembahyang. Parents Rina tak pernah sembahyang dan diorang tak pernah ajar Rina sembahyang.” maklumnya. Aku bungkam. Memang beginilah keadaan umat Islam di zaman ini. Memang patutlah kita sekarang menjadi lemah dan mundur. Hatiku beristighfar ala-ala kumpulan Rabbani (ambik lawak Faisal Tehrani).

“Habis tu macam mana Rina tau menulis Jawi, buat ayat dalam bahasa Arab dan bercakap guna bahasa Arab?” tanyaku. Yang bengangnya markah dia lagi tinggi dari aku pulak tu! Aqtulul Adrina fil maktabah! (aku akan bunuh Adrina di perpustakaan!)

“Rina belajar sendiri-sendiri. Bunyinya tak logik, kan?” perjelasnya. Aku segera teringatkan kata-kata ‘kembar’ Adrina bahawa beliau mempunyai IQ yang tinggi. Kira genius la minah ni. Jadi memang tak ada masalah la untuk belajar dalam masa yang cepat. Macam Sharingan Sasuke-Kun!

“Belajar sendiri?” tanyaku. Adrina mengangguk.

“Rina malu kalau orang lain tau…” ujarnya. Malu apa pulak? Bukannya dia jalan ke Pekan Rabu pakai baju tak berlengan nampak bulu ketiak. Eh! Awek cantik mana ada bulu ketiak! Diorang semuanya suci dari benda-benda jelik macam tu.

“Dahsyat! Rina ni genius ke?” tanyaku untuk mengumpannya. Rina tertawa kecil.

“Rina hafal sungguh-sungguh la.” jawabnya.

“Macam Nizam la. Ada photographic memory.” jawabku. Nampaknya gadis ni sengaja mengelak untuk memberitahuku tentang IQnya. Memang sahih fikirannya cukup bernas. Boleh join BERNAS la satu hari nanti! Nanti dapat la aku bekalan beras free!

“Lebih kurang. Tapi dia tu rajin. Rina malas!” balasnya seraya tertawa. Aku hanya tertawa kecil Bukannya lawak sangat pun. Itu pun cukup baik aku nak ketawa. Kalau bapak aku dengar perkataan malas (walaupun melawak), mau dimakinya tak cukup kitab!

“Can I be excused from sembahyang for this time being?” tanyanya dengan bunyi-bunyian comel. Ni terikut Nora biskut Danish la ni! Noraaa… kat mana kau Noraaa… aku mengadakan changkul untok kapalamu Noraaa….

“Tanya Allah la… bukan tanya aku.” jawabku.

“Kalau gitu Arip ajar Rina.” ujarnya pula.

“Cara orang lelaki dengan pompuan lain, tau? Patutnya Rina tanya ustazah. Bukannya saya yang jahil jugak ni. Satu lagi, jangan pulak bersolat sebab saya. Jadi syirik pulak kang. Solat sebab Rina tau solat tu Allah yang suruh.” balasku.

“Alaa… Arip ajar la Rina! Sekarang ni ajar Rina bacaan sembahyang dulu. Arip baca la. Rina dengar dan cuba hafal.” pujuknya pula.

*****************************************

Lebih kurang setengah jam kemudian…

“Kau ni ada Sharingan ke Rina?” ujarku dengan muka berkerut.

“Sharingan? Apa tu?” tanya Adrina kembali.

“Dalam komik Jepun Naruto, ada satu klan ninja tu matanya ada hikmat Sharingan. Kalau dia tengok mana-mana ninja punya hikmat pun dia boleh tiru seratus peratus tepat.” terangku.

“Cool…” balasnya.

“Kamu la yang cool! Aku sebut sekali aje kamu dah ingat cara bacaannya. Siap gaya bunyinya sekali.” ujarku. Beberapa minit tadi aku membacakan bacaan-bacaan dalam solat berserta surah-surahnya sekali dari solat subuh hinggalah ke isya’. Ternyata Adrina dapat menghafalnya dengan hanya sekali mendengar dan membacakannya kembali dengan tepat dan betul. Aku benar-benar terperanjat labi-labi (terperanjat dengan gaya menguak-nguakkan tangan) kerana amat ketara bahawa memori fotografik Adrina jauh lebih hebat daripada Nizam. Adrina yang masih memandu menoleh seketika ke arahku.

“You look terrified.” komennya.

“Tentulah!” balasku. Dia ni tak nampak ke aku hampir menguak-nguakkan tangan gaya terperanjat labi-labi? Tapi aku berani kerat jari bahawa korang yang tengah membaca ni pun mengepak-ngepakkan tangan untuk cuba menghayati gaya terperanjat labi-labi, kan? Hahaha! Alaa… jangan la malu-malu. Akuilah bahawa korang pun gila macam aku jugak, kan? Sengihku terlupus tatkala terdengar Adrina melepaskan keluhan berat.

“Itu sebabnya Rina tak nak belajar betul-betul. Dulu masa kat sekolah Rina dipencilkan sebab kebolehan ‘Sharingan’ Rina ni laa.” ceritanya dengan nada muram. Keadaan hening daripada perbualan buat seketika.

“You think I’m a freak, don’t you?” tanyanya tiba-tiba. Aku spontan menggelengkan kepala.

“Saya rasa Rina sangat cool dan istimewa. Menakutkan sikit. Tapi sangat istimewa. Seronok betul dapat berjumpa dengan orang istimewa macam Rina ni!” jawabku. Adrina terus menoleh ke arahku. Kemudian kembali memakukan pandangannya ke arah jalan raya sambil tersenyum lebar.

“Arip selalu cakap perkara yang boleh buat orang perempuan jatuh hati pada Arip, tau?” ujarnya tiba-tiba. Tahi hidungku seolah-olah beku mendengarkan ungkapan tersebut.

“Apa pulak! Saya cakap apa yang saya rasa dalam isi hati saya aje!” tingkahku.

“Tu la sebabnya… Arip cakap dari isi hati Arip. Apa yang Arip cakap tu betul-betul tulus dan boleh buat awek terharu, tau?” ujarnya lagi. Alamaaak… aku benci topik-topik sebegini. Resah gelisah ketiak aku dibuatnya! Namun aku mendapat cara untuk mematikan topik tersebut dengan segera dan mengikut piawaianPersatuan Peminum Teh Cina Bukit Mertajam.

“Ye ke? Tapi Shaleen tetap tak mahukan saya.” ujarku. Adrina terus terdiam, seperti yang kujangka. Tapi dah la aku rasa bersalah pulak! Okey! Cepat tukar topik! Tapi ingat… jangan topik romantik atau lucah! Err… kalau lucah sikit tu okeylah!

“Rina ada Sharingan. Saya pulak ada Kage No Hentai.” ujarku tiba-tiba.

“Mm? Kage No Hentai? Hikmat ninja apa tu?” tanya Adrina melayani fantasi bebudakku.

“Hm… Pornographic memory!” jawabku seraya tertawa berdekah-dekah. Adrina seperti biasa terus mendaratkan cubitannya di lenganku.

***************************************************

Sepuluh minit kemudian…

Akhirnya kami tiba ke destinasi rahsia lagi misteri yang Adrina mahu kami pergi. Jam telahpun menunjukkan pukul 7.43 pagi. Aku memandang sekeliling. Ianya seperti sebuah belukar. Namun setelah aku mengamat-amati dengan teliti ternyata ianya sebuah kebun yang dipenuhi dengan pelbagai jenis tanaman pokok buah-buahan dan sayuran. Dan sayup-sayup di hadapan kami tersergam sebuah rumah agam yang agak kontemporari seni binaannya. Ada tak grup nasyid kontemporari tinggal kat situ?

“Ada tak grup nasyid kontemporari tinggal kat situ?” Mulutku memaculkan apa yang bermain di fikiran seperti biasa. Malas aku nak marah dengan mulutku ini. Asalkan dia tak mencarut, itupun dikira cukup baik.

“Hm?” tanya Adrina yang nampaknya juga sedang mengelamun.

“Tak ada apa-apa. Just thinking out loud.” maklumku. Gadis tersebut tersenyum.

“Kita dah sampai. Yey!” maklum Adrina. Eleh, sebaik saja memasuki kawasan berpagar tadi aku sudah pun mengetahui akan perihal tersebut.

“Kat mana kita ni?” tanyaku.

“Kita kat rumah arwah atuk Rina.” maklum Adrina. Arwah? Eh, rasa macam nak menyeramkan dirilah pulak! Betui ke ini Adrina ni?

“Kita nak ke rumah tu ke?” tanyaku. harap-harapnya tidak la… Tapi dah pagi terang sebegini takkan hantu ada lagi, ya tak? Tapi kat rumah tu pasti gelap! Alamaaak…

“Taklah. Nenek sekarang ada kat Bandung. Yang ada kat rumah tu cuma orang-orang gaji nenek aje. Rina dah call diorang semalam untuk bagitau kita akan datang ke sini. Minta diorang tolong bukakan pintu pagar.” maklum Adrina lagi.

“Kalau begitu kita nak ke mana sebenarnya ni?” tanyaku dengan nada tidak sabar. Entah apa-apa jawapan yang dia bagitau aku tadi. Macam bukan bagi jawapan aje. Ni kalau ambik SPM Bahasa Melayu sekali lagi ni sohih akan gagal dengan jayanya.

“Ke situ.” jawab Adrina. Aku spontan memandang ke hadapan. Apa taknya, sebelum ni asyik memandang ke arah mukanya yang comel tu.

“Waa…” Ternyata permandangan di hadapanku adalah lebih indah daripada wajah comel Adrina. Kami tiba di sebuah lereng bukit yang amat memukau panorama di sekelilingnya. RAV-4 akhirnya berhenti di situ.

“Jom!” ujar Adrina. Beliau sibuk mengeluarkan barang-barang di dalam kenderaan tersebut. Aku sebagai lelaki gentleman lagi berbudi pekerti serta disanjungi pelbagai kaum termasuk di Sabah dan Sarawak segera menolong beliau. Hmm… Ada tikar… Sahih kami akan berpiknik hari ni.

“Sahih nak berpiknik kat sini, ya?” tanyaku. Adrina tersenyum.

“Surpriseee!!!” teriaknya. Entah apa yang surprise aku pun tahu. Tapi aku sengaja membuat ekspresi terperanjat dengan melompat-lompat ke sana-sini.

“What are you doing?” tanya Adrina.

“Tengah terperanjat beruk ni!” jawabku. Beliau tertawa lantas mencubitku kerana menyindirnya tadi.

***********************************************

Beberapa minit kemudian… (malas nak tengok jam)

“Macam mana?” tanya Adrina yang lebih ralik memerhatikanku menyantap sarapan pagi hasil air tangannya. Keadaan udara pagi yang sungguh nyaman, ditambah pula dengan alam sekeliling yang cantik lagi tidak tercemar dan makan pula masakan yang dibuat oleh seorang gadis jelita. Memang inilah sarapan pagi yang paling best dalam seumur hidupku.

“Boleh la…” jawabku. Saja la tak nak bagi minah tu kembang hidung sebesar Stadium Sarang Burung. Adrina tersenyum.

“Lain kali Rina akan cuba lebih baik lagi. Biar masakan Rina setaraf dengan Chef Wan.” ujarnya dengan penuh bersemangat. Aku tertawa.

“Sebenarnya masakan kau ni dah memang sedap. Sedap daripada masakan mak cik brutal.” maklumku.

“Mak cik brutal?” tanyanya.

“Ha-ah! Mak cik kafe Fakulti Undang-Undang tu la.” jawabku. Adrina tertawa. Suka sangat nampaknya.

“Tak baik, tau?” tegurnya setelah selesai menghabiskan baki tawa.

“Apa pulak! Lu yang gelak sakan macam abang long dubuk Afrika.” kutukku kembali. Adrina kembali tertawa. Kemudian mencebikkan bibir.

“Ah! Lupa sesuatu la!” ujarnya seraya berlari ke arah SUV. Aku hanya memerhatikan sahaja gelagatnya yang membuka kedua-dua pintu RAV-4 dan membuat sesuatu pada dashboard kenderaan tersebut. Seketika kemudian berkumandanglah lagu yang sangat sedap pada telingaku. Sangat cool pulak tu. Aku menghayati setiap bait liriknya.

“When I wake up in the morning love
and the sunlight hurts my eyes

And something without warning love
bears heavy on my mind.
Then I look at you and the world's alright with me
Just one look at you and I know it's gonna be -

A lovely day - lovely day
lovely day
lovely day
lovely day”

“Lagu ni best!” komenku. Adrina mengangguk.

“Penyanyinya Bill Withers. Tajuknya Lovely Day.” maklumnya. Aku tersenyum.

“What’s with the smiling?” tanyanya.

“Saya betul-betul seronok hari ni. Terima kasih.” ujarku. Adrina pula tersenyum.

“Rina nak balas balik pengalaman best ‘tengok wayang’ haritu.” balasnya. Kami sama-sama tertawa. Lirik lagu tersebut mula tiba di bahagian “Then I look at you and the world's alright with me. Just one look at you and I know it's gonna be… A lovely day”

“Lovely day-lovely day-lovely day…” Dan kami berdua seperti tahu-tahu saja untuk bersama-sama menyanyikan korusnya.

Aku sangat gembira dan teruja pada hari ini. Dan aku pasti setiap kali aku juga berasa begitu bila menghabiskan masa bersama Adrina. Tidak perlu control macho. Tak perlu rasa kekok. Nampaknya beliau adalah sahabat baikku yang terbaharu. Aku tahu bahawa kebarangkaliannya aku mungkin akan menghadapi masalah kelak. Namun buat masa ini aku tak peduli. I’m having a lovely day-lovely day-lovely day-lovely day….

- Bersambung. -