Monday, November 18, 2013

Iklan dakwah 19-11-2013

Saya berpesan-pesan kepada kebenaran dan dengan kesabaran...

Bila kita selamat dikebumikan, setelah semua yang hidup pergi meninggalkan kita, maka datanglah dua orang Malaikat yang bernama Munkar dan Nakir untuk bertanyakan beberapa soalan yang hanya amalan serta keimanan kita sahaja dapat membolehkan kita menjawabnya.

Salah satu soalannya ialah “Siapakah saudaramu?”

Maka kata orang yang membacakan talkin “Jawablah orang Islam adalah saudaraku.” Namun bolehkah kita yang kini di alam barzakh menjawab soalan tersebut dengan betul?

Saban hari umat Islam di Thailand dibunuh dan dizalimi di sana, namun kita masih lagi mencurahkan wang ringgit kita di sana untuk membeli-belah dan melancong. Sebahagian wang kita itu telah digunakan untuk membunuh dan menzalimi umat Islam.

Mac Donald’s kini telah mempromosikan anak patung Hello Kitty. Syarikat tersebut adalah di antara penyumbang kepada pertubuhan Zionis untuk membunuh dan menzalimi umat Islam di Palestein. Dek mahukan anak patung Hello Kitty, kita tak peduli sama ada duit kita itu digunakan untuk membunuh umat Islam di Palestein atau tidak.

Syarikat Phillip Morris yang mengeluarkan jenama-jenama rokok terkenal adalah juga di antara penyumbang kepada pertubuhan Zionis untuk membunuh dan menzalimi umat Islam di Palestein. Jangan kata orang marhaen seperti kita, malah ada ustaz-ustaz dan para agamawan juga sanggup membelinya tanpa peduli wangnya itu digunakan untuk membunuh dan menzalimi umat Islam di sana.

Sebelum kedua malaikat tersebut bertanyakan soalan “Siapakah saudaramu?”…

… sementara kita masih lagi hidup cubalah bertanya pada diri sendiri :

“Adakah aku menganggap orang Islam itu saudaraku?”

3 comments:

Anonymous said...

ramai yang dah tak perihatin sbb tak berlaku pada diri sendiri dan ahli keluarga...
cuma tgk gambar lepastu bantah kemudiannya lepas tutup gambar dah hilang semua itu...

Anonymous said...

Lamanya tader update...moga penulis sihat walafiat hendaknya

Anonymous said...

Bila nak kluar crita baru ye?