Friday, November 15, 2013

Cerpen - Ibnu Hibban (Part 5)



Cerita Kemetot (cerpen la tu)
Tajuk : Ibnu Hibban (Part 5)



Tiga puluh kilometer dari Bandar Damsyik. Lima tahun yang lalu...

“Hibban, kami telah berjaya menangkap anak Jeneral Hussin Dahrar dan menawan beberapa orang pengawal peribadinya. Hameed kini sedang berunding dengan Jeneral Hussin untuk menukarkan anaknya dengan dua puluh tujuh orang wanita Sunni yang dipenjarakan di kem Fatima.” maklum Umar yang menyambut Ibnu Hibban yang baharu sahaja pulang dari misi memusnahkan dua buah kenderaan pelancar peluru berpandu milik tentera Hezbollah, Ibnu Hibban merenung tajam anak lelaki Jeneral Hussin Dahrar bersama tiga orang pengawal peribadinya yang kini menjadi tawanan pasukan Ribut Pasir Merah. Mereka berempat ditutup mata dengan kain hitam dan diikat kemas pada sebatang pokok yang agak kering serta dikawal oleh dua orang askar yang bersenjata. Kelihatan juga orang kanannya bernama Hameed sedang berbual-bual pada monitor sebuah komputer riba. Ibnu Hibban segera mendekati Hameed.

“Ah, Hibban! Tahniah atas kejayaan misimu. Aku pula masih terkial-kial berunding dengan Jeneral Hussin.” maklum Hameed dengan perasaan segan. Hameed mempunyai darah keturunan nabi Muhammad SAW. Pun begitu, beliau tidak menganggap dirinya lebih hebat daripada Ibnu Hibban.

“Ahlul bait memang lembut dan sopan tutur bicaranya. Tentulah lama nak berunding dengan manusia bengap seperti Dahrar.” usik Ibnu Hibban. Hameed ketawa. Namun Jeneral Hussin Dahrar yang kini berada dalam talian webcam berasa sakit hati. Jelas kekeruhan pada wajahnya di skrin monitor komputer riba di hadapan mereka.

“Jadi inilah Ibnu Hibban yang amat terkenal dan ditakuti oleh tentera Presiden Bashar dan Hezbollah. Begitu muda orangnya, namun begitu handal sekali. Aku pasti tak akan lupakan wajahmu, Ibnu Hibban.” puji Jeneral Dahrar.

“Ya! Bila di neraka nanti, kau, Assad Bashar, dan segala sampah-sarah syiah Alawite dan Imamiah pasti tak akan dapat melupakan wajahku.” balas Ibnu Hibban dengan kasar. Jeneral Dahrar ketawa.

“Sememangnya orang muda dengan darah mudanya! Penuh dengan semangat dan keberanian!” puji Jeneral Hussin Dahrar. Ibnu Hibban terdiam. Beliau merenung wajah Jeneral Dahrar dengan teliti, seolah-olah cuba mengesani sesuatu.

“Hameed, sudah berapa lama kau berada di sini?” tanya Ibnu Hibban.

“Err, lebih kurang lima jam.” jawab Hameed.

“Berapa lama kau dah berunding dengan Jeneral Hussin?” tanya Ibnu Hibban.

“Lebih kurang empat jam yang lalu.” jawab Hameed.

“Bagaimana dengan tawanan-tawanan muslimah di kem Fatima?” tanya Ibnu Hibban.

“Masih dalam proses pembebasan. Mereka memerlukan masa dua jam lagi.” jawab Hameed.

“Enam jam untuk mengumpulkan dua puluh tujuh orang wanita di suatu kem tahanan?” tanya Ibnu Hibban. Hameed bungkam.

“Kau cuba melengah-lengahkan kami, ya? Tentu satelit sedang cuba mengesan kedudukan kami, bukan? Kau memang tiada berniat untuk membebaskan tahanan-tahanan wanita kami, bukan?” tanya Ibnu Hibban yang kini memandang ke arah Jeneral Hussin Dahrar. Wajah jeneral tua tersebut berubah.

“Ibnu Hibban, bukankah perundingan memerlukan masa? Banyak birokrasi yang perlu aku uruskan. Berilah kami sedikit masa lagi.” pinta Jeneral Dahrar. Namun Ibnu Hibban tidak lagi mempedulikan kata-kata Jeneral Dahrar. Sebaliknya beliau mengarahkan keempat-empat tawanan tadi dibawa kepadanya.

“Hameed, arahkan orang-orang kita untuk bersedia berundur dari kem tahanan Fatima selepas sepuluh minit bermula dari sekarang.” bisik Ibnu Hibban yang membawa Hameed jauh dari skrin monitor komputer riba tersebut. Hameed yang memahami apa yang dimaksudkan segera berlari untuk mendapatkan alat perhubungan. Di samping itu, beliau juga memberikan arahan senyap agar kesemua anak buah Ibnu Hibban mula mengemaskan barang dan segera meninggalkan tempat tersebut. Kini Ibnu Hibban, Hameed dan Syaukanee sahaja yang kelihatan menunggu di hadapan skrin monitor komputer peribadi tadi. Bersama-sama mereka adalah keempat-empat tawanan tadi dalam keadaan berteleku di hadapan skrin monitor untuk dilihat dengan jelas oleh Jeneral Dahrar.

“Kau kata kau mahu menguruskan karenah birokrasi, ya? Baiklah, biar aku beri sedikit motivasi untukmu agar kau bekerja dengan lebih kuat lagi.” Sebaik sahaja mengungkapkan kata-kata sedemikian, Ibnu Hibban dengan tiada bertangguh menghunuskan pistolnya dan mula menembak kepala salah seorang pengawal peribadi anak Jeneral Dahrar. Diikuti dengan pengawal peribadi yang kedua dan yang ketiga. Apabila pistolnya diacukan ke kepala anak Jeneral Dahrar yang kini menangis dan memekik lolong, jeneral tua tersebut menjerit-jerit memintanya berhenti.

“Tolonglah! Janganlah bunuh satu-satunya anak lelakiku! Aku merayu kepadamu, Ibnu Hibban. Aku sanggup sujud kepadamu. Aku sanggup menyembahmu!” rayu Jeneral Hussin Dahrar.

“Dasar syiah Alawite yang sial!” cerca Ibnu Hibban lantas menembak bahagian kiri perut anak jeneral tersebut. Lelaki tersebut mengerekot di atas tanah menahan kesakitan. Manakala Jeneral Dahrar pula tak berhenti-henti memaki-hamun Ibnu Hibban.

“Laknatullah ke atasmu Hibban! Laknat Ali ke atasmu Hibban! Laknat Hussein ke atasmu!” cercanya dengan kemarahan yang teramat sangat.

“Diamlah! Anak kau bukannya mati lagi! Tapi dalam masa sejam dia mungkin akan mati akibat kehilangan darah. Kami akan meninggalkan tempat ini sekarag juga. Dalam masa lapan minit, kau mesti serahkan kesemua tahanan wanita di kem Fatima kepada wakil kami yang sedang menunggu. Lima belas minit kemudian aku akan berikan lokasi GPS untuk kau datang menyelamatkan anakmu. Kami akan ikat perut anakmu untuk memperlahankan darah yang keluar. Tapi kalau kami tak dapat kesemua para tawanan di kem Fatima dalam masa lapan minit, kau akan berjumpa dengan mayat anakmu tiga-empat hari kemudian.” ancam Ibnu Hibban. Beliau terus menutup komputer ribanya tanpa menunggu jawapan balas daripada Jeneral Dahrar.

*******************************

Sekarang, di bilik Ketua Pengarah Jabatan Amal Ma’aruf dan Nahi Mungkar.

“Adakah perancangan Ibnu Hibban itu berjaya?” Pertanyaan Hasheem Baihaqi itu disambut dengan anggukan oleh Syaukanee.

“Para muslimah kami yang dipenjarakan di kem tahanan Fatima kesemuanya berjaya dibebaskan. Ibnu Hibban mengotakan janjinya dengan memberikan kedudukan anak Jeneral Hussin Dahrar.” jawab Syaukanee.

“Kalau begitu, tentu Jeneral Dahrar akan mengganas lagi.” taakul Hasheem. Syaukanee tersenyum.

“Ibnu Hibban telahpun memberikan janjinya. Beliau tak rela orang lain menghina Islam kerana beliau memungkiri janji. Ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW bertancap kuat pada jatidirinya. Dengan izin Allah, lapan bulan kemudian tentera Ribut Pasir Merah telah berjaya menawan kem tahanan Fatima. Jeneral Hussin Dahrar telah membunuh diri kerana enggan menjadi tawanan Ibnu Hibban. Beliau sempat menulis, ‘Ali, Hussein dan Fatimah akan mendakapku dan membawaku ke syurga Firdaus. Manakala Ibnu Hibban akan akan direntap oleh Muawiyyah ke dalam neraka’ sebelum meledakkan kepalanya dengan pistol.” cerita Syaukanee.

“Nampaknya beliau benar-benar tak dapat melupakan Ibnu Hibban.” taakul Hasheem. Syaukanee mengangguk.

“Tiada siapa yang akan dapat melupakan Ibnu Hibban. Sama ada rakan atau musuhnya.” Ujar Syaukanee pula.





- Bersambung -

1 comment:

ummi said...

lama sungguh tunggu sambungan..
moga2 ada sambungan bagi kisah ibnu hibban ni...