Cerita Kemetot (cerpen la tu)
Tajuk : Ibnu Hibban (Part 5)
Tiga puluh kilometer dari Bandar Damsyik. Lima tahun
yang lalu...
“Hibban, kami telah berjaya menangkap anak Jeneral Hussin
Dahrar dan menawan beberapa orang pengawal peribadinya. Hameed kini sedang
berunding dengan Jeneral Hussin untuk menukarkan anaknya dengan dua puluh tujuh
orang wanita Sunni yang dipenjarakan di kem Fatima.” maklum Umar yang menyambut
Ibnu Hibban yang baharu sahaja pulang dari misi memusnahkan dua buah kenderaan
pelancar peluru berpandu milik tentera Hezbollah, Ibnu Hibban merenung tajam
anak lelaki Jeneral Hussin Dahrar bersama tiga orang pengawal peribadinya yang
kini menjadi tawanan pasukan Ribut Pasir Merah. Mereka berempat ditutup mata
dengan kain hitam dan diikat kemas pada sebatang pokok yang agak kering serta
dikawal oleh dua orang askar yang bersenjata. Kelihatan juga orang kanannya
bernama Hameed sedang berbual-bual pada monitor sebuah komputer riba. Ibnu
Hibban segera mendekati Hameed.
“Ah, Hibban! Tahniah atas kejayaan misimu. Aku pula
masih terkial-kial berunding dengan Jeneral Hussin.” maklum Hameed dengan
perasaan segan. Hameed mempunyai darah keturunan nabi Muhammad SAW. Pun begitu,
beliau tidak menganggap dirinya lebih hebat daripada Ibnu Hibban.
“Ahlul bait memang lembut dan sopan tutur bicaranya.
Tentulah lama nak berunding dengan manusia bengap seperti Dahrar.” usik Ibnu Hibban.
Hameed ketawa. Namun Jeneral Hussin Dahrar yang kini berada dalam talian webcam
berasa sakit hati. Jelas kekeruhan pada wajahnya di skrin monitor komputer riba
di hadapan mereka.
“Jadi inilah Ibnu Hibban yang amat terkenal dan
ditakuti oleh tentera Presiden Bashar dan Hezbollah. Begitu muda orangnya,
namun begitu handal sekali. Aku pasti tak akan lupakan wajahmu, Ibnu Hibban.”
puji Jeneral Dahrar.
“Ya! Bila di neraka nanti, kau, Assad Bashar, dan
segala sampah-sarah syiah Alawite dan Imamiah pasti tak akan dapat melupakan
wajahku.” balas Ibnu Hibban dengan kasar. Jeneral Dahrar ketawa.
“Sememangnya orang muda dengan darah mudanya! Penuh
dengan semangat dan keberanian!” puji Jeneral Hussin Dahrar. Ibnu Hibban
terdiam. Beliau merenung wajah Jeneral Dahrar dengan teliti, seolah-olah cuba
mengesani sesuatu.
“Hameed, sudah berapa lama kau berada di sini?”
tanya Ibnu Hibban.
“Err, lebih kurang lima jam.” jawab Hameed.
“Berapa lama kau dah berunding dengan Jeneral
Hussin?” tanya Ibnu Hibban.
“Lebih kurang empat jam yang lalu.” jawab Hameed.
“Bagaimana dengan tawanan-tawanan muslimah di kem
Fatima?” tanya Ibnu Hibban.
“Masih dalam proses pembebasan. Mereka memerlukan
masa dua jam lagi.” jawab Hameed.
“Enam jam untuk mengumpulkan dua puluh tujuh orang
wanita di suatu kem tahanan?” tanya Ibnu Hibban. Hameed bungkam.
“Kau cuba melengah-lengahkan kami, ya? Tentu satelit
sedang cuba mengesan kedudukan kami, bukan? Kau memang tiada berniat untuk
membebaskan tahanan-tahanan wanita kami, bukan?” tanya Ibnu Hibban yang kini
memandang ke arah Jeneral Hussin Dahrar. Wajah jeneral tua tersebut berubah.
“Ibnu Hibban, bukankah perundingan memerlukan masa?
Banyak birokrasi yang perlu aku uruskan. Berilah kami sedikit masa lagi.” pinta
Jeneral Dahrar. Namun Ibnu Hibban tidak lagi mempedulikan kata-kata Jeneral
Dahrar. Sebaliknya beliau mengarahkan keempat-empat tawanan tadi dibawa kepadanya.
“Hameed, arahkan orang-orang kita untuk bersedia berundur
dari kem tahanan Fatima selepas sepuluh minit bermula dari sekarang.” bisik
Ibnu Hibban yang membawa Hameed jauh dari skrin monitor komputer riba tersebut.
Hameed yang memahami apa yang dimaksudkan segera berlari untuk mendapatkan alat
perhubungan. Di samping itu, beliau juga memberikan arahan senyap agar kesemua
anak buah Ibnu Hibban mula mengemaskan barang dan segera meninggalkan tempat
tersebut. Kini Ibnu Hibban, Hameed dan Syaukanee sahaja yang kelihatan menunggu
di hadapan skrin monitor komputer peribadi tadi. Bersama-sama mereka adalah
keempat-empat tawanan tadi dalam keadaan berteleku di hadapan skrin monitor
untuk dilihat dengan jelas oleh Jeneral Dahrar.
“Kau kata kau mahu menguruskan karenah birokrasi,
ya? Baiklah, biar aku beri sedikit motivasi untukmu agar kau bekerja dengan
lebih kuat lagi.” Sebaik sahaja mengungkapkan kata-kata sedemikian, Ibnu Hibban
dengan tiada bertangguh menghunuskan pistolnya dan mula menembak kepala salah
seorang pengawal peribadi anak Jeneral Dahrar. Diikuti dengan pengawal peribadi
yang kedua dan yang ketiga. Apabila pistolnya diacukan ke kepala anak Jeneral
Dahrar yang kini menangis dan memekik lolong, jeneral tua tersebut
menjerit-jerit memintanya berhenti.
“Tolonglah! Janganlah bunuh satu-satunya anak lelakiku!
Aku merayu kepadamu, Ibnu Hibban. Aku sanggup sujud kepadamu. Aku sanggup
menyembahmu!” rayu Jeneral Hussin Dahrar.
“Dasar syiah Alawite yang sial!” cerca Ibnu Hibban
lantas menembak bahagian kiri perut anak jeneral tersebut. Lelaki tersebut
mengerekot di atas tanah menahan kesakitan. Manakala Jeneral Dahrar pula tak
berhenti-henti memaki-hamun Ibnu Hibban.
“Laknatullah ke atasmu Hibban! Laknat Ali ke atasmu
Hibban! Laknat Hussein ke atasmu!” cercanya dengan kemarahan yang teramat
sangat.
“Diamlah! Anak kau bukannya mati lagi! Tapi dalam
masa sejam dia mungkin akan mati akibat kehilangan darah. Kami akan
meninggalkan tempat ini sekarag juga. Dalam masa lapan minit, kau mesti
serahkan kesemua tahanan wanita di kem Fatima kepada wakil kami yang sedang
menunggu. Lima belas minit kemudian aku akan berikan lokasi GPS untuk kau datang
menyelamatkan anakmu. Kami akan ikat perut anakmu untuk memperlahankan darah
yang keluar. Tapi kalau kami tak dapat kesemua para tawanan di kem Fatima dalam
masa lapan minit, kau akan berjumpa dengan mayat anakmu tiga-empat hari
kemudian.” ancam Ibnu Hibban. Beliau terus menutup komputer ribanya tanpa
menunggu jawapan balas daripada Jeneral Dahrar.
*******************************
Sekarang, di bilik Ketua Pengarah Jabatan Amal Ma’aruf
dan Nahi Mungkar.
“Adakah perancangan Ibnu Hibban itu berjaya?”
Pertanyaan Hasheem Baihaqi itu disambut dengan anggukan oleh Syaukanee.
“Para muslimah kami yang dipenjarakan di kem tahanan
Fatima kesemuanya berjaya dibebaskan. Ibnu Hibban mengotakan janjinya dengan
memberikan kedudukan anak Jeneral Hussin Dahrar.” jawab Syaukanee.
“Kalau begitu, tentu Jeneral Dahrar akan mengganas
lagi.” taakul Hasheem. Syaukanee tersenyum.
“Ibnu Hibban telahpun memberikan janjinya. Beliau
tak rela orang lain menghina Islam kerana beliau memungkiri janji. Ajaran
al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW bertancap kuat pada jatidirinya. Dengan izin
Allah, lapan bulan kemudian tentera Ribut Pasir Merah telah berjaya menawan kem
tahanan Fatima. Jeneral Hussin Dahrar telah membunuh diri kerana enggan menjadi
tawanan Ibnu Hibban. Beliau sempat menulis, ‘Ali, Hussein dan Fatimah akan
mendakapku dan membawaku ke syurga Firdaus. Manakala Ibnu Hibban akan akan
direntap oleh Muawiyyah ke dalam neraka’ sebelum meledakkan kepalanya dengan
pistol.” cerita Syaukanee.
“Nampaknya beliau benar-benar tak dapat melupakan
Ibnu Hibban.” taakul Hasheem. Syaukanee mengangguk.
“Tiada siapa yang akan dapat melupakan Ibnu Hibban.
Sama ada rakan atau musuhnya.” Ujar Syaukanee pula.
- Bersambung -