Tuesday, May 25, 2010

Notakaki : Ren Fairuz

“Ren Fairuz adalah bagaikan comic-relief di dalam cerita MetroPolis ini. Namun rupa-rupanya beliau adalah seorang imam muda yang diselubungi dengan misteri dan bukanlah individu yang sembarangan. Malah dalam satu bab di episod pertama, Ren Fairuz secara berkias memberitahu bahawa kumpulan MetroPolis ini telah berjaya menarik perhatiannya. Nampak gayanya penglibatan serta kemunculan Ren Fairuz yang kerap di dalam kumpulan MetroPolis adalah semata-mata untuk memerhatikan tindak-tanduk Enbi dan anak-anak buahnya. Sekaligus menunjukkan bahawa beliau mempunyai agenda tertentu terhadap MetroPolis yang pastinya enggan dikongsi dengan sesiapa.

Nama Ren Fairuz ini adalah diambil daripada nama seorang ustaz muda yang juga meupakan sahabatku bernama Ustaz Fairoz. Beliau adalah seorang yang sangat rajin dan sentiasa nampak ceria sungguhpun dalam keadaan susah hati. Beliau pernah menjadi imam di masjid Pasir Putih, Ipoh sungguhpun kampung halamannya terletak di Kampung Manjoi, Ipoh. Suatu hari, atas sebab kedengkian segelintir individu, Ustaz Fairoz serta-merta meletakkan jawatannya sebagai imam di masjid Kampung Pasir Putih dan terus menghilangkan diri selepas itu. Aku masih mencari-cari akan tempat tinggalnya terkini dan berharap agar dapat bertemu dengan sahabatku itu suatu hari nanti.”

2 comments:

Anonymous said...

setiap emissary da lambang diorang sendiri ka??pa lambang bg emissary windblade,emissary draculon n emissary richter??

Si Nami said...

Tak semestinya setiap daripada mereka ada lambang untuk menunjukkan identiti. Payung Mayhem adalah dihadiahkan kepadanya oleh seseorang. Jadi lambang itu dibuat oleh si penghadiah itu sendiri.

Drakulon menggunakan lambang lencana besi berwarna keemasan dengan logo burung Phoenix. Windblade nampaknya tidak suka menonjolkan diri dan tidak mempunyai sebarang lambang padanya.

Richter adalah emissary yang paling istimewa kerana dia telah kekal hidup sejak 500 tahun dahulu (kalau awak baca cerita seterusnya). Setakat ini juga dia tiada sebarang lambang khas.