Nota Kepala 05-12-2011 :
Rupa-rupanya Ren Fairuz bukannya pemilik Karamah alemen angin. Kalau dibaca betul-betul, tentu kalian akan tahu bahawa Karamah Ren adalah kuasa yang memakan jin dan kemudian mencernakan serta mampu menggunakan kuasa jin tersebut dengan sewenang-wenangnya. Dalam Bab 1, jin yang dimakan oleh Ren adalah Tlaloc, iaitu jin yang disembah oleh orang-orang Aztec pada zaman dahulukala. Tlaloc adalah jin yang amat kuat dan berkuasa. Ia dikatakan mampu menurunkan hujan dan bah. Namun kuasa yang paling ditakuti yang kini dimiliki oleh Ren adalah kuasa elektriknya. Kaum Aztec percaya bahawa Tlaloc mempunyai kuasa petir. Namun kuasa petirnya itu hanyalah kuasa elektrik sahaja. Kuasa petir hanyalah milik Allah dan Maharaja Mayhem pula 'meminjamnya' dengan kuasa Karamah.
Gelaran Windblade pada Ren adalah kerana beliau memakan jin elemen angin sebagai koleksi pertama kuasa pelbagainya. Jin elemen angin tersebut dipercayai bergelar Shu yang disembah oleh kaum Mesir kuno dan dianggap amat berkuasa dalam mengawal udara dan angin.
Dalam bab 1, Ren juga nampaknya memiliki kuasa api. Jadi jin apakah yang beliau telah baham? Dan apakah lagi kuasa-kuasa yang Ren miliki? Pastinya lebih seronok nanti!
2 comments:
err,boleh ke makan jin?? urghhh,euww
haha
-nuyrah-
Nuyrah : Ren sebenarnya tak makan jin tu. Dia cuma rampas kelebihan/kuasa yang ada pada jin tu untuk dijadikan miliknya. Tapi biasalah nak bunyi ganas sikit. Haha!
Post a Comment