Friday, September 9, 2011

MetroPolis Episod 2 - Bab 29

MetroPolis Episod 2

Bab 29

Maharaja Petir



“Selamat datang ke kediaman rasmi saya yang tidak seberapa ini, tuanku Mayhem.” Itulah kata-kata aluan pertama yang terpacul daripada mulut Dato’ Seri Khamal Hasyim tatkala Zoei Bukhory memasuki bilik tetamu di kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia. Zoei menoleh ke belakang. Merenung pintu utama yang hampir empat kali lebih tinggi daripadanya. Ianya begitu berat dan nampak mewah sekali sehinggakan dua daunnya itu perlu ditolak oleh dua orang pengawal yang tegap. Zoei memandang pula ke hadapan. Merenung selayang pandang. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Khamal duduk di sebuah bangku yang besar dan mewah. Di kiri dan kanan beliau duduk dua individu yang nampaknya begitu penting. Kerusi mereka juga nampak mewah, namun lebih kecil sedikit daripada kepunyaan Dato’ Seri Khamal. Ketiga-tiga individu tersebut duduk di atas pentas yang tingginya dalam sekaki. Tidak jauh daripada pentas tersebut tegak berdiri seorang lelaki dalam linkungan umur 50’an lengkap dengan pakaian seragam polis. Di kiri dan kanan bilik yang panjang dan luas tersebut terdapat belasan orang pengawal yang lengkap berpakaian ganjil serta memegang senjata berteknologi canggih. Di tengah-tengah antara Zoei dan Dato’ Seri Khamal pula terbentang hamparan permaidani buatan tangan yang amat indah hasil tukangnya dan empuk terasa di kaki sungguhpun wakil Organisasi itu bersepatu. Siling bilik tersebut juga amat tinggi dan dilimpahi dengan cahaya dari puluhan lampu yang cantik dan mahal.


Zoei tidak terus membalas sapaan tadi. Beliau sebaliknya berjalan dengan agak gegas ke arah Perdana Menteri Malaysia itu. Tindakannya itu mengundang resah kesemua pihak yang berada di bilik itu. Lebih-lebih lagi yang duduk di sebelah kiri Dato’ Seri Khamal. Beliau nampaknya seperti tidak sabar-sabar mahu bertindak. Langkah Zoei akhirnya memegun tatkala tiba lebih kurang tiga meter daripada Dato’ Seri Khamal.


“Tuanku? Tuan mengampu saya sebab bimbang saya akan mengkritik kediaman tuan yang ‘tidak seberapa’ inikah?” tanya Zoei dengan nada sindiran. Terkedu Dato’ Seri Khamal dibuatnya. Merah padam mukanya menahan malu dan bengang. Zoei yang tidak mempedulikan perasaan Perdana Menteri tersebut mengalihkan pandangannya ke arah Tan Sri Albaeen pula.


“Kenapa tuan tak beri peluang Datuk Seri Rathinathan berada di bilik ini bersama tuan?” tanya Zoei pula. Tan Sri Albaeen tersentak mendengarkannya.


“Er... Beliau ada perkara lain yang perlu dibuat di luar.” jawab Tan Sri Albaeen dengan gugup.


“Oh, begitu. Datuk Seri Rathinathan sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk menjemput saya ke mari tetapi nampaknya pengorbanannya tidak begitu dihargai.” tempelak Zoei. Kini giliran muka Tan Sri Albaeen pula menjadi merah padam.


“Bukan begitu. Datuk Seri Rathi-”


“Beliau sekarang pasti nampak lebih hebat dan bergaya daripada tuan jika berada di dalam bilik ini, bukan? Rathinathan yang hebat dan sangat berani bersemuka dengan pendekar Emissary Mayhem yang ganas dan sukar diramal tindakannya. Tuan pasti tak mahu pandangan sedemikian bermain di dalam hati orang-orang di dalam bilik ini, bukan?” tanya Zoei dengan senyuman sinis. Tan Sri Albaeen senyap tidak berbunyi. Ternyata Emissary Mayhem tidak memberi muka langsung kepada tokoh-tokoh di Malaysia itu.


“Baiklah, kenapa memanggil saya ke mari? Ada hal pentingkah?” tanya Zoei dengan pandangan tepat ke arah Dato’ Seri Khamal. Nada suaranya adalah lembut dan bersahaja namun penuh sinikal serta agak biadap.


“Tuanku Mayhem, duduklah dulu di kerusi yang kami sediakan dulu.” pelawa Dato’ Seri Khamal yang sedaya upaya cuba mengawal perasaan tersinggungnya. Zoei memandang ke arah kerusi tidak jauh daripadanya di belakang. Kerusi tersebut juga adalah amat besar, empuk serta nampak mewah. Beliau kemudian memandang pula ke arah Dato Seri Khamal.


“Tuan memanggil saya ‘tuanku’ lagi. Adakah saya begitu dihormati di sini?” tanya Zoei.


“Tentulah. Tuanku Mayhem adalah pendekar nombor satu dalam Organisasi dan dalam kelompok empat pendekar bertaraf Maharaja. Gelaran tuanku iaitu Maharaja Petir adalah amat terkenal dan kami rakyat Malaysia juga mengetahuinya.” puji Dato’ Seri Khamal. Beliau menyedari bahawa Zoei kurang senang dengannya sekarang.


“Jadi tuan menganggap saya setaraf dengan Maharaja Pemancung Angin?” tanya Zoei dengan nada berminat.


“Ya, malah mungkin rasa hormat saya kepada tuanku melebihi daripada tuanku Windblade.” jawab Dato’ Seri Khamal dengan sulaman pujian lagi.


“Windblade yang pemalas itu kedudukannya lebih tinggi daripada tuan, kan?” tanya Zoei. Air muka Dato’ Seri Khamal sekali lagi berubah. Beliau sudah dapat menangkap apa sebenarnya yang ingin diperkatakan oleh Zoei.


“Jika tuanku mahu, tuanku bolehlah duduk di kerusi saya dan saya duduk di kerusi bawah pentas ini. Saya ini di bawah tuanku sahaja. Saya tidak berniat untuk menghina tuanku. Maafkan saya.” pinta Dato’ Seri Khamal. Zoei ketawa. Hatinya berasa amat senang sekali kerana berjaya menguasai serta mengawal keadaan sekarang.


“Tak perlulah. Sungguhpun digelar Maharaja Petir, saya ini cuma hamba sahaja di dunia ini. Hanya Allah sahaja adalah Tuan di dunia ini. Hamba seperti saya ini tidak layak duduk di kerusi mewah dan empuk tersebut. Biarlah saya berdiri sahaja, terima kasih.” Sekali lagi muka Dato’ Seri Khamal menjadi merah padam dengan sindiran pedas Zoei Bukhory.


“Tak usahlah kita bercakap tentang hal-hal yang remeh lagi. Marilah kita bincangkan pula hal yang lebih utama dan penting.” Orang tua di sebelah kiri Dato’ Seri Khamal tiba-tiba bersuara. Zoei merenung agak lama ke arah orang tua tersebut. Beliaulah si Shameer yang menyambut Zoei dan Datuk Seri Rathinathan di luar kediaman rasmi tersebut. Wajah dan suaranya tetap seperti tadi. Angkuh dan dingin. Zoei tiba-tiba bergerak naik ke pentas dan merapati Dato’ Seri Khamal. Individu di sebelah kanan Dato’ Seri Khamal bingkas bangun untuk menghalang namun Perdana Menteri Malaysia itu mengangkat tangan sebagai isyarat agar jangan bertindak melulu. Lelaki yang bernama Rabbin itu tadi segera memegunkan diri. Akhirnya Zoei berdiri betul-betul di hadapan Dato’ Seri Khamal. Beliau perlahan-lahan membongkokkan tubuhnya yang setinggi tujuh kaki lebih itu untuk membisikkan sesuatu kepada Perdana Menteri tersebut.


“Hei, Perdana Menteri. Perasan tak hidung orang tua dan lelaki tegap di kiri kanan tuan agak besar dan bengkok macam hidung Yahudi. Mungkin mereka itu orang Yahudi.” bisik Zoei Bukhory. Namun dengan sengaja suaranya dikuatkan sehingga singgah di telinga Shameer dan Rabbin. Kemudian Zoei kelihatan tersenyum menahan tawa.


“Ya, tuanku. Memang mereka ini orang berbangsa Yahudi. Yang di sebelah kiri saya itu namanya Shameer dan di sebelah kanan pula bernama Rabbin.” perjelas Dato’ Seri Khamal dengan sopan. Beliau juga turut menyedari niat Zoei yang masih mahu bermain-main. Zoei berpura-pura terkejut dan dengan pantas berundur ke belakang.


“Apa? Tuan telah tahu? Ya Allah! Ini suatu yang sangat dahsyat! Nampaknya tuan telah dipaksa oleh Masonik untuk menjadikan dua orang Yahudi ini sebagai penasihat! Jangan bimbang, Perdana Menteri! Aku Supermayhem si penegak keadilan sejagat pasti akan membantu menunjukkan dikau jalan yang benar!” teriak Zoei dengan lakonan yang sangat buruk. Tambahan pula beliau asyik ketawa sahaja. Muka ketiga-tiga individu di hadapannya itu menjadi semakin kelat. Ternyata mereka semakin hilang sabar.


“Tuanku Mayhem. Janganlah begitu. Saya bukanlah dipaksa oleh pihak Masonik. Malah saya telahpun mendapatkan pengesahan serta kebenaran Maharaja Pemancung Angin untuk mengambil Shameer dan Rabbin sebagai penasihat dan pengawal peribadi saya.” perjelas Dato’ Seri Khamal.


“Si pemalas itu pasti tidak membaca permohonan tuan. Main tenyeh sahaja tandatangan kebenarannya! Pasti gambar hidung mereka yang bengkok itu pun dia tidak perasan!” omel Zoei pula dalam tawanya.


“Kami berdua dibenarkan berada di sini sebagai penasihat oleh Maharaja Pemancung Angin sendiri kerana kepakaran kami dalam pentadbiran dan protokol perhubungan antarabangsa yang tidak ada pada mana-mana rakyat Malaysia setakat ini.” perjelas Shameer dengan agak tegas. Ternyata beliau tidak dapat menahan sabarnya dengan kerenah Zoei yang kini asyik ketawa.


“Ada aku meminta pandangan kaukah, Yahudi?” Nada Zoei Bukhory tiba-tiba pula menjadi keras. Mukanya benar-benar serius seolah-olah mahu menelan si Shameer hidup-hidup. Lampu-lampu yang berada di dalam bilik tersebut juga secara tiba-tiba menjadi malap dan cerah beberapa kali. Wajah Shameer jelas mempamerkan perasaan tersentapnya. Tekanan di dalam bilik tersebut begitu kuat sekali sehinggakan jantung tuanya berasa sakit akibat berdegup kencang. Rabin yang daripada tadi ingin mempamerkan kekuatan juga kini berasa gentar. Namun beliau masih enggan mengalah dengan mempamerkan wajah garangnya.


“Tuanku Mayhem, saya merayu agar tuanku bertenang dan memberi muka kepada saya.” pohon Dato’ Seri Khamal yang cuba untuk meredakan ketegangan yang berlaku. Zoei Bukhory memakukan pandangannya ke arah Perdana Menteri Malaysia tersebut. Wajahnya yang bengis tadi beransur-ansur kembali dihiasi senyuman.


“Maafkan saya, Perdana Menteri. Saya memang membenci bangsa Yahudi semenjak kecil lagi. Tuan tahu tak bahawa bangsa Yahudilah satu-satunya bangsa yang disebut oleh Rasulullah S.A.W. akan mengalami kehancuran dan terhapus pada akhir zaman?” tanya Zoei pula. Sengaja nampaknya beliau mahu menyemarakkan lagi api kemarahan Shameer dan Rabin.


“Saya tak tahu pula tentang perkara tersebut.” jawab Dato’ Seri Khamal perlahan. Beliau nampak keberatan sekali untuk menjawab pertanyaan tersebut. Zoei tersenyum kambing melihatkan reaksi tersebut.


“Perdana Menteri, tuan memanggil saya kemari kerana ingin mengingatkan saya bahawa tuan telahpun mendapat kebenaran daripada Maharaja Pemancung Angin untuk mentadbir nagara ini mengikut apa yang tuan fikirkan baik dan sesuai, bukan? Oleh itu tuan tidak mahu saya masuk campur dalam hal pentadbiran negara ini, bukan?” tanya Zoei pula. Air muka Dato’ Seri Khamal berubah serta-merta. Beliau tidak menyangka Maharaja Petir itu telahpun sedia maklum akan motifnya sejak dari awal lagi. Dato’ Seri Khamal memandang ke arah Shameer.


“Ya, kami pun tidak ingin bermain sembunyi-sembunyi lagi dengan tuan. Kedatangan tuan ke Malaysia membuatkan Dato’ Seri berasa gelisah dan terancam. Beliau bimbang tuan akan masuk campur dalam urusan pentadbiran kerajaan negara ini. Itulah sebabnya Dato’ Seri memanggil tuan ke mari. Untuk memastikan daripada mulut tuan sendiri bahawa tuan tidak akan mengganggu urusan pentadbiran kerajaan negara ini.” perjelas Shameer dengan berani. Tindakan beliau itu memang berisiko tinggi. Namun Shameer percaya bahawa Zoei bukannya datang untuk melakukan kemusnahan. Kalau tidak, dari hari pertama lagi beliau sudah memporak-perandakan negara ini.


“Haha!” Zoei Bukhory ketawa besar. Beliau menghabiskan baki tawanya dan kemudian tersenyum pula sambil menganggukkan kepala.


“Saya sebenarnya datang ke Malaysia untuk mengambil pedang saya daripada si pemalas itu. Hal tentang pentadbiran tuan saya tak berminat.” maklum Zoei dengan bersahaja. Beliau kemudian berpaling dan terus melangkah pergi meninggalkan mereka bertiga dalam keadaan termangu-mangu.


******************************


Beberapa minit kemudian, di perkarangan kediaman rasmi Perdana Menteri...


Datuk Seri Rathinathan menyambut Zoei Bukhory dengan senyuman yang agak resah. Zoei membalasnya dengan senyuman ceria.


“Adakah tuan yang akan menghantar saya pulang?” tanya Zoei. Datuk Seri Rathinathan menganggukkan kepala.


“Tuan patut dianugerahi pingat keberanian kerana sanggup menghantar saya pergi dan pulang.” komen Zoei. Beliau ketawa. Datuk Seri Rathinathan kemudian baharulah berani untuk ketawa. Mereka berjalan beririgan menuju ke kenderaan tadi.


“Tuan tahu tak bahawa Perdana Menteri telah melantik dua orang berbangsa Yahudi untuk menjadi penasihat utama beliau?” tanya Zoei tiba-tiba. Datuk Seri Rathinathan hanya mampu menganggukkan kepala.


“Apakah pandangan tuan tentang perkara tersebut?” tanya Zoei pula. Air muka Datuk Seri Rathinathan kembali berubah.


“Saya tidak menyukainya.” Ringkas jawapan tersebut. Namun dapat difahami bahawa Datuk Seri Rathinathan juga tidak bersetuju dengan tindakan Dato’ Seri Khamal itu. Zoei ketawa besar.


“Sememangnya Datuk Seri seorang yang patriotik.” pujinya. Kali ini Zoei menggunakan kata panggilan ‘Datuk Seri’ tanda menghormati pendirian lawan sembangnya itu. Mereka telahpun tiba di kenderaan rasmi yang dinaiki tadi.


“Silakan naik, tuan.” pelawa Datuk Seri Rathinathan. Zoei Bukhory sebaliknya pula berpaling ke belakang dan mula bergerak menjauhkan diri dari pegawai polis tersebut. Sebaik sahaja berada dalam jarak dua puluh meter daripada Dato’ Seri Rathinathan, Zoei memalingkan kepalanya ke arah beliau.


“Aha! Baru saya teringat dari mana saya pernah melihat kereta-kereta kebal itu!” teriak Zoei dengan nada agak teruja. Kata-kata tersebut dimaksudkan pada belasan kereta kebal raksasa yang turut menjadi pengawal peribadi Dato’ Seri Khamal yang kini berada hampir lima puluh meter di hadapan mereka. Beliau kemudian mendepangkan kedua-dua tangannya dengan keadaan jari-jemari gaya mencengkam.


“Itu ialah kereta-kereta kebal jenis Obelisk. Saya pernah melihatnya di Beijing, China. Ianya adalah buatan Masonik. Maaasoonik!” ujar Zoei. Namun kami ini mukanya serta-merta bertukar menjadi bengis.


Aukasoyyibimminassamaaaa ifiihi zhulumaatunww wara’ dunww wabarq (Al-Baqarah 19). Wasuyyiratil jibaa lufakaanat saroobaa (An Naba’ 20).” teriak Zoei Bukhory. Kedua-dua belah telapak tangannya tiba-tiba meletus dengan cahaya yang amat menyilaukan mata. Seraya itu juga suatu bunyi letupan yang amat kuat dan menggemparkan kedengaran. Mata Datuk Seri Rathinathan yang spontan tertutup akibat cahaya yang menyilaukan kembali terbuka.


“Tuan Mayhem...” Itu sahaja yang mampu diperkatakan olehnya. Kedua-dua belah tapak tangan Zoei Bukhory kini memancar-mancar dengan puluhan pancaran elektrik. Namun ternyata kuasanya jauh lebih tinggi daripada kuasa elektrik tahap maksimum milik arwah Kilat. Sebaik sahaja menyentuh bumi, tempat tersebut meledak dengan bunyi dentuman yang memekakkan telinga. Datuk Seri Rathinathan dapat merasakan gegaran kuat di tempat beliau berpijak. Kuasa di kedua telapak tangan Zoei Bukhory ternyata bukan kuasa pancaran elektrik biasa seperti arwah Kilat. Kuasa milik pendekar nombor satu Organisasi tersebut adalah kuasa petir yang mampu memusnahkan apa sahaja di dunia ini. Dunia kini seolah-olahnya hendak kiamat dengan bunyi-bunyi ledakan yang dahsyat dan gegaran gempa yang semakin kuat.


Kedua lutut Datuk Seri Rathinathan menjadi lembik. Beliau jatuh terjelepuk ke tanah. Ketakutan yang terlampau telah menguasai dirinya. Ternyata gelaran Maharaja Petir yang diberikan kepada Zoei Bukhory alias Emissary Mayhem bukannya suatu gelaran yang cuma diperbesar-besarkan sahaja.


- bersambung -

No comments: