Saturday, September 24, 2011

MetroPolis 2 - Bab 30

MetroPolis Episod 2

Bab 30

Porak-Peranda (Mayhem) Bahagian 1


Kubu Utama Sekunder Organisasi, 5 tahun sebelum insiden di Kediaman Rasmi Perdana Menteri Malaysia...


“Kenapa kau masih berada di sini sedangkan urusanmu telah selesai?” Zoei Bukhory yang sedang menikmati bayu lunak di balkoni tingkat kesembilan kubu tersebut agak tersentak. Beliau segera mengalihkan matanya ke arah si empunya suara. Ianya milik seorang lelaki tua. Wajahnya yang dihiasi dengan janggut serta jambang yang tersisir rapi nampak begitu lembut dan mesra. Namun sinar matanya seolah-olah sedang mengekang letusan api yang amat hebat dari dalam tubuh.


“Salam sejahtera ke atasmu, guru.” sapa Zoei dengan sopan. Lelaki tua tadi membalas salamnya dalam keadaan keberatan.


“Aku ini bukanlah gurumu. Gurumu adalah si Langit Merah, bukan?” tanya lelaki itu pula selepas menidakkan perakuan Zoei tadi. Zoei menganggukkan kepala.


“Semua orang yang berilmu dan saya hormati akan saya panggil sebagai ‘guru’. Tak salah, bukan?” tanya Zoei kembali dengan nada seolah-olah mengajuk lenggok gaya percakapan lelaki tua tadi. Lelaki tua tersebut merengus kecil kerana menyedari sindiran Zoei tersebut.


“Kenapa saya tidak boleh berlengah-lengah di tempat ini, guru? Di sinilah tempat pertama kali saya diambil oleh Tuan Guru Langit Merah sebagai anak muridnya selepas berjaya mendapat pangkat Pendekar Eksekutif. Tempat ini ada kenangan manisnya yang tersendiri walaupun cuma sekejap sahaja saya di sini. Lagipun di kawasan ini, gadisnya cantik-cantik belaka. Gadis Itali sememangnya mengancam!” ujar Zoei Bukhory seraya tertawa. Namun lelaki tua lawan sembangnya itu enggan mengukir walau sedikitpun senyuman di bibir.


“Ramai orang di kubu ini termasuk yang berpangkat Emissary berasa gelisah dengan kehadiranmu di sini, Mayhem.” maklum lelaki tua tersebut. Zoei mengeluh kecil.


“Kali ini ada empat orang yang menyapa saya. Lebih baik berbanding sebelum ini. Jadi saya ingatkan semuanya okey.” ujar Zoei Bukhory.


“Orang sepertimu yang telah membunuh dengan sewenang-wenangnya kerana tidak terikat dengan peraturan Karamah sememangnya menakutkan dan menggelisahkan ramai pihak di Organisasi. Kamu memeluk Islam pada umur 25 tahun sedangkan kamu telahpun memperolehi kuasa Karamah elemen api pada umur 7 tahun lagi. Malah kamu ini adalah seorang warga Russia dan mempunyai darah bangsa Eropah.” ujar lelaki itu membuka cerita di sebalik pandangan negatif masyarakat di Organisasi terhadap Zoei. Zoei tersenyum tawar.


“Adakah dengan sebab saya mempunyai darah keturunan Yakjuj dan Makjuj maka saya dipandang serong sehingga kini?” tanya Zoei. Lelaki tua tersebut terdiam. Namun dari air mukanya Zoei tahu bahawa taakulannya itu sememangnya benar.


“Ramai orang berbangsa Eropah yang memeluk agama Islam dan berjuang demi Islam. Ada yang mati kerananya. Mereka itu ada yang daripada ras Yakjuj dan Makjuj. Namun di sisi Allah mereka tetap sama seperti hambaNya yang lain.” ujar Zoei lagi.


“Kata-kata kau memang benar. Namun kau adalah satu-satunya daripada ras tersebut yang berjaya mencapai tahap Karamah tertinggi dan menjadi pendekar nombor satu dalam Organisasi.” balas lelaki tua tersebut.


“Kalian takut saya akan membelot dan mengkhianati Organisasikah?” tanya Zoei dengan nada menduga. Lelaki tua tersebut agak tersentak dengan pertanyaan itu.


“Sejak bila Organisasi mula mengkelaskan musuh-musuh mereka mengikut darah dan keturunan; bukannya keimanan? Apa bezanya Organisasi dengan bangsa Yahudi kalau begitu?” tempelak Zoei Bukhory.


“Kau adalah berbeza daripada tiga maharaja Emissary yang lain, Mayhem. Kau dilahirkan dalam keadaan serba-serbi mewah. Ibu bapamu adalah multi-billionair di Russia yang membantu kempen Masonik memerangi orang Islam hingga sekarang. Malah kau masih berhubungan dan baik dengan kedua orang tuamu. Kau tentu dapat memahami perasaan curiga kebanyakan orang di sini, bukan?” perjelas lelaki tua tersebut. Zoei menganggukkan kepala.


“Saya amat memahami perasaan mereka itu. Tapi adakah mereka memahami pula perasaan saya? Adakah mereka memahami betapa sedihnya dan kecewanya saya kerana kedua ibubapa saya masih lagi belum terbuka hati untuk menerima Islam, malah memerangi agama yang saya anuti berhabis-habisan? Adakah mereka faham bahawa kedua ibubapa saya masih amat menyayangi saya dan percaya bahawa agama yang mereka anuti itu adalah yang benar dan mahu mengembalikan saya ke agama tersebut? Adakah mereka faham bahawa apa yang ibubapa saya lakukan samalah seperti apa yang kita lakukan kerana mereka percaya bahawa merekalah yang betul? Mereka tidak memahami perasaan saya, guru. Guru pun tidak memahami perasaan saya. Kalau tidak, guru tidak perlu untuk mengutarakan kata-kata yang pedih tadi kepada saya.” Lelaki tua tersebut bungkam.


“Itulah sebabnya saya amat bencikan bangsa Yahudi yang memusuhi Islam dan saya berazam untuk menghapuskan mereka semua dari muka bumi ini. Bila mereka tiada, tiadalah Masonik lagi. Bila tiada Masonik, tiadalah peperangan lagi. Bila tiada peperangan, tidak perlulah ibubapa saya membazirkan wang mereka untuk memerangi umat Islam. Jadi ibubapa saya tidak lagi menjadi musuh kepada umat Islam dan saya tidaklah berasa serba-salah lagi.” ujar Zoei Bukhory lagi. Wajahnya jelas memperlihatkan perasaan kecewanya.


******************************


Di Putrajaya. Pada hari insiden di Kediaman Rasmi Perdana Menteri...


Enbi dan anak-anak buahnya seolah-olah tenggelam punca. Teksi MPV yang mereka naiki tiba-tiba meretak kesemua cerminnya. Begitu juga dengan kenderaan-kenderaan di sekeliling mereka. Baharu sebentar tadi mereka dilandai oleh beberapa arus gegaran hasil dari letupan yang tidak diketahui puncanya. Malahan kesemua kaca-kaca tingkap bangunan-bangunan di situ kesemuanya pecah berkecai.


“Apa dah terjadi?” tanya Enbi seolah-olah ada yang mengetahui jawapannya.


“Encik, sistem navigasi pemanduan teksi ini mengalami kerosakan akibat gegaran tadi. Malahan kesemua peralatan elektronik teksi ini juga mengalami kerosakan. Nampaknya teksi ini tidak mampu bergerak kemana-mana lagi.” maklum pemandu teksi mereka.


“Enbi!” Remy menepuk bahu Enbi seraya menunding ke arah timur barat. Mata Nicol, Nazrul dan Terawez turut terarah ke sana. Dalam pandangan mereka itu jelas kelihatan beberapa asap hitam nan tebal berkepul-kepul naik ke langit.


“Saudara, di kawasan berasap tu tu adalah kawasan apa?” tanya Enbi kepada pemandu teksi tadi. Pemndu teksi tersebut segera mengamat-amati lokasi yang ditunjukkan oleh Enbi.


“Eh! Itulah kawasan Kediaman Rasmi Perdana Menteri yang encik nak pergi.” jawab si pemandu teksi. Enbi segera menghulurkan not seratus lima puluh kepada si pemandu teksi. Anak-anak buahnya yang lain sudahpun membuka pintu dan bergegas keluar dari teksi tersebut.


“Simpanlah bakinya.” ujar Enbi sebelum turut melangkah keluar dari teksi tersebut. Namun beliau berhenti tatkala terasa lengannya ditarik sesuatu. Rupa-rupanya si pemandu teksi tadi yang memegang lengannya.


“Encik! Mana cukup ni. Lagi dua puluh lima ringgitlah!” tegur si pemandu teksi. Enbi yang berasa malu segera memberikan beliau baki wang tambang tersebut.


“Itulah akibat kedekut sangat.” rungut Nicol. Nazrul ketawa kecil agar Enbi tidak perasan.


******************************


Kediaman Rasmi Perdana Menteri. Sekarang...


Sekali lagi bunyi dentuman kedengaran. Kali ini pintu utama yang mewah kediaman rasmi tersebut pula lekang menyembah bumi. Benda yang memecahkan pintu utama besar tersebut adalah bahagian kepala Obelisk yang masih terbakar yang kini bergolek laju ke ruang tamu menuju ke arah Dato’ Seri Khamal, Shameer dan Rabbin. Dato’ Seri Khamal menjerit-jerit lantas melompat ke belakang kerusinya untuk melarikan diri.


“Rabbin!” seru Shameer. Rabbin yang memahami permintaan penasihat tua tersebut dengan secepat kilat meluru ke arah komponen Obelisk yang sebesar sebuah kepala treler dan menampannya. Kepala Obelisk tersebut kembali terhumban beberapa meter ke belakang namun Rabbin juga turut terundur beberapa meter ke belakang juga.


“Kuatnya lemparan. Dia ini benar-benarkah seorang manusia?” ujar Rabbin dalam hati. Kedua tangannya menggeletar dan berasa sengal setelah menahan Obelisk tadi. Di jenang pintu utama yang kini telah musnah itu muncul Zoei Bukhory dengan senyuman.


“Hoi Perdana Menteri! Kau fikir aku ini siapa untuk kau perbudak-budakkan? Apa yang membuatkan kau yang setaraf dengan lipas ini berfikir bahawa kau boleh bermain akal denganku? Aku sememangnya mengetahui bahawa kau telah bersekongkol dengan Masonik dan melantik dua orang Yahudi sebagai penasihatmu. Tapi aku enggan masuk campur. Namun kau si bodoh ini memaksa pula aku datang untuk berjumpa denganmu bersama dua Yahudi jahanam itu. Jadi sekarang aku terpaksa masuk campur dan membunuh kamu bertiga. Bodoh benar kau ini, Perdana Menteri!” teriak Zoei dengan lantang. Para pengawal yang berada di dalam ruang tamu mewah itu mula bertindak mengacukan senjata api mereka.


“Kamu semua pun teringin nak mati tanpa mayatkah?” tanya Zoei dengan nada bengis. Sinar matanya yang tajam benar-benar membuatkan para pengawal tersebut berasa gementar dan kecut hati. Mereka semua tidak berani bertindak apa-apa lagi.


“Dato’ Seri, sila lari ke zon perlindungan di belakang. Biar kami berdua yang menghadapi Mayhem.” pinta Shameer. Dato’ Seri Khamal segera melompat turun dari pentas dan berlari ke bahagian belakang. Tiba-tiba sebuah dinding lutsinar turun dari siling ruang tamu dan menutupi ruang di antara Perdana Menteri Malaysia itu dengan orang-orang lain.


“Abaddon! Jemput datang ke dunia!” teriak Rabbin. Tiba-tiba di lantai tempat beliau berpijak terlakar bulatan cahaya dengan corak-corak serta tulisan-tulisan kuno. Serta-merta setiap inci kulit di tubuh Rabbin bertukar menjadi merah tua.


“Wa ja’alnaa bainahumaa barzakhaunw wahijrhonm mahjuu rhoo (al-Furqan 53)” ucap Zoei Bukhory.


“Aku Abaddon. Kau akan mampus, manus!” pekik Rabinn dengan garang. Nafasnya menderam-deram seperti singa.


“Oh, Abaddon. Kau ini adalah jin pemusnah, bukan?” tanya Zoei dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibir. Rabinn yang dirasuk tersebut tidak menjawab. Sebaliknya beliau memekik sekuat-kuat hati sehingga para pengawal yang masih berada di situ berasa pening dan memekup telinga mereka.


“Adramelech! Jemput ke dunia!” teriak Shameer kemudiannya. Lantai di persekitaran kerusi mewahnya juga kini dilingkari bulatan cahaya dengan corak-corak dan tulisan-tulisan kuno seperti Rabinn juga tadi.


“Tunggu dulu, Rabinn! Abaddon, tunggu dulu! Jangan bertindak melulu!” pekik Shameer. Namun sudah terlambat. Rabinn telahpun meluru ke arah Zoei Bukhory dengan kepantasan yang amat luar biasa. Sebaik sahaja mereka berdua bertembung, suatu letupan yang amat kuat lagi dahsyat terjadi. Kepala Obelisk yang berada tidak jauh dari tempat pertembungan mereka tadi turut remuk dan tercampak ke dinding. Sekaligus membunuh beberapa orang pengawal yang tidak sempat mengelak. Serpihan-serpihan lantai marmar mewah bertebaran ke merata tempat seperti peluru-peluru tak bermata dan membunuh lebih ramai lagi para pengawal yang kurang bernasib baik. Namun dijangkakan arus gegaran letupan tersebut telahpun menghancurkan organ-organ di dalam tubuh mereka kesemuanya. Kematian adalah mutlak untuk mereka.


Serpihan-serpihan itu juga turut menghujani Shameer. Namun kesemuanya terhenti di udara dan kemudian terbakar menjadi debu sebelum sempat menyentuh tubuh Yahudi tua tersebut. Malah arus gegaran maut itu juga gagal mengapa-apakannya. Dinding lutsinar yang melindungi Dato’ Seri Khamal ternyata gagal menahan impak arus gegaran tersebut lantas pecah berderai. Namun mujurlah arus tersebut telahpun melesap sebaik sahaja menghentam dinding lutsinar tersebut. Nyawa Dato’ Seri Khamal masih terpelihara setakat ini.


“Mus.. Mustahil...” ujar Rabinn yang masih diresapi jin Abaddon tersebut. Peninju kanannya telah berjaya ditahan dengan telapak tangan kiri Zoei. Namun yang paling mengejutkan ialah Zoei Bukhory sedikitpun tidak mengalami sebarang kecederaan. Pakaiannya sedikitpun tidak terjejas hatta diselaputi kekotoran sekalipun. Malah tempat Zoei berpijak juga tidak mengalami sebarang kerosakan.


“Mustahil...” ujar Rabinn lagi. Beliau telah menggunakan sepenuh kekuatan untuk sekurang-kurangnya mencederakan Emissary Mayhem. Namun lawannya itu sedikitpun tidak terjejas.


“Kau seorang pendekar berpangkat Grandmaster rupanya. Patutlah angkuh benar. Baiklah, sekarang giliran aku pula.” ujar Zoei Bukhory seraya menghalakan tapak tangan kanannya ke arah Rabinn. Tangan kirinya pula mencengkam erat peninju kanan Rabinn tadi.


“Rabinn! Lari Rabinn!” pekik Shameer yang kini telahpun menghidu petaka yang akan menimpa rakannya itu.


“Aku... Aku tak boleh bergerak...” balas Rabinn dengan tersekat-sekat. Entah mengapa seluruh tubuhnya terasa keras seperti patung sekarang seolah-olah dicengkam oleh sesuatu.


“RABINN!!!” jerit Shameer. Namun sudah terlambat. Lima arus petir memancar keluar dari tapak tangan kanan Zoei Bukhory dan hinggap di tubuh Rabinn. Arus petir yang mengandungi kuasa jutaan voltan itu terus-menerus dipancarkan dengan kuasa Karamah Zoei dan membakar di segenap tubuh lawannya. Setelah lebih kurang lima saat berlalu, baharulah arus-arus tersebut menghilang.


“Rabinn...” seru Shameer. Namun tubuh Rabinn yang masih diresapi oleh jin itu pegun berdiri seperti tadi. Kedua matanya tepat memandang ke arah Zoei yang hanya tersenyum sinis. Perlahan-lahan seluruh tubuh Rabinn bertukar menjadi gelap. Kemudian menjadi semakin hitam. Semakin hitam. Akhirnya tubuh Rabinn lerai menjadi debu.


“RABINN!!!”


- Bersambung -

No comments: